Saturday, 8 March 2014

Tip dapatkan rambut lurus menawan

Posted by Siti Munawirah Mustaffa

Sudah menjadi lumrah untuk setiap orang inginkan sesuatu yang tidak dimiliki. Begitu juga dengan kebanyakan wanita berambut kerinting yang idamkan rambut lurus kerana lebih mudah dijaga dan nampak menawan untuk mereka.

Demi mendapatkan rambut lurus tanpa mengakibatkan kerosakan rambut, apa yang anda perlukan adalah produk rambut yang bersesuaian, pengering rambut yang bagus serta besi pelurus rambut.

PRODUK RAMBUT



Sekiranya rambut anda kerinting atau beralun secara semulajadi, gunakan syampu dan perapi yang mengandungi minyak zaitun atau argan. Ini kerana minyak semulajadi tersebut mampu melembutkan rambut dan mengatasi masalah rambut kusut. Anda juga harus menggunakan pelembap rambut sebelum melakukan proses meluruskan rambut demi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan rambut bercabang.

PENGERING RAMBUT



Mencari pengering rambut di kedai memang kerja yang mudah tetapi apa yang anda perlu ketahui adalah kualiti sesebuah pengering rambut itu perlu dititikberatkan. Jangan beli pengering rambut sebarangan kerana ianya boleh membawa kepada kerosakan rambut. Ada sebab mengapa sesetengah pengering rambut berharga sedikit mahal. Berbeza daripada pengering rambut biasa yang menyejat keseluruhan air pada rambut, pengering rambut yang menggunakan teknologi ionik berfungsi memecahkan molekul air pada rambut, membuatkan kelembutan rambut terjaga.

BESI PELURUS RAMBUT


Haba yang dihasilkan oleh besi pelurus rambut perlulah bersesuaian dengan jenis rambut anda. Jika rambut anda halus dan nipis, gunakan haba yang rendah manakala haba sederhana tinggi pula digunakan untuk rambut tebal dan kasar. Untuk mengetahui sama ada suhu tersebut bersesuaian dengan rambut, uji dengan tisu dahulu. Sekiranya tisu hangus, itu bermakna besi pelurus rambut itu terlampau panas untuk rambut. Letakkan pelapik di besi pelurus rambut tersebut demi mengelakkan masalah rambut kering.

Rawat mata dengan daun sirih

Memiliki mata yang indah bersih dan terang dalam melihat ini tentu menjadi idaman bagi kita semua kerana mata adalah salah satu nikmat tuhan berikan kepada kita yang paling berharga kerana dengan mata kita dapat melihat keindahan dunia ciptaan Nya.

Kita dapat memanfaatkan daun sirih untuk membuat mata kita selalu sihat dan bersih.
  1. Sediakan satu genggam daun sirih yang masih segar
  2. Cuci sampai bersih daun-daun tersebut
  3. Masukkan ramuan tersebut ke dalam mangkuk atau besen yang berisi air bersih sambil diramas-ramas agar zat kimia yang terkandung didalam daun sirih tersebut larut dengan air
  4. Tapis dan ambil airnya
  5. Celikkan mata di dalam air ramuan daun sirih tersebut
Nota : Dalam perawatan ini mata akan terasa sedikit pedih
Cukup mudahkan tips merawat mata hanya dengan daun sirih. Semoga bermanfaat dan selamat mencoba.

sumber dipetik dari:-http://wannurapetuaamalan.wordpress.com/2013/01/04/rawat-mata-dengan-daun-sirih/

Tampil sihat dan menawan tanpa jerawat

Posted by Nadia Najib

Umum mengetahui kesihatan merupakan elemen utama untuk kelihatan cantik. Pemakanan yang tidak sihat, tidur tidak cukup dan tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh mengakibatkan masalah jerawat, kegemukan atau penyakit berbahaya seperti kanser payu dara, sakit jantung dan sebagainya. Antara masalah yang paling ditakuti oleh kaum hawa ini adalah jerawat.

Sekiranya kita gagal mengawal keseimbangan hormon seks dengan sempurna, jerawat yang menjadi perkara biasa kepada wanita, boleh menjadi penyakit kulit yang serius.

Masalah jerawat ini sering berkait rapat dengan masalah berkaitan harga diri, keyakinan terhadap diri sendiri, pergaulan sosial, kemurungan, kegusuran dan kadar tidak bekerja yang tinggi.

Menurut Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael, asas kesihatan adalah dari dalam diri dan bergantung kepada gaya hidup hidup seseorang. Maka para wanita di luar sana harus lah menjaga kesihatan dengan melakukan amalan yang baik dan betul.

Keseimbangan hormon adalah amat penting bagi kaum wanita dalam melakukan aktiviti harian. Jika gagal mengawalnya boleh mengakibatkan tumbuhnya jerawat yang besar dan banyak serta mengganggu kesuburan wanita. Alice menjelaskan lagi, mendisiplinkan diri dengan tidur yang cukup (lima hingga tujuh jam sehari), senaman yang berterusan, minum air yang banyak dan lebihkan makan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk ke arah cantik yang sihat.

Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Jerawat terjadi apabila terdapat penyumbatan pada folikel tersebut menghasilkan bakteria seterusnya membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Penyumbatan sebum itu terdapat di bawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.

Jerawat sangat aktif semasa proses kematangan individu terutama remaja kerana perubahan hormon, oleh itu gaya hidup yang sihat amat dititik beratkan oleh setiap remaja terutama pada masa kini. Kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen akan menyebabkan terjadinya jerawat.

Ketika proses ini berlaku, hormon yang terlibat ialah testosteron dan ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik.

Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku dan daripada statistis 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat .

Akhir sekali, bukan sahaja jerawat tetap penyakit-penyakit lain yang dialami oleh wanita mahu pun lelaki memerlukan penjagaan awal yang telah diterap dalam diri sejak dari usia muda lagi.

Oleh itu langkah dan pencegahan awal amat la penting terutama dalam amalan gaya hidup pada masa sekarang.

Tips yang senang dan ringkas dari saya banyakkan minum air kosong dan bersenam walaupun hanya menaiki tangga ke pejabat.

Friday, 7 March 2014

Tabiat tidak baik untuk kulit



Ramai yang mahukan kulit yang bersih dan mulus, namun ramai juga yang tidak tahu bahawa ada beberapa tabiat yang anda tidak sedar dan sangka ia membawa kesan buruk kepada kulit anda antaranya adalah kerap mencuci muka.

Ini kerana anda akan berfikir semakin kerap anda mencuci muka, maka kulit anda akan makin bersih, tetapi sebaliknya, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit.

Bagi yang mempunyai kulit berminyak juga kerana semakin anda kerap mencuci wajah makin banyak minyak terhasil.

Tabiat kedua pula menggunakan skrub wajah yang kasar kerana menyangkan dengan menggunakan skrub kasar bagus untuk membersihkan wajah anda. Sebenarnya anda harus menggunakan skrub yang halus kerana skrub yang kasar boleh menyebabkan pori tersumbak, tompok hitam dan juga kedut. Skrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu sahaja.

Tabiat ketiga pula iaitu suka berjaga malam atau suka tidur lewat. Anda tahu jika kurang tidur maka wajah akan tampak sembam, kusam dan penat. Oleh itu, elakkan dari tidur lewat kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan anda mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya akan menyebabkan wajah anda kusam dan berkedut.

Akhirnya sekali, pastikan anda menukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akan melekat pada wajah anda.

Diharap dengan beberapa tips ini dapat dijadikan panduan untuk diamalkan. Selamat mencuba!

Tips atasi masalah kolesterol


Masalah kolesterol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, 2.3 bilion penduduk dunia mengalami berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mengalami masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia dan tidak ketinggalan negara ini.

Kolesterol merupakan sebatian berlemak yang beredar melalui darah. Kolesterol yang beredar dalam darah melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.

Kolesterol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit berkaitan kardiovaskular dan juga strok. Kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri akan tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolesterol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.

Cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.

Makanan yang tinggi dengan kolesterol termasuk daging merah, kuning telur, makanan laut dan organ haiwan seperti hati. Sesetengah individu mengalami paras kolestrol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik.

Cadangan pemakanan yang terbaik adalah dari sumber soya. Jumlah pengambilan protein soya yang disyorkan oleh pakar adalah 25g sehari. Ini kerana, protein soya telah terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolesterol. Selain itu, protein soya juga merupakan sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.

Pengubahsuaian cara hidup dan diet merupakan faktor-faktor penting dalam mengawal paras kolesterol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedah merebus, mengukus dan membakar.

Melakukan senaman secara kerap juga sangat digalakkan untuk mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit.

Wednesday, 5 March 2014

Tampak cantik tanpa mengeluarkan wang

Posted by TUPAI 

Setiap wanita pasti impikan kulit yang sihat dan berseri. Namun tidak dinafikan juga, untuk memiliki kulit yang menawan memerlukan sedikit kos. Tetapi jangalah anda hanya bergantung kepada produk-produk kecantikan sahaja.

Jadi disini kami ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian empat rahsia untuk tampak cantik tanpa perlu mengeluarkan wang poket anda.

Tidur yang cukup
Tidur cukup 7-8 jam sehari tak hanya bermanfaat bagi kesihatan, tapi juga kecantikan. Pada saat tidur, pada tubuh terjadi berbagai proses untuk mengembalikan kecantikan kulit secara.

Senaman ringan
Buat senaman ringan di setiap pagi sebelum anda pergi ke kerja kerana senaman dapat melancarkan peredaran darah.

Makan makanan berkhasiat
Jangan makan terlalu banyak makanan tidak berkhasiat kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda. Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi khasiat vitamin E, C dan B.

Minum air lapan gelas sehari
Amalkan minum air sebanyak lapan gelas sehari supaya badan anda tidak kekurangan air.

5 Jenis minuman mampu langsingkan badan


Setiap wanita mahukan tubuh yang langsing dan menarik. Kini banyak pil pelangsing yang boleh dilihat di laman sosial mahupun di papan iklan.

Tetapi tidak semua mendatangkan hasil jika anda masih tidak mengawal permakanan anda dengan betul. Namun tahukah anda minuman juga boleh melangsingkan anda? Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang lima jenis minuman yang dapat membantu anda untuk melangsingkan badan anda.

Jus sayuran
Jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.

Air
Ia sememangnya diketahui baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu anda untuk menurunkan berat badan. Anda boleh meminum air dengan ditambah sehiris buah lemon segar, limau nipis, timun atau pun tomato kerana sayuran ini bagus untuk anda selain menambah perasa.

Teh hijau
Teh hijau sememangnya sudah terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan teh oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.

Susu rendah lemak
Susu rendah lemak bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D dan kalsium yang menolong untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia lebih sedap jika ditambah dengan sedikit coklat untuk perasa dan khasiat yang lebih efektif.

Kopi hitam
Secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu rendah lemak.

Manggis bagus untuk kesihatan

Tahukah anda buah manggis sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan? Selain dapat menyejukkan badan daripada panas selepas memakan durian, manggis juga mempunyai banyak manfaat terutamanya kulitnya.

Buah manggis mengandungi sejenis fitonutrien yang kuat iaitu Xanthone. Xanthone dikenali sebagai antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas iaitu penyebab penyakit degeneratif seperti jantung, strok dan kanser.

Xanthone boleh memberi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda.

Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau.

Buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, sakit mulut dan kejang.

Tuesday, 4 March 2014

Petua mudah merawat tumit pecah

Posted by TUPAI

Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalag yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai.

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk;
  •   Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi
  •   Berat badan yang berlebihan
  •   Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap
  •   Alahan pada jenis sabun
  •   Alahan pada simen lantai
  •   Mengabaikan penjagaan kaki
Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini.

Petua 1
Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.

Petua 2
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).

Petua 3
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.

Petua 4
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.

Petua 5
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.

Petua 6
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.

Petua 7
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!

Petua untuk sentiasa tampak jelita

Posted by TUPAI

Ada lagi di antara anda yang masih mengamalkan petua – petua yang di pelajari daripada keluarga. Petua tradisional seperti lendir bunga raya untuk rambut lebat amat biasa kita dengar. Namun ada beberapa petua di bawah tidak biasa kami dengar.

Di sini kami senaraikan beberapa petua kecantikan yang popular. Jangan terkejut ya dengan petua yang agak pelik bunyinya.

MATA



Timun menyegarkan mata
Timun mengandungi air yang mampu membuatkan mata yang letih kembali segar. Caranya, potong timun yang disimpan di dalam peti ais dan letakkan pada mata sebelum tidur. Elakkan memotong terlebih dahulu sebelum di simpan. Ini akan membuatkan timun itu kering.

Uncang teh atasi keletihan mata
Jangan buang uncang teh yang sudah dipakai. Letakkannya di mata terlebih dahulu selama 10 minit untuk mengatasi keletihan mata. Petua ini jarang kita dengar. Namun, ia agak popular di kalangan wanita United Kingdom.

Sudu sejuk mengurangkan bengkak pada mata
Anda cuma perlu sejukkan sudu besi semalam. Keesokan pagi letakkan sudu sejuk tersebut di kelopak mata sebelum anda bersolek. Kesannya, bengkak pada bawah mata anda tidak jelas kelihatan. Kalau anda hendak tahu, petua ini juga di amalkan oleh Miranda Kerr, model popular Victoria Secret.

RAMBUT



Cuka untuk rambut sihat
Bunyinya agak pelik, namun ia berkesan. Apa yang anda perlu buat, bilas rambut anda dengan cuka selepas bersyampu. Anda tidak perlulah melakukannya setiap hari. Cukup sekadar seminggu sekali ya.

Vaseline atasi rambut mengerbang
Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa Vaseline amat bagus untuk kulit. Namun pernahkah anda mendengar Vaseline digunakan untuk mengatasi rambut mengerbang? Cuba lah, siapa tahu mungkin berhasil.

Sos Tomato untuk rambut berwarna
Pernahkah anda ke salun untuk mewarnakan rambut tetapi hasilnya kurang memuaskan dan anda perlu ke salun selepas 3 hari untuk membetulkan kembali warnanya. Leceh bukan? Ada pihak mendakwa, dengan melumurkan sos tomato selama 30 minit ke rambut anda boleh memiliki kembali warna rambut itu. Petua ini juga pernah di amalkan oleh Siena Miller.

KAKI



Pakai stoking ketika tidur untuk kaki licin
Sebelum tidur, sapukan krim pelembap pada kaki dan tidur menggunakan stoking.

Cukur bulu kaki dengan perapi rambut
Jika anda alergi dengan produk pencukur tertentu, perapi rambut mungkin berkesan untuk anda yang sering mengalami kegatalan kulit kaki selepas bercukur.

Pedicure ikan
Anda boleh mendapatkan khidmat ini di kedai refleksologi yang ada menawarkan rawatan kaki. Ikan – ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati pada kaki anda. Cuma anda perlu tahan rasa geli ketika ikan – ikan ini mengigit ya.

ANGGOTA BADAN YANG LAIN

Soda bikarbonat untuk gigi putih
Campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat dengan ubat gigi anda. Hasilnya, gigi akan lebih putih.

Gincu sebagai pemerah pipi
Jika anda kehabisan pemerah pipi dan belum sempat membelinya, calitkan sedikit gincu pada pipi dan ratakan.

Mandi air sejuk untuk payudara tegang
Ada wanita mempercayai bahawa dengan mandi air sejuk, payudara mereka akan sentiasa tegang. Bukan sahaja payudara, malah seluruh anggota badan juga.

Petua kecantikan tradisional

Posted by nasibah abdulghani

Penggunaan produk kecantikan dan penjagaan muka dan badan dengan betul memang boleh memberikan hasil yang memuaskan. Malah, ada sesetengah produk yang mampu membuatkan kulit anda kelihatan lebih berseri berbanding sebelumnya.

Akan tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana nenek moyang kita terdahulu menjaga kecantikan mereka walaupun pada zaman dulu tidak terdapat banyak produk kecantikan dihasilkan? Bagaimana mereka mampu menjaga kulit tanpa bantuan produk seperti kita pada hari ini?

Terdapat beberapa petua dan pantang larang untuk kelihatan cantik. Ianya tidak melibatkan kos yang begitu tinggi namun boleh diaplikasikan di bahagian wajah dan rambut wanita kerana itu merupakan aset yang paling berharga.

Nak tahu apakah petua tersebut? Mari lihat petuanya di bawah:

Tidak memicit jerawat
Jerawat memang boleh mencacatkan penampilan anda. Malah, jerawat juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Namun, jangan sesekali memicit jerawat menggunakan kuku kerana khuatir kuku boleh merosakkan kulit wajah sehingga meninggalkan parut. Pastikan tangan dibasuh dengan bersih atau gunakan sarung tangan jika ingin memicit jerawat.

Jangan guna sabun mandi
Sabun mandi hanya sesuai untuk kulit badan dan bukannya kulit wajah. Sabun mandi bertekstur kering dan jika anda menggunakannya untuk membersihkan wajah, kulit muka anda pasti akan kekeringan.

Jangan guna tuala untuk keringkan rambut
Jangan menggosok rambut dengan tuala dengan tujuan mengeringkan rambut kerana rambut akan mudah putus dan kusut. Apa yang perlu anda lakukan ialah memerah rambut dan membalut dengan tuala. Biarkan rambut anda kering secara semulajadi.

Elak sikat rambut basah
Menyikat rambut ketika basah boleh menyebabkan kekusutan rambut dan mudah putus.

Cuci muka sebelum tidur
Tidur dengan mekap boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat dan kulit tidak boleh bernafas sehingga boleh menimbulkan masalah jerawat. Sebaik-baiknya, cucilah muka anda sebelum tidur untuk mendapatkan kulit bebas masalah.

Jangan mandi air panas
Untuk kulit yang kering, elakkan mandi air panas atau menggunakan mandian haruman.

Monday, 3 March 2014

Tips cantik cara wanita Thailand

Posted by TUPAI

Wanita asia tidak asing lagi terbukti memiliki kecantikan semulajadi yang cukup menawan. Apatah lagi warisan nenek moyang kita banyak meninggalkan amalan-amalan kecantikan dan petua tradisional sebagai panduan sehari-hari.

Melihat kecantikan asli yang dimiliki wanita dari Thailand yang terkenal dengan gajah putihnya itu pasti membuatkan ramai yang cemburu. Mungkin negara itu cukup terkenal sebagai negara yang menawarkan khidmat pembedahan plastik dengan kos yang murah tetapi rata-rata wanita tempatan sememangnya memiliki kecantikan asli hasil amalan petua nenek moyang.

Mari kita lihat apakah amalan rahsia mereka sehingga memiliki kecantikan asli yang tiada tolok bandingnya.

BETIK



Wanita Thailand gemar menggunakan betik sebagai 'masker' untuk memberi kesan segar pada wajah. Betik mengandungi agen anti oksida dan kaya dengan khasiat semulajadi seperti vitamin C dan E. Kedua-dua jenis vitamin ini dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan. Betik juga membantu kulit menjadi cerah berseri dan bebas cela.

SANTAN KELAPA



Jangan ingat santan kelapa hanya digunakan dalam masakan sahaja. Kebijaksanaan wanita Thailand terserlah dengan bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa dengan mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Selain daripada untuk kulit, mereka juga menggunakan santan kelapa dalam proses perawatan rambut. Ia membantu mendapatkan rambut yang sihat dan lebat.

DIET PEMAKANAN



Diet yang sihat turut membantu wanita Thailand mendapatkan kulit yang berseri dan tubuh badan yang langsing. Fokus utama mereka dalam amalan diet pemakanan yang sihat ialah pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus. Sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.

KUNYIT



Sama seperti betik, kunyit turut mengandungi agen anti oksida yang dapat melawan radikal bebas. Wanita tempatan Thailand mengamalkan mencuci muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat. Anda juga boleh amalkan sendiri. Basahkan tapak tangan dengan air dan ambil serbuk kunyit. Jadikannya sebagai skrub dengan menyapu pada wajah anda serbuk kunyit tersebut selama 5-10 minit.

BERAS



Bercakap mengenai beras dan negara Thailand, anda pasti tahu akan produk kecantikan berasaskan susu beras dari Thailand yang terjual bak pisang goreng panas kini. Sememangnya beras terbukti mencantikkan dan menjadikan kulit wajah putih berseri. Inilah rahsia sebenar wanita Thailand apatah lagi negara itu merupakan pengeluar beras terbesar di Asia Tenggara. Wanita Thailand memproses sendiri secara tradisional beras tersebut sehingga menjadi susu dan digunakan untuk merawat kulit. Beras mengandungi vitamin E yang membantu memutihkan kulit wajah dan badan.

Bagaimana untuk tampil cantik pada waktu pagi?

Posted by TUPAI

Oleh sebab gaya hidup yang semakin sibuk pada zaman moden ini, kebanyakan wanita tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga rambut, kulit, kuku, mata, bibir, dan lain-lain lagi. Di sini, kami ingin kongsikan beberapa tips kecantikan semalaman yang berkesan untuk anda tampil cantik. Jadi, bagaimana untuk menjadi lebih cantik pada waktu pagi? Bacalah tips di bawah:

Penjagaan rambut anda semasa tidur
Terdapat banyak rawatan kecantikan yang boleh anda gunakan pada waktu malam. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah dengan membuat rawatan rambut yang berkhasiat dan menyegarkan. Ambil perapi rambut atau masker rambut dan gunakannya pada rambut anda yang telah dicuci dengan syampu dan lembap. Ingat, anda hanya perlu menggunakannya pada rambut sahaja dan tidak mengenai pada akar rambut dan biarkannya semalaman. Anda boleh membalut rambut anda dengan kain atau plastik untuk mengelakkan daripada terkena sarung bantal anda. Apabila anda bangun, bilas rambut anda dengan air suam dan menikmatilah rambut yang seakan-akan licin seperti sutera dan kelihatan bermaya!

Bagaimana untuk mendapatkan tangan lembut?
Jika tangan anda sangat kering, dehidrasi dan mempunyai rekahan yang menyakitkan, cubalah teknik kecantikan ini. Gunakan krim tangan dengan lapisan yang tebal atau minyak berkhasiat pada tangan anda. Kemudian, pakai sarung tangan kapas ringan dan biarkannya semalaman. Apabila anda bangun pada waktu pagi nanti, tangan anda akan berasa sangat lembut, lembap dan licin.

Melicinkan tumit anda
Urut krim yang bagus untuk tumit dan seluruh kaki anda dengan lapisan yang tebal. Selain itu, pakai sarung kaki kapas yang selesa sebelum tidur. Pada waktu pagi kaki anda akan kelihatan lebih berbeza dan baik berbanding sebelumnya.

Tiada lagi jerawat!
Anda boleh merawat jerawat anda semasa anda tidur! Hanya sapukan minyak ‘tea tree’ pada jerawat anda dan amalkannya selama beberapa hari. Anda akan saksikan perbezaannya kerana ia akan berkurangan dan hilang dalam sekelip mata!

Sarung bantal sutera
Dapatkan sarung bantal sutera sekarang! Ini kerana tidur dengan menggunakan sarung bantal sutera boleh memberi manfaat untuk rambut anda kerana ia mengurangkan rambut bercabang. Tambahan lagi, sutera juga boleh membantu menjaga wajah anda kelihatan segar dan bebas kedutan pada waktu pagi nanti.

Kedudukan tidur terbaik
Apabila anda tidur mengiring atau pada perut anda, anda lebih cenderung untuk mendapatkan garis-garis halus yang tidak diingini, serta lingkaran hitam di bawah mata, yang mana boleh menjadi kekal, jika anda tidak mengubah kedudukan tidur anda setiap malam! Cuba untuk tidur dengan muka mnghala ke siling dan katakan selamat tinggal kepada garis-garis pada wajah.

Penjagaan bibir anda
Buat rawatan ‘exfoliate’ pada bibir anda sebelum masuk tidur dan kemudian, sapukan pelembap bibir kegemaran anda atau minyak berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak badam pada bibir anda. Lakukan tips ini secara kerap dan ianya pasti membantu anda untuk elakkan bibir luka selama-lamanya!

Sunday, 2 March 2014

Tips penjagaan kuku


Menjaga kuku supaya sentiasa sihat dan kelihatan cantik adalah merupakan sebahagian rutin harian kaum wanita pada abad ini. Tetapi ada juga wanita yang mengabaikan penampilan kuku mereka, lantaran malas atau tidak terlalu penting.

Yang penting adalah bagaimana menjaga kebersihan kuku, supaya meskipun anda tidak terlalu menfokuskan penampilan kuku, tapi kebersihan tetap terjaga. Kebersihan kuku sangatlah penting bagi setiap orang, selain untuk menjaga keindahan tangan dan kaki, juga dapat menjaga kesihatan. Kuku lemah, selalunya disebabnya oleh keturunan dan penyakit. Kuku harus sentiasa dijaga bersih, kering dan pendek.

Sapu kuku dengan losyen atau minyak pelembap pada setiap malam sebelum tidur. Ini akan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat. Kuku seharusnya dipotong pendek dan serata supaya tidak mudah terkait kepada kain atau benda yang mengakibatkan kuku patah.

Pakai sarung tangan sekiranya melakukan pekerjaan yang menggunakan bahan kimia seperti membuat kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan, mencuci lantai atau berkebun.

Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun tangan. Pastikan disetiap bahagian dalam kuku terkena sabun untuk menghilangkan kuman. Kemudian barulah dibilas dengan air sebersih-bersihnya. Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam. Elakkan juga tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku anda.