Pada saat ini, kita yang bakal menyambut Syawal memang tengah dalam mood "Raya", kan? Jadi, petua ini ringkas aja. Bagi yang nak menegangkan kulit muka, mungkin masih sempat lagi kalau nak buat.
Bila usia mencecah 30-an, garis-garis halus serta kedutan di muka mulalah kelihatan. Bagi melindungi kulit muka secara berterusan, gunakanlah daun lidah buaya. Ia berfungsi merawat, mengubat serta menegangkan kulit muka kita.
Oleh itu, jom kita praktikkan petua tegangkan kulit muka dengan daun lidah buaya yang telah diakui berkesan sejak zaman Mesir Kuno lagi.
Cara mengamalkannya;
Daun lidah buaya - aloelf.com
- Ambil 1 helai daun lidah buaya dan belah dua.
- Sapukan lendir daun lidah buaya pada keseluruhan bahagian muka dan leher.
- Biarkan ia lebih kurang dalam 20 minit.
- Setelah itu, basahkan sehelai kain bersih dengan air suam dan lapkan pada muka dan leher.
- Kemudian, basahkan sehelai kain bersih dengan air sejuk dan lap pada muka dan leher.
Dah. Itu saja yang perlu kita buat.
Saya percaya jika kita ada menanam pokok lidah buaya di rumah mahupun di
kampung masih sempat nak melakukannya.