Thursday, 24 October 2013

Ramuan Menguatkan Tenaga Batin

Posted by Encik Oktant

Buat suami yang masih tercari-cari bagaimana kaedah untuk menambah tenaga batin, anda boleh mencuba ramuan tradisional di bawah. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan tenaga batin suami. Diharap anda yang lelaki dapat memanfaatkannya pada jalan yang betul ya. :) 

Bahan-bahan yang diperlukan: 
  • 3 ulas halia yang saiznya sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
Sumber: shine.yahoo.com
  • 17 biji lada hitam
  • 17 biji lada putih
  • 1 sudu teh minyak sapi tulen
  • 1 biji kuning telur ayam kampung 
Cara melaksanakannya:1. Tumbuk kesemua lada hitam dan lada putih sampai lumat.
2. Halia pula diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya.
3. Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan di atas termasuklah minyak sapi dan kuning telur ke dalam satu bekas.
4. Kacau hingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali, minumlah ramuan di atas kira-kira 1 jam sebelum berjimak dengan isteri. Jangan lupa tinggalkan ia sedikit untuk disapu pada batang zakar.
Mudah-mudahan petua ini berguna buat anda yang baru bergelar suami ataupun yang dah lama menempuh alam perkahwinan.

Produk Pilihan. KLIK pada IMAGE untuk keterangan
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Wednesday, 23 October 2013

Petua Suami Isteri: Agar Suami Tahan Lebih Lama?

Posted by Encik Oktant

Memandangkan terdapat pertanyaan mengenai bagaimanakah si suami dapat bertahan lebih lama ketika bersetubuh, saya telah membuat sedikit rujukan untuk perkongsian bersama. Ini kerana, apabila suami pancut terlalu awal, si isteri tentu kecewa giler. Lebih haru lagi, ada pula sesetengah isteri yang tak puas hati lalu mengejek suaminya sendiri.

Waduhhh...waduh! Sampai begitu sekali gamaknya. Hal ini membuatkan si suami hilang keyakinan diri dan "mood" untuk bersama isteri. Kesannya, ia sudah pasti menghakis keutuhan sesebuah rumahtangga, tak gitu?

Jadi, sang suami perlulah lebih proaktif. Anda perlu bijak dalam menahan alat sulit daripada mengeluarkan mani terlalu awal. Ini boleh dicapai dengan memasang niat dan tekad dalam hati bahawa mereka mampu bertahan walaupun sehingga berjam-jam lamanya.

Ya! Langkah pertama yang perlu si suami lakukan adalah memasang niat yang kuat dan bertekad untuk bertahan lama semasa melakukan hubungan bersama isteri.

Seterusnya, barulah si suami boleh berkira-kira untuk menggunakan ramuan tertentu bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Untuk kali ini, saya kongsikan dulu petua mengatasi lemah syahwat.

Jintan Hitam
Jintan Hitam - ceputelecenter.wordpress.com
  1. Pertamanya, anda gorengkan jintan hitam tanpa minyak.
  2. Setelah itu, anda tumbukkan jintan hitam tadi.
  3. Kemudian, ambil segelas air panas.
  4. Masukkan satu sudu teh jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam gelas berisi air panas.
  5. Seterusnya, masukkan pula satu sudu besar madu asli. Segelas Air Panas dan Sesudu Madu Asli 
  6. Sekarang, anda kacaukan semua ramuan di dalam gelas sehinggalah air panas tadi beransur suam. 
  7. Akhir sekali, anda minum air tersebut dengan perlahan-lahan.
Segelas Air Panas dan Sesudu Madu Asli 
Amalkan petua ini setiap hari. Minumlah sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Petua Suami Isteri: Melambatkan Keluar Air Mani

Posted by Encik Oktant

Masalah suami ketika melakukan hubungan intim dengan isteri ialah acapkali keluar mani terlalu awal. Sedangkan pihak isteri belum teransang. Bila hal ini berlaku, kepuasan hanya dinikmati oleh sebelah pihak saja. Si isteri pula terus kecewa dan kecewa. Terpaksa memendam rasa.

Sebagai suami yang prihatin, adakah anda sanggup membiarkan hal ini berterusan?

Ketepikanlah ego anda seketika ya. Demi kepuasan bersama dan kebahagiaan berpanjangan. Jangan pula bila tengok pasangan lain bahagia, anda pula iri hati atau berdengki.
Pasangan bahagia - zawaj.com 

Bagi mengatasi masalah ini, apakata anda amal petua melambatkan keluar air mani berikut; 

Memula, sediakan bahan-bahannya dulu:

  • 1 gram lada hitam
  • 1 gram lada putih

  • gram kismis
  • 1 biji kuning telur ayam kampung
  • 1 ulas halia iaitu sebesar ibu jari
  • 2 sudu besar madu lebah 

Caranya:

  1. Tumbuk lada hitam, lada putih dan halia sampai hancur.
  2. Campurkan bahan di atas dengan kuning telur ayam kampung dan madu lebah.
  3. Kemudian, kacau dan gaul kesemua bahan hingga rata.
  4. Anda perlu minum ramuan ini 2 kali sehari.
  5. Sekali diminum pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Dengan mengamalkan meminum ramuan ini, hubungan suami isteri anda akan lebih sempurna. InsyaAllah.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

2 Petua Mengurangkan Komplikasi Kencing Manis

Posted by Encik Oktant

Bagaimana nak tahu sama ada kita ni ada kencing manis atau tak? Salah satunya ialah dengan mencurahkan air kencing sendiri ke tanah. Kemudian tunggu dan lihat ada tak semut yang mendekati kawasan tersebut. Jika ada, berkemungkinan kita menghidapinya.

Selain itu, terdapat beberapa tanda awal kencing manis iaitu;
  • Berat badan turun secara mendadak
  • Jika mengalami luka, ia lambat sembuh
  • Kerap membuang air kecil
  • Kerap rasa lapar dan dahaga
  • Mengalami lemah otot
  • Mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan
  • Mudah letih atau asyik letih memanjang
  • Nafas berbau manis
  • Penglihatan menjadi semakin kabur

Pun begitu, sekiranya tidak ada tanda-tanda di atas tak semestinya seseorang itu bebas daripada penyakit kencing manis. Jika inginkan kepastian, adalah lebih baik lakukan pemeriksaan doktor, kan?

Di sini, saya cuma ingin kongsikan petua tradisional bagi mengurangkan komplikasi kencing manis. Iaitu melalui 2 kaedah. Satu, dengan menggunakan kulit buah manggis. Keduanya menggunakan petai si raja ulam.

Petua 1 - Kulit Buah Manggis

  1. Ambil kulit buah manggis dan bersihkannya.
  2. Kemudian, keringkan kulit tadi.
  3. Rebuskan kulit buah manggis yang dah kering tadi sampai mendidih.
  4. Setelah itu, biarkannya suam dan minumlah secara perlahan-lahan.

Air rebusan ini perlu diminum dua kali sehari. Walaupun rasanya agak kelat dan pahit, jika diamalkan mampu mengurangkan tahap penyakit kencing manis yang dihidapi. 

Petua 2 - Petai 

Anda boleh pilih sama ada nak memakannya secara mentah, merebus ataupun mencapurkannya dalam masakan. Biasanya sambal tumis petai yang menjadi pilihan, kan?

Amalan memakan petai ni bagus kerana ia mampu menghalang jangkitan serta mengubati sistem pembuangan air kecil kita. Selain kencing manis, petai juga berkhasiat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Akhir kata, bagi yang menghidapi penyakit kencing manis ataupun darah tinggi, diharap petua ini dapat memberikan anda sedikit maklumat untuk mengelakkannya daripada bertambah teruk.

Produk Pilihan. KLIK pada IMAGE untuk maklumat lanjut.

 Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Isteri Dingin Memanjang... Apa Suami Patut Buat?

Posted by Encik Oktant

Disebabkan kesibukan rutin harian, kebanyakan isteri mungkin agak dingin bila diajak bersama. Maklumlah, keletihan tahap maksimum setelah menguruskan keperluan suami dan anak-anak. Itu belum campur dengan urusan di tempat kerja lagi. Memang penat, kan?

Tapi kalau dapat suami yang memahami dan ringan tulang, mungkin tak terasa sangat, kan lagi? Orang kata, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain menjimatkan masa, banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bersama. Dengan penuh berkualiti lagi. Tak gitu?

Selain daripada membantu isteri menguruskan rumahtangga, ada satu lagi kunci untuk mengembalikan keghairahannya. Iaitu dengan menyediakan ramuan tradisional khas. Anda perlu berikan isteri minum ramuan ini dulu setiap hari selama seminggu.

Bagi menyediakan ramuan tradisional ini, anda perlukan;

~ 20 biji lada hitam
Lada Hitam @ Black Pepper 
  1. Halia sebesar ibu jari
  2. 1 biji kuning telur ayam
  3. 50 gram sarang burung walit
Cara penyediaannya;
  1. Bersihkan lada hitam dan halia. Tumbuk lumat keduanya.
  2. Sarang burung walit juga perlu dibersihkan. Buang segala bulu dan kotoran yang melekat.
  3. Kemudian, rebuskan sarang burung walit dengan 2 gelas air.
  4. Seterusnya, masukkan lada hitam dan halia yang telah dilumatkan ke dalamnya.
  5. Biarkan kesemua ramuan tersebut mendidih.
  6. Setelah mendidih, biarkan ia suam dan tapiskan ke dalam cawan atau gelas.
  7. Masukkan kuning telur ke dalam cawan berisi air rebusan tadi dan kacau hingga sebati.
Berikan isteri anda meminumnya dengan penuh kasih sayang. Jangan terlalu memaksa atau berkeras. Berikan dorongan agar si isteri dapat minum secara teratur selama seminggu. Ini untuk kebaikan anda juga. Setelah seminggu berlalu, sepatutnya anda dah boleh lihat perubahannya.

Selamat mencuba & moga hubungan intim anda kembali seperti dulu-dulu ataupun lebih menggelegak daripada sebelumnya.

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UTK MAKLUMAT LANJUT

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

7 jenis makanan terbaik untuk wanita

Pemakanan kaum wanita haruslah lebih khusus daripada kaum lelaki. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut.
Berikut adalah senarai makanan yang perlu dimasukkan dalam diet mingguan. Kaum wanita, sila ambil perhatian ya.

Protein soya

Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.

Bijirin penuh

Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, emping bran, roti gandum, dan barli.

Makanan tinggi folat

Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.

Jus kranberi

Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

Air

Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

Sayuran hijau

Sayuran hijau menyediakan nutrient dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

Makanan penuh Vitamin C

Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.

5 Tips mudah untuk 'ibu bergaya'



Adalah sukar untuk para ibu di luar sana untuk kelihatan bergaya setelah melahirkan anak. Terdapat banyak alasan yang diberikan oleh para ibu tentang mengapa mereka tidak boleh bergaya. Antaranya tidak selesa, sudah gemuk, takut terkena muntah anak, tidak cukup tidur dan macam – macam lagi.

Memang betul anda perlu berhati-hati dengan penggunaan manik di baju atau kasut tumit tinggi, tetapi jangan hanya memakai seluar yoga hanya untuk keselamatan anak anda.

Walaubagaimanapun anda kini seorang ibu, ia tidak bermakna bahawa anda tidak perlu kelihatan bergaya. Kelihatan kemas dan rapi sudah memadai.

Pada zaman sekarang tidak ada apa pun yang mustahil. Ia bergantung pada kerajinan anda sahaja. Di bawah terdapat 5 tips bagaimana anda boleh bergaya tanpa ada rasa rimas atau tidak selesa.

Pakai pakaian yang sesuai
Alasan utama kenapa para ibu tidak suka memakai denim kerana ianya tidak selesa. Jika anda berasa tidak selesa ketika memakai, barangkali saiznya terlalu kecil untuk anda. Cari saiz denim yang lebih besar sehingga anda rasa selesa. Jika saiznya tidak berapa kena, anda boleh sahaja hantar ke kedai jahit dan 'alter'.

Miliki beberapa pasang pakaian yang berkualiti
Jika anda berasa selesa dengan jenama, fabrik dan juga harganya, tidak salah untuk anda memiliki beberapa helai pakaian yang sama. Jangan terlalu memanjakan bayi anda sehinggakan diri anda sendiri terabai.

Trendy atau Klasik?
Apabila membuat sesuatu keputusan tentang apa yang harus dipakai, jangan campur adukkan tema mengikut kesukaan anda. Contohnya, tema popular tahun ini adalah 'Color Block'. Pastikan kombinasi warnanya haruslah yang bersesuaian. Anda pasti tidak mahu ditertawakan bukan? Seelokknya, buat sedikit penyelidikan atau 'study' sebelum anda mencubanya. Jika anda seorang yang suka bergaya klasik, berhati-hati pada coraknya pula.

Baju seragam
Baju seragam disini bukanlah bermakna baju unit beruniform ya. Setiap orang akan memakai baju atau fesyen yang telah sebati dengan diri anda. Contohnya, anda sukakan kasual dengan hanya berseluar denim dan t-shirt, anda boleh mengekalkan seperti itu, namun mungkin anda mahu mencuba dengan blouse bercorak, atau kemeja. Bagi pemilihan warna pula, jika warna gelap seperti hitam memberikan anda keselesaan, apa kata cuba warna gelap yang lain pula.

Aksesori
Terpulang pada anda tentang penggayaan aksesori. Cuma dinasihatkan supaya pilih aksesori yang bersesuaian dengan stail anda, dan pastikan anda tidak memakai aksesori yang bayi anda boleh tercekik.

Tuesday, 22 October 2013

Petua Tradisional Mencegah Kanser

Posted by Encik Oktant

Sedar atau tidak, kita sebenarnya terdedah kepada risiko penyakit kanser (barah) setiap hari. Walau kita sehabis baik amalkan gaya hidup sihat, tapi adakah orang di sekeliling pun sama? Saya tak rasa begitu.

Begini, contoh yang paling senang ialah perokok. Saya yakin kebanyakan rakan-rakan kita merokok, kaaannnn? Jadi, secara tak langsung kita pasti hidu asap rokok tiap-tiap hari. Akibatnya, kita pun kena tempiasnya. Iaitu berisiko dapat kanser tekak dan paru-paru. Huhuhu...

Tapi, kita sebenarnya boleh mencegah atau mengelak daripada dijangkiti kanser. Saya ingatkan sekali lagi, mencegah kanser. Bukan mengubat, merawat, menyembuh mahupun penawar kanser tau.

Ini kerana, kanser di peringkat awal masih boleh dikawal. Peluang untuk sembuh pun ada. Sebaliknya kalau dah teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Moga kita semua peka dengan perkara ini ya.

Baiklah, cara tradisional untuk mencegah kanser ialah dengan memakan daun Pokok Tujuh Bilah setiap hari. Rupa pokoknya seperti di bawah ini.

Pokok Jarum Tujuh Bilah - Wikipedia 

Cara memakannya;
1. Ambil sehelai dua daun pokok tujuh bilah yang telah dibersihkan dan makan secara mentah sahaja. Ataupun
2. Kalau tak gemar makan begitu saja, buatlah ulam untuk dimakan bersama nasi setiap hari. Kalau nak cicah sambal, budu ataupun cencaluk pun boleh.

Seperkara lagi, daun ini sebenarnya akan mengeluarkan lendir. Rasanya agak tawar. Jika anda kurang selesa dengan lendir tersebut, ambil saja bahagian pucuk mudanya. Kurang sikit lendirnya.

Amalan ini sebaik-baiknya diamalkan setiap hari. Bukannya berselang-seli ataupun sekejap makan, lama sekejap tak makan. Kita pun sedia maklum bahawa setiap hari kita terdedah dengan risikonya, kaannn?

Akhir sekali, anda juga boleh merujuk artikel Petua Kesihatan: Mencegah Kanser sebagai tip tambahan menjauhi kanser.

p.s: Oh, ya! Sebelum terlupa, amalan ini turut berguna mengelakkan sakit kepala (pening kepala), mengurangkan rasa lenguh-lenguh serta boleh menyegarkan badan anda.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Penawar Mujarab Mengubati Resdung

Posted by Encik Oktant

Saya dapati masih ramai yang bertanyakan cara mengubati resdung. Sebenarnya, saya pernah kongsikan beberapa petua resdung sebelum ini. Mungkin mereka terlepas pandang agaknya.

Begitu juga dengan masalah jerawat. Ramai yang menganggapnya berpunca daripada resdung. Anggapan tersebut sebenarnya tidak benar. Antara punca tumbuhnya jerawat adalah ketidakseimbangan hormon, tekanan mahupun keadaan persekitaran.

Manakala punca resdung pula;
  • Keturunan (Genetik)
  • Kurang Menitikberatkan Kebersihan
  • Terutamanya jika muka anda sering berpeluh dan terdedah kepada kotoran.
  • Pemakanan
  • Makanan laut boleh menyebabkan resdung.
Mudah-mudahan lepas ini anda dapat membezakan kedua jenis penyakit di atas ya.

Baiklah, sekarang saya teringin pula nak kongsikan penawar resdung yang Insya-Allah mujarab. Rawatan ini menggunakan air kolah di masjid yang aktif serta dibacakan dengan ayat suci Al-Quran.

Air kolah di masjid yang aktif bermaksud airnya sentiasa bertukar kerana sering digunakan untuk berwudhu', bersih dan tidak berlumut. Harap anda jelas mengenainya ya.


Cara-caranya; 
  1. Tadah air kolah masjid tersebut dengan tangan kanan.
  2. Bacakan Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Fussilat (ayat 44).
  3. Sedut sedikit air tersebut ke dalam hidung dan keluarkannya semula (sama seperti satu perkara sunat ketika berwudhu').
  4. Seterusnya, gunakan baki air yang masih ada di tangan anda untuk membasuh muka.
PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UTK MAKLUMAT
 
 
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Penyebab Keputihan Wanita dan Cara Mencegahnya

Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.

Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

kuih donutKuih donut 

Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. Boleh, kan?

Nanas
 
Ataupun satu lagi cara, anda makanlah nanas dan buah-buahan lain 30 minit sebelum makan nasi. Sama ada waktu tengahari mahupun malam. Itu saja. 

Terdapat cara tambahan untuk mencegah keputihan wanita. Antaranya;

  • Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.
  • Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.
  • Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.
  • Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.
  • Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.
Namun begitu, andainya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila dapatkan KLIK PADA IMAGE.........


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Adakah gelatin baik untuk anda?


Adakah anda inginkan rambut yang cantik? Adakah anda mahu meningkatkan keanjalan kulit anda? Adakah anda mahukan tulang dan sendi yang kuat? Adakah anda perlukan bantuan pencernaan semula jadi? Terdapat sesuatu yang akan memberikan anda semua itu. Apa yang perlu anda lakukan ialah makan gelatin. Ya, GELATIN.

Apakah itu gelatin?

Gelatin adalah kolagen protein semulajadi yang diperbuat daripada tulang, kulit, sendi, dan kolagen (protein berserat) haiwan. Ia biasanya terdapat dalam bentuk serbuk dan digunakan dalam pencuci mulut dan untuk memekatkan cecair.

Tambahan lagi, gelatin sering digunakan dalam makanan , perubatan dan produk-produk kecantikan . Ia digunakan untuk menstabilkan, mengemulsifikan lemak , pemekat makanan dan produk lain. Gelatin boleh didapati dalam pelbagai perkara seperti yogurt, gula-gula getah, jeli, marshmallow , sup, sosej, krim, pil, filem fotografi dan kertas pasir.

Perlu diingat, gelatin yang baik bukan boleh didapat dalam kotak kecil dengan pelbagai perisa untuk dipilih. Kolagen tidak larut air dalam bentuk semula jadi, jadi ia mesti diubah suai untuk dijadikan gelatin. Inilah sebabnya mengapa anda perlu mengambil gelatin yang asli dan yang berkualiti tinggi kerana ia memastikan anda mendapat gelatin daripada haiwan yang sihat yang tidak terdedah dengan hormon tiruan dan antibiotik. 

Mengapa gelatin bagus untuk anda

Terdapat banyak sebab mengapa gelatin adalah sejenis makanan yang bagus untuk dimasukkan dalam diet seharian antaranya:
  • Gelatin boleh menguatkan tulang dan sendi serta merawat penyakit berkaitan sistem muskuloskeletal seperti artritis reumatoid, osteoartritis, dan osteoporosis.
  • Gelatin boleh menguatkan kuku anda dan meningkatkan kualiti rambut anda seperti melebatkan dan mengilatkan rambut.
  • Gelatin juga boleh mempercepatkan proses pemulihan kecederaan yang berkaitan sukan. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan boleh melindungi otot.
  • Gelatin membantu tubuh melawan jangkitan, mengawal hormon progesteron dan estrogen, mengawal paras insulin, meningkatkan kesihatan hati, dan membantu sistem imun berfungsi secara optimum.
  • Gelatin menggalakkan badan relaks dan tidur nyenyak.
  • Gelatin boleh membantu menambah kolagen dalam badan anda yang mana bagus untuk keanjalan kulit.
  • Gelatin boleh menyembuhkan lapisan saluran gastrousus, membantu tubuh menyerap nutrien dengan mudah, dan membantu dengan penghadaman .
PRODUK PILIHAN. KLIK IMAGE UTK KETERANGAN
 
 

8 Rahsia kecantikan wanita Korea



Seperti yang diketahui umum, kebanyakan wanita Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sempurna dan licin. Mereka menghabiskan banyak masa dan wang dalam bab-bab penjagaan kulit mereka malahan mereka juga dikenali sebagai golongan yang amat peka dalam hal berkaitan penjagaan kulit.

Sudah semestinya wanita seluruh dunia iri hati terhadap kecantikan wanita di Korea Selatan kerana penampilan dan kulit mereka. Malah, apabila salah seorang pelakon Korea, Go Hyun Jung menerbitkan buku tentang rahsia kecantikan beliau bertajuk 'Tekstur Go Hyun Jung', ia merupakan 'best seller' dan semua salinan habis dijual hanya dalam masa dua hari selepas pelancarannya pada tahun 2011.

Walaupun negara tersebut turut dikenali dengan rata-rata penduduknya yang sanggup melakukan pembedahan plastik, namun tidak semuanya begitu. Terdapat juga wanita Korea yang menolak pembedahan plastik sebaliknya mereka hanya mengamalkan tip-tip seperti berikut.

Penghidratan yang mencukupi

Masyarakat Korea percaya bahawa banyak minum air membantu untuk memperlihatkan kulit mereka bersinar, maka mereka akan memulakan hari mereka dengan meminum secawan air & percikkan air sejuk pada muka mereka selama beberapa minit. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan benda yang paling penting dalam makanan mereka, jadi mereka ambil makanan dengan kurang natrium untuk mengekalkan penghidratan dalam badan mereka.

Mencuci, 'toning' dan melembap yang kerap

Mereka mempunyai cara yang unik untuk menggunakan produk penjagaan kulit kerana mereka percaya ia akan menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Mencuci: pelakon Korea Selatan, Bae Suzy pernah mempromosikan teknik '424', di mana anda perlu membersihkan muka anda dengan minyak (kelapa, badam atau apa-apa minyak pembersihan) selama 4 minit, kemudian diikuti dengan pembersih berbuih selama 2 minit dan seterusnya bilas muka anda selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk menutup semua liang dibuka.

'Toning': Mereka lebih suka memanfaatkan toner dengan menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang lebih baik.

Pelembapan: Dengan menggosok kedua tangan bersama, kemudian letakkan ke seluruh muka dengan cara yang 'T'.

Pek atau topeng muka

Pek atau topeng muka di Korea diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dicuba & diuji sejak keturunan nenek moyang mereka. Rutin menggunakan dua topeng iaitu topeng pembersihan dan topeng penyegaran pada masa yang sama sekali seminggu membantu mengurangkan bengkak pada muka. Di samping itu, penggunaan topeng yang terdiri daripada serbuk kepompong ulat sutera dipanggil 'baekgangjam' bantu dalam memutihkan kulit. Jika tidak mahu membazir duit membeli pek yang telah siap, mereka juga membuat topeng buatan sendiri daripada putih telur dan campuran madu.

Penjagaan leher

Pelakon Go Hyun Jung memakai krim pada leher dari rahang sehingga ke leher paras kolar seperti yang dinyatakan olehnya dalam buku untuk menjadikannya lebih efektif.

Tidur cukup untuk tampil cantik

Mereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat.

Produk penjagaan kulit

Jenama Asia semakin popular hari ini di seluruh dunia kerana ciri-ciri yang baik dan keberkesanannya. Sesetengah wanita di Korea Selatan menggunakan kira-kira 10-20 produk setiap hari untuk penjagaan kulit mereka.

Senaman regangan muka

Ini adalah amalan biasa di kalangan para pelakon Korea Selatan, di mana mereka akan mengulangi 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk penjagaan otot bibir & pipi. Di samping itu, regangan otot muka selaras dengan pernafasan juga disyorkan.

Solekan yang halus dan tidak ketara

  • Mata hanya diminimum dengan corak warna yang lembut atas kelopak mata, serta gunakan  'eyeliner'.
  • Gunakan maskara untuk bulu mata yang lebih hitam.
  • Bulu kening tersusun rapi dengan gel kening.
  • Pemerah pipi berwarna merah jambu untuk menaikkan seri pipi.
  • Warna asli untuk bibir yang menggoda.
Ingat, rahsia kecantikan wanita di Korea Selatan yang paling penting ialah kurang solekan dan lebihkan penjagaan kulit.

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UNTUK MAKLUMAT

 saperti di iklankan di Tv

Akar Terung Pipit Ubat Darah Tinggi

Posted by Encik Oktant

Terung Pipit amat baik jika dijadikan sebagai ulam-ulaman. Lebih-lebih lagi buahnya yang masih muda serta berwarna hijau tu. Manakala buah yang dah masak (berwarna kuning), selalunya ia akan dicampurkan dalam masakan tertentu.

Pokoknya pula agak mudah tumbuh di kawasan yang baru dibuka serta terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya seperti di tepi-tepi jalan ataupun belukar.

Pokok Terung Pipit
Pokok Terung Pipit-Wikipedia.org

Sungguhpun begitu, tahukah anda yang bahagian akar terung pipit ni boleh dijadikan ubat untuk merawat darah tinggi dan pitam?

Caranya tidaklah serumit mana. Anda pun boleh lakukannya sendiri (D.I.Y) seperti berikut:
  1. Ambil akar terung pipit dan bersihkan ia terlebih dulu.
  2. Kemudian, rebuskan akarnya sampai mendidih.
  3. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu seketika.
  4. Setelah agak suam, tapis dan tuangkannya ke dalam gelas.
  5. Akhir sekali, minumlah ia secara perlahan-lahan.
Anda boleh amalkannya sehinggalah masalah darah tinggi atau pitam berkurangan dan beransur pulih.

Tapi, tunggu dulu!

Selain untuk mengatasi darah tinggi dan merawat pitam, akarnya juga boleh merawat masalah retak kulit kaki atau tumit pecah.

Caranya adalah dengan menumbuk akar terung pipit. Kemudian jadikan ia sebagai "demah" dan mendemah(menuam) ia pada bahagian tumit yang pecah-pecah.

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UNTUK KETERANGAN LANJUT

 Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Monday, 21 October 2013

5 Makanan untuk mengurangkan risiko kanser payudara



Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pakar percaya gaya hidup yang berbeza dan tabiat makan tidak sihat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser payudara terutama bagi wanita yang sudah menopaus.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mula mengamalkan tabiat makan yang sihat bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Sempena dengan bulan mencegah kanser payudara, dibawah merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini.

Buahan dan sayur sayuran

Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah.

Ikan & kacang

Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang .

Buah beri

Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah.

Makanan yang mempunyai vitamin D

Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi.

Bijirin

Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UNTUK KETERANGAN


Penjagaan Kulit Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis

Posted by Encik Oktant

Sebelum ini, saya dah kongsikan dengan anda cara penjagaan muka dengan beberapa jenis sayur, kan? Kalau tak keberatan, saya nak tambah beberapa petua lain untuk mencantikkan kulit muka anda. Iaitu sama ada dengan menggunakan buah tomato ataupun limau nipis. 

Tomato: 

  1. Anda sediakan sebiji buah tomato yang telah masak.
  2. Lenyek tomato tersebut sehingga halus.
  3. Kemudian, sapukannya ke seluruh muka anda.
  4. Biarkan ia kering lebih kurang dalam 20 ke 25 minit.
  5. Akhir sekali, bilas muka anda dengan air bersih.

Amalkan petua ini sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu. :) 

Limau Nipis: 

  1. Sediakan sebiji atau dua biji limau nipis.
  2. Kemudian, perahkan limau nipis tu sebab anda perlukan airnya saja.
  3. Campurkan air limau nipis tadi dengan sesudu minyak masak.
  4. Kacau campuran di atas sehingga sebati.
  5. Sapukanlah campuran tersebut pada muka anda sebelum nak tidur.
  6. Pada keesokan paginya, anda rendamkan beberapa keping asam gelugor dalam bekas yang berisi air panas.
  7. Setelah direndam beberapa minit, biarkan air rendaman asam gelugor tu suam atau sejuk seketika.
  8. Akhir sekali, gunakanlah air rendaman yang dah sejuk tadi untuk membasuh muka anda.

Petua ini boleh anda ulangi sebanyak 1 atau 2 kali seminggu.

Semoga petua di atas dapat membantu anda memiliki kulit muka yang halus, bersih dan licin tanpa perlu berbelanja besar.

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UNTUK KETERANGAN LANJUT

saperti yang di iklankan di Tv

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

7 Mitos tentang rambut dibuktikan tidak benar



Kita sering tertanya betul atau tidak petua tradisional penjagaan rambut yang diwarisi daripada generasi lebih tua dari kita. Di sini, kami menyenaraikan 10 mitos popular tentang rambut yang dibuktikan tidak benar sama sekali.

# Mitos 1: Mencabut uban membuat ia tumbuh lebih banyak

Setiap folikel rambut yang dicabut akan menghasilkan satu rambut baru tak kira warna apa sekalipun. Mencabut uban juga tidaklah satu idea yang baik. Ya, kami faham perasaan anda apabila mempunyai uban lagi – lagi di kala usia muda, namun cuba fikirkan, terlalu banyak mencabut boleh menyebabkan botak.

# Mitos 2: Keluar rumah dengan rambut basah boleh membuatkan anda jatuh sakit

Mitos ini sering kali didengari daripada ibu atau nenek anda bukan? Selesema, demam atau penyakit lain berpunca daripada pathogen udara seperti virus dan bakteria. Keluar rumah dalam keadaan rambut basah tidak akan membuatkan anda jatuh sakit.

# Mitos 3: Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel rambut yang terbuka

Menurut ahli kimia kosmetik, Randy Schuller , terbuka dan tertutupnya kutikel rambut anda tidak ada kena mengena dengan suhu air. Air itu sendiri boleh menyebabkan rambut anda kelihatan tidak bermaya dan pengering rambut boleh membuatkan ia menjadi lebih teruk. Secara literal, banyak sebab yang membolehkan rambut rosak samada secara fizikal atau daripada bahan kimia. Perapi rambut mungkin dapat membantu tetapi bukan air sejuk.

# Mitos 4: Anda tidak boleh mewarna rambut ketika hamil

Jangan panik semua, pakar perubatan Cynthia Gyamfi Bannerman daripada Hospital New York memberitahu bahawa pewarna rambut adalah selamat ketika mengandung. Tempoh organogenesis (pembentukan awal organ – organ bayi) biasanya mengambil masa kira – kira 10 minggu kehamilan dimana ia lebih baik tunggu selepas trimester pertama jika ingin mewarna rambut. Dengan cara ini, hanya sedikit sahaja bahan kimia yang diserap ke dalam salur darah. Pada ibu mengandung yang mewarnakan rambut sendiri di rumah, pastikan anda memakai sarung tangan dan duduk di kawasan yang mempunyai aliran udara yang baik.

# Mitos 5: Mencuci rambut dengan bir membuatkan rambut kuat

Kebijasanaan disini adalah bahawa yis dan protein daripada bir boleh membantu menguatkan rambut anda jika anda membilas rambut menggunakan bir. Namun, kebijaksaan kami pula mengatakan bahawa alkohol akan mengeringkan rambut anda lebih daripada membaiki. Berhati – hati dengan mitos ini. Dan, siapa yang mahu rambut berbau seperti bir?

# Mitos 6: Memotong rambut anda akan membuatkan ia tumbuh lebih tebal

Memotong rambut anda tidak ada kena mengena dengan pertumbuhan rambut anda. Anda merasakan ia tebal kerana rambut kita memang semulajadi tebal di pangkalnya.

# Mitos 7: Memotong rambut anda membuatkan ia tumbuh lebih cepat

Cepat atau lambat pertumbuhan rambut anda bergantung pada kesihatan kulit kepala anda. Jadi ia tidak bersangkut paut dengan memotong rambut

Sambungan 7 Cara Hilangkan Selulit

Posted by Encik Oktant

Sebentar tadi, saya hanya sempat menulis 3 cara hilangkan selulit. Jadi, cara selanjutnya ada di bawah ini. Sila teruskan bacaan anda ya. ;) 

4. Urutan 

Anda boleh mengurut tubuh anda untuk melancarkan aliran darah. Boleh gunakan krim anti selulit dan/atau minyak aromaterapi semasa mengurut.

Melalui cara ini, ia boleh menyahkan lemak-lemak degil dalam saluran darah anda. 

5. Menyikat badan 

Anda boleh menggunakan sikat untuk menyikat memana bahagian tubuh yang biasanya timbul selulit. Sikat tubuh anda dengan gerakan secara melurus tau. Amalkan setiap hari lebih kurang dalam 5 minit. 

6. Banyakkan minum air masak 

Air masak dapat membersihkan sistem pencernaan anda. Secara tak langsung menyingkirkan racun pada sel-sel tubuh.

Ada pendapat mengatakan anda patut minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari. Namun, ia bergantung pada aktiviti harian anda juga. Bagi memudahkan anda, minumlah air masak bila terasa haus. Itulah tandanya anda memerlukan air. =)

Selain itu, kurangkan juga meminum kopi, teh dan jauhi minuman beralkohol jika anda mahu mencegah pembentukan SELULIT. 

7. Nyah lemak secara semulajadi 

Anda nak buang lemak dan racun dalam badan? Kalau NAK, amalkan meminum air suam yang ditambah dengan sedikit perahan lemon setiap pagi. Boleh diamalkan lepas bangun tidur ya.

Lengkaplah sudah cara mengatasi selulit yang dapat saya kongsi dengan anda. Jika anda sudi menambah, saya amat mengalu-alukannya. Mudah-mudahan rakan-rakan lain turut mendapat manfaatnya.

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UNTUK KETERANGAN LANJUT

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

7 Cara Menghilangkan Selulit

Posted by Encik Oktant
 
Selulit terbentuk akibat timbunan lemak yang berlebihan pada jaringan kulit. Kesannya, permukaan kulit anda menjadi tidak rata. 

Selulit terbentuk akibat timbunan lemak yang berlebihan pada jaringan kulit. Kesannya, permukaan kulit anda menjadi tidak rata.

Selulit
Tidak dinafikan ada beberapa cara mengatasi selulit yang mudah dan moden. Antaranya melalui kaedah suntikan dan pembedahan. Namun, adakah ia benar-benar terjamin keberkesanannya? Untuk itu, lebih baik tumpukan pada beberapa tips berikut agar peredaran darah berjalan lancar. Apabila peredaran darah baik, lemak akan dapat dihancurkan dan selulit tidak terbentuk pada lapisan kulit anda. =) 

1. Pola makanan yang teratur 

Jauhi makanan yang bergula, berlemak dan makanan segera. Sebabnya kandungan nutrisi dalam makanan sebegini amat sedikit TAPI meningkatkan peluang pertambahan berat badan anda. 

2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran 

Jika anda jarang memakan buah atau sayur segar, ia menganggu keseimbangan sodium/potasium. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan terbentuknya selulit. Jadi, mulai hari ini amalkanlah memakan buah-buahan dan sayur segar setiap hari. 

3. Rajin bersenam 

Amalan bersenam melancarkan peredaran darah anda yang tersumbat lalu membakar lemak yang menjadi punca selulit. Dalam seminggu, anda bersenamlah secara teratur iaitu 3 hingga 5 kali. Untuk setiap sesi, anda peruntukkan waktu bersenam antara 30 hingga 40 minit.

Pilihlah mana-mana jenis senaman yang anda suka dan mampu melakukannya secara kerap. Contohnya macam berjalan kaki dengan cepat, berenang, berbasikal atau main badminton.

Baiklah, saya hanya sempatkan nyatakan 3 cara untuk hilangkan selulit aje dulu. Bakinya akan saya sambung nanti ya. ;)

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UNTUK KETERANGAN LANJUT


2 Ramuan Mengatasi Masalah Keputihan

Posted by Encik Oktant

Bila sebut pasal masalah keputihan, sudah tentulah ianya berkaitan dengan wanita. Namun, sebagai suami yang prihatin, anda perlulah juga mengambil tahu mengenainya. Keputihan yang disebabkan oleh keluarnya lendir dari saluran vagina sering menimbulkan kerisauan dan ketakutan di kalangan kaum hawa. Rasa tak selesa atau gatal-gatal pasti wujud.

Bagi mengatasi keputihan ni, ada 2 petua tradisional yang ingin saya kongsi dengan anda. Kaedah pertama, anda perlukan pucuk pegaga sebagai ramuan asas. Manakala yang kedua pula, anda perlukan daun sirih sebagai bahan utamanya.

KAEDAH 1:

gambar daun pegaga untuk masalah keputihan
Gambar hiasan - Mang Andri (Flickr)
  1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.
  2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.
  3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.
  4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.
  5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.
  6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
  7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.
Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.

KAEDAH 2:

gambar daun sirih untuk masalah keputihan
Gambar hiasan - Id.Wikipedia.Org

1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.
6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.
7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.
8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.

PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMEG UNTUK KETERANGAN LANJUT

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/