By Izzati Husna | Tupai
Skrub garam dan gula merupakan salah satu rawatan yang paling mudah untuk dilakukan di rumah. Bukan sahaja melumurkan gula atau minyak ke seluruh badan anda menyenangkan, namun faktor pengelupasan juga akan menjadikan kulit lebih segar, bertenaga dan lembut seperti kulit bayi.
Skrub mandian di pasaran kebanyakannya mahal namun jangan risau kerana anda juga boleh membuat skrub garam dan gula mandian anda sendiri. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi dan tidak perlu bahan kimia yang berbahaya untuk dapatkan kulit yang berseri dan halus. Berikut adalah beberapa cadangan untuk skrub mandian yang sangat mudah disediakan di rumah:
Skrub mandian pisang + gula Apabila pisang berwarna keperangan, gunakannya untuk membuat skrub. Ini tidak memerlukan minyak dan hanya bergantung kepada kelebihan pisang dan gula kasar.
Skrub garam rosemary + lemon Sekiranya anda tidak menggunakanherba untuk memasak, mencampurkan herba tersebut yang berbau harum dengan lemon dan garam adalah rawatan yang paling 'superb' untuk kulit.
Skrub mandian bergula Skrub mandian ini juga sangat mudah untuk dibuat. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti berikut:
Skrub tomato bergula Skrub tomato bergula sangat baik untuk disapu pada kulit sebelum anda pergi ke pantai atau kolam renang, atau untuk hari-hari di mana anda terlupa membawa 'sunblock' dan kulit anda mula terbakar. Gosok skrub ini pada kulit adalah cara yang baik untuk menyejukkan kulit daripada bahang sinaran matahari. Anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:
Skrub kelapa + gula perang + vanila Minyak kelapa sangat halus dan wangi serta mempunyai banyak manfaatnya. Skrub ini sangat melembapkan, malahan anda juga boleh jadikannya sebagai pencuci mulut. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Skrub bergula untuk bibir Terdapat juga skrub untuk bibir yang mana boleh menjadikannya lebih lembut dan kelihatan lebih mungil. Hanya campurkan sedikit minyak jojoba atau zaitun dengan gula kastor bersama sedikit pudina atau ekstrak vanila. Kemudian, letakkan letakkan pada bibir dan urut. Tidak perlu membilas bibir anda kerana anda boleh menjilatnya. Rasanya enak, bukan?
Skrub garam lavender
Skrub garam sitrus Skrub ini akan membuatkan anda jadi lebih hebat selepas mandi pagi atau selepas sukan.

- pisang masak
- 3 sudu besar gula pasir
- ¼ sudu teh ekstrak vanila tulen atau minyak pati kegemaran anda (terpulang)
Skrub garam rosemary + lemon Sekiranya anda tidak menggunakanherba untuk memasak, mencampurkan herba tersebut yang berbau harum dengan lemon dan garam adalah rawatan yang paling 'superb' untuk kulit.
- 1/2 cawan garam laut
- 1/4 cawan minyak zaitun dara
- 2 sudu kulit lemon
- 1 sudu kecil rosemary kering
Skrub mandian bergula Skrub mandian ini juga sangat mudah untuk dibuat. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti berikut:
- Gula kasar
- Minyak zaitun
- 15-20 titis minyak kegemaran anda penting
Skrub tomato bergula Skrub tomato bergula sangat baik untuk disapu pada kulit sebelum anda pergi ke pantai atau kolam renang, atau untuk hari-hari di mana anda terlupa membawa 'sunblock' dan kulit anda mula terbakar. Gosok skrub ini pada kulit adalah cara yang baik untuk menyejukkan kulit daripada bahang sinaran matahari. Anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:
- 2 cawan gula pasir
- 1 tomato besar dicincang
- ¾ cawan minyak kelapa
- 5-20 titis minyak pati
Skrub kelapa + gula perang + vanila Minyak kelapa sangat halus dan wangi serta mempunyai banyak manfaatnya. Skrub ini sangat melembapkan, malahan anda juga boleh jadikannya sebagai pencuci mulut. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- 1/2 cawan minyak kelapa
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 sudu teh vanilla
Skrub bergula untuk bibir Terdapat juga skrub untuk bibir yang mana boleh menjadikannya lebih lembut dan kelihatan lebih mungil. Hanya campurkan sedikit minyak jojoba atau zaitun dengan gula kastor bersama sedikit pudina atau ekstrak vanila. Kemudian, letakkan letakkan pada bibir dan urut. Tidak perlu membilas bibir anda kerana anda boleh menjilatnya. Rasanya enak, bukan?
Skrub garam lavender
- 1/2 cawan garam kasar laut
- 1/3 cawan minyak badam/kelapa/zaitun
- 1 sudu lavender kering
Skrub garam sitrus Skrub ini akan membuatkan anda jadi lebih hebat selepas mandi pagi atau selepas sukan.
- 1/2 cawan garam laut
- 1/2 cawan minyak pilihan anda (jojoba, badam, zaitun @ apa sahaja)
- 1 sudu teh kulit limau (limau , lemon, oren, limau gedang)