Saturday, 2 November 2013

Ramuan Topeng Muka Kombinasi Kulit Kering dan Normal

Posted by Encik Oktant

Bagi kita yang memiliki kombinasi kulit kering dan normal, tentu tertanya-tanya ada tak ramuan topeng muka yang sesuai? Ah-ha, sebab itulah saya buat entri ni. Khas untuk si pemilik kulit kering + kulit normal. Bolehlah mencubanya sebelum raya ni, kan?

Ramuan yang diperlukan adalah;
topeng muka daripada pisang dan madu lebah
Pisang dan madu lebah
Cara menyediakannya;

Topeng muka daripada pisang
Topeng Muka Berasaskan Pisang
  1. Lenyek pisang dalam sebuah bekas.
  2. Curahkan madu lebah dan sos masam ke atas pisang.
  3. Gaulkannya hingga sebati.
  4. Sapukan pada keseluruhan muka.
  5. Biarkan dalam 30 minit.
  6. Akhir sekali, bilas muka dengan air suam hingga benar-benar bersih.
Sama seperti topeng muka yang lain, amalkan pemakaiannya sebulan sekali. Jangan lupa juga lakukannya secara teratur yea.

Selamat Mencuba!

Petua Rambut Sihat Dengan Kacang Soya

Posted by Encik Oktant

Rambut yang cantik dan sihat boleh kita miliki sekiranya ia memperoleh sumber protein yang mencukupi. Macam mana nak dapatkan protein tu? Senang saja. Iaitu melalui kacang soya. =D

Kandungan protein dalam kacang soya mampu menyihatkan serta melembutkan rambut kita. Itulah caranya. Hehe... Tapi ada syaratnya tau. Ia perlu dibuat setiap hari supaya dapat mempertahankan kecantikan dan kesihatan rambut agar sentiasa subur dan bersinar.

Sehubungan itu, saya nak kongsikanlah satu petua rambut sihat yang berkaitan dengan anda. Mari kita lihat dulu bahan yang diperlukan;
Krim Kacang Soya
Krim kacang soya - halalstock.com
  • 1 sudu makan krim kacang soya
  • 1 cawan air panas
Cara membuatnya; 
  1. Satukan krim kacang soya dan air panas dalam satu bekas.
  2. Kacau keduanya sampai sebati.
  3. Sekarang, syampu rambut anda dengan syampu yang biasa dipakai.
  4. Kemudian, basuh rambut yang telah disyampu dengan air krim kacang soya tadi.
  5. Biarkan ia kira-kira 10 minit.
  6. Akhir sekali, barulah bilaskan rambut dengan air bersih.

Sekali lagi, saya ingatkan bahawa petua ini perlu dilakukan setiap hari. Setelah berpuashati dengan hasil yang diperolehi, barulah dijarakkan penggunaannya. Contohnya seminggu sekali atau dua minggu sekali ke. Apa yang penting ialah anda terus mengamalkannya.

Selamat mencuba yea.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Lemak tepu tidak bahaya?


MAKANAN belum diproses yang mengandungi kandungan lemak tepu sebelum ini dipercayai menjadi antara penyumbang kepada serangan sakit jantung.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh pakar kardiologi Hospital Universiti Croydon di London, Britain, Dr. Aseem Malhotra hasil kajiannya yang diterbitkan dalam British Medical Journal baru-baru ini.

Menurutnya, makanan tersebut sebenarnya tidaklah seburuk yang disangka, malah ia dipercayai dapat membantu melindungi tubuh daripada risiko penyakit kardiovaskular.

“Kajian kohort prospektif tidak menyokong hubungan pengambilan lemak tepu dengan risiko penyakit kardiovaskular, malah menerusi kajian itu, kita dapati lemak tersebut mampu melindungi jantung daripada penyakit itu,” katanya.

Namun, tanggapan bahawa lemak tepu tidak baik untuk kesihatan jantung membuatkan ramai orang menolak pengambilannya dalam diet masing-masing.

Salah anggap

Masyarakat lebih gemar mengambil produk rendah lemak kerana beranggapan ia lebih baik untuk kesihatan selain dapat membantu mereka menurunkan berat badan.

Mereka mungkin silap kerana kebanyakan produk rendah lemak di pasaran sebenarnya mengandungi kandungan gula atau garam yang tinggi.

“Minggu lalu, saya menyaksikan seorang pesakit wanita dalam lingkungan umur 40-an mati akibat serangan sakit jantung.

“Enam bulan sebelum meninggal dunia, dia mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dan pertambahan itu dipercayai selepas dia mengambil minuman rendah lemak sebanyak lima kali sehari,” kata Malhotra menerusi portal berita The Guardian.

Daripada pengiraan yang dibuat, Malhotra mendapati bahawa setiap 450 mililiter (ml) susu berperisa mengandungi kira-kira 15 sudu teh gula.

“Ini bermakna pesakit itu berkemungkinan telah mengambil 75 sudu teh gula setiap hari,” ujarnya.
Jelasnya, pengurangan kadar pengambilan gula dalam diet adalah lebih baik bagi mencegah penyakit berkaitan jantung.

Justeru, Malhotra mengesyorkan pesakit jantung agar mengamalkan pengambilan lemak tepu daripada makanan belum proses seperti keju, mentega, telur, yogurt dan daging.

“Produk tenusu misalnya kaya dengan vitamin A, D, kalsium dan fosforus yang diyakini dapat merendahkan tekanan darah.

“Makanan diproses seperti makanan segera didapati mengandungi kandungan asid lemak trans tinggi yang berbahaya untuk kesihatan jantung,” katanya.

Lemak trans

Sementara itu, menurut Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman, lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan menurunkan paras kolesterol baik (HDL).

Lemak ini kebiasaannya dijumpai dalam makanan segera seperti kentang goreng, piza, patti burger, hotdog dan makanan diproses lain.

Katanya, di Malaysia, penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit jantung dengan kemasukan kini melebihi 7,300 kes setahun.

“Lemak trans yang berlebihan akan terkumpul dikeliling jantung dan seterusnya mengganggu saluran darah.

“Pembuluh darah yang tersumbat akan menyukarkan oksigen sampai ke jantung lalu mengakibatkan penyakit jantung koronari, darah tinggi dan strok,” ujarnya

Keringkan jerawat dalam satu malam



Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin.

Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!

AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.

5 minit tangani stres secara sihat



Bermula dengan kesibukan di pejabat, menguruskan rumahtangga atau masalah percintaan, kebanyakan wanita menggangap mereka lebih kerap mengalami stres berbanding lelaki. Tidak dinafikan kesemua ini boleh mencetuskan tekanan jika tidak ditangani dengan betul.

Cuba lihat senarai di bawah 5 cara tangani stres dalam 5 minit. Cara ini bukan sahaja boleh di praktikkan oleh wanita, tetapi lelaki juga ya.

Periksa jadual harian
Luangkan masa sekurang - kurangnya 10 minit sebelum balik setiap hari untuk anda memeriksa atau merancang jadual kerja anda pada hari esok. Setiap pagi sebelum anda memulakan kerja, rancang dahulu jadual anda dengan mengenal pasti tugasan mana yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda akan lebih teratur dan merasa lebih tenang.

Mendengar muzik
Muzik dapat mengurangkan stres, meningkatkan emosi dan juga mengurangkan tekanan darah. Pemilihan muzik yang bersesuaian juga dapat mengubah diri anda menjadi lebih tenang.

Regangan
Angkat tangan dan letakkan di atas kepala, atau berjalan seketika di luar pejabat atau ke tandas merupakan salah satu jenis regangan. Ragangan dapat meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot.

Bersihkan meja
Jika anda merasa diri anda sedang stres, Kemas meja anda. Anda tidak perlu mengubah kedudukan atau peralatan di atas meja. Anda Cuma perlu susun sahaja supaya meja anda lebih teratur dan rapi. Meja yang bersih dan teratur boleh mengurangkan tekanan darah anda dan menjadikan anda berasa lebih tenang.

Hidu aroma lemon dan lavender
Sebuah penyelidikan di Jepun mendapati, zat linalool dalam lemon dapat mengurangkan 'stress'. Aroma lavender juga mampu menurunkan stres anda.

Selamat Mencuba!

6 tips berguna makan tanpa tekanan



Kerap kali tabiat kuat makan di kaitkan dengan emosi yang tidak stabil. Jangan sesekali membiarkan perasaan anda mempengaruhi mental dan fizikal anda.

Di bawah terdapat 6 tip yang boleh anda pratikkan dalam mengelakkan anda daripada makan dengan kuantiti yang banyak.

Tutup Televisyen
Pernah tak waktu anda kecil dulu, ibu bapa anda marah jika anda makan depan televisyen? Tak displin katanya. Tetapi, pernah tak anda terfikir anda tidak akan berhenti mengunyah jika menonton . Memang ia amat menyeronokkan, tetapi tidak sihat juga. Jadi, jangan marah jika ibu bapa anda menegur tabiat ini, mereka cuma menjaga kesihatan anda.

Jika anda berasa lapar ketika menonton televisyen , cuba gantikan snek kegemaran anda dengan snek sihat seperti buahan, kekacang atau Oat.

Ubah suai resepi supaya lebih sihat
Masak sendiri makanan kegemaran anda dengan mengubah suai kuantiti bahan yang digunakan. Dengan membuat sendiri hidangan pencuci mulut, anda tahu jumlah kandungan gula dan lemak yang terkandung dalam hidangan anda itu.

Gunakan bekas makanan yang kecil

Bekas pinggan, mangkuk, gelas atau senduk yang besar akan mendorong anda untuk makan lebih banyak, terutamanya jika anda sedang betul – betul lapar.

Sebaiknya, ketika makan pilih bekas makanan yang lebih kecil. Dengan cara ini,ia mampu membantu mengurangkan keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

Berbelanja ketika perut lapar
Rasa lapar yang dirasai akan mendorong anda berbelanja dengan banyak. Jika anda ingin makan di luar, pastikan sebelum keluar, alaskan perut anda terlebih dahulu. Makan buah pun sudah mencukupi. Jadi apabila anda keluar untuk makan, anda akan memesan yang perlu sahaja. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda berjimat juga.

Jangan kaitkan emosi dengan makan
Jika anda mengalami tekanan, jangan lepaskan dengan makan. Cuba cara lain seperti tidur, mendengar muzik atau mengambil udara segar di taman. Makan mengikut emosi akan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang banyak dan akan mengakibatkan penambahan berat badan.

Elak makan dengan 'Si Kuat Makan'
Tidak salah jika anda ingin makan dengan kawan yang memang kuat makan. Namun, janganlah terikut – ikut dengan tabiatnya itu. Jika kawan anda itu wajib memesan pencuci mulut selepas makan, elakkan memesannya juga. Sebaiknya, kongsi bersama-sama.

Selamat Mencuba!

Masa yang terbaik untuk anda bersenam

Posted by TUPAI




Apakah masa yang terbaik untuk anda bersenam? Memandangkan betapa sibuknya kehidupan zaman sekarang, ia adalah masuk akal untuk meluangkan beberapa minit untuk bersenam.

Di sini, kami berikan anda tip-tip yang boleh membantu anda mencari masa yang terbaik untuk jadual bersenam anda berdasarkan target yang ingin dicapai.

Jika anda mempunyai mesyuarat tegang yang telah dirancang
Bersenam sebelum itu. Tiga puluh minit senaman berintensiti sederhana boleh mengurangkan tindak balas fisiologi badan terhadap tekanan dengan meningkatkan neurotransmitter baik seperti dopamin. Selain itu, ia juga menggalakkan otak anda untuk mematikan tindak balas tekanan ini. Anda akan merasakan kesan kira-kira 15 minit selepas anda selesai bersenam.

Jika anda mempunyai masalah tidur
Bersenam dengan betul sebelum tidur. Anda mungkin pernah mendengar bahawa bersenam sebelum tidur menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur. Namun begitu, menurut satu kajian baru-baru ini, orang yang bersenam pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam akan mendapat tidur lebih nyenyak. Jika tidur anda tidak lena, aktiviti yoga yang ringkas adalah yang terbaik serta lebih selamat daripada pil tidur.

Jika anda mahu mengelakkan kecederaan
Lakukan senaman pada awal petang. Senang untuk kejang otot atau terseliuh buku lali? Tunggulah sehingga selepas kerja untuk bersenam. Pada awal pagi, suhu badan semula jadi anda adalah rendah, jadi anda mungkin terdedah kepada tekanan dan kecederaan jika bersenam pada waktu tersebut. Untuk mengelakkan kecederaan, bersenamlah dalam lingkungan masa 4 – 8 petang.

Jika anda mahu untuk mengurangkan berat
Bersenam sebelum sarapan pagi. Memaksimumkan potensi pembakaran kalori badan anda dengan pergi ke gimnasium pada waktu pagi. Orang yang berlari di atas 'treadmill' sebelum sarapan, pembakaran lemak berlaku kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding dengan orang yang bersarapan terlebih dahulu.

Jika anda mahu mengelakkan serangan alahan
Bersenam di waktu malam. Alahan biasanya disebabkan oleh debunga yang banyak ada pada waktu 4–10 pagi. Ini bermakna jika anda fikir bersenam pada waktu pagi di luar akan membekalkan anda tenaga, fikirkan semula sekiranya anda seorang yang mudah jatuh sakit. Ia akan membuatkan anda pening dan terdedah kepada gejala-gejala alahan sepanjang hari.

Bersenam mengikut bintang zodiak

Posted by Ashraf Nasser 

Astrologi mengatakan bahawa terdapat satu hubungan antara bintang zodiak dan masalah kesihatan anda dan menasihati untuk bersenam mengikut zodiak masing-masing. Periksa horoskop senaman anda di bawah dan pelajari bagaimana untuk bersenam dengan lebih berkesan dengan latihan yang terbaik mengikut bintang.

Horoskop senaman untuk Aries

Bersenam adalah semulajadi bagi anda. Anda sukakan persaingan, tetapi pastikan anda tidak terlalu bersaing. Aktiviti-aktiviti yang sesuai termasuklah seni mempertahankan diri, bertinju, bola sepak, berbasikal lasak, angkat berat, serta aktiviti-aktiviti luar, seperti tenis dan 'skydiving'.

Horoskop senaman untuk Taurus

Bagi Taurus, anda cenderung untuk melihat senaman sebagai kerja rumah. Namun, anda perlu bersenam untuk mengelakkan kenaikan berat badan dan bersenam mengikut tanda bintang boleh menjadikannya lebih menyeronokkan. Pertimbangkanlah aktiviti-aktiviti luar seperti berjoging, tenis atau 'skydiving'. Selain itu, berjalan atau berbasikal juga idea yang bagus.

Horoskop senaman untuk Gemini

Untuk bintang Gemini, cara terbaik untuk bersenam adalah dengan mengelakkan rutin senaman tegar. Sebagaimana muzik dan interaksi sosial memberi motivasi kepada anda, anda disyorkan lakukan gimnastik atau menari aerobik. Gemini seorang yang suka bersosial, jadi anda akan lebih selesa bersenam dengan rakan seperti sukan tenis, badminton atau Frisbee. Paru-paru adalah salah satu daripada kawasan sensitif anda, jadi elakkan pernafasan yang pendek.

Horoskop senaman untuk Cancer

Anda tertarik dengan air secara semulajadi, jadi semua sukan air sangat baik untuk anda termasuk juga berlari di tepi pantai. Pergerakan badan dalam air adalah cara yang baik untuk menguatkan otot anda dan rehat dalam elemen semulajadi anda. Tambahan lagi, bintang Cancer suka makanan yang baik, jadi pastikan kekal aktif setiap hari untuk mengekalkan berat badan ideal.

Horoskop senaman untuk Leo

Kunci utama untuk bersenam bagi si bintang Leo ialah dengan menimbangkan titik lemah anda. Anda perlu mengukuhkan sistem peredaran darah yang mana boleh dibantu dengan berjalan atau berjoging dengan menghirup udara segar. Seharusnya bersenamlah secara kerap, tetapi cuba untuk tidak keterlaluan. Selain itu, senamrobik atau menari bersama pasangan juga kelihatan sesuai dengan anda.

Horoskop senaman untuk Virgo

Si bintang Virgo kebanyakannya sangat sibuk seperti lebah, jadi anda tidak akan mempunyai masalah untuk kekal 'fit'. Tenaga anda sangat banyak, jadi sukan lasak seperti berbasikal atau mendaki kelihatan biasa untuk anda. Walaubagaimapun, anda juga haruslah tahu bagaimana untuk berehat. Amalkanlah yoga atau meditasi untuk melepaskan tekanan yang terpendam.

Horoskop senaman untuk Libra

Bersenam di dalam kelab kesihatan yang mewah adalah latihan yang terbaik untuk Libra. Di samping itu, carilah rakan gim yang boleh membantu kerana bersosial tidak akan mengalih perhatian anda daripada bersenam. Aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan pasangan seperti tenis, menari atau belayar akan memberikan kesan yang terbaik untuk anda.

Horoskop senaman untuk Scorpio

Dalam kes anda, cara terbaik untuk bersenam adalah dengan mencari aktiviti kecergasan yang boleh membantu anda melepaskan tekanan. Pilihan yang terbaik ialah dengan melibatkan tinju, seni mempertahankan diri atau berjalan jauh. Anda mungkin memerlukan aktiviti santai seperti bernafas dalam-dalam atau berjoging perlahan.

Horoskop senaman untuk Sagittarius

Sebagai tanda Centaur, senaman yang bagus untuk anda semestinya menunggang kuda. Namun, jika tiada kuda, anda juga boleh melakukan senaman yang serupa dengannya seperti berbasikal atau ski. Bintang Sagittarius seorang yang mudah mendapat kecederaan, jadi berhati-hati apabila melakukan sukan yang lasak. Tambahan pula, berlatih untuk sesuatu pertandingan akan meningkatkan motivasi anda.

Horoskop senaman untuk Capricorn

Untuk anda, si bintang Capricorn, cara terbaik untuk bersenam adalah mendaki atau memanjat bukit. Selain itu, berjoging, berjalan, dan berbasikal juga baik untuk anda. Namun, berhati-hati dengan lutut anda kerana ia merupakan titik lemah anda.

Horoskop senaman untuk Aquarius

Manakala untuk Aquarius, sama seperti Gemini, cara terbaik untuk anda bersenam adalah dengan mengelakkan aktiviti rutin. 'Skydiving' dan sukan ekstrem adalah pilihan yang menarik. Menari juga baik kerana ia memerlukan anda untuk berinteraksi dengan orang lain.

Horoskop senaman untuk Pisces

Pisces tidak begitu meminati sukan dan mudah terdedah kepada masalah kaki, jadi dinasihatkan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang lasak. Seperti air yang merupakan unsur semulajadi anda, sukan air seperti berenang dan meluncur air amat baik untuk anda. Yoga juga bagus untuk memberikan keamanan kepada anda.

dipetik dari:- http://www.tupai.com.my/

Cara Hilangkan Kutu Air Di Celah Jari

Posted by Encik Oktant

Ada rasa gatal-gatal di celah jari? Tak kisahlah sama ada celah jari tangan ataupun kaki. Cuba belek celah-celah jari tu kejap.. Manalah tahu entah-entah ada kutu air ke. Kalau ada, saya nak kongsi petua hilangkan kutu air tu.

Tapi sebelum tu, kita perlukan cuka dan kapas. Kalau nak gunakan kapas muka pun boleh. Tiada masalah. Mudah, kan?
gambar cuka untuk kutu air
Cuka - myorbitcafe.com

Caranya;
  1. Tuangkan cuka pada kadar yang berpatutan pada kapas.
  2. Sapukan pada kutu air sama ada di celah jari tangan ataupun kaki.
Ulangi kaedah ini sehinggalah kutu air dapat dihilangkan 100%. Untuk pengetahuan semua, cuka tidaklah pedih. Jadi, anda tak perlulah risau yea.

Selamat mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Friday, 1 November 2013

Pandan Tikus Ubat Demam Malam

Posted by Encik Oktant

Istilah demam malam agak asing buat sesetengah kita. Ia mungkin juga lebih dibimbangi kerana menjangkiti pesakit pada waktu malam. Namun daripada sumber yang saya perolehi, demam malam mahupun siang tiada bezanya. Kedua-nya berlaku disebabkan oleh tindakbalas tubuh kita terhadap jangkitan bakteria ataupun virus.

Alang-alang dah sentuh pasal demam malam, elok juga saya kongsikan petua tradisional mengubatinya.
Pertamanya, kita perlukan daun pandan tikus. Nama saintifiknya "Mapania Sp". Rupabentuknya lebih kurang macam daun pandan wangi.

Perbezaannya adalah dari segi susunan dedaunnya yang berbentuk segi tiga. Satu lagi, ada duri halus di bahagian tepinya.

Nak cari kat mana daun nie?? Biasanya kita boleh jumpa di hutan pamah dan lereng bukit.
  1. Bagi tujuan perubatan, kita perlukan hanya daun pandan tikus yang muda dan segar beserta akarnya.
  2. Sebelum terlupa, ambil daun tu dalam bilangan ganjil tau.
  3. Kemudian, bersihkan daun dan akar pandan tikus tadi terlebih dahulu.
  4. Rebuskannya dengan 3 gelas air bersih.
  5. Biarkan sehingga air rebusan tadi tinggal kira-kira 1 gelas.
  6. Akhir sekali, tapis air rebusan tu dan minumlah perlahan-lahan setelah ia suam.
  7. Amalkan minum air rebusan ini setiap malam sebelum tidur. Teruskan sampailah anda benar-benar  sembuh.

Opss... sebelum saya terlupa, mungkin ramai di antara kita yang ada rancangan nak masak lauk daging. Maklumlah, mesti dapat banyak daging qurban, kan?

Kalau nak melembutkan daging, boleh guna akar dan daun pandan tikus ni. Rebuskan saja akar dan daun pandan tikus ni sekali dengan daging tu.

Hahh... selain mengubati demam malam, kita dah tahu satu lagi cara melembutkan daging, kan?
Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

4 Petua Memasak Daging Agar Sedap

Posted by Encik Oktant

Raya Haji dahpun berlalu lebih 1 minggu. Tapi tengok dalam "freezer" tu, masih ada lagi daging qurban. Bilalah nak memasaknya. Ataupun mungkin tengah fikirkan menu apa yang paling sesuai.

Nah... sementara itu, ketahuilah dulu petua memasak daging berikut supaya ia lebih sedap dan menyelerakan nanti. Barulah ada ummpphhh...

Daging Black Pepper Special
Daging Black Pepper Special 

1. Elakkan daripada terus memasak daging yang baru saja dikeluarkan dari tempat sejuk beku @ freezer.

Sekiranya kita degil terus memasaknya juga, pasti ada sesetengah bahagian daging yang tidak masak sepenuhnya. 

Sebaik-baiknya, keluarkan ia lebih awal sekiranya kita dah ada pelan nak memasaknya. Rancanglah dengan sebaik mungkin yea. 

Kalau terlupa, apa salahnya minta bantuan salah seorang ahli keluarga keluarkannya. Ataupun sekurang-kurangnya dia boleh tolong ingatkan. 

2. Sebelum memasak, gaulkan setiap pelusuk bahagian daging dengan serbuk perasa (campuran bawang merah, cili kering & halia yang telah dikisar, garam, kunyit dll ikut resepi anda) hingga sebati. 

Kemudian, perapkan daging tersebut dalam 30 minit @ 1/2 jam. Kalau nak sedap, peraplah semalaman. Ia pasti lebih "mesra". 

3. Selepas memasak ataupun menggoreng sebarang jenis resipi daging, biarkannya tanpa dipotong sekitar 3 - 5 minit.Tujuannya agar rasa dan nutrien daging tersebut benar-benar sebati. 

4. Selepas daging tersebut siap dimasak, eloklah ditoskan dulu minyaknya. Elak daripada pakai suratkhabar sebagai alat atau tempat mengetos. Kandungan karbon yang ada padanya tu hanya akan membahayakan kesihatan kita. 

Tujuan "toskan" daging adalah supaya minyak berlebihan tidak "turut serta" join sekali semasa ia dihidangkan. Ini kerana minyak yang berlebihan itu memang tak elok untuk kesihatan. ;-(

4 petua masakan di atas hanyalah petua yang kebanyakan anda dahpun sedia maklum. Terutamanya bagi yang dah berpengalaman ataupun yang memang rajin ke dapur.

Jadi, kalau ada sebarang petua lain yang ingin dikongsi, saya amatlah mengalu-alukannya. Anda boleh kongsikannya pada bahagian "ulasan" @ komen yea. ;)

Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Posted by Encik Oktant

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
minum air
Minum air - allthelook.org

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah: 

  1. Sebaik saja bangun tidur.Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
  2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
  3. Selepas memakan buah-buahan.
  4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
  5. Sewaktu tengah makan.Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
  6. Sebelum atau sesudah makan. Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
  7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

4 Tumbuhan Mengubati Darah Tinggi

Posted by Encik Oktant

Setiap tumbuhan yang dijadikan oleh-Nya tentu mempunyai khasiat tersendiri. Cuma mungkin kita saja yang kurang tahu mengenainya. Justeru, saya kongsikan beberapa jenis tumbuhan yang dikatakan berupaya mengurangkan atau mengubati tekanan darah tinggi anda. 

1. Pegaga

Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda. Selain itu, amalan meminum jus pegaga membantu anda kelihatan awet muda. 

2. Pucuk Betik

Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam. 

3. Daun Sambung Nyawa

Satu lagi tumbuhan yang boleh anda jadikan sebagai ulam-ulaman ialah daun sambung nyawa. Andai memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan macam nak muntah.
Daun Sambung Nyawa 

Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah. 

4. Daun Tenggek Burung

Daun Tenggek Burung - deazliyanish.blogspot.com 

Anda yang menghidapi darah tinggi boleh buat daun tenggek burung ni sebagai ulam. Lawan pula dengan sambal belacan. Mmmm... memang sedap.

Di samping darah tinggi, ia membantu melancarkan perjalanan darah anda juga.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Cara Minum Air untuk Kesihatan Tubuh Badan

Posted by Encik Oktant

Sepanjang hari, anda memang perlu minum air untuk keperluan tubuh. Biasanya, minum dalam lingkungan 6 hingga 8 gelas air masak dah memadai. Tapi, anda haruslah sesuaikan juga dengan cara hidup anda gak. Kan lain orang, lain cara hidup dan rutin hariannya. Tak gitu?
minum air mineral
Air Mineral - ehow.com 

Sebenarnya, terdapat 3 cara minum air yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan? Kalau selama nie anda main minum je, cubalah praktikkan amalan berikut:
1. Semasa meminum segelas air, cuba anda amalkan minum dengan 3 kali teguk. Elakkan daripada minum sekali teguk atau senafas.
2. Elakkan daripada meniup air yang nak diminum. Ya, walaupun ianya adalah air panas. Biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah minum.
3. Jangan bernafas di dalam gelas atau cawan atau mug atau kole berapa banyak atau daa yang anda tengah minum.

Hurmm... mudah saje, kan? Tapi saya yakin pasti ada di antara anda yang pernah atau selalu buat perkara di atas tu, kan? Jadi, mulai saat ini, diharap anda boleh ubah tabiat minum. Tujuannya supaya ia bukan saja untuk menghilangkan dahaga tapi mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda.

Selamat Mengamalkannya!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

7 Sebab Anda "GAGAL" Turunkan Berat Badan

Posted by Encik Oktant

Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah puas atau penat berdiet, namun hasilnya AMAT mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur begitu saja. Memang SEDIH.

Kenapa lar boleh jadi camtu?

Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!

Beratku cuma turun 3 kilo je?

Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer 

1. Elak waktu makan 

Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.

Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam. 

2. Enggan bersenam

Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun. 

3. Enggan menyentuh kalori

Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
  • Lelaki  ~ 2500 kalori setiap hari
  • Wanita ~ 2000 kalori setiap hari 
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh?? 
 
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA. 

4. Hanya makan buah dan sayur

Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.
Imej - Steve Baccon 

5. Suka salad mayonis

Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu... 

6. Tak minum susu langsung

Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.

Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?

Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu? 

7. Penurunan berat badan yang mendadak

Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.

Harap ia bermanfaat untuk anda ya. :)

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Thursday, 31 October 2013

Tips 13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut



Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

5 Waktu Terbaik Minum Air Masak

Posted by Encik Oktant

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak memasing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka "point" ni).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Hah! Kan bagus tu. ;)

Fuhhhh.... memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan? Grrrr...

Ok lah, sekarang jom kita lihat pula bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus. 

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia. 

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita. 

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita. 

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Takdelah terkejut beruk nanti. Huhu...

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/