Saturday, 14 May 2016

6 Jenis Makanan Yang Dapat Mencegah Penuaan Berlaku Dengan Cepat


Setiap orang menginginkan wajah yang sentiasa awet muda dan cantik.  Oleh itu, pelbagai rawatan yang mahal dilakukan.  Awet muda bukan hanya boleh didapati dengan melakukan rawatan yang mahal sahaja tetapi mengubah pola hidup dan pengambilan makanan yang sihat dapat menjaga daya tahan kulit dan tubuh badan daripada radikal bebas serta memperlambatkan proses penuaan.

1. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi katakin polifenol yang merupakan antioksidan yang dapat membakar lemak sebagai bahan bakar.  Teh hijau juga sangat sesuai sebagai minuman ketika diet.  Minum teh hijau 3 kali sehari juga dapat membantu menurunkan berat badan dan mencegah penyakit kanser, jantung dan kolestrol yang tinggi. 

2. Bawang Putih

Bawang putih dikatakan sebagai ubat untuk mengatasi penyakit kolestrol yang tinggi, tekanan darah dan kanser.  Kandungan nutrisi dan vitamin pada bawang putih sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit seperti vitamin A dan C, kalsium dan zat besi. 

3. Yogurt

Yogurt merupakan antara makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak protein dan bakteria yang baik bagi melancarkan sistem pencernaan.  Yogurt juga mengandungi kalsium, phosphort, riboflavin dan vitamin B12.  Jika anda ingin membeli yogurt sebaiknya memilih yogurt yang tidak mengandungi pemanis buatan atau kadar gula yang tinggi. 

4. Kekacang

Jenis-jeinis kekacang seperti kenari, walnut, gajus dan almond merupakan makanan yang lazat dan mengandungi zat yang tinggi.  Kacang kenari mengandungi kadar omega 3 yang tinggi contohnya ¼ cawan adalah sama dengan 91% dari makanan harian yang digalakkan.  Selain itu, ia juga mengandungi lemak yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan jantung. 

5. Madu

Madu mempunyai manfaat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan kita kerana ia mengandungi banyak nutrisi dan vitamin yang dapat menyembuhkan penyakit dan menyihatkan kulit tubuh badan.  Selain itu, madu juga kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi tubuh badan kita dari radikal bebas. 

6. Sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau seperti brokoli,bayam dan sawi memiliki kandungan fitokimia yang banyak.  Fitokimia berasal dari tumbuhan yang bermanfaat untuk melindungi badan dari penyakit.  Selain itu, sayuran hijau kaya dengan kandungan nutrien dan vitamin seperti kalsium dan vitamin E.

Kesimpulnnya, terdapat 6 jenis makanan yang dapat mencegah penuaan berlaku dengan cepat.  Oleh itu, untuk  mendapatkan kulit yang awet muda tidak semestinya perlu mengeluarkan wang banyak. Anda hanya perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Selamat mencuba. - tokeinfo.com/

Thursday, 12 May 2016

7 Cara Mudah Kuatkan Daya Ingatan


Ehh ye ke 7 cara ni betul-betul boleh kuatkan daya ingatan dengan mudah je? Jangan steptikal, siapa sangka perkara yang mudah dan senang di lakukan pun boleh terlupa kan?

Secara istilahnya dalam psikologi , ia di takrifkan sebagai keupayaan mental untuk mengingat, menyimpan dan mengekalkan maklumat dalam otak. Tidaklah apa-apa perkara pun seperti pelajaran, kenangan, nama orang dan sebagainya.

Waku muda ialah waktu di mana daya ingatan kita sangat kuat dan otak kita mudah menerima informasi. Namun, fungsinya menurun mengikut peningkatan usia kita. Ia adalah perkara semulajadi yang akan berlaku kepada semua manusia.

Walaupun begitu, terdapar beberapa cara mudah dan aktiviti yang membantu anda untuk meningkatkan dan menjaga daya ingatan serta fungsi otak agar memori yang ada pada anda tidak mudah di lupakan.

7 Cara Mudah Kuatkan Daya Ingatan

1. Kekalkan fizikal yang aktif

Bersukanlah dan jangan sesekali tinggalkan aktiviti fizikal ini. Lakukanlah apa sahaja yang anda minati dan mudah bagi anda seperti berlari, berjalan, bermain bola dan sebagainya. Ini kerana fizikal yang sihat menjamin akal dan otak yang sihat, bak kata pepatah arab, “Akal yang sejahtera datang daripada tubuh yang sejahtera”

2. Kekalkan Mental yang aktif dan positif

Penyelidik di Stanford University, Amerika Syarikat, mendapati bahawa masalah lemah daya ingatan boleh menurun sebanyak 30-50% hanya dengan melakukan aktiviti latihan mental seperti teka-teki silang kata, bermain catur, membaca akhbar atau buku, belajar bahasa, dan menggunakan laluan alternatif ketika memandu.

3. Pemakanan yang seimbang

Diet yang seimbang sihat iaitu kaya dengan nutrien otak seperti Omega 3, vitamin B Complex, dan antioksidan boleh membantu menjaga otak anda dan mengekalkannya dalam keadaan optimum. Kesemua nutrisi ini anda boleh dapatkan dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan daging.

4. Menghidu bau rumput

Pernah tak anda berbaring dekat padang yang luas sambil menghidu bau rumput? Tenangkan? Ini kerana hasil penyelidikan neuro di Universiti Queensland, Brisbane, mendapati bahawa bau daripada rumput yang segar akan merangsang  dua bahagian otak iaitu amygdala (yang berkaitan dengan emosi) dan hippocampus (yang berkaitan dengan ingatan).

Hasilnya, jiwa anda akan teras tenang dan daya ingatan anda juga akan meningkat!

5. Mengunyah gula-gula getah

Macam pelik jer kunyah gula-gula boleh kuatkan ingatan? Tak pelik pun. Dua kajian yang dilaporkan dalam jurnal Appetite pada tahun 2002 dan 2004 menunjukkan bahawa bahawa orang yang mengunyah gula-gula getah semasa ujian pelajaran memberikan keputusan yang lebih baik.

Ini kerana dengan mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan kadar jantung dan meningkatkan aliran darah ke otak, seterusnya meningkatkan daya ingatan anda.

6. Mengambil kafein

Walaupun ramai yang memandang buruk pada kafien ini, tetapi tiada siapa pun yang boleh menafikan kesan kafein pada kecerdasan dan daya ingatan. Ini berdasarkan Beberapa kajian yang dijalankan dalam tempoh 5 tahun lepas yang menunjukkan kafein boleh meningkatkan daya ingatan jangka pendek dan melindungi wanita daripada kehilangan ingatan.

7. Tidur yang mencukupi

Perlu di ingat, badan anda memerlukan rehat yang mencukupi setelah penat bekerja. Salah satu cara nak berehat ialah dengan tidur. Tidur ini bukan sahaja bagus untuk fizikal anda, malahan amat penting untuk memulihkan fungsi otak anda. 

Kenangan jangan mudah dilupakan! - tokeinfo.com/

Wednesday, 11 May 2016

7 Tips Mudah Menghilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat

7 Tips Mudah Menghilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat

Apabila musim panas ni sememangnya kerap sangat sakit kepala. Bila sakit kepala je, memang kita akan cari ubatnya iiaitu dengan makan PANADOL. Akan tetapi, jikalau kerap sangat makan PANADOL atau pil tahan sakit, ianya boleh beri kesan buruk pada tubuh badan kita. Mesti anda tak mahu perkara buruk terjadi. Jadi jangan risau. Mari admin kongsikan 7 Tips Mudah Menghilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat; 

Rendamkan kaki anda ke dalam air suam

Dengan cara ini, ianya dapat membuatkan tekanan darah anda turun dari kepala. Sila pastikan ianya air suam, bukan air panas. Naya melecur nanti.

Minum air Epal hijau

Cara kedua pula, ambil sebiji epal hijau yang telah dibelah dua dan ambil juga 2 gelas air. Rebuskan epal tersebut dan minumlah air rebusan epal hijau tersebut begitu saja tanpa sebarang gula.

Duduk dengan tegak

Duduk tegak adalah salah satu cara yang boleh menghilangkan rasa sakit kepala. Ketika anda duduk dalam posisi membongkok, leher anda akan menahan berat kepala sehingga otot menegang. Jadi, ubahlah posisi duduk anda menjadi tegak.

Makan makanan yang pedas

Cara lain pula,  Makanan pedas juga boleh menyembuhkan rasa sakit kepala. Apabila rasa sakit kepala, carilah makanan pedas kegemaran anda. Sememangnya sakit kepala tu akan lega.

Menggunakan Bawang putih

Bukan saja bawang putih penting dalam masakan, tetapi ianya juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiris nipis-nipis bawang putih, kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.

Bernafas dengan lebih efisien

Bila kali terakhir anda duduk dan bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata,  ada kajian menunjukkan, KURANG daripada 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara ‘betul’. Besar Kemungkinan sakit kepala adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen.

Mandilah dengan  air panas

Cara terakhir adalah dengan mandi dengan air panas atau berendamlah dalam air panas, ini kerana ianya mampu meredakan sakit kepala.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Sumber: hanasuva / http://tokeinfo.com/

Monday, 9 May 2016

8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita


8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita. Amalan pemakanan yang seimbang perlu dipraktikan oleh semua golongan usia, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa terpelihara, wajar untuk kaum wanita tahu akan kelebihan beberapa jenis makanan dan minuman yang baik dan dapat membekalkan tenaga untuk melaksanakan rutin harian yang mencabar dan meletihkan.

Selain itu diet yang seimbang juga membantu membuatkan seseorang wanita itu kelihatan sentiasa awet muda. Bila kesihatan terpelihara, pastilah seseorang individu itu akan sentiasa ceria dan bertenaga kan.

Jika anda adalah seorang yang mengutamakan amalan pemakanan seimbang demi untuk memelihara kesihatan luaran dan dalaman, apa kata anda amalkan pengambilan 8 jenis makanan dan minuman yang tersenarai dibawah ini. 

8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita

  1. Bijirin Penuh – pengambilan makanan dari sumber bijirin penuh seperti roti gandum dan beras perang dapat membantu mengelak masalah pencernaaan yang kerap dialami oleh golongan wanita.
  2. Protein Soya – makanan seperti mentega, tauhu, susu dan sebagainya yang mengandungi protein soya dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol dan sekaligus memelihara kesihatan jantung anda. Begitu juga dengan pengambilan oat, yang dikatakan antara sarapan yang sangat menyihatkan.
  3. Jus Buah Kranberi – biarpun ramai yang tidak mengemari rasa jus kranberi yang agak masam namun disebalik rasanya itu sebenarnya ia berkhasiat untuk mengelak dari jangkitan saluran kencing kerana ia membantu mencegah bakteria jahat dari melekat pada saluran pundi kencing. Malah ada kajian yang menunjukkan bahawa jus kranberi juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular.
  4. Air – pastinya anda sudah sedia maklum, air memang diperlukan oleh tubuh badan. Paling kurang pun kita kena minum 8 gelas air sehari. Selain membantu menyingkirkan toksin, air diperlukan untuk sistem penghadaman, kecantikan kulit dan mengawal berat badan. Jika badan kekurangan air, kita pasti mudah jatuh sakit.
  5. Makanan Yang Mengandungi Folat – buah oren, kekacang dan sayuran seperti asparagus memang tinggi dengan kandungan folat. Makanan jenis ini sesuai diambil oleh wanita yang mengandung. Ia membantu memelihara kesihatan jantung janin.
  6. Makanan Yang kaya Vitamin C – buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan vitamin C memang elok untuk kesihatan. Antara contoh makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sawi, bayam, jambu, brokoli dan sebagainya.
  7. Sayur-sayuran Hijau – bukan semua orang gemar makan sayur, apatah lagi sayuran hijau yang agak pahit rasanya. Namun sayur perlu diambil dalam kuantiti yang lebih kerana mempunyai kandungan khasiat yang tinggi yang dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
  8. Madu – memang tidak boleh dinafikan, madu sangat berkhasiat untuk kesihatan. Madu membantu meningkatkan hemoglobin jadi secara tak langsung ia mencegah dari penyakit anemia yang memang lazim dialami kaum wanita. Selain itu madu juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan merawat ulser. - tokeinfo.com/

Sunday, 8 May 2016

Petua Dari Pakar Untuk Suami Tahan Lama Di Ranjang


"Sudah tentu setiap lelaki mempunyai tekniknya sendiri. Bermula dari membayangkan bola sepak atau baseball, atau mengira di kepala mereka,” ujar AL Harper, seorang pakar seks dan bekas editor sebuah majalah lelaki dewasa di UK.
Namun, kata Harper, teknik pengalihan ini biasanya lebih memburukkan prestasi mereka di atas katil kerana mereka tidak memperdulikan kepuasan pasangannya.

Jika anda ingin tahu bagaimana cara mempertahankan ereksi secara semulajadi, tanpa bantuan ubat kuat atau Viagra, berikut saranan dari tiga Pakar seks bagi mendapatkannya.

Pelajari Kama Sutra. Ada sebuah teknik yang disenaraikan dalam Kama Sutra bagi melambatkan pancutan yang pada dasarnya melatih diri anda supaya boleh bertahan lebih lama.
Beliau menyarankan agar lelaki memulakan secara perlahan-lahan tapi jangan lebih dari satu gerakan 'keluar masuk' setiap tiga saat. Setelah itu, lakukan gerakan yang sama namun lebih lambat selama 4-5 minit sehingga satu kali gerakan/hayunan setiap saat.

Jika sudah menghampiri orgasme, maka sebaiknya berhenti dan ‘menahan' di dalam tubuh pasangannya hingga dia dapat mengendalikan dirinya semula. Kemudian mulakan sekali lagi.

Fokus hanya pada tubuh. Cemas pada prestasi seks merupakan pembunuh ereksi lelaki nombor satu, kata trainer seks, Dr. Patti Britton.
Untuk itu ketika seseorang mula merasa cemas, Britton menyarankan untuk berhenti seketika, ambil nafas dan fokuskan pada perkara yang dirasakan di dalam tubuh. Fokus pada segala hal yang dihasilkan tubuh inilah yang akan membantu seseorang mempertahankan ereksinya.

Ubah kelajuan. Cara terbaik untuk mengekalkan ereksi di saat anda hampir orgasme adalah mengubah kelajuan anda. Perkara ini dinyatakan Pakar seksual, Catherine Toyooka.
Goda pasangan anda. Keluarkan zakar anda dan lagakan hujung zakar secara sensual ke atas dan ke bawah serta di antara labia (bibir faraj). Faraj sebenarnya memiliki banyak saraf di bahagian bawah salurannya, jadi gerakan ini tetap akan wanita merasakan kenikmatan, menurut pengasas workshop seks Catherine Coaches.
Perlahankan. Menurut Toyooka, melakukan aktiviti seks dengan perlahan mampu membuatkan kedua-dua pasangan merasa lebih serasi. Rasanya juga lebih sensual kerana keduanya sama-sama saling menerokai tubuh pasangannya. Cium lehernya, gigit telinganya, biarkan tanganmu membelai seluruh tubuhnya dengan lembut, katanya.
Ketika anda menikmatinya, dijamin anda tidak akan terburu-buru 'menyelesaikannya'.

Olahraga yang berbeza. Dr. Britton menyarankan untuk melatih otot-otot PC (pubococcygeus muscle) anda. Otot ini merentang dari dubur hingga pundi kencing. Untuk mengetahui bagaimana otot ini meregang dan mengecut, cuba hentikan aliran air kencing anda ketika sedang buang air kecil.
Sebaiknya otot ini dilatih tiga kali sehari sebanyak 15 kali, katanya. Latihan ini mampu melancarkan aliran darah ke zakar, sehingga meningkatkan keyakinan diri pada lelaki.

Praktikkan kaedah 7 dan 9. Seperti juga dengan kaedah Kama Sutra, Harper mengesyorkan #teknik 7 dan 9 kegemarannya. Teknik 7 adalah geseran cepat, diikuti dengan 9 geseran. Kemudian ulangi dengan 7 cepat, 9, 7 cepat, 9 sekali lagi, ujarnya.
Irama ini, kata Harper, baik untuk lelaki yang bermasalah mempertahankan ereksi. Bukan hanya itu sahaja, kaedah ini juga baik untuk merangsang isteri.

Jangan terlalu dalam. Jika anda merasakan penetrasi di dalam akan menghasilkan orgasma terlalu cepat, cubalah penembusan di bahagian bawah faraj, atau cetek, saran Toyooka.
Tapi mengubah antara penetrasi dalam dan cetek juga boleh membuatkan ereksi anda tahan lama.

Tekan dan tahan. Dr. Britton mengesyorkan agar lelaki cuba ‘teknik memerah’. Malah, menurutnya ada tiga bahagian zakar boleh dimanfaatkan untuk mengekalkan ereksi dengan cara ditekan.
Pertama, bentuk jari telunjuk dan ibu jari anda lalu lingkarkan di bahagian pangkal batang zakar ketika tegang sehingga 'menyerupai' cincin zakar. Ini akan membantu menjaga aliran darah ke hujung zakar.

Kedua, tekan bahagian bawah kepala zakar. Menurut Britton, bahagian itu adalah hot spot lelaki kerana ia adalah hujung saraf. Dan yang terakhir adalah menekan titik antara dubur dan pangkal buah zakar. Apabila ditekan dengan jari, cara ini menghentikan aliran pancutan dan membantu melambatkan pancutan awal, katanya.
 

Sumber : sentiasapanas.com/