Saturday, 2 November 2013

5 minit tangani stres secara sihat



Bermula dengan kesibukan di pejabat, menguruskan rumahtangga atau masalah percintaan, kebanyakan wanita menggangap mereka lebih kerap mengalami stres berbanding lelaki. Tidak dinafikan kesemua ini boleh mencetuskan tekanan jika tidak ditangani dengan betul.

Cuba lihat senarai di bawah 5 cara tangani stres dalam 5 minit. Cara ini bukan sahaja boleh di praktikkan oleh wanita, tetapi lelaki juga ya.

Periksa jadual harian
Luangkan masa sekurang - kurangnya 10 minit sebelum balik setiap hari untuk anda memeriksa atau merancang jadual kerja anda pada hari esok. Setiap pagi sebelum anda memulakan kerja, rancang dahulu jadual anda dengan mengenal pasti tugasan mana yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda akan lebih teratur dan merasa lebih tenang.

Mendengar muzik
Muzik dapat mengurangkan stres, meningkatkan emosi dan juga mengurangkan tekanan darah. Pemilihan muzik yang bersesuaian juga dapat mengubah diri anda menjadi lebih tenang.

Regangan
Angkat tangan dan letakkan di atas kepala, atau berjalan seketika di luar pejabat atau ke tandas merupakan salah satu jenis regangan. Ragangan dapat meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot.

Bersihkan meja
Jika anda merasa diri anda sedang stres, Kemas meja anda. Anda tidak perlu mengubah kedudukan atau peralatan di atas meja. Anda Cuma perlu susun sahaja supaya meja anda lebih teratur dan rapi. Meja yang bersih dan teratur boleh mengurangkan tekanan darah anda dan menjadikan anda berasa lebih tenang.

Hidu aroma lemon dan lavender
Sebuah penyelidikan di Jepun mendapati, zat linalool dalam lemon dapat mengurangkan 'stress'. Aroma lavender juga mampu menurunkan stres anda.

Selamat Mencuba!