Sunday, 4 May 2014

Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat

Elakkan Alkohol

Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.

Makan Makanan Sihat
Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.

Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.

Nasihat Doktor
Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.

sumber dari : http://e-kesihatan.blogspot.com/

Lemak ikan baik untuk jantung

Makanan laut adalah baik dalam Islam dan sangat istimewa kerana semua makanan laut adalah halal. Hasil pemerhatian awal saintis mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung rendah dan paras kolesterol lebih rendah berbanding masyarakat bandar di Amerika Syarikat dan Eropah.

Diet pemakanan masyarakat Eskimo tinggi dengan lemak dan minyak, walaupun kurang memakan sayur-sayuran. Makanan orang Eskimo adalah hasil laut, terutama ikan.

Kajian juga menunjukkan rakyat Jepun adalah ‘pemakan‚ ikan terbesar dunia dan mempunyai kadar penyakit jantung rendah berbanding masyarakat di Amerika Syarikat.

Begitu juga masyarakat di Mediterranean yang banyak makan ikan dan makanan laut. Kesimpulan daripada kajian itu ialah, ikan dan kebanyakan hasil laut kaya dengan asid lemak Omega 3.

Fenomena ini menjadi ‘ironi‚ yang menarik dan seolah-olah ‚menentang arus‚ serta berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan tinggi lemak menjadi punca penyakit jantung.

Hakikatnya ada lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3. Sekarang kita biasa melihat iklan dan jenama produk mempunyai kandungan Omega 3 yang dikaitkan dengan kesihatan jantung. Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin susu dan minyak masak yang dibeli di pasaran.

Asid lemak Omega 3 adalah contoh lemak sihat yang boleh membantu mencegah penyakit jantung. Selalunya kita takut dengan istilah ‘lemak‚ hingga menyangka semua lemak adalah tidak sihat dan boleh meningkatkan paras kolesterol.

Sebenarnya, lemak ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan trigliserida serta menaikkan paras kolesterol baik HDL.

Banyak kajian membuktikan lemak ikan kaya dengan asid lemak ‘Omega 3‚ yang terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

Kajian sains menunjukkan ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi.

Asid lemak Omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan keradangan pada dinding saluran dalam tubuh manusia.
Oleh itu, pemakanan ikan setiap hari digalakkan sebagai sebahagian daripada cara pemakanan sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol, mengawal tekanan darah dan mencegah sakit jantung.


Bukti kajian sains mengenai ikan dan kesihatan jantung

Pada 8 September 2004, FDA ia-itu badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal perubatan di Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai makanan tambahan yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

FDA juga menyarankan pemakanan ikan dengan lebih kerap kerana kandungan Omega 3 dalam ikan mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari.

FDA juga membenarkan pengilang dan pengedar menghasilkan makanan dan makanan tambahan mengiklankan bahawa produk mengandungi Omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.

Saranan FDA kerana bukti kukuh hasil pelbagai kajian menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung.

Antara laporan mengenai kelebihan Omega 3 diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada 1997, pengkaji mendapati pengambilan Omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25 hingga 30 peratus.

Satu kajian di Amerika Syarikat yang mengkaji hubung kait pemakanan ikan dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua mendapati penurunan 29 peratus kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.

Pada 1999, pengkaji dari Gissi Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai kajian membabitkan 11,324 pesakit yang mendapat serangan jantung (myocardial infarction).

Semua pesakit ini diberi Omega 3 sebanyak 1,000 miligram setiap hari dan kesimpulan kajian ini menyatakan pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3
diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.

Pada 2006, dua jurnal perubatan utama di Amerika Syarikat iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) memberi ulasan positif mengenai kelebihan Omega 3.

Ia menyatakan, berdasarkan laporan kajian dijalankan di seluruh dunia, wujud pengurangan ketara dalam kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung dalam kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan atau mengambil makanan tambahan Omega 3 setiap hari.

sumber dari : http://www.hmetro.com.my/

Definisi euthanasia

Euthanasia adalah usaha penamatan ajal sebelum saatnya dengan alasan tertentu, dan biasanya dilakukan oleh mereka yang mengalami kesulitan penyembuhan dari sakit kronik yang sangat panjang dan menyakitkan.

Seperti halnya aborsi, euthanasia merupakan tindakan penamatan kehidupan manusia baik dengan cara menyuntikkan zat tertentu atau dengan meminum pil atau dengan cara lain. tindakan ini muncul akibat terjadinya penderitaan yang berpanjangan daripada pesakit. di beberapa Negara Eropah dan sebahagian di Amerika Syarikat, tindakan euthanasia ini telah mendapat izin dan legalitas Negara. Pada umumnya mereka beranggapan bahawa menentukan hidup dan mati seseorang adalah hak asasi yang harus dijunjung tinggi.

Kerana kematian berada dalam genggaman-Nya dan jika berlaku penderitaan yang panjang saat sakit merupakan bahagian integral dari ujian Allah, maka tindakan Euthanasia dalam hal ini sama persis dengan tindakan membunuh diri.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/