Monday 22 May 2017

Lebih bahaya daripada kanser

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Kegagalan jantung adalah serius apabila organ penting ini tidak dapat mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien penting yang cukup ke seluruh badan disebabkan otot jantung lemah. Masalah jantung ini bukan bermaksud organ ini berhenti berfungsi, sebaliknya ia tidak dapat bekerja dengan baik bagi memenuhi keperluan badan terutama ketika aktiviti fizikal.

Masalah jantung ini dialami individu dalam semua peringkat umur, namun risiko ia kerap berlaku seiring dengan pertambahan usia. Dianggarkan satu peratus berlaku dalam kalangan mereka berusia bawah 65 tahun, peningkatan kepada tujuh hingga lapan peratus pada usia 75 hingga 84 tahun dan 15 peratus dalam kalangan usia lebih 85 tahun.

Monday 15 May 2017

Elakkan diri terjebak obesiti

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Lina mempunyai masalah berat badan yang serius, tetapi dia bukanlah satu-satunya manusia yang berada dalam keadaan sedemikian. Rashid, Hakimi, Farah dan ramai lagi manusia lain di seluruh dunia mungkin sedang mengalami masalah yang sama. Bahkan jumlahnya juga semakin meningkat!

Manusia mula menjadi lebih berisi dan kadar obesiti mula melonjak secara mendadak pada awal tahun 1980-an, ia melanda seluruh dunia dalam tempoh yang cepat. Negara-negara seperti Mexico, Mesir dan Arab Saudi merupakan ‘rumah’ kepada mereka yang mengalami masalah obesiti di dunia.

Sunday 14 May 2017

Tangani serangan panik

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Serangan panik adalah serangan yang berlaku secara luar kawal dan juga secara tiba-tiba. Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.
Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia.

Saturday 13 May 2017

Psoriasis tingkat risiko serangan jantung

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Dianggarkan tiga peratus daripada penduduk dunia menghidap psoriasis. Di Malaysia, seramai 14,486 orang dilaporkan menghidap penyakit ini (data Registri Psoriasis Malaysia 2007-2015).
Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang berpanjangan dan berulang. Ia boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Ia terjadi disebabkan gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu tiga hingga tujuh hari berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa.

Thursday 11 May 2017

Mati pucuk bukan penanda aras nafsu lelaki

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Hubungan seks mungkin dianggap sebagai sesuatu yang lazimnya tidak dirancang dan dilakukan secara spontan.

Namun, hasil Tinjau Selidik Tabiat Seks Global oleh Pfizer mendapati bahawa golongan lelaki sebenarnya memang merancang lebih awal untuk melakukan hubungan seks. Sesuatu yang lebih mengejutkan, ialah mereka merancang berjam-jam lebih awal.

Wednesday 3 May 2017

Jangan abai sakit bahu

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

JANGAN abaikan atau memandang remeh jika mengalami sakit bahu. Masalah ini kerap dihadapi mereka yang bekerja keras, atlet atau buruh kasar.

Mengangkat berat dan melakukan kerja-kerja yang memerlukan sepenuh tenaga terutama pada bahagian bahu mungkin boleh menyebabkan mereka mengalami masalah ini.

Mungkin pada masa muda sakitnya tidak akan terasa, tetapi semakin berusia, sakit yang dirasai semakin bertambah sehingga tangan sukar hendak digerakkan atau dipusingkan.

Monday 1 May 2017

Gonorea - penyakit kelamin berjangkit

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Gonorea ialah sejenis penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae. Bakteria ini hidup dan mudah membiak dengan cepat di dalam saluran reproduksi wanita seperti serviks, rahim, salur Fallopio bagi wanita dan juga saluran kencing bagi wanita dan lelaki. Bakteria ini juga boleh membiak di dalam mulut, kerongkong, mata dan dubur.

Sunday 30 April 2017

Pokok ajaib didakwa bantu 
penduduk tingkat kesihatan

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Mazidah Awang Kecik menunjukkan buah pokok ajaib yang dipercayai dapat mengubati pelbagai jenis penyakit di rumahnya di Kampung Serian, Gua Musang, Kelantan, kelmarin. UTUSAN/Aimuni Tuan Lah

GUA MUSANG 24 April – Pokok ajaib atau nama saintifiknya Syn­sepalum Dulcificum semakin men­dapat perhatian penduduk ka­wasan ini kerana dipercayai dapat membantu mengawal pelbagai penyakit.

Pokok ajaib didakwa bantu 
penduduk tingkat kesihatan