Saturday, 1 March 2014

Ramuan bagi penyingkiran toksin dari tubuh badan secara semulajadi

Petua ini dikatakan sangat mujarab bagi penyingkiran toksin secara semulajadi yang diberikan kepada beliau oleh seorang doktor pengamal perubatan tradisional.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

6 labu bawang putih bersaiz sederhana
4 biji buah lemon

Cara membuatnya;

Kupas kulit bawang putih dan buah lemon.
Basuh kedua-dua bahan tadi.
Rendam kesemua bahan-bahan tadi dengan air suam sebanyak 1 liter selama 45 minit.
Setelah itu, kisarkan bahan-bahan tadi.
Amalkan ramuan ini satu sudu setiap hari dicampur air suam dan diminum.

Untuk lebih mujarab lagi, bagi yang beragama Islam, selawatlah sebanyak 3 kali sebelum minum. Insyaallah berkesan untuk mengurangkan toksin dalam badan anda.

sumber dipetik dari:-http://wannurapetuaamalan.files.wordpress.com/

Tips hindari selsema!


Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Kajian mendapati terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.

Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Gejala selsema sering membuat anda berasa tidak selesa.

Bagi kanak-kanak, gejala ini kebiasaannya dirawat dengan menyapu kunyit yang telah dicampurkan dengan kapur sirih pada hidung bayi. Malah lendir dari batang sireh yang telah dihancurkan ataupun lendir dari daun sireh yang diramas juga dikatakan berkesan disapu sepanjang hidung bayi.

Berbeza dengan orang dewasa, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi gejala selsema.

Mulakan langkah pertama iaitu mengatasi gejala selsema dengan membasahkan ubun-ubun tidak kira sama ada pada waktu hujan mahupun panas.

Manakala sekiranya mahu mandi, pastikan anda tidak mandi lewat terutamanya pada waktu malam. rasa sejuk dingin malam hanya akan membuatkan gejala selsema yang anda alami menjadi lebih teruk. Selewat-lewatnya mandi pada waktu petang dengan menggunakan air suam.

Langkah terbaik untuk mengatasi penyakit selsema adalah dengan mengamalkan petua mencampurkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau dan diperahkan airnya lalu diminum. Sekiranya anda konsisten mengamalkan petua ini sekali dalam sehari, masalah selsema tiada lagi.

Meminum susu panas dicampurkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis turut membantu anda mengatasi selsema. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam susu panas dan kulit kayu manis mampu menghangatkan badan anda dengan segera.

Sekiranya ia masih belum berkesan, kunyah sedikit kulit kayu manis juga boleh membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan. Namun pastikan ia di basuh terlebih dahulu sebelum dikunyah. Selamat mencuba!

Friday, 28 February 2014

Petua Mencuci Buah Pinggang Cara Mudah dan Murah


Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2.00

Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain lagi.

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan.

Di sini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.
Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam serta bahan-bahan racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang ?

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:

  1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
  2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil
  3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
  4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit
  5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
  6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun–daun dari air nya
  7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
  8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
  9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Sumber : https://www.facebook.com/AtinaChanBoutique

Pentingnya bersarapan pagi untuk mulakan hari anda


Makan di waktu pagi atau bersarapan adalah penting sebelum anda memulakan hari anda, namun masih ada segelintir masyarakat kita yang mengambil mudah tentang kepentingan sarapan pagi.

Alasan-alasan yang biasa diberikan kenapa mereka tidak bersarapan biasanya tidak sempat menyediakan atau membeli sarapan, mahu bergegas ke tempat kerja (biasanya mereka yang berada dalam sektor swasta), ataupun ada juga yang merasakan sarapan tidak penting.

Pemakanan yang baik sangat penting kerana apa yang kita makan membawa kesan kepada kesihatan am dan mempengaruhi kadar tenaga yang kita gunakan untuk menjalankan kehidupan seharian. Ini kerana badan memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik.

Cara terbaik untuk memulakan pemakanan seimbang adalah ketika hidangan pertama iaitu sarapan pagi. Juga dikenali sebagai hidangan paling penting setiap hari. Oleh itu, zat baik yang anda makan pada waktu pagi membantu menghidratkan badan anda dan memberikan tenaga yang secukupnya untuk meningkatkan metabolisma dan menjadikan anda bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga waktu makan tengah hari.

Tidak bersarapan mungkin menjadi satu amalan yang mudah, namun ramai pakar pemakanan profesional berkata bahawa pilihan ini tidak digalakkan, terutamanya bagi mereka yang hidup sibuk. Mengambil sarapan itu penting dalam memberikan tenaga kepada badan setelah 8 jam berpuasa.

Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk memberi zat kepada badan dan memberi glukosa pada darah, yang dikenali sebagai gula darah. Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi otak dan membantu otot untuk menjalankan aktiviti fizikal setiap hari. Inilah sebabnya sarapan sangat penting untuk badan kita.

Sarapan membawa manfaat kepada otak dan badan. Mereka yang tidak mengambil sarapan pasti merasa resah, penat atau mudah marah. Hakikatnya, sekiranya seseorang tidak mengambil sarapan, perasaan lapar dan terdorong untuk memakan lebih banyak pada waktu makan tengah hari, atau bakal memilih makanan yang tidak berkhasiat. Akibatnya, strategi asalnya gagal dan sebaliknya membahayakan kesihatan mereka.

Dapatkan minuman malt coklat yang telah dicampurkan dengan bijirin berkhasiat dalam paket yang mudah daripada jenama yang boleh dipercayai apabila anda membeli belah. Luangkan masa untuk membaca jadual kandungan bagi memastikan elemen yang terdapat dalam minuman.

Roti bakar juga boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya.Gunakan roti yang tinggi serat. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

Jika ingin cepat, roti tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan yang baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

Sarapan ideal seperti ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan makanan yang mengenyangkan, yang dapat mengelakkan rasa lapar sepanjang hari. Ini termasuklah para ibu bapa yang menyiapkan anak untuk ke sekolah atau pekerja yang bakal menghadapi tugas seharian di tempat kerja dan ingin mendapatkan cara untuk menikmati hidangan menyihatkan pada waktu pagi.

Tips penjagaan kanta lekap


Mata adalah antara organ terpenting pada tubuh badan manusia dan merupakan satu anugerah daripada Allah S.W.T kepada manusia. Ini kerana tanpa mata sukar bagi seseorang untuk melakukan urusan harian.

Oleh itu penjagaan mata harus dititikberatkan oleh semua, terutamanya bagi anda yang memilih untuk menggunakan kanta lekap sebagai pengganti kepada cermin mata.

Kanta lekap merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Ramai yang memilih untuk memakai kanta lekap kerana lebih bebas bergerak dan turut dapat melakukan aktiviti lasak tanpa batasan. Ianya lebih ringan melekat di mata berbanding memakai cermin mata.

Namun dalam keselesaan memakai kanta lekap, kita harus fahami cara penjagaan yang betul sebelum memakai kanta lekap. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips penjagaan kanta lekap untuk panduan anda.

Basuh tangan sebelum guna
Harus mejadi kebiasaan membasuh tangan dengan sumber air yang bersih disertakan sabun untuk menghalang bakteria dari terus melekat di tangan. Jangan pula selepas membasuh tangan anda menyapu bahan kimia seperti serum rambut, losyen tangan kemudian memakai kanta. Bahan kimia yang ada nanti akan termasuk sekali ketika kita membasuh kanta lekap di tapak tangan. Akibatnya, apabila anda memakai kanta lekap, mata anda anda berasa pedih dan penglihatan menjadi kabur. Seeloknya, keringkan dengan tuala kering.

Sentiasa cuci kanta lekap anda menggunakan air pencuci khas (solution)
Cara penjagaan kanta lekap berbeza mengikut jenis kanta lekap yang dipilih. Apa yang penting, sentiasa cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan menggunakan air suam dan lap dahulu.

Jangan guna air paip
Walaupun anda menggunakan air paip yang sudah ditapis, ianya tidak menjamin kebersihan kualiti air tersebut. Pastikan anda membasuh kanta lekap dengan menggunakan air khas untuk kanta lekap.

Buang kanta lekap jika merasa pedih mata apabila guna
Apabila mata anda berasa pedih dan kelihatan kemerah-merahan, buang kanta lekap yang dikhuatiri telah lama digunakan dan mempunyai habuk di dalamnya. Cuci semula dengan air pencuci khas, kemudian pakai semula. Jika masalah berulang kembali, berhenti memakai dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Pakai cermin mata gelap dengan perlindungan UV
Apabila anda memilih untuk memakai kanta lekap, ianya akan menjadi lebih sensitif dengan sinaran cahaya matahari (UV) pastikan ketika anda memandu kereta atau berjalan di tempat terik matahari, pakai kacamata hitam untuk mengelakkan kanta lekap anda rosak.

Pakai kanta lekap sebelum mula bersolek
Seeloknya, letak dahulu kanta lekap di mata sebelum memakai alat solek. Jika anda memakai kanta lekap selepas bersolek, dikhuatiri alat solek akan masuk ke dalam mata dan menyebabka mata pedih. Diharap dengan tips yang dikongsi ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda di luar sana yang ingin memakai kanta lekap.

Diharap dengan tips yang dikongsi ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda di luar sana yang ingin memakai kanta lekap.

Thursday, 27 February 2014

Kekal sihat & cantik dengan kopi


Tahukah anda bahawa kopi bukan mampu menyegarkan anda, malah ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit.

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai 'balancing astringent'. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung.

Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan.

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot.

Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula, rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi.

Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

Yogurt untuk cantik

Posted by nasibah abdulghani

Yogurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan.

Ia bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman malah boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Apa yang menarik, krim ini dapat dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang banyak. Nak tahu manfaat yogurt untuk kecantikan dalaman dan luaran anda? Mari lihat kebaikannya di sini.

Melembapkan kulit
Kultur hidup bersama asid laktik di dalam yogurt mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.

Untuk kulit kering
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar lobak merah yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Mencerahkan kulit
Campurkan yogurt dengan satu sudu besar serbuk koko dan satu sudu besar madu. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.

Membuang sel kulit mati
Yogurt juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dengan cara mencampurkan dua sudu besar yogurt dengan satu sudu besar oat. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang.

Selain itu, anda boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.

Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih
Campuran serbuk beras dan yogurt yang dijadikan pes pekat mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri.

Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.

Hilangkan jerawat
Masalah jerawat akan segera pulih dalam tempoh seminggu apabila menyapu yogurt setiap hari pada wajah. Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan.

Mengecilkan liang roma
Kandungan zink di dalam yogurt juga mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.

Hapuskan lingkaran gelap bawah mata
Sapukan sedikit yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.

Atasi masalah penuaan
Yogurt juga boleh mengelakkan anda daripada masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan tua dari usia sebenar. Caranya ialah dengan mencampurkan yoguret bersama minyak zaitun dan biarkan ia disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.

Hasilkan yogurt anda sendiri dengan dua liter susu penuh krim dan separuh liter susu yogurt yang mengandungi kultur hidup. Jangan lupa simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama!

Tips untuk tampil cantik seperti model

Posted by TUPAI

Di sini, kami kongsikan beberapa tips yang kreatif serta sihat, jimat dan semestinya akan memberikan dorongan untuk rutin kecantikan anda!

Tip #1: Lupakan toner - gunakan buah-buahan!
Kebanyakan toner yang dijual di kedai mengandungi bahan kimia yang boleh menyingkirkan minyak semulajadi pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi terlalu kering. Oleh itu, cuba hentikan penggunaan toner sebaliknya gunakan jus buah nanas atau lemon pada kapas dan sapukan pada muka. Kedua-dua buah ini mengandungi asid lactic yang sangat bagus untuk mencerahkan kulit dan membuatkan muka kelihatan lebih segar.

Tip #2: Jangan lupa lutut dan siku anda!
Adakah anda perasan bahawa lutut dan siku anda kelihatan kering dan sedikit gelap? Berikut adalah ‘bleaching’ masker yang akan memberikan keajaiban pada kawasan tubuh badan tersebut. Campurkan jus lemon bersama 1 cawan susu tepung. Kemudian, tambah air yang cukup untuk campuran ke dalam pes. Biarkan masker selama 15-20 minit dan kemudian bilas dengan pad pengelupasan atau berus.

Tip #3: Buat rambut anda tampil lebih bersinar!
Terdapat banyak syampu di pasaran sekarang sekaligus menjadikan ia sesuatu yang sukar untuk memikirkan syampu yang terbaik untuk digunakan. Jangan risau, beli sahaja syampu yang anda suka, dan tambah vitamin E untuk membuat ramuan baru. Kemudian gosokkan sehingga berbuih dan rambut anda akan lebih bercahaya!

Tip #4: Tukar warna bibir anda!
Gincu merupakan cara terbaik untuk tambahkan warna pada wajah anda dan untuk meyerlahkan muka anda. Gunakan apa yang anda ada di dalam laci anda untuk mencipta pandangan yang baru. Satu cara yang mudah ialah dengan menambah pemerah pipi anda pada bahagian atas. Ia mewujudkan bayangan yang berbeza dan anda tidak perlu berbelanja sesen pun.

Tip #5: Tangalkan solekan anda dengan mudah dan cepat!
Ianya satu kesusahan untuk menanggalkan mekap anda pada waktu malam. Salah satu cara yang mudah untuk menanggalkannya adalah dengan menggunakan tisu untuk bayi. Ianya sangat bersih, menenangkan dan tidak akan merosakkan muka anda seperti kebanyakan bahan kimia lain yang ada dalam bahan untuk menanggalkan solekan. Selain itu, anda juga boleh membawanya ke mana-mana sahaja.

Tip #6: Dapatkan wajah yang bekilauan!
Satu cara terbaik untuk membuat kulit anda kelihatan benar-benar bercahaya adalah dengan campuran pembayang mata berwarna putih dalam bedak asas anda dan kemudian gunakan sama rata ke atas muka. Anda akan mewujudkan wajah yang bersinar dan cantik dalam masa yang sangat cepat dan mudah.

Wednesday, 26 February 2014

Petua sembuh kanser dan sawan tangis anak

Petua Penawar Kanser

  1. Cari sarang angkut-angkut. (Sarang angkut-angkut adalah dipilih dari tanah yang terbaik oleh angkut-angkut). Buang semua telur dan anak angkut-angkut. Ambil tanahnya sahaja.
  2. Seterusnya, ambil daun semalu, tumbuk dan gaulkan dengan tanah sarang angkut-angkut. (Daun semalu dapat mengecutkan sel kanser)
  3. Masukkan 1 sudu air zam-zam dan gaul dengan campuran tersebut.
  4. Sapukan di tempat yang kena kanser.
  5. Baca al-Fatihah, ayat Qursi, dan surah al-Baqarah ayat 22.

Untuk sawan tangis anak kecil

sarang angkut-angkut boleh juga digunakan untuk merawat ‘sawan tangis’ untuk bayi; juga kepada anak-anak yang selalu keluar rumah. Cara nya.. cari sarang yang terdapat di atas alang pintu rumah yang ditinggalkan kosong, niatkan untuk si anak kita tadi. Kemudian simpan dalam rumah kita.. cuba lah..
Sumber : EPML

Tips kempiskan perut mudah

Posted by TUPAI

Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.

Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!

Tabiat yang menganggu metabolisme badan anda



Anda bersenam, dan anda cuba untuk menjaga pemakanan dengan betul. Tetapi malangnya anda masih memperlahankan pembakaran kalori anda – dan pengurangan berat badan anda. Lauren Slayton, pengarang buku 'The Little Book of Thin' menerangkan sedikit perosak metabolisme dan bagaimana anda boleh membakar lebih banyak kalori ASAP.

Tidak minum air yang cukup
Badan anda memerlukan cecair untuk melaksanakan segala fungsi-fungsi yang sepatutnya. Apabila ia tidak melaksanakan fungsi-fungsi tersebut, ia juga tidak membakar banyak kalori. Selain itu, mengamalkan peminuman air panas dengan limau atau teh panas tidak akan memberi kesan yang baik pada metabolisma seperti air sejuk.

Tidak mengambil supplemen vitamin D
Apabila anda rendah dengan vitamin D, pengurangan berat badan akan menjadi lebih perlahan dan tahap ghrelin hormon anda yang mana akan membuat anda lapar lebih tinggi. Jika ia sukar untuk mendapatkan cukup vitamin D daripada diet pemakanan, anda disyorkan untuk mengambil suplemen untuk membantu anda mengurangkan berat badan dengan lebih mudah.

Anda seorang ratu senaman kardio
Anda tahu bahawa senaman adalah penting untuk menjaga metabolisme anda, tetapi jika anda hanya berlari atau berbasikal di dalam rumah menggunakan mesin, anda tidak membina otot tanpa lemak yang benar-benar akan memberikan metabolisme anda rangsangan. Mula gabungkan latihan kekuatan ke dalam senaman anda sehingga kalori anda terbakar dengan lebih.

Anda mempunyai tabiat makan snek tengah malam
Ada teori mengatakan makan secara kerap dalam kuantiti sedikit tidak memperlahankan metabolisma anda, tetapi ada juga kajian yang mencadangkan bahawa beberapa jam tanpa makan amat baik untuk anda. Walaubagaimanapun, anda dicadangkan untuk cuba tahan diri selama 12 jam tanpa makanan kerana anda mencederakan metabolisme anda jika anda mempunyai snek tengah malam dan sarapan sebelum latihan anda pada pukul 7 pagi.

Anda tidak mengambil kafein dalam diet anda
Kafein sebenarnya boleh memberi sedikit rangsangan dalam pembakaran kalori anda. Jika anda sudah mengamalkan untuk minum teh hijau atau kopi setiap hari, rutin anda akan membantu metabolisme anda untuk bekerja pada tahap yang tertinggi.

Anda sentiasa tertekan
Tekanan tidak baik untuk metabolisme anda. Kortisol adalah hormon tekanan yang besar, dan apabila ia diaktifkan, badan anda akan lebih cenderung untuk berada dalam mod penyimpanan lemak.

Tuesday, 25 February 2014

Makanan yang boleh mengurangkan tekanan

Posted by TUPAI

Anda mengalami tekanan dari tempat kerja? Atau cuaca yang panas membuatkan anda berasa tertekan? Jangan risau. Makanlah makanan yang boleh membebaskan anda daripada stress seperti senarai di bawah:

Oren




Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Kentang



Kentang boleh mengurangkan stress kerana ia memuaskan keinginan anda untuk mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila anda berada di bawah tekanan yang berlebihan. Kentang penuh dengan 'betacarotene' dan lain-lain vitamin serta fiber yang membantu badan anda untuk memproses karbohidrat dalam proses yang mantap.

Aprikot kering



Buah aprikot kaya dengan magnesium yang mana dapat mengurangkan tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi.

Almond, pistachio & walnut



Kacang almond penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Manakala walnut dan pistachio membantu untuk menurunkan tekanan darah.

Ayam belanda



Daging ayam belanda mengandungi amino asid yang juga dipanggil 'L-trytophan'. Amino asid ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak. Inilah sebabnya orang berasa sangat tenang selepas makan daging ayam belanda.

Bayam



Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain dan rasa keletihan. Satu cawan bayam memberikan 40 peratus magnesium yang anda sememangnya perlu dalam badan.

Salmon



Ikan salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 menyimpan hormon tekanan daripada memuncak.

Avokado




Lemak tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk mengurang tekanan darah dalam badan. Potassium yang cukup dalam badan boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih potassium berbanding pisang?

Sayur-sayuran hijau



Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress.

Monday, 24 February 2014

Makanan untuk kuatkan daya ingatan

Posted by muhamad shukri

Menurut kajian American Dietetic Association ( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan.

Di sini ada beberapa jenis makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan.

Madu



Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman.

Telur



Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

Kismis



Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sajian.

Susu



Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa.

Oat



Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

Makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan dan semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu anda menajamkan daya ingatan.

Makanan untuk menangani tekanan

Posted by TUPAI

Bagi anda yang mengalami penambahan berat badan mendadak akibat tabiat makan yang tidak terkawal, mungkin anda tidak tahu bahawa salah satu faktor kenapa anda tidak dapat mengawal adalah kerana tekanan harian yang anda hadapi.

Agak sukar untuk menstabilkan kembali tabiat makan normal apabila sudah sebati dengannya. Malah, anda juga akan sering memungkiri jadual diet anda. Tahukah anda, anda beberapa jenis makanan harian yang dapat membantu anda dalam menangani tekanan.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda cara yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi anda.

Emping Jagung /Bijirin Beras Rangup


Walaupun makanan ini rendah gula, namun ia diperkaya dengan vitamin B dan Asid Folid yang dapat membantu anda mengurangkan tekanan. Gantikan tabiat anda memakan makanan ringan atau snek dengan makanan ini. Walaupun anda makan pada waktu malam, anda boleh tidur lena tanpa memikirkan berat badan anda.

Susu



Anda mungkin tahu bahawa susu tinggi dengan anti oksidan, Vitamin B2, B12, Protein dan kalsium. Nikmati emping jagung atau bijirin beras rangup bersama semangkuk susu rendah lemak di waktu pagi sebelum memulakan hari anda. Ia juga merupakan agen anti tekanan yang paling berkesan.

Tuna



Gantikan nasi dengan sandwich tuna untuk makan tengah hari. Tuna tinggi dengan Vitamin B6 dan B12 iaitu Vitamin penting dalam menangani tekanan. Jangan menggunakan mayonis yang banyak dalam penyediaan hidangan tuna. Jika mahu, gantikan Mayonis yang anda biasakan dengan mayonis rendah lemak.

Keju Cottage dan Buah



Keju Cottage kaya dengan protein dan kalsium. Makanan yang tinggi kandungan proteinnya adalah rendah gula dan tidak menyebabkan darah tinggi. Cuba makan Keju Cottage bersama buah yang kaya dengan Vitamin C seperti oren. Anda akan berasa kenyang sepanjang hari.

Pasta dan beras perang



Sekuat mana pun anda untuk cuba mengelak makanan karbohidrat seperti nasi, mungkin ia agak sukar kerana karbohidrat meningkatkan serotonin dalam badan dan memberi kesan tenang dalam diri. Dalam banyak – banyak jenis karbohidrat, pasta dan beras perang terbukti berkesan melegakan tekanan. Ia mengandungi kompleks karbohidrat yang akan memberikan anda tenaga sepanjang hari terutama ketika anda sedang tekanan.

Badam



Inginkan sesuatu untuk mengunyah ketika tekanan di pejabat? Badam merupakan sumber makanan yang bagus dengan vitamin B2, E, Magnesium dan Zat Besi. Seperti vitamin C, vitamin E melawan radikal –radikel bebas yang bercampur dengan stress dan boleh menyebabkan penyakit jantung. Selamat Mencuba!

Usah abai makan pagi

PENTINGKAH bersarapan? satu masa dulu, sarapan menjadi juadah yang penting dalam kehidupan seharian. Namun, kesibukan sering menyebabkan semua ahli keluarga tidak sempat untuk duduk menikmati serapan bersama-sama. Apakah sebenarnya yang sudah berlaku kepada waktu saranan?

Seiring dengan perkemba­ngan teknologi, kita mulai mengalami tekanan untuk menye­gerakan tugas seharian dalam masa yang singkat seterusnya menyebabkan semakin ramai tidak mengambil sarapan.
Istilah sarapan dalam bahasa Inggeris, ‘breakfast’, membawa maksud berbuka puasa iaitu ‘puasa’ yang bermula dari waktu makan malam pada malam sebelumnya sehingga waktu makan tengah hari hari berikutnya. Sarapan penting untuk memberikan kita tenaga melakukan aktiviti seharian. 

Tetapi kebanyakan mereka daripada golongan profesional terlalu sibuk untuk bersarapan dan hanya sempat menggantikannya dengan secawan kopi, dengan harapan ia cukup untuk bertahan sehingga waktu tengah hari.

Menurut Majlis Maklumat Pemakanan Antarabangsa (IFIC) yang terletak di Washington, Amerika Syarikat, seseorang yang makan sarapan secara konsisten akan mendapat khasiat serat, kalsium, vitamin A, vitamin C, riboflavin, zink dan zat besi, di samping jumlah kalori dan lemak makanan yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.

Kajian lanjut turut menunjukkan bahawa mereka yang mengambil sarapan berkhasiat mempunyai ukur lilit bahagian pinggang yang ‘lebih sihat’. Malah IFIC mengatakan sarapan turut menambah kecerdasan otak dan ingatan, di samping meningkatkan lagi ketangkasan, tumpuan serta kebolehan menyelesaikan masalah.

Sekiranya kita tidak mengam­bil sarapan, tubuh kita akan mengalami keadaan di mana ia tidak menerima sebarang nutrien dan menganggap ia sedang berpuasa.

Selepas jangka masa yang lama tidak mengambil makanan, sebaik saja kita mengambil makanan tengah hari, tubuh akan menyimpannya dalam bentuk lemak kerana ia tidak mendapat makanan pada waktu yang tetap dan makanan seterusnya masih tidak dapat dipastikan waktunya.

Tanpa vitamin dan garam mineral yang diperoleh ketika sarapan, tubuh kita akan kekurangan tenaga untuk beraksi pada tahap optimum kerana ia tidak menerima khasiat yang diperlukan.

Menurut Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong, pengambilan bijirin dan produk berasaskan bijirin adalah penting untuk keperluan tenaga dan nutrisi harian kerana bijirin adalah sumber utama bagi pembekal tenaga dan protein. Pengambilan bijirin bijian penuh amat digalakkan kerana ia kaya dengan karbohidrat, serat, vitamin, garam mineral dan asid lemak.

Di Eropah, jawapannya mungkin ada di dalam sebiji croissant manakala di Timur Tengah, kebab dan falafel menjadi pilihan, sementara di Malaysia mungkin di dalam smoothie dan bijirin sarapan. Dengan selera juadah yang semakin global, sarapan turut sama berkembang dengan cita rasa ‘Timur bertemu Barat’.

Pelbagai herba tradisional Cina seperti Ginseng Amerika dan Dang Gui sudah mula diperkenalkan di dalam bijirin sarapan pagi untuk membantu golongan profesional berasa hebat menghadapi hari yang lebih produktif. Sayangilah tubuh anda. Mulakan hari anda dengan sarapan berkhasiat setiap hari dan alamilah perubahannya.

sumber dipetik dari:-http://infokesihatan4u.blogspot.com/

Makanan yang baik & buruk untuk dimakan sebelum tidur

Posted by TUPAI

Mengaku sajalah bahawa kadang-kadang sebelum masuk tidur, terbit satu perasaan di mana anda mahu makan sesuatu yang lazat dan menikmatinya di depan TV. Namun begitu, kebanyakan makanan tersebut tidak sesuai untuk di makan pada waktu tengah malam dan akan meyebabkan berat badan anda naik. Sangat tidak meyeronokkan, bukan?

Jangan risau kerana kami telah senaraikan beberapa makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengaal berat badan seperti berikut:

Ceri ✓



Antara makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengurangkan berat badan adalah ceri. Ia adalah salah satu daripada makanan semulajadi yang mengandungi melatonin yang mana membantu mengawal 'masa badan'. Ceri, buah yang manis dan segar, dan jika anda mengalami insomnia, sangatlah disyorkan untuk minum jus ceri kerana ia mungkin dapat memperbaiki keadaan anda.

Susu ✓



Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, satu fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi 'tryptophan', sejenis asid amino yang merupakan pelopor serotonin.

Beras 'Jasmine' ✓



Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Nah, inilah jawapannya; beras 'jasmine'. Badan anda akan mencernanya perlahan-lahan, dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah.

Bijirin ✓



Bijirin adalah satu makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan anda. Anda boleh mencuba bijirin yang berasaskan gandum, quinoa atau barli, dan campurkan mereka dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam.

Pisang ✓



Pisang juga bagus untuk dimakan sebelum tidur. Ini kerana pisang mengandungi magnesium dan potassium yang akan membantu merehatkan otot. Tambahan lagi, potassium. Kita perlu kalium untuk kesihatan kardiovaskular dan fungsi kognitif.

Sudah tentu, kita tidak harus lupa tentang makanan yang lebih baik anda akan elakkan sebelum tidur seperti berikut:

Pasta ✗



Ya, pasta. Walaupun ia merupakan makanan yang sangat lazat dan cepat untuk disediakan sebelum tidur, tetapi sudah pasti ia bukan makanan yang ideal untuk dimakan pada waktu malam. Elakkan untuk memakan pasta sebelum tidur kerana ia boleh menaikkan berat anda. Anda juga perlu tahu bahawa pasta turut mempunyai indeks glisemik tinggi, yang bermakna bahawa ia akan melambatkan tidur anda, mengacau keseimbangan tahap gula dalam darah anda dan mungkin akan menyebabkan anda bangun pada tengah malam.

Ais krim ✗



Kadang-kadang, anda akan mengidamkan semangkuk besar ais krim yang lazat. Nah, seharusnya anda perlu berfikir dua kali sebelum membuka peti ais, kerana ais krim sangat sarat dengan lemak. Gula yang terkandung dalam ais krim akan memberikan badan anda tenaga yang agak banyak, sekali gus melambatkan tidur lalu menjadikannya sebagai lemak. Selain itu, ia telah mendapati bahawa pengambilan makanan gula yang tinggi boleh menyebabkan mimpi buruk , jadi, walaupun rasa mungkin memberi anda keselesaan, keputusan tidak sihat pada semua.

Saderi ✗ 



Saderi merupakan bahan diuretik semulajadi yang akan membuatkan anda berulang-alik ke bilik air pada waktu malam. Sudah tentu, anda perlu makan sayur-sayuran kerana mereka kaya dengan nutrien, walau bagaimanapun, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kesan diuretik, seperti saderi.

Coklat gelap ✗ 



Senario tipikal di mana anda duduk di depan TV dan anda akan mula mengidam untuk makan coklat. Tidak dapat disangkal lagi bahawa coklat gelap amat lazat, tetapi ia mengandungi kafein yang mungkin akan mengganggu tidur anda. Selain itu, coklat gelap juga mempunyai perangsang seperti theobromine yang mana akan membuatkan jantung anda berdegup laju kadang-kala.

Piza ✗



Anda harus berfikir dua kali sebelum membuat pesanan beberapa piza sebelum tidur kerana perut anda, serta seluruh badan anda, perlu berehat sebelum tidur dan sudah semestinya piza bukan makanan ringan sama sekali. Sos tomato mempunyai tahap keasidan yang tinggi, satu lagi pemangkin untuk refluks asid. Anda disyorkan untuk mengelakkan piza supaya tidur anda tidak akan terganggu.

Sunday, 23 February 2014

Makanan ringan yang mesra kulit

Posted by TUPAI

Diet yang sihat memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Terdapat beberapa jenis snek yang mesra kulit yang membantu kulit anda untuk kelihatan hebat dan baik. Snek atau makanan ringan sangat lazat dan menarik tetapi jika anda seorang yang suka mengunyah, berhati-hati dalam memilih snek anda. Ia adalah sangat penting untuk memilih snek yang membekalkan anda dengan nutrien dan vitamin yang secukupnya. Mari kita lihat beberapa snek mesra kult yang boleh boleh memperbaiki kulit anda dari dalam.

Telur



Telur rebus sangat kaya dengan protein serta mudah dan cepat untuk disediakan pada bila-bila masa. Ia antara makanan terbaik yang sangat rendah kalori, tetapi pada masa yang sama sangat berkhasiat. Putih telur mengandungi protein, yang mana memudahkan pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah penting untuk kesihatan kulit anda , kerana ia menggalakkan daya tahan pada kulit. Telur juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A yang bermanfaat untuk kulit dan pertumbuhan, serta vitamin E, yang menghalang pengoksidaan sel-sel dalam tubuh badan.

Buah strawberi & beri biru


Buah beri adalah makanan ringan yang sempurna pada siang hari atau waktu malam kerana ia mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang mana pengantioksidaan semulajadi terbesar. Buah strawberi sangat menakjubkan kerana mereka membantu kulit menjadi lembut dan licin. Selain itu, ia juga mengandungi asid salisilik, yang mana sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat serta boleh mencerahkan pigmentasi kulit. Makan strawberi segar juga akan memutihkan gigi anda dan mengekalkan nafas segar.

Coklat gelap


Mmmm ... Snek lazat ini meningkatkan tekstur dan rupa kulit anda, dan juga menyumbang dalam perlindungan daripada sinaran matahari. Kajian telah menunjukkan bahawa coklat gelap membantu kita untuk mempunyai kulit licin dan lembap. Koko sangat tinggi dalam antioksidan, yang mana juga bertanggungjawab untuk mempunyai kulit yang berseri.

Kekacang


Diet yang sihat dan seimbang mengandungi kekacang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kedutan dan mengurangkan garis-garis halus di muka. Kacang 'walnut', badam, 'pistachio' dan kacang hazel sangat kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit anda. Kekacang juga baik dalam mencegah beberapa penyakit seperti kanser atau penyakit kencing manis .

Keledek


Keledek kaya dengan sumber vitamin C dan vitamin A, yang penting untuk kulit yang sihat dan berseri. Vitamin A membantu pembaharuan sel-sel dan melambatkan proses penuaan. Jadikan keledek sebagai snek harian, ia pasti akan membantu anda untuk mencapai kulit yang hebat, licin dan berseri.