Friday, 30 January 2015

KHASIAT KURMA

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
Produk Pilihan

Thursday, 29 January 2015

KHASIAT SUSU KAMBING.

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.
Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).

Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Produk Pilihan

Wednesday, 28 January 2015

KHASIAT HABATUSSAUDA

Khasiat dari jintan hitam (habbatussauda) digunakan untuk pengobatan sejak ribuan tahun sebelum masehi. Jenis tanaman ini menjadi sangat populer di Timur Tengah karena keistimewaannya dalam melarutkan kolesterol dalam darah. Karena khasiat dari habbatussauda tersebut, sebagian masyarakat Timur Tengah kerap menyertakan jintan dalam menu makanan, terutama sewaktu mengonsumsi daging atau makanan berlemak lainnya. Mengonsumsi habbatussauda secara rutin dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Habbatussauda mampu memberikan proteksi terhadap gangguan saluran pernapasan yang disebabkan histamin. Disamping itu, juga berfungsi sebagai peluruh haid. Di Timur Tengah biji jintan hitam digunakan untuk mengatasi berbagai gangguan kesehatan misalnya sakit gigi, nyeri sendi, dan flu. Minyak dan herbanya diyakini bisa mengobati penyakit yang berhubungan dengan sistem pernapasan, saluran pencernaan, gangguan lambung dan lever, serta untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Biji habbatussauda antara lain mengandung minyak atsiri, minyak lemak dan saponin. Kandungan lainnya adalah melantin, zat pahit nigelin, nigelon, dan timokinon. Minyak atsiri pada umumnya bersifat anti bakteri, antiperadangan, dan menghangatkan perut.

Habbatussauda juga mengandung karotin yang dapat berfungsi sebagai antikanker, hormon seks alamiah, zat pendorong produksi air seni dan empedu serta enzim-enzim pencerna, dan antikeasaman. Selain itu, habbatussauda pun mempunyai zat penenang sekaligus penyemangat.

Khasiat dari habbatussauda lainnya adalah mengurangi berat badan dan lingkar perut, menurunkan tekanan darah, gula darah puasa, trigliserida, dan kolesterol HDL, asam urat, adiponektin, dan high sensitive C-creative protein (hs-CRP).

Produk Pilihan

Tuesday, 27 January 2015

KHASIAT MUTIARA ASTAXONTHIN.

Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida & sedozen mineral-Kandungan yang paling bermanfaat: 20-22 jenis asid amino, termasuk 10 EAA (bahan pembinaan utama organisma hidup) - Asid amino: fungsi spesifik. Kekurangan mengakibatkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien, tua & berkedut

Kegunaan perubatan Cina tradisional: - Mencegah penuaan kulit - Membersihkan kulit - Menanggalkan kesan bintik akibat usia tua pada kulit - Memudakan kulit wajah - Menyahtoksikkan sistem badan - Menyingkirkan haba berlebihan daripada badan-Menenangkan minda & meringankan tekanan - Memberi tenaga / merangsang Qi badan - Mengatur semula metabolisme badan - Mengurangkan kegelisahan - Menenangkan hati - Merawat sakit kerongkong - Mengurangkan demam-Energize the body / stimulate the body's energy ( Qi ) - Membetulkan sistem saraf - Memperbaiki penglihatan - Merawat insomnia - 


Memperbaiki libido seksual di kalangan lelaki - Meringankan kekejangan hasil daripada angin dalaman - Berkesan bagi ketakutan, keresahan, palpitasi & insomnia - Mempercepatkan pembentukan tulang & kepintaran bayi Sejarah serbuk mutiara: - Rahsia formula serbuk mutiara tersebut seterusnya diwarisi daripada generasi ke generasi oleh doktor istana - Digunakan secara luas dalam penyediaan perubatan Cina, kesihatan & pemakanan serta alatan kecantikan - Diaplikasikan secara luaran & diambil secara dalaman bagi mengekalkan kesihatan & kemudaan - Chinese Pharmacopoeia : disokong oleh para doktor & pakar herba sebagai rumusan kesihatan yang bernilai - Rahsia kecantikan kulit para Maharani China sejak 4,000 tahun yang lepas ialah menggunakan serbuk mutiara untuk kecantikan kulit dan wajahnya.

Produk Pilihan