Saturday, 26 April 2014

Membina Harga Diri Kanak-kanak

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?

Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?

Kanak-kanak ini :
  • Mudah berkawan.
  • Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
  • Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
  • Boleh mengawal perlakuan.
  • Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
  • Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
  • Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?

Mereka :
  • Tidak ceria.
  • Kurang keyakinan diri.
  • Perasaan tidak berguna.
  • Sentiasa berasa letih dan penat.
  • Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
  • Rasa rendah diri.
  • Sering gagal di sekolah.

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
  • Kasih sayang.
  • Keselamatan.
  • Panduan.
  • Penghargaan.
  • Galakan.

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?

Anda harus :
  • Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil.
  • Berikan kasih sayang yang ikhlas.
  • Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda.
  • Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
  • Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan.
  • Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
  • Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik.
  • Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya 'ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangimu.'

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak

  • Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak.
  • Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain.
  • Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya.
  • Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak.
sumber dari : http://e-kesihatan.blogspot.com/

Amputasi / Potong Kaki Bukan Jalan Penyelesaian Kepada Pesakit Diabet

Amputasi bukan satu jalan penyelesaian kepada pesakit luka diabetes / kencing manis, walaupun bahagian anggota selalunya bahagian kaki terpaksa di amputasi atas nasihat doktor. Sama ada pesakit memilih unutk menjalani procedure amputasi atau tidak, rawatan mencuci dan membersihkan luka diabetes / luka kencing manis mesti di lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Rawatan mencuci dan membersihkan luka ini hendaklah di lakukan oleh mereka yang berkemahiran, seperti jururawat atau perawat yang berpengalaman dan biasa mengendalikan pesakit luka diabetes / kencing manis.

Tetapi kebanyakkan pesakit atau ahli keluarga kurang peka tentang pentingnya rawatan mencuci dan membersihkan luka ini. Sekiranya luka yang kecil segera dirawat dan dibersihkan menggunakan ubatan dan peralatan yang sesuai serta di lakukan oleh mereka yang berkepakaran dan berkemahiran, tentu sekali amputasi dapat di elakkan atau di minimakan. Malahan dengan cara ini dan dengan penjagaan kebersihan diutamakan, luka yang agak serius dan bahagian yang di amputasi boleh pulih sehingga berkulit semula.

Sekarang ini banyak pusat-pusat rawatan swasta sama ada yang berorientasikan perawatan moden, tradisional dan komplementari menyediakan perkhidmatan rawatan mencuci dan membersihkan luka pesakit diabetes / kencing manis. Walau apa jenis atau cara yang di tawarkan pesakit perlulah meneliti beberapa perkara sebelum mempertimbangkan untuk menjalani rawatan mencuci dan membersihkan luka di pusat rawatan itu. Faktor utama adalah melihat kepada faktor kebersihan pusat rawatan itu sendiri bermula dari bilik rawatan, perawat, peralatan hinggalah kepada persekitaran.

Sebuah agensi iaitu The Golden Steps ( http://thegoldensteps.blogspot.com ) yang menggunakan kaedah rawatan komplemetari moden, telah ,mengambil satu pendekatan menyediakan perkhidmatan rawatan di rumah pesakit itu sendiri. Kaedah ini juga di kenali sebagai Home Nursing Services / Mobile Services.
Kaedah ini amat sesuai bagi pesakit yang kurang berupaya untuk bergerak dan perlukan bantuan ahli keluarga untuk membawa mereka ke pusat rawatan, klinik atau hospital. Dengan kaedah rawatan ini pesakit hanya perlu menunggu perawat datang kekediaman mereka dengan masa yang telah di persetujui di antara kedua-dua belah pihak.

Selain dari rawatan mencuci dan membersihkan luka, faktor penjagaan makanan pesakit juga perlu dijaga. Bukan sahaja jenis makanan yang disediakan untuk pesakit perlu di ambil berat tetapi jadual pemakanan yang teratur, cara dan masa pesakit makan juga adalah penting. Selain dari itu ada beberapa jenis minuman dan makanan tambahan serta vitamin sangat sesuai di ambil oleh pesakit bagi membantu proses pemulihan, penyembuhan dan dapat menurunkan paras gula dalam darah, di samping kekal dengan pengambilan ubat-ubatan yang di sarankan oleh doktor.

Jangan biarkan mereka yang anda sayang sama ada ibu atau bapa, suami atau isteri atau sesiapa juga individu menghadapi masalah ini bersendidiran, bantulah mereka untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang boleh mengembirakan dan membahagiakan semua yang terlibat, kerana setiap masalah itu ada jalan penyelesaian sekiranya di fikirkan dan di lakukan dengan cara yang rasional.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/

Makanan yang mampu beri stamina

Kadang-kala anda akan berasa cepat penat atau letih ketika melakukan kerja atau pun ketika bersenam. Ini kerana badan anda mungkin tidak mempunyai stamina untuk anda kekal bertenaga untuk seharian.

Untuk kekal bertenaga, anda harus makan dan makanan memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia, ia merupakan sumber tenaga manusia untuk terus hidup dan berkerja di atas muka bumi tuhan ini, pun begitu pemilihan makanan yang salah boleh menyebabkan anda ditimpa sakit dan sekaligus boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda panduan untuk mengekalkan dan menambahkan stamina kepada badan anda.

Pisang
Pisang sangat popular dikalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera, ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Secara saintifiknya pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga dan mengekalkan stamina ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Soya
Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang. Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian.

Goji
Nama Goji mungkin sedikit asing bagi kita rakyat Malaysia, pun begitu ia sangat popular di kalangan pengamal kesihatan. Goji merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif. Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren. Kesemua khasiat tersebut dipercayai mampu meningkatkan stamina badan dan membuatkan badan boleh bekerja dengan lebih aktif.

Daging
Daging terbahagi kepada banyak jenis, ada daging merah yakni dari sumber lembu, kerbau, kambing dan sebagainya, Daging putih pula daripada keluarga burung dan ikan, kesemua daging ini mempunyai kebaikanya tersendiri,pun begitu persamaan yang paling besar adalah kesemua jenis daging ini membekalkan keperluan protein yang baik untuk badan kita, protein ini bagus untuk tumbesaran otot dan mengekalkan tenaga seseorang, Daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan. Jadi, bila mengambil daging, pilihlah daging tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan badan kita.

Bagi yang tidak berkempuan untuk membeli protein tambahan dari kedai, makanlah daging secukupnya, ia lebih menjimatkan.

Telur
Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi diantaranya protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan.

Di dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal America College Of Nurition orang yang mengambil telur ketika bersarapan akan berasa kenyang lebih lama dan pada akhirnya memilih makanan dengan jumlah kalori yang sedikit ketika makan tenghari tiba. Terbukti, Telur merupakan makanan yang baik untuk kita mengekalkan tenaga dalam badan dan hidup akan sentiasa ceria, tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan takut akan mendatangkan kesan sampingan pula.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Friday, 25 April 2014

Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti

Bayi yang diberi makan makanan pejal sebelum 4 bulan berisiko

Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian.

Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menuggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston.

“Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau.

Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka.

Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi dan ibubapa mereka selama 3 tahun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu.

Apabila bayi tersebut telah berusia 3 tahun, pengkaji tersebut mengukur tinggi dan berat mereka untuk menentukan kanak-kanak mana yang obes, yang ditakrif sebagai berada dalam kalangan 5 peratus tertinggi dari berat badan ideal (BMI) bagi usia dan jantina mereka.

Bagi bayi yang diberi susu ibu untuk sekurang-kurangnya empat bulan, sebelum mereka mula makan makanan pejal, tidak menunjukkan mereka menjadi obes usia 3 tahun. Tanpa mengira bila mereka mula makan makanan pejal, bayi susuan ibu dalam kajian tersebut hanya berkebarangkalian 1 dari 14 sahaja untuk menjadi obes sebagai kanak-kanak pra-sekolah.

Tetapi penemuan itu, yang telah diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, menunjukkan perbezaan bagi bayi yang diberi susu formula bermula dari permulaan lagi, atau yang berhenti menyusu susu ibu sebelum usia 4 bulan.

Bayi-bayi tersebut mempunyai kemungkinan satu dari empat menjadi obes pada usia 3 tahun jika mereka makan makanan pejal sebelum usia 4 bulan. Jika ibubapa menuggu sehingga 4 atau 5 bulan, kemungkinan itu menjadi satu dari 20 sahaja.

Kemungkinan menjadi obes bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi bayi makan makanan pejal.

Di seluruh dunia, para doktor telah mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Susu ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.

“Tatkala ibu bapa mungkin mempunyai kesukaran menentukan jumlah yang betul untuk memberi makan seorang bayi yang tidak diberi susu ibu, ia mungkin juga ‘cara bayi-bayi itu makan dan belajar untuk makan mempengaruhi risiko obesiti mereka,’” kata Huh.

Dr. David McCormick, seorang pakar kanak-kanak di The University of Texas Medical Branch di Galveston, berkata yang masalah paling biasa beliau lihat ialah ibu bapa menambah bijirin kepada susu formula tanpa terfikir tentang tambahan kalori yang mereka beri kepada bayi mereka.

“Saya rasa itu adalah apa ramai orang lakukan tanpa disedari, berpendapat bayi itu akan menjadi semakin sihat atau membesar lebih cepat,” jelas McCormick, yang tidak terbabit dalam kajian tersebut.

“Itulah bagaimana (orang dewasa) menjadi terlebih berat,” katanya. “Mereka makan lebih sedikit daripada yang mereka sepatutnya setiap hari.”

Kajian tersebut menunjukkan berbicara dengan ibu bapa tentang bila untuk menambah makanan pejal bagi diet seorang bayi adalah sesuatu yang pakar pediatrik harus lakukan secara tetap, McCormick berkata. Memberi makanan pejal terlalu awal, sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, “ialah seakan menyediakan anak anda untuk obesiti.”

Lagi, katanya, “Kita tahu dari kajian lain bahawa jika anda terlebih berat badan atau obes pada usia 3 tahun, anda sangat berkemungkinan untuk kekal menjadi obes.”

sumber dari: http://e-kesihatan.blogspot.com/

Tidur berdengkur jejas kesihatan

Apabila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena jika pasangan kita atau rakan serumah berdengkur? Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin 'turbo' itu mengganggu tidur orang lain.

Walaupun ia dianggap perkara biasa atau lumrah di kalangan lelaki, namun ia tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia berlarutan, itu bermakna seseorang itu terdedah kepada penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang seperti yang kita fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung.

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur atau apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, ia boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Lakukan diagnosis skor untuk mengetahui tahap dengkur. Masukkan kamera dari hidung ke peti suara untuk melihat tahap serius dengkuran pesakit. Hantar pesakit 'sleep study', kerana ada sebuah mesin yang mengesan dengkuran ketika pesakit tidur. Ia mengesan pergerakan tangan, kaki dan oksigen di dalam badan dan gelombang otak sewaktu tidur.

Pembedahan dilakukan tetapi ia bergantung kepada punca yang menyebabkan dengkuran. Terdapat sejenis mesin yang membantu membekalkan oksigen untuk mereka yang obes atau tidak mahu menyelesaikan masalah itu menerusi pembedahan.

Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat. Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat akibat tidur tidak cukup. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya.

Oleh itu, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan jika masalah dengkur ini tidak berkesudahan dan menjadi lebih parah.

sumber dari: https://my.entertainment.yahoo.com/

Pemakanan kanak-kanak bawah 1 tahun

Bayi membesar dengan cepat pada tahun pertama. Kebanyakan bayi bertambah berat badannya 2 kali ganda dalam masa 4-5 bulan dan 3 kali ganda bila mencapai umur setahun. Makanan bayi perlu mengandungi cukup protein, lemak, karbohidrat, mineral dan vitamin untuk memenuhi keperluan tumbesaran.

Susu ibu boleh membekalkan keperluan zat makanan yang lengkap sehingga bayi berusia 6 bulan. Pada masa ini makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk memastikan bayi mendapat segala zat makanan yang diperlukan.

1. Penyusuan susu ibu

Menyusu anak anda dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Anda digalakkan menyusukan bayi anda sebaik sahaja selepas bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Susui bayi anda sekerap mungkin dan selama mana yang dia mahu. Anda digalakkan menyusu nak sepenuhnya selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi kerana ia kaya dengan zat makanan dan antibodi untuk melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit.

2. Memulakan makanan tambahan

Bila anak mencapai umur 6 bulan, makanan tambahan perlu dimulakan untuk anak membesar dengan sihat dan cerdas. Makanan tambahan :
a) Menambah bekalan tenaga.
b) Membekalkan zat makanan.
c) Memperkenalkan anak anda kepada pelbagai jenis dan rasa.

3. Bagaimana memulakan makanan tambahan

6 bulan : Kisar dan tapis makanan supaya ia halus dan lembut
7-9 bulan : Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus.
10-12 bulan : Cincang atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh bayi.

4. Cadangan sukatan makanan tambahan sehari (Dalam bentuk sedia untuk dimakan)

6 bulan

Bijirin seperti bubur nasi : 6 sudu makan
Minyak  : 1 sudu teh
Sayur-sayuran : 2 sudu teh
Ikan : 2 sudu teh
Air buah-buahan : 2 sudu makan

7-9 bulan

Bijirin seperti bubur nasi : 2 cawan
Minyak  : 2 sudu teh
Sayur-sayuran : 6 sudu teh
Isi Ikan/ayam : 4 sudu makan
Buah-buahan : 2 sudu makan

10-12 bulan

Nasi dan gantiannya : 1 cawan nasi lembek atau 1 keping roti atau 1 biji kentang saiz sederhana
Minyak : 2 sudu teh
Ikan dan gantiannya : 1/2 ekor ikan saiz sederhana seperti ikan kembung
                                 1 saiz kotak mancis isi ayam atau daging.
Sayur-sayuran : 2 sudu makan
Buah-buahan : 2 sudu makan

Bagaimana memastikan anak anda mendapat zat makanan yang diperlukan. Pelbagaikan sumber makanan tambahan

Nasi dan Gantiannya

Nasi, mihun, roti dan ubi merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.

Ikan, ayam, daging, kekacang dan hasilannya

Makanan ini membekalkan protein, vitamin dan mineral disamping sedikit lemak. Ia berfungsi untuk membina tubuh dan menyembuhkan luka.

Susu

Susu merupakan sumber protein dan kalsium yang tinggi untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

"Teruskan penyusuan susu ibu sekerap mungkin"

Sumber dari : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tanda-tanda Kencing Manis

Kencing manis (diabetes mellitus) adalah kondisi di mana tubuh tidak dapat mengatur kandungan gula dalam darah sehingga glukosa atau gula yang biasanya diangkut menuju sel-sel tubuh sebagai sumber energi justru tercecer dalam aliran darah, bahkan ikut terbuang dalam air seni. Pengaturan gula darah oleh tubuh dilakukan dengan bantuan hormon insulin yang berasal dari pankreas. Diabetes terdiri dari dua jenis:

Tipe 1:

Diabetes karena tubuh tidak memproduksi insulin sehingga penderita harus disuntik insulin setiap hari untuk mengendalikan kadar gula darah. Diabetes tipe 1 terjadi pada anak-anak dan remaja dan perkembangannya berlangsung cepat.

Tipe 2:

Pada diabetes tipe 2, pankreas memproduksi insulin, namun sel-sel tubuh tidak meresponnya secara normal. Jenis diabetes ini biasanya terkait dengan kegemukan dan beberapa kasus kehamilan serta baru berjangkit pada usia di atas 40 tahun.

Kadar gula darah tinggi secara lambat laun akan mengakibatkan kerusakan pembuluh darah dan saraf yang mengakibatkan gangguan fungsi mata, ginjal dan saraf serta meningkatkan risiko serangan jantung, stroke dan impotensi.

Gejala diabetes

Pada diabetes tipe 2, kontrol gula darah dapat dilakukan melalui perubahan gaya hidup dan pola makan. Menurut berbagai penelitian, perubahan tersebut terbukti efektif menekan risiko diabetes. Oleh karena itu, sangat penting bagi Anda untuk menyadari bila diabetes sudah ada dalam diri Anda. Sekitar 8.6% penduduk Indonesia menurut WHO mengidap diabetes, sayangnya banyak yang tidak menyadari sampai kasusnya menjadi kronis.

Seseorang dikatakan menderita diabetes bila kadar gula dalam darahnya di atas 126 mg/dl (puasa) atau 200 mg/dl (tidak puasa). Namun, kebanyakan gejala diabetes baru terlihat bila gula darah sudah di atas 270 mg/dl. Jangan mengandalkan gejala untuk mengetahui kehadiran diabetes. Satu-satunya cara yang akurat untuk mengetahuinya adalah dengan tes darah dan urin.

Gejala atau tanda-tanda diabetes yang umum terjadi adalah:
  • Dehidrasi
  • Rasa haus terus-menerus
  • Peningkatan frekuensi kencing
  • Kelelahan
  • Penurunan berat badan
  • Gangguan penglihatan
  • Penyembuhan luka yang lama

Catatan:

Pengukuran konsentrasi gula darah dilakukan dengan dua metode yaitu berdasarkan berat (mg/dl) dan jumlah molekul (mol/ml). Konversi dari mg/dl ke mol/ml adalah dengan membagi 18. Misalnya, 200 mg/dl sama dengan 11.1 mol/ml.

sumber dari : http://majalahkesehatan.com/tanda-tanda-kencing-manis/

Amalan Pemakanan Yang Kurang Baik Boleh Merendahkan IQ Kanak-kanak

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.

Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.


Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.


The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.


Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.


Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.


"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.


Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.


Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.


Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.


"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.


Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.


"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."


Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.


sumber dari : http://e-kesihatan.blogspot.com/

Thursday, 24 April 2014

Colon Untuk Peremajaan Tubuh

colon (usus besar)? Colon (baca: kolon) penting di tahap akhir pencernaan, yaitu pembentukan feces melalui proses penyerapan air dan pembusukan oleh bakteria colon. Pencernaan oleh bakteria menghasilkan nutrisi seperti vitamin K dan B. Namun, proses ini juga menghasikan limbah beracun yang berbau. Limbah ini tersimpan di dalam feces yang harus segera dibuang dibuang melalui dubur.
Tahukah Anda bahwa peremajaan diri bisa dilakukan dengan menjaga kondisi prima

Maka, kebiasaan menunda buang air besar atau kekurangan makanan berserat bisa mengeraskan feces sehingga sulit dibuang dan menumpuk di dalam colon. Feces (tinja) keras biasanya tidak terbuang maksimal sehingga menumpuk / lengket pada dinding colon sebagai kerak-kerak yang mempersempit saluran colon dan mengakibatkan konstipasi (sulit buang air besar). Konstipasi adalah kondisi ketika Anda mengalami gerakan usus untuk buang air besar kurang dari tiga kali seminggu (menurut WHO). Penderita konstipasi kesakitan ketika usus bergerak, merasa kram, kembung, dan usus selalu terasa penuh.

Feces yang "macet" di kolon juga mengacau keseimbangan habitat bakteria usus sehingga bakteria berbahaya atau kuman-kuman lain di dalam usus tumbuh subur. "Limbah beracun" dari kuman-kuman ini tidak tersingkirkan dan memasuki peredaran darah sehingga mengganggu kesehatan dan mempercepat penuaan.

Kondisi ini disebut autointoxication (meracuni diri sendiri). Contoh-contoh gejalanya adalah sakit punggung, dementia, depresi, kembung, pegal linu, sakit perut, mual, nafas, dan badan berbau tak sedap, diare, insomnia, katarak, tumor, kegagalan fungsi organ, keriput, perubahan kompleksi wajah, absces, gatal-gatal, jerawat, infeksi kantung kemih, dan lain-lain.

Gangguan colon lainnya adalah hemorrhoid (wasir / ambeien). Selain karena konstipasi, wasir (ambeien) bisa disebabkan oleh penuaan, kegemukan, kehamilan, anal sex, mengejan terlalu kuat saat buang air besar (terutama saat konstipasi), kurang makanan berserat, duduk terlalu lama, dan faktor keturunan. Menurut National Digestive Diseases Information Clearinghouse, wasir / ambeien terjadi karena pembuluh darah di sekitar anus atau rectum bagian bawah membengkak dan meradang.

Terapi Colon Terapi colon paling efektif dilakukan dengan colon hydrotherapy. Pembersihan kolon dilakukan dengan mengalirkan air hangat yang steril ke dalam colon pada tekanan tertentu melalui selang khusus yang terhubung dengan mesin colon hydrotherapy. Pada ujung selang terdapat adaptor yang dimasukkan ke dalam dubur pasien (speculum) agar tidak melukai colon. Satu set selang dan speculum hanya digunakan untuk satu pasien (pribadi). Mesin colon hydrotherapy kemudian menyedot air dan sisa-sisa kotoran dari colon. Proses ini dilakukan berulang-ulang secara otomatis selama kurang lebih 45 menit. Colon hydrotherapy mengeluarkan gas, lendir, dan kerak feces dari kolon. 

Colon hydrotherapy (Cuci Usus Besar / Cuci Kolon) sebaiknya dilakukan secara teratur (seminggu sekali atau sesuai anjuran dokter). Itu akan membantu melepaskan kerak-kerak feces yang mengeras dan lengket pada dinding-dinding colon (usus besar). Hasilnya adalah perbaikan kondisi colon seperti keseimbangan habitat bakteria di dalam usus serta kelancaran pembuangan feces (penghilangan konstipasi) dan pengurangan kadar racun yang beredar di tubuh (detox). Umumnya pasien menjadi segar setelah 3 kali colon hydrotherapy.

Frekuensi Colon Hydrotherapy awal disarankan enam kali (seminggu sekali). Terapi lanjutan (maintenance) setelah pencucian awal disarankan sekitar dua minggu sekali atau satu bulan sekali sesuai kebutuhan atau saran dokter. Yang jelas, kebersihan colon penting untuk memperlambat penuaan dan mencegah gangguan kesehatan.

Persyaratan untuk menjalani colon hydrotherapy adalah sebagai berikut:
  1. Tidak sedang hamil.
  2. Tidak sedang menderita wasir / ambeien.
  3. Tidak sedang menderita kanker usus / baru saja menjalani operasi / bedah usus.
  4. Tidak sedan menstruasi (haid / datang bulan).
Pasien wajib memberi-tahu dokter yang menangani colon hydrotherapy jika memiliki kondisi-kondisi di atas.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/

Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

Kanak-kanak yang tembam dan montel sememangnya comel tetapi adakah mereka sihat? Kebanyakan ibu bapa di Asia juga mudah ghairah untuk melihat badan anak mereka menjadi lebih berisi atau dalam definisi mudahnya, gemuk.

Bayi atau kanak-kanak yang montel lagi tembam nampak sihat dan sangat comel. Jadi, tidak hairanlah jika ramai ibu bapa bersungguh mahukan anak mereka makan banyak agar cepat gemuk.

Kanak-kanak akan termasuk dalam kategori obes jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya obesiti di kalangan kanak-kanak tidak dibendung awal, 70 peratus daripada mereka akan terus membesar menjadi orang dewasa yang gemuk.

Apapun, kegemukan kanak-kanak sering dipandang ringan meskipun masalah ini mungkin akan mengganggu perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak biasanya belajar makan daripada orang-orang di sekeliling mereka terutamanya ibu bapa. Atas alasan ini, ibu bapa perlulah mengamalkan tabiat pemakanan yang baik agar anak-anak boleh mencontohi corak pemakanan tersebut. Pengambilan makanan yang berlebihan oleh kanak-kanak hanya akan menyebabkan mereka menjadi obes. Biasanya kanak-kanak yang gemuk akan makan banyak kerana mereka perlukan lebih tenaga untuk bergerak. Jadi, untuk mengelakkan anak makan tanpa henti, anda mesti memantau pengambilan makanan mereka.

Ibu perlu mengikut panduan diet yang sepatutnya supaya isu anak gemuk yang kini menjadi masalah utama dalam kalangan pelajar di negara ini dapat diatasi. Penyediaan makanan yang betul dan mendidik tabiat makan yang sempurna bermula sejak kecil lagi dan ibu bapa bertanggungjawab ke arah pembentukan itu.

Secara normalnya, fizikal anak adalah gambaran kepada keadaan fizikal ibu bapa. Tabiat pemakanan sekeluarga juga amat mempengaruhi kesihatan kita. Menjadi sifat anak untuk meniru dan menerima apa saja makanan pemberian ibu.

Justeru, ibu harus ingat semuanya bermula daripada tangan kita dan sentiasa berjaga-jaga serta prihatin dengan jenis makanan yang diberikan kepada anak bagi mengelakkan masalah berat badan berlebihan. Bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah kegemukan, anda perlu lebih memandang berat pengambilan makanan dalam kalangan anak sejak kecil. Ini kerana kanak-kanak yang gemuk sejak kecil berpotensi tinggi untuk terus berkeadaan begitu apabila dewasa kelak. Dengan itu, wajar mengambil langkah pencegahan sebelum masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung menyerang.

Pengambilan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan secara berkala juga baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti kerana makanan tersebut mengenyangkan dan rendah lemak. Selain makanan, air yang diambil oleh kanak-kanak obes juga perlu dikawal. Ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan minuman manis oleh anak mereka. Hal ini adalah kerana rasa manis menggalakkan sesuatu makanan itu dimakan dengan lebih cepat.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Wednesday, 23 April 2014

5 Khasiat dan Manfaat Jahe untuk Perawatan Rambut

Jahe atau dikenal dengan nama latin Zingiber officinale merupakan salah satu tanaman yang sering digunakan untuk pengobatan tradisional atau obat herbal. Selain itu, jahe juga dimanfaatkan untuk bumbu masak. Jahe mampu untuk mengobati penyakit lambung, masalah pernafasan, masalah menstruasi, peradangan, dan penyakit lainnya.
Apakah Anda memiliki masalah dengan rambut Anda atau Anda ingin mendapatkan rambut indah dan halus? Maka, Anda dapat memanfaatkan Jahe. Minyak dari Jahe memiliki manfaat yang banyak untuk perawatan dan kesehatan rambut. Berikut ini 5 manfaat Jahe untuk Perawatan dan Kesehatan Rambut:
  1. Jahe sangat baik dan efektif untuk rambut rontok Anda. Ekstrak jahe dapat membuat akar rambut Anda menjadi lebih kuat dan membuat rambut lebih wangi tentunya.
  2. Jika Anda memiliki rambut rapuh dan kering, maka kandungan jahe yang berguna seperti vitamin, seng, fosfor, dll dapat membantu Anda mendapatkan kembali kemilau pada rambut Anda.
  3. Ketombe adalah salah satu masalah kulit kepala yang paling umum sering dialami baik pada pria dan wanita. Minyak jahe sangat ampuh untuk menghilangkan ketombe secara alami. Caranya, Anda bisa menerapkan minyak jahe dicampur minyak zaitun pada kulit kepala, dan biarkan semalam.
  4. Polusi dan panas berlebihan dapat menyebabkan kerusakan folikel rambut dan akhirnya membuat rambut bercabang. Oleh karena itu, jahe dapat digunakan untuk pengobatan folikel rambut yang rusak.
  5. Minyak Jahe dicampur dengan minyak jojoba atau minyak alpukat, diyakini dapat meningkatkan pertumbuhan rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat. Oleskan minyak tersebut, pijat kulit kepala, lalu bilas keesokan harinya.
Rambut yang tidak sehat tentu dapat menjadikan rambut menjadi tidak indah, hal ini tentu saja membuat kita menjadi tidak percaya diri, apalagi bagi wanita rambut adalah mahkota. Oleh karena itu, untuk menjaga rambut Anda tetap sehat, Anda bisa menggunakan jahe sebagai ramuan alami. Rambut indah bukan lagi impian.

sumber dari : http://factsandhealth.blogspot.com/

Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal

Oleh Hafizah lszahanid, BH

Secara umum lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita. Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini adalah dua kali ganda daripada wanita.

Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.

Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit. Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian. Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami sepenuhnya.

"Apabila barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau terapi hormon," katanya. Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan secara diagnosis di Semenanjung.

Faktor Risiko
  • Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
  • Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.
Simptom
  • Darah dalam air kencing
  • Sakit belakang
  • Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
  • Sakit atau pembesaran pada abdomen
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
  • Hilang selera makan
  • Badan letih dan lesu
Rawatan
Rawatan barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh. Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.

Selain itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya boleh dilakukan pada sesetengah pesakit sahaja. Terdapat kaedah terapi baru yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian khusus sel barah. Rawatan ni menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit barah ginjal lanjutan. Ini termasuk pengambilan ubat bagi menghalang pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel penting yang lain.

Wabak Ketawa

Tanganyika , Afrika Timur pada tahun 1962 dilanda sebuah wabak ganjil yang disebut mass psychogenic illness ( MPI ) atau wabak ketawa . Bermula 30 Januari 1962 , ketika 3 pelajar perempuan yang sedang belajar di kampung Kashasha mulai tertawa hingga mengeluarkan airmata . Tindakan pencegahan gagal dan akhirnya membuat 95 pelajar lain terjangkit. Sebuah wabak yang ganjil mungkin, tapi ianya benar terjadi.

Sasaran dari wabak ini kebanyakan adalah perempuan muda usia sekolah kususnya usia sekolah mengeah pertama. . Central African Journal of Medicine 1963 , volum 9 melaporkan bahawa pada bulan April dan Mei sekurang-kurangnya tercatat telah 10.000 orang yang terkena serangan wabak ini . Dengan ciri tertawa kemudian menangis selama beberapa minit atau jam , rehat , dan kemudian balik lagi .

Tidak ada kelainan yang ditemui para doktor , selain kelainan pada system saraf pusat , pada pupil mata yang menjadi lebih sensitif terhadap sinar , juga otot tendon yang membesar . Tapi dari laporan yang masuk, tak ada akibat parah seperti kematian yang ditimbulkan wabak yang berlangsung selama 18 bulan ini .

Meski usaha telah dilakukan oleh para pakar untuk mencari sebabnya , namun tak satu penjelasan saintifik yang mampu diberikan . Pelbagai spekulasi berkembang antara lain , wabak ini terjadi akibat radiasi percubaan nuklear , juga ada yang mengatakan bahawa telaga di kawasan itu telah diracuni orang .

Dan kerana tidak ada kesimpulan saintifik yang boleh di capai , maka para ahli hanya mengatakan bahawa wabak ini hanyalah wabak budaya saja . Apa lagi salah satu ciri dari wabak ini adalah pesakit merasa dikejar oleh sesuatu yang tak dapat dijelaskannya .

Mungkin sebenarnya wabak ini pernah bahkan sering terjadi di Indonesia atai Malaysia . Hanya saja kita menyebutnya dengan sebutan kerasukan massal jin ketawa . Mungkin*** .

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/

Tuesday, 22 April 2014

14 Alasan Mengapa Kita Harus Banyak Minum Air

Lebih dari 70% tubuh orang dewasa terdiri dari air. Tubuh kita tidak dapat berfungsi tanpa air, manusia akan mati lebih cepat karena haus daripada lapar. Seseorang yang memiliki berat 68kg  memiliki sekitar 40 liter air dalam tubuh.

23-26% ditemukan di dalam sel, 7,5% di ruang antara sel dan  4 liter dalam darah. Volume ini harus tetap konstan. Makanan tidak memberikan cukup air; dokter mengatakan bahwa kita harus minum dua liter air setiap hari, karena air keluar dari tubuh kita melalui urin, keringat (bahkan ketika suhu berada di bawah 0), kotoran dan nafas. Berikut 14 alasan mengapa anda harus minum air secukupnya setiap hari:
  1. Dehidrasi (jumlah air yang lebih rendah) mempengaruhi fungsi tubuh, pencernaan, ekskresi dan pemeliharaan suhu tubuh yang konstan tidak dapat dilakukan jika air berada di bawah tingkat normal dalam tubuh. Keseimbangan air terhubung ke tingkat elektrolit (rasio garam mineral darah). Tingkat natrium dalam darah adalah sumber yang bisa 'memberitahu' kita tingkat hidrasi dalam tubuh kita. Ketika terlalu banyak natrium di dalam darah, tubuh mempertahankan air untuk mencairkan kelebihan natrium dan mengurangi produksi urin.
  2. Haus adalah suatu perasaan yang terbentuk di inti otak, yang dapat dengan mudah membuat kita 'tertipu'. Itu sebabnya bila anda mengalami dehidrasi belum tentu anda haus. Anda mungkin mengalami dehidrasi tanpa haus. Ketika Anda haus, Anda sudah mengalami dehidrasi. Dehidrasi dan haus lebih terhubung ketika Anda berlatih olahraga.
  3. Diet, Diet berarti mengurangi makan, dan karena makanan juga merupakan sumber air yang penting bagi tubuh kita, Anda harus mengganti air yang tertelan melalui makanan dengan minum air.
  4. Suhu, Panas membuat tubuh membutuhkan lebih banyak air yang diperlukan, karena keringat untuk mendinginkan tubuh. Anda haru mengkonsumsi air lebih banyak pada musim panas. Hal yang sama terjadi selama berolahraga, panas yang disebabkan kontraksi otot, meningkatkan suhu tubuh, dan membuat anda berkeringat. Seseorang membutuhkan tambahan satu liter air untuk setiap jam latihan.
  5. Ginjal, Ginjal bekerja lebih baik dengan air melimpah.
  6. Kulit, kulit terlihat kusam karena kehilangan air. kulit yang memiliki banyak air lebih mulus dan sehat. Air memberi makan kulit dan membersihkan racun tubuh, itu sebabnya kulit terlihat sehat dan berkilau jika meminum air yang banyak.
  7. Racun, Air terlibat dalam semua reaksi metabolik. Diet kaya protein memerlukan jumlah air, yang lebih tinggi. Senyawa nitrogen beracun lebih mudah untuk dihilangkan dengan air yang berlimpah (karena ginjal dan kelenjar keringat bekerja lebih cepat).
  8. Diuresis, Air mempercepat proses eliminasi cairan dan obat-obatan.
  9. Pada orang tua, sensasi rasa haus berkurang, khususnya jika mereka menderita demensia. ginjal mereka kehilangan lebih banyak air dan mereka harus minum secangkir air setiap dua jam.
  10. Melangsingkan badan, Air tidak memiliki kalori. Minum air sebelum makan, akan mengurangi sensasi 'perut kosong', atau kelaparan. Jangan minum air setelah makan!, Hal ini akan mencairkan makanan  yang tertelan, yang akan berlalu lebih cepat melalui perut dan sensasi rasa lapar akan kembali lebih awal. Air juga mencairkan cairan pencernaan dalam perut.
  11. Muntah. Orang-orang mungkin tidak menyadari bahwa melalui muntah mereka kehilangan sejumlah besar air dan elektrolit. Diare dan demam (melalui keringat) juga memiliki efek yang sama dan tubuh kehilangan natrium dan kalium, yang sangat penting dalam keseimbangan air dalam tubuh. Sampai 4 liter sehari bisa hilang melalui muntah parah atau diare, itu sebabnya garam dalam tubuh hilang. minuman isotonik dapat mengembalikan cairan tubuh yang hilang.
  12. Diabetes, gejala dari diabetes insipidus adalah haus berlebihan dan jumlah urin yang berlebihan. Hal ini dapat mulai secara bertahap atau tiba-tiba pada umur berapapun dan merupakan hasil dari kekurangan hormon antidiuretik, yang membatasi produksi urin berlebihan. Seseorang bisa minum dalam jumlah sangat besar (4 sampai 30 liter) cairan untuk mengkompensasi kerugian yang dihasilkan oleh air seni  yang keluar begitu banyak.
  13. Kopi dan teh, kafein adalah diuretik ringan, mempercepat siklus buang air kecil, tetapi pada saat yang sama, "mencuri" kalsium dan elektrolit (yang dieliminasi melalui urin). Kopi juga meningkatkan kehilangan air melalui kotoran, karena berfungsi sebagai obat cuci perut.
  14. Alkohol, Anda mengatakan bahwa Anda akan dapat menghilangkan  dehidrasi dengan bir. Itu palsu: Anda justru akan kehilangan lebih banyak air lagi. Ini bukan hanya mengenai efek diuretik dari bir. Setelah banyak minum, rata-rata 3 gelas air diperlukan untuk menghidrasi tubuh Anda. Karena dengan minum alkohol, anda kehilangan banyak cairan, pergi tidur tidak mampu menghilangkan alkohol, dan (dalam tingkat terkonsentrasi) alkohol akan menyebabkan efek buruk pada waktunya.

    sumber dari: http://factsandhealth.blogspot.com/

Pesakit Buah Pinggang Berisiko Menderita Mati Pucuk

Buah pinggang antara organ terpenting dalam tubuh manusia. Seandainya organ penting itu mengalami kerosakan, ia tiada galang gantinya kecuali melakukan pemindahan buah pinggang dari penderma atau penderita perlu menjalani hemodialisis sepanjang hayat.

Tahukah anda, buah pinggang milik lelaki mempunyai peranan penting dan berkait rapat dengan kemampuan seksual pemiliknya berbanding wanita.

Walaupun perkembangan perubatan moden mampu menyediakan pelbagai jenis ubat untuk membantu masalah ketidakmampuan dalam perhubungan seksual kaum lelaki namun keperkasaan seorang lelaki berkait rapat dengan sistem saraf, testis dan sistem pembuluh darah di mana organ-organ ni berhubung terus dengan keaktifan buah pinggang mereka.

Kebarangkalian pesakit buah pinggang kronik menderita impotensi kelamin adalah besar. Secara tidak langsung, penderita sakit ini selain mengalami kurang darah dan kadar pHnya turun, pembuluh darah juga akan menyempit akibat dari hipertensi yang sekian lama bersarang di tubuh penderita. Ia juga tidak mengecualikan pembuluh darah di zakar.

Seperti kita sedia makium, penderita sakit buah pinggang menanggung banyak masalah. Dari segi fizikal, selain mengalami perubahan perubahan fizik seperti di atas, penderita juga mudah terkena jangkitan pada saluran kemih (traktus urinarius). Dan ini juga mengakibatkan mental mereka terganggu. Gangguan mental mungkin berlaku dan ia ada kalanya berpunca daripada terlalu memikirkan perbelanjaan besar yang perlu dicari untuk mengubati penyakit ini. Faktor mental ini kemudiannya akan menjadikan penderita sakit buah pinggang mengalami kehilangan ghairah seksnya.

Selalunya penderita sakit buah pinggang tidak memikirkan soal seksual lagi. Secara automatik, fikiran mereka terputus terhadap hubungan kelamin kerana terlalu memikirkan bagaimana buah pinggangnya boleh berfungsi semula. Sakit buah pinggang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina seseorang. Sesiapapun boleh disinggahinya. Bagi yang masih muda, masalah seks tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Untuk mengatasinya, pesakit haruslah mendapatkan rawatan psikoterapi kerana masalah seks ini timbul akibat gangguan psikologi penanggungnya.

Banyak faktor yang menjadi penyebab sakit buah pinggang. Munculnya batu karang juga boleh mengakibatkan sakit buah pinggang menjadi lebih kronik. Begitu juga bagi mereka yang yang sering menghidapi tonsil. Penyakit ini mesti diubati sehingga pulih. Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan radang buah pinggang (glumerulo nephritis) di mana akhirnya boleh mendatangkan sakit buah pinggang yang serius. Jika didapati mata anak anda bengkak-bengkak, bergegaslah ke doktor sehingga dapat diketahui dengan pasti apakah penyebabnya dan apakah ia terjadi kerana masalah atau kelainan pada buah pinggang.

Penderita sakit buah pinggang perlu mendapat pemeriksaan secara teratur supaya penyakit itu tidak terus berlarutan sehingga menjadi lebih serius. Sekiranya ia menjadi tempat singgah yang kekal bagi batu karang, buah pinggang langsung tidak boleh berfungsi dan ia terpaksa dibedah untuk diganti. Ini semakin membebankan anda kerana pengubatannya amat tinggi. Dan lebih penting membimbangkan mempengaruhi daya seksual anda.

Jadi jagalah buah pinggang anda.

sumber dari : http://e-kesihatan.blogspot.com/

Keajaiban Sujud bagi Kesihatan

Sujud adalah teknikal merendahkan diri (menyembah) kepada Allah SWT dengan menghadap kiblat. Yang secara zahir melibatkan lima anggota badan yang tertumpu ke bumi: dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, lutut dan kedua-dua hujung kaki. Dan secara bathini merendahkan akal dan hati, sambil mengucapkan dzikr. Ini menjadikan sujud sebagai khas umat Islam, istilah yang tidak boleh diubah atau diterjemahkan.

Tapi bukan Allah swt yang memperoleh keuntungan dari sujud, melainkan diri kita sendiri. Dr. Fidelma O ''Leary misalnya, Phd (Neuroscience). Dari St. Edward ''s University, telah menjadi muallaf kerana mendapati fakta penting tentang manfaat sujud bagi kesihatan manusia.

Sebagai neurologi (ahli saraf), wanita berdarah Ireland ini mendapati bahawa ada saraf-saraf tertentu di otak manusia, yang hanya sesekali saja di masuki darah. Bila tidak dimasuki darah sama sekali, maka akan berakibat sangat buruk bagi kesihatan manusia. Untuk itulah diperlukan aktiviti rutin memasukkan darah ke saraf-saraf itu. Dan aktiviti rutin itu adalah sujud di dalam solat umat Islam.

Itu diperkuatkan lagi oleh kenyataan Prof. Hembing, yang berpendapat bahawa jantung, hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia. Untuk mencukupi keperluan darah ke otak, maka manusia memerlukan sujud secara rutin.

Selain sujud juga merupakan ''aktiviti grounding'', yakni meneutralkan radiasi elektrik yang diserap tubuh dari alat-alat elektrik (elektronik) di sekitar kita. Dr. Muhammad Dhiyaa''uddin Hamid menyatakan bahawa radiasi itu akan sangat membahayakan organ tubuh, terutama otak, jika tidak dineutralkan secara rutin.

Disamping itu, menurut kajian Prof. HA saboe yang berbangsaan German, sujud juga berguna untuk membentuk dan memperbanyakkan kelenjar susu pada buah dada wanita hamil, sehingga pengeluaran susu ibu akan bertambah banyak dan lancar. Pun sujud yang teratur sangat membantu untuk memperbaiki kedudukan bayi yang songsang (mal presentasi). Dimana menurut Dr. Karno Awang, Sp.OG, dari RS Pondok Indah, Jakarta Selatan, "Kemungkinannya kembali ke kedudukan normal, berkisar sekitar 92%. Dan kedudukan sujud ini tidak berbahaya kerana secara semulajadi memberi bilik pada bayi untuk berputar kembali ke kedudukan normal."

Itu sebabnya kini, banyak rumah sakit bersalin yang menganjurkan terapi sujud, bagi para wanita hamil Akhirnya, sujud bagai vitamin yang menyihatkan. Tapi si anak, tidak mengetahui faedah, selain rasa pahitnya. Maka tinggalkanlah sifat kekanakan, menjadi dewasalah dengan bersujud pada-Nya. *** Wallahu a''lam

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/

5 Jenis Gangguan Menstruasi/Haid

Perempuan dapat memiliki berbagai masalah dengan menstruasi/haid mereka. Masalah tersebut dapat berupa tidak mengalami menstruasi sama sekali sampai menstruasi berat dan berkepanjangan.
Pola haid boleh saja tidak teratur, tetapi jika jarak antar menstruasi kurang dari 21 hari atau lebih dari 3 bulan, atau jika haid berlangsung lebih dari 10 hari maka Anda harus mewaspadai adanya masalah ovulasi atau kondisi medis lainnya.

1. Amenore

Amenore adalah tidak ada menstruasi. Istilah ini digunakan untuk perempuan yang belum mulai menstruasi setelah usia 15 tahun (amenore primer) dan yang berhenti menstruasi selama 3 bulan, padahal sebelumnya pernah menstruasi (amenore sekunder).

Amenore primer biasanya disebabkan oleh gangguan hormon atau masalah pertumbuhan. Amenore sekunder dapat disebabkan oleh rendahnya hormon pelepas  gonadotropin (pengatur siklus haid), stres, anoreksia, penurunan berat badan yang ekstrem, gangguan tiroid, olahraga berat, pil KB, dan kista ovarium.

2. Sindrom Pramenstruasi (PMS)

Sindrom pramenstruasi (PMS) adalah sekelompok gejala fisik, emosi, dan perilaku yang umumnya terjadi pada minggu terakhir fase luteal (seminggu sebelum haid). Gejala biasanya tidak dimulai sampai 13 hari sebelum siklus, dan selesai dalam waktu 4 hari setelah perdarahan dimulai.
Beberapa gejala PMS yang sering dirasakan:
  • Payudara menjadi lembut dan bengkak
  • Depresi, mudah tersinggung, murung dan emosi labil (mood swing)
  • Tidak tertarik seks (libido menurun)
  • Jerawat berkala
  • Perut kembung atau kram
  • Sakit kepala atau sakit persendian
  • Sulit tidur
  • Sulit buang air besar (BAB)

3. Dismenore

Dismenore adalah menstruasi menyakitkan. Nyeri menstruasi terjadi di perut bagian bawah tetapi dapat menyebar hingga ke punggung bawah dan paha. Nyeri juga bisa disertai kram perut yang parah. Kram tersebut berasal dari kontraksi dalam rahim, yang merupakan bagian normal proses menstruasi, dan biasanya pertama dirasakan ketika mulai perdarahan dan terus berlangsung hingga 32 – 48 jam.

Dismenore yang dialami remaja umumnya bukan karena penyakit (dismenore primer). Pada wanita lebih tua, dismenore dapat disebabkan oleh penyakit tertentu (dismenore sekunder), seperti fibroid uterus, radang panggul, endometriosis atau kehamilan ektopik.

Dismenore primer dapat diperingan gejalanya dengan obat penghilang nyeri/anti-inflamasi seperti ibuprofen, ketoprofen dan naproxen. Berolah raga, kompres dengan botol air panas, dan mandi air hangat juga dapat mengurangi rasa sakit.

Bila nyeri menstruasi tidak hilang dengan obat pereda nyeri, maka kemungkinan merupakan dismenore sekunder yang disebabkan penyakit tertentu.

4. Menoragia

Menoragia adalah istilah medis untuk perdarahan menstruasi yang berlebihan. Dalam satu siklus menstruasi normal, perempuan rata-rata kehilangan sekitar 30 ml darah selama sekitar 7 hari haid. Bila perdarahan melampaui 7 hari atau terlalu deras (melebihi 80 ml), maka dikategorikan menoragia.

Penyebab utama menoragia adalah ketidakseimbangan jumlah estrogen dan progesteron dalam tubuh. Ketidakseimbangan tersebut menyebabkan endometrium terus terbentuk. Ketika tubuh membuang endometrium melalui menstruasi, perdarahan menjadi parah. Menoragia juga bisa disebabkan oleh gangguan tiroid, penyakit darah, dan peradangan/infeksi pada vagina atau leher rahim.

5. Perdarahan Abnormal

Perdarahan vagina abnormal (di luar menstruasi ) antara lain:
  • Pendarahan di antara periode menstruasi
  • Pendarahan setelah berhubungan seks
  • Perdarahan setelah menopause
Perdarahan abnormal disebabkan  banyak hal. Dokter Anda mungkin memulai dengan memeriksa masalah yang paling umum dalam kelompok usia Anda. Masalah serius seperti fibroid uterus, polip, atau bahkan kanker dapat menjadi sebab perdarahan abnormal.

Baik pada remaja maupun wanita menjelang menopause, perubahan hormon dapat menyebabkan siklus haid tidak teratur.

sumber dari : http://majalahkesehatan.com/5-jenis-gangguan-menstruasi-haid/

Monday, 21 April 2014

Urus Tekanan Darah Anda

Mengapa Urus Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.

Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:
  1. Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
  2. Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
  3. Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.
Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).


Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.


Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.


Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:


- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;

- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.

sumber dari: http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/06/urus-tekanan-darah-anda.html

5 Khasiat Air Kelapa Muda Bagi Ibu Hamil

Di kalangan masyarakat, ada tradisi turun-temurun yang menyarankan ibu hamil agar memperbanyak minum air kelapa muda, terutama dari kelapa hijau. Konon katanya bila rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.

Apakah betul demikian? Sejauh ini belum ada penelitian yang secara ilmiah membuktikan kebenaran saran tersebut. Namun, air kelapa muda memang mengandung berbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil. Zat-zat itulah yang barangkali secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sehat sebagaimana disebutkan dalam saran tradisional itu.

1. Elektrolit Alami

Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil membutuhkan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit

Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
Bila Anda tidak bisa mendapatkan air kelapa yang segar, kini telah tersedia air kelapa murni dalam kemasan siap minum yang dapat dibeli di supermarket.

sumber dari: http://majalahkesehatan.com/5-khasiat-air-kelapa-muda-bagi-ibu-hamil/

15 Buah yang sesuai Untuk Penderita Diabetes

Diabetes adalah penyakit dimana produksi hormon insulin tidak cukup, sehingga tubuh tidak mampu mengubah pati, nutrisi penting dan gula ke dalam bentuk energi. Menjaga pola makan menjadi salah satu cara yang efektif untuk mengendalikan diabetes. Kita harus mengurangi mengkonsumsi makanan yang mengandung kadar gula, kolesterol dan lemak yang tinggi.

Menjaga pola makan bukan berarti kita harus kehilangan nutrisi yang penting, karena tubuh kita tetap memerlukan nutrisi yang penting dalam jumlah yang cukup. Itulah mengapa makanan-makanan yang dikonsumsi harus mencakup semua zat gizi yang ada. Salah satu sumber nutrisi yang penting adalah buah. Namun, tidak semua buah bisa dikonsumsi oleh penderita diabetes.

Memang ada beberapa buah-buahan yang memiliki kadar gula yang tinggi dan ini tidak baik bagi penderita diabetes, Tapi bukan berarti kita berhenti mengkonsumsi buah-buahan. Karena buah-buahan merupakan sumber vitamin, mineral dan protein yang sangat baik. Dan ada buah yang memiliki kadar gula yang tidak banyak. Buah-buahan juga memiliki kadar serat yang tinggi yang harus dikonsumsi dalam jumlah terbatas oleh orang-orang diabetes. Berikut ini Buah-buahan yang bisa dikonsumsi oleh penderita diabetes:
  1. Semangka
  2. Stroberi
  3. Pir
  4. Plum
  5. Pepaya
  6. Apel
  7. Jambu
  8. Delima
  9. Aprikot
  10. Kiwi
  11. Lemon
  12. Orange
  13. Ceri
  14. Alpukat
  15. Blueberry
Diatas adalah beberapa buah yang bisa dimakan oleh penderita diabetes karena kadar gulanya yang rendah, tetapi bukan berarti bisa dimakan berlebihan dan perlu diingat, kebutuhan setiap orang berbeda-beda. Buah yang perlu dihindari adalah buah yang mengandung gula dan lemak dalam kadar yang tinggi, Contohnya pisang, mangga, anggur, custard apel dan persik. Jangan mengkonsumsi jus buah yang dijual, karena biasanya di tambah dengan gula atau susu, sehingga tidak baik. Lebih baik Anda membuat jus sendiri. Itu tadi artikel kesehatan tentang 15 Buah yang sesuai Untuk Penderita Diabetes, semoga berguna bagi Anda.

sumber dari: http://factsandhealth.blogspot.com/

Sunday, 20 April 2014

Tip Penjagaan Jantung

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

sumber dari: http://e-kesihatan.blogspot.com/

Gastrik, penyakit ringan tapi boleh mematikan

GASTRIK, penyakit ringan tapi boleh mematikan.

Gastrik adalah sejenis penyakit yang sering dihidapi oleh kebanyakan orang di seluruh dunia. Penyakit ini sangat mudah dialami oleh setiap orang kerana punca utamanya adalah sikap lalai seseorang dalam menjaga waktu makannya.

Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastric yang dhasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Ketika kita berasa lapar atau badan memerlukan makanan, perut akan merembeskan asid gastric ini. Jika tidak terdapat makanan di dalam perut maka asid in i akan menghakis dinding permukaan dalam perut. Proses ini berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi nipis, sebelum kita mengalami gastric atau gastritis ini.

Jika anda merasa sakit ulu hati, Rasa mual, Rasa perut kembung , muntah maka anda sebenarnya sudah mengalami symptom-simptom penyakit ini. Untuk peringkat awal ia tidaklah begitu berbahaya. Namun jika t idak dicegah maka penyakit ini akan menjadi semakin serius sehingga anda bisa mengalami muntah darah.

Seseorang yang tidak menjaga waktu makan dengan teratur atau sering mengalami tekanan atau stress akan menyebabkan perut mengeluarkan asid gastric lalu menghakis dinding perut. Manakala merokok, mengambil ubat penahan sakit dalam jangka waktu lama, bisa menghakis dinding perut. Gastrik ini juga disebabkan oleh bacteria iaitu Helicobacter Pylorii yang bertindak menghakis dinding bahagian perut. Semua keadaan ini adalah punca utama timbulnya penyakit gastric.

Untuk mengelakkan penyakit ini, sebaiknya anda harus mengambil makanan pada waktunya atau jika merasa lapar. Jangan mengambil ubat penahan sakit untuk jangka waktu yang lama. Selain itu cuba kurangkan stress dan jangan merokok.

Namun kepada anda sudah mengalami penyakit ini, jangan risau kerana ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dan tidak perlu bergantung pada ubat. Apa yang harus anda lakukan adalah displinlah dalam tindakan usaha anda untuk menyembuhkan penyakit ini. Anda harus benar-benar menjaga waktu makan yakni makan secara teratur. Jangan makan makanan yang pedas dan masam.Elakkan juga minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe serta minuman berkarbonat. Yang paling penting bijak mengawal stress dan berhenti merokok. Mudahkan?

Sekiranya anda lalai untuk merawat penyakit ini, keadaan anda akan menjadi lebih parah. Jangan hairan jika tiba-tiba anda mengalami muntah darah. Pada waktu ini anda harus menjalani operasi untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Yang anda perlu tahu keadaan ini boleh membawa maut kepada anda.

Jadi, jangan pandang ringan pada penyakit Gastrik/Gastritis. Awali langkah dengan mencegah penyakit ini kerana itu lebih mudah daripada mengubati.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/