Friday, 7 February 2014

Gaya hidup sihat cegah penyakit

Jika kita lihat gaya hidup masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Dulu, masyarakat tidak makan makanan segera sebaliknya, makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri.

Pada hari ini kita banyak menyambut majlis perayaan dengan hidangan pelbagai makanan. Ini menyebabkan kita banyak makan tetapi kurang menggunakan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

Tambah beliau, cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang menggalakkan kita merancang makanan. Jadi, kita akan makan apa yang perlu sahaja.

Bahaya makan lewat malamSelain itu, orang ramai turut digalakkan makan sebelum pukul lapan malam.

"Seperti yang kita tahu, ada segelintir masyarakat yang enam kali makan sehari iaitu sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang, makan malam dan lewat malam.

Amalan makan tengah malam adalah bahaya.

Ini kerana budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota. Mana tidaknya, mereka gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jam setiap hari," ujarnya.

Beliau menambah, ramai antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.

Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam.

Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana akan terdedah kepada masalah kegemukan.

"Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan," ujarnya.

Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.

Ini kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.

Dr. Abu menjelaskan, lama-kelamaan aktiviti ini akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius.

Beliau menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan sebelum pukul lapan malam

Minum air dan cukup tidur Selain makanan, air juga penting untuk tubuh badan.

"Kita disarankan mengambil lapan gelas bersamaan dua liter sehari. Jika kita kurang minum air, badan akan menjadi kering. Ia juga menyebabkan kencing menjadi pekat dan memberi kesan pada buah pinggang atau penyakit lain seperti batu karang," ujarnya.

Menurut Dr. Abu, tidur juga penting kerana ia merupakan masa rehat yang terbaik.

Namun, kebanyakan daripada kita pada hari ini tidur lewat iaitu selepas 12 tengah malam.

Akibatnya, kita hanya tidur empat hingga lima jam sahaja.

Nasihatnya, golongan dewasa perlu tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari.

"Sebab itulah, kita dinasihatkan makan awal supaya kita boleh tidur dua jam selepas itu. Pukul 10 malam adalah waktu yang terbaik untuk tidur dan kita boleh bangun seawal enam pagi.

Bangun pada waktu pagi baik untuk kecergasan dan kesegaran badan," katanya.

SenamanSelain tidur, kita juga digalakkan melakukan senaman.

Dr. Abu tidak menafikan kebanyakan orang pada hari ini sukar melakukan senaman seperti berjoging atau ke gim.

Jadi, dengan berjalan sekurang-kurangnya 8000 langkah sehari, kita dapat membakar kalori.

"Masalahnya, ramai yang sering membeli alasan apabila hendak berjalan kaki ke sesuatu tempat seperti panas dan penat.

Bukan itu sahaja, anak-anak di rumah tidak banyak melakukan pergerakan fizikal kerana mereka tertumpu pada permainan video atau gajet. Tanpa melakukan senaman, badan menjadi lesu dan boleh menggalakkan obesiti," ujarnya.

Justeru, kita digalakkan berjalan seperti menaiki tangga yang boleh kita lakukan di pejabat dan lupakan fungsi lif untuk sementara waktu.

Selain itu, Dr. Abu berharap, orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat lain seperti berhenti merokok.

Makan malam dan kekal langsing

Ramai di antara kita akan meninggalkan waktu makan malam kerana takut gemuk. Adakah betul tindakan ini?

Pengambilan makanan yang mengandungi tinggi kadar gula, berlemak dan rendah serat boleh membuatkan diri anda cepat lapar. Jika anda ingin menghilangkan keinginan makan pada waktu malam, cuba lakukan cara di bawah.

Makan malam awal
Seeloknya, makan sebelum waktu 6 petang. Dengan cara ini, perut anda masih mempunyai masa untuk menghadamkan makanan. Perlu anda tahu bahawa, nasi memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk dihadam.

Tidur awal
Jangan biasakan diri anda untuk tidur lewat kerana asyik menonton televisyen. Ia mendorong anda untuk mengunyah tanpa henti. Cuba tidur awal sekitar jam 9 atau 10 malam. Pasti keinginan anda untuk makan hilang.

Ubah haluan snek kepada yang lebih sihat
Berhenti membeli kerepek kentang, ais krim, atau coklat. Penuhi peti ais anda dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan. Tekstur buah yang lembut senang dihadam oleh badan kita.

Memberus gigi
Memberus gigi selepas makan malam boleh mendorong sifat untuk tidak makan lagi, ini kerana selepas memberus, anda pasti tidak mahu mengotorkan gigi anda yang telah bersih.

Sibukkan diri
Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam, cuba sibukkan diri anda untuk mengelakkan diri anda turun ke dapur mencari sesuatu untuk mengunyah. Anda boleh mendengar muzik, menelefon atau chat bersama kawan bertanya khabar.

Motivasi diri anda
Tampal gambar atau petikan ayat yang anda suka di pintu bilik atau pintu peti ais untuk muhasabah diri anda. Gambar dan petikan ini boleh 'memotivasikan' diri anda supaya jangan makan secara berlebihan.

Selamat Mencuba!

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/08/makan-malam-dan-kekal-langsing.html

Thursday, 6 February 2014

Tips kurus dengan mudah!

Percaya atau tidak, sumber kami memberitahu bahawa sebahagian wanita menghabiskan masa selama 31 tahun berdiet. Malah, ada sebahagian daripada wanita merasakan amat sukar untuk kurus. Akhirnya mereka putus asa di pertengahan jalan. Memiliki badan yang lansing merupaka impian setiap wanita. Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Lihat senarai di bawah dan praktikan. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk menurunkan berat badan.

Makan bila perlu
Jangan amalkan 'self reward' anda dengan makan. Ya, anda perlu memberikan diri anda sesuatu sebagai penghargaan jika anda berjaya mencapai sesuatu dalam hidup, tetapi makan besar itulah yang boleh membuatkan diet anda kurang berkesan. Ingat, ambil makanan yang sesuai dengan keperluan badan anda sahaja, dan yang paling penting jangan makan ikut nafsu.

Minum air secukupnya
Berhenti mengambil minuman berkarbonat, bersusu, dan manis ketika menjamu selera. Cuba amalkan pengambilan air kosong sahaja. Air kosong merupakan salah satu ejen kurus yang berkesan. Pastikan anda minum 8 gelas air kosong sehari.

Kencangkan otot
Sesetengah wanita berpendapat bahawa, otot yang kencang tidak memberikan apa-apa kesan untuk badan langsing. Salah! Otot-otot ini membantu dalam membentuk badan anda. Terutamanya pada bahagian kaki, diet sahaja tidak mencukupi untuk peha kecil, anda perlu kencangkan otot di bahagian peha supaya tidak ada ruang untuk lemak di peha.

Berjoging semasa perut kosong
Berlari atau bersenam ketika perut kosong dapat meningkatkan 'hormone adrenalin' dan mengurangkan insulin dimana keadaan ini menukarkan lemak berubah menjadi tenaga.

Ubah gaya hidup
Ini lebih kepada displin diri. Untuk mengelakkan berat badan bertambah anda perlu mengubah gaya hidup anda terlebih dahulu. Contohnya, jika anda lebih suka makan di luar berbanding masak, cuba lakukan sebaliknya. Memasak di rumah adalah lebih baik kerana anda boleh mengawal kandungan makanan yang anda makan.

Tetapkan sasaran
Anda perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan berat badan. Contohnya, pada bulan ini anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Pastikan anda capai sasaran anda sebelum bulan hadapan.

Luangkan masa untuk bersenam
Berhenti memberi alasan dan menangguhkan senaman anda. Tahukan anda bersenam selama 30 minit sehari sudah memadai untuk mencapai berat badan ideal?

Sekali sekala ke gimnasium
Anda bosan melakukan senaman berseorangan? Anda boleh pergi ke gimnasium berdekatan untuk lebih ramai orang dan suasana yang tidak membosankan. Cari gimnasium yang menawarkan pelbagai servis senaman. Antaranya, Yoga, kelas menari, kelas Muay Thai atau banyak lagi.

Jauhi dadah
Ini merupakan satu perkara yang penting. Jangan sesekali melibatkan diri anda dengan dadah hanya kerana anda ingin kurus. Dadah di sini termasuk pil-pil kurus yang sebenarnya boleh membahayakan kesihatan. Jika anda inginkan perangsang, cuba makan vitamin yang bersesuaian. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Jangan fokus pada satu bahagian sahaja
Daripada anda fokus pada beberapa bahagian badan sahaja, apa kata anda melakukan senaman untuk kesuluruhan badan? Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan anda, malah meningkatkan kesihatan juga!

Selamat Mencuba!

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/12/tips-kurus-dengan-mudah.html

Tip mudah untuk langsingkan badan

Golongan wanita kini ramai yang mahu kelihatan langsing sehingga mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata mahu kelihatan langsing dan menarik.

Namun ramai yang kecewa apabila sudah banyak wang habis, tetapi tidak mendapat kesan seperti yang diharapkan.

Oleh itu, disini kami ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips untuk langsing yang anda boleh cuba :
  1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
  2.  Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan.
  3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan ketika di majlis itu.
  4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
  5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam. 
  6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
  7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
  8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
  9. Jangan 'jadikan'diri anda gemuk dengan 'memenuhi' permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
  10. Jika anda suka mengunyah ketika 'stres', inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi 'stres' tanpa melibatkan makanan.
  11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori.
  12. Jangan lupa untuk bersarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
  13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu 'hidup sihat'. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
  14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan ¬fikiran anda lupa pada snek malam.
  15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
  16. Tulis di atas sekeping kertas 'tutup selepas makan malam'. Tampalkan di pintu peti sejuk anda.
  17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
  18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan 
  19.  Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet. 
  20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut. 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/04/tip-mudah-untuk-langsingkan-badan.html

Sayangi payudara anda elak kanser

Ramai wanita yang mahukan payudara yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. 
Setiap wanita perlu tahu, payudara adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah payudara yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.
Lambakan produk kesihatan dan kecantikan payudara di pasaran memberi informasi dan manfaat berguna buat wanita. Malah rekaan fesyen coli yang segar dan mengikut peredaran zaman juga tidak kurang hebatnya apabila memberi idea kepada wanita untuk tampil menarik dan berkeyakinan.
Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz payudara. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa.
Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil. Pelbagai petua boleh dimanfaatkan bagi memperolehi payudara yang cantik.
Selain Omega 3, sayuran dan vitamin E, pengambilan teh hijau setiap hari juga mampu meminimumkan risiko menghidap kanser payudara. Jangan lupa selitkan teh hijau di dalam diet harian anda mulai hari ini! 
Umum mengetahui pengambilan alkohol dan rokok mengundang pelbagai penyakit. Fakta juga mengesahkan pengambilan alkohol dan rokok meningkatkan risiko kanser payudara.
Kajian epidemiologi menunjukkan senaman membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan stress. Selain dapat membentuk payudara dengan cantik, ia juga membantu menganjalkan saiz di samping melancarkan perjalanan darah di sekitar kawasan payudara.
Payudara perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih. Bagi wanita yang mahukan payudara yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah sangat penting. 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/10/sayangi-payudara-anda-elak-kanser.html

Petua mudah kuruskan badan

Wanita mana yang tidak ingin memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan ramping. Sudah tentu wanita di luar sana sangup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik dan menawan.
Oleh sebab itu ramai wanita di luar sana gagal mengawal perbelanjaan mereka dan akhirnya kecewa apabila tidak mendapat keputusan seperti yang di idamkan.
Ini telah menyebabkan ramai wanita di luar sana gagal mengawal perbelanjaan mereka dan akhirnya kecewa apabila hasilnya tidak sperti yang di idamkan.
Di sini ada beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan yang boleh diikuti oleh para wanita diluar sana:
Elakkan makanan ringan
Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang khasiat untuk tubuh badan anda.
Hadkan makanan tinggi karbohidrat
Ambil makanan yang berkabohidrat seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit.
Kurangkan sumber protein
Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe atau daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
Menu makanan yang betul
Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang.

Makan banyak buah
Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin untuk tubuh badan anda. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya.
Kurangkan buah manis
Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
Banyakkan minum air kosong
Sentiasa minum dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkabonat.
Bersenam
Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti di luar rumah seperti berjalan atau berjogging di tempat-tempat riadah amat sesuai dilakukan setiap petang atau setiap kali masa terluang.
Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda wanita di luar sana untuk memiliki badan yang di idamkan.Teruskan usaha dengan konsisten agar misi anda berjaya untuk kelihatan kurus, lansing dan menawan. Semoga berjaya. 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/12/petua-mudah-kuruskan-badan.html

4 Ciri Kesihatan Optimum

Anda berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan kesihatan rapi dan didapati sihat. Anda mengelakkan diri daripada kuman selesema selama berbulan-bulan. Namun, ini tidak bererti anda dalam keadaan kesihatan optimum.

Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.

Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Pemakanan

Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.

Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.

Bersenam

Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.

Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.

Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.

Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.


Dr Abdul Aziz Hj Kechil ialah pakar fisiologi saraf.
Dipetik dari: Berita Harian Online

6 tips berguna makan tanpa tekanan

Kerap kali tabiat kuat makan di kaitkan dengan emosi yang tidak stabil. Jangan sesekali membiarkan perasaan anda mempengaruhi mental dan fizikal anda.

Di bawah terdapat 6 tip yang boleh anda pratikkan dalam mengelakkan anda daripada makan dengan kuantiti yang banyak.

Tutup Televisyen
Pernah tak waktu anda kecil dulu, ibu bapa anda marah jika anda makan depan televisyen? Tak displin katanya. Tetapi, pernah tak anda terfikir anda tidak akan berhenti mengunyah jika menonton . Memang ia amat menyeronokkan, tetapi tidak sihat juga. Jadi, jangan marah jika ibu bapa anda menegur tabiat ini, mereka cuma menjaga kesihatan anda.

Jika anda berasa lapar ketika menonton televisyen , cuba gantikan snek kegemaran anda dengan snek sihat seperti buahan, kekacang atau Oat.

Ubah suai resepi supaya lebih sihat
Masak sendiri makanan kegemaran anda dengan mengubah suai kuantiti bahan yang digunakan. Dengan membuat sendiri hidangan pencuci mulut, anda tahu jumlah kandungan gula dan lemak yang terkandung dalam hidangan anda itu.

Gunakan bekas makanan yang kecil
Bekas pinggan, mangkuk, gelas atau senduk yang besar akan mendorong anda untuk makan lebih banyak, terutamanya jika anda sedang betul – betul lapar.

Sebaiknya, ketika makan pilih bekas makanan yang lebih kecil. Dengan cara ini,ia mampu membantu mengurangkan keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

Berbelanja ketika perut lapar
Rasa lapar yang dirasai akan mendorong anda berbelanja dengan banyak. Jika anda ingin makan di luar, pastikan sebelum keluar, alaskan perut anda terlebih dahulu. Makan buah pun sudah mencukupi. Jadi apabila anda keluar untuk makan, anda akan memesan yang perlu sahaja. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda berjimat juga.

Jangan kaitkan emosi dengan makan
Jika anda mengalami tekanan, jangan lepaskan dengan makan. Cuba cara lain seperti tidur, mendengar muzik atau mengambil udara segar di taman. Makan mengikut emosi akan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang banyak dan akan mengakibatkan penambahan berat badan.

Elak makan dengan 'Si Kuat Makan'
Tidak salah jika anda ingin makan dengan kawan yang memang kuat makan. Namun, janganlah terikut – ikut dengan tabiatnya itu. Jika kawan anda itu wajib memesan pencuci mulut selepas makan, elakkan memesannya juga. Sebaiknya, kongsi bersama-sama.

Selamat Mencuba!

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/08/6-tips-berguna-makan-tanpa-tekanan.html

Wednesday, 5 February 2014

Cara kawal sakit gout

Memang diakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang.

Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandungi banyak sumber tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan kekerapan mendapat serangan gout.

Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.

Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.

Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur, berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air kecil dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.

Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gout. Apabila pesakit minum banyak, air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas, sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah:

Kawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan — sesetengah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.

Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.

Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.

Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol.

Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.

Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.

Ambil karbohidrat kompleks — sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.

Hadkan pengambilan gula — terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.

Amalan gaya hidup sihat cegah NCD

PENYAKIT tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases atau NCD) seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan paru-paru kronik adalah pembunuh utama penduduk dunia. 

Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global, seramai 17 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular pada 2005, 7.4 juta lagi mati akibat kanser pada 2004, 220 juta penduduk lagi menghidap diabetes pada 2005, manakala 1.1 juta meninggal dunia akibat penyakit sama. 

Setiap tahun, kira-kira empat juta orang di seluruh dunia mati akibat penyakit paru-paru. 

Malaysia tidak terkecuali. Malah, kajian mendapati penyakit jantung dan strok mencatatkan jumlah tertinggi kadar kematian di hospital kerajaan dan ia juga adalah punca utama kematian pramatang (di bawah 60 tahun) di Malaysia. 
Tahun lalu saja, jumlah kematian akibat NCD di hospital kerajaan di seluruh negara mencecah 47,266 orang. 

Negara turut berada di kedudukan ke enam di Asia Tenggara dengan kadar obesiti dewasa yang tertinggi. 
Menyedari pentingnya kawalan dan pencegahan bagi NCD, Kementerian Kesihatan mengambil langkah proaktif bagi menangani isu berkenaan menerusi Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit NCD (National Strategic Plan for NCD atau NSP-NCD). 

NSP-NCD mengguna pakai tujuh strategi utama, iaitu pencegahan dan promosi kesihatan, rawatan klinikal, memperkasakan pesakit, bertindak bersama badan bukan kerajaan, badan profesional dan lain-lain pihak yang berkaitan, pemantauan, penyelidikan dan survelan, bina insan dan intervensi polisi dan peraturan-peraturan. 

Antara rancangan yang sudah dan bakal dilaksanakan (bagi intervensi polisi dan peraturan-peraturan) termasuklah mengukuhkan polisi aktiviti fizikal dan pemakanan dalam perancangan pembangunan di semua agensi dan kementerian, meneruskan pengawalan serta pengurangan kandungan garam dan gula dalam makanan yang diproses dan minuman berbungkus. 

Selain itu, kemudahan awam turut dipertingkatkan bagi mempromosi lebih banyak aktiviti senaman dan fizikal dalam persekitaran selamat misalnya di taman awam, kompleks sukan awam, laluan basikal, joging dan gimnasium awam. 

Meningkatkan liputan sistem pengangkutan awam yang efisien di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan itu dengan lebih meluas dan merangsang lebih banyak aktiviti fizikal, selain menambah lebih banyak kemudahan pengesanan kesihatan. Cadangan wajibkan saringan kesihatan kepada semua pekerja 40 tahun dan ke atas. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tahun ini saja, kementerian sudah melaksanakan 55 projek pencegahan NCD iaitu 35 projek di dalam komuniti, 11 di sekolah dan sembilan di tempat kerja seluruh negara. 

Selain itu, klinik 1Malaysia turut disediakan di beberapa kawasan bandar (urban) yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seluruh negara. kini dianggarkan 75 peratus penduduk Malaysia tinggal dalam dalam lingkungan lima kilometer radius dari fasiliti kesihatan KKM. Di kawasan luar bandar (rural), kementerian telah menyediakan klinik bergerak, termasuklah inisiatif terbaru Klinik Bergerak 1Malaysia, dan juga perkhidmatan flying doctor. 

“Pencegahan NCD memerlukan pembabitan semua pihak. Amalan gaya hidup sihat adalah antara kunci utama bagi pencegahan penyakit NCD. 

“Mengikut kajian lebih 80 peratus daripada penyakit jantung, strok, diabetes Jenis 2 dan lebih sepertiga kanser boleh dicegah menerusi amalan gaya hidup sihat dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam amalan berisiko seperti merokok, pemakanan yang tidak sihat, gaya hidup yang sedentari (atau tidak aktif) dan pengambilan alkohol,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini. 

Liow berkata tanpa gaya hidup sihat, rakyat negara kini lebih terdedah kepada penyakit NCD. 

Malah, katanya, di Malaysia, jumlah perokok yang berusia 18 tahun ke atas adalah seramai 2.8 juta orang atau 21.5 peratus pada 2006, kurang aktiviti fizikal seramai 5.5 juta rakyat Malaysia atau 43.7 peratus, berlebihan berat badan sebanyak 29.1 peratus, manakala obesiti sebanyak 14 peratus. 

Kajian juga mendapati wanita mempunyai kadar berlebihan berat badan sebanyak 17.4 peratus berbanding lelaki hanya 10 peratus, manakala golongan suri rumah mempunyai kadar obesiti tertinggi iaitu 20.3 peratus. Kaum India dan Melayu pula mencatatkan kadar obesiti lebih tinggi daripada bangsa lain. 

Penyakit NCD boleh menyebabkan krisis keluarga dan kewangan, kekurangan kualiti kehidupan, kerugian dalam produktiviti dan meningkatkan bebanan negara.

sumber dipetik dari:-http://infokesihatan4u.blogspot.com/

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.

  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.

  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.

  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.

  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.

  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?

sumber dipetik dari:-http://kesihatan.biz/ 

Stres dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Tuesday, 4 February 2014

Petua elak uban dengan buah kari

Buah kari dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman. Sapukan ke seluruh kepala.

sumber dipetik dari:-http://wannurapetuaamalan.wordpress.com/

Cara kurangkan tekanan

Pernahkah anda berasa tertekan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan? Anda mungkin berasa seperti anda terperangkap dalam situasi yang sukar. Kami boleh membantu memberi beberapa tips untuk kurangkan tekanan diri.

HIPNOTIS DIRI SENDIRI
Jika dilakukan dengan betul, hipnosis boleh mengosongkan fikiran anda, rendahkan kadar denyutan jantung, dan mengurangkan ketegangan otot.

Tutup mata anda dan gambarkan sesuatu imej bertekanan, seperti kesesakan lalu lintas, di sebelah kiri. Kemudian, gambarkan penyelesaiannya di sebelah kanan, seperti mencari laluan baru tanpa kesesakan. Anda akan berasa lebih lega!

MAAFKAN DIA
Walaupun ia mungkin lebih senang untuk berfikir tentang perkara-perkara negatif tentang orang lain, melepaskannya benar-benar kurangkan tekanan! Anda harus dengan ikhlas menggantikan kemarahan anda ke arah pesalah yang dengan satu percubaan untuk memahami sebab-sebab di sebalik tindakan-tindakannya.

YOGA
Yoga adalah satu aktiviti kurangkan tekanan yang terbukti. Ini sebahagian daripada sistem saraf yang melegakan badan dan minda boleh dirangsang apabila tulang belakang dibengkokkan.

KELUAR
Tekanan boleh dicetuskan apabila badan kita tidak tahu masa. Apabila anda berada di cahaya matahari otak anda sudah mengikut jadual. Berjalan di luar tanpa cermin mata hitam selama 20 minit sehari, tiga kali seminggu boleh tolong kurangkan tekanan.

DIET IKAN
Melawan tekanan boleh menjadi semudah memakan ikan di sebuah restoran. Apabila memakan diet ikan untuk seminggu seperti ikan kembung, sumber lemak asid omega-3, ia boleh kurangkan tekanan. Apabila anda memakan lemak asid omega-3, anda akan berasa tenang.

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/05/cara-kurangkan-tekanan.html

Petua untuk elak penyakit kanser

Potong lemon dan masukkan 2-3 hiris ke dalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air ‘alkaline’ dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.

Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan air lemon boleh bunuh sel-sel kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser atau kimoterapi.

Doktor pakar sakit puan iaitu Dr. Hamid Arshat menasihati pesakit-pesakitnya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids untuk mencuba cara ini tiga kali  sehari selama 3-6 bulan untuk melihat samada terdapat perubahan atau pun tidak.

sumber dipetik dari:-http://wannurapetuaamalan.wordpress.com/

6 tabiat buruk yang merosakkan kulit anda

Masih lagi ramai wanita di luar sana tidak tahu tentang kesalahan yang dilakukan ketika penjagaan kulit dan boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Oleh itu, di sini kami senarai antara kesalahan lazim yang anda lakukan ketika penjagaan kulit.

Tidak memakai "Sun Block" ketika keluar rumah
Sesetengah wanita tidak suka memakai produk ini kerana teksturnya yang melekit membuat mereka rasa tidak selesa. Tahukah anda dengan mendedahkan kulit kepada sinaran UV tanpa sebarang perlindungan boleh mengakibatkan kanser kulit? Menurut Dr. Neil Sadick seorang pakar kulit di New York, sinaran UV mampu menebusi kulit anda walaupun cuaca hujan, mendung atau bersalji.

Dr Sadick menasihati supaya kita memilih produk yang mempunyai kandungan SPF sekurang-kurangnya 30. Kini, anda juga dapat memiliki produk "Sun Block" yang tidak melekit.

Mengabaikan kulit tangan dan leher
Wajah anda bukan sahaja anggota badan yang perlukan penjagaan rapi. Sinaran UV mampu merosakkan kulit tangan dan leher anda jika anda tidak memberikan perhatian. Hasilnya, kulit anda akan cepat berkedut, kering dan juga bertukar kehitaman.

Beri perhatian pada kulit tangan dan leher anda. Sapukan lebih banyak krim pelembap pada anggota badan tersebut.

Tidur tanpa membersihkan solekan
Kesibukan di tempat kerja mungkin mendorong perasaan malas dalam diri apabila sampai sahaja di rumah. Ini membuatkan anda membersihkan diri ala kadar dan terus masuk tidur. Tidur dengan wajah yang tidak bersih sepenuhnya akan mengejutkan anda dengan bintik jerawat keesokan paginya.

Jadi, jangan sesekali tidur tanpa membersihkan solekan terlebih dahulu. Gunakan produk yang membersihkan wajah secara mendalam.

Tidak cukup tidur
Tidak mendapat tidur yang mencukupi boleh mempercepatkan proses penuaan kulit yang boleh menyebabkan lingkaran gelap bawah mata dan kulit suram.

Tidur menjadi sangat penting kerana ia mengurangkan tekanan hormon ke paras normal pada waktu malam dan memberikan masa kepada sel – sel kulit untuk membaiki dan meremajakan kulit wajah anda.

Untuk mendapat kulit yang sihat, anda perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari.

Memicit jerawat
Memicit dan menggaru jerawat menggunakan tangan akan membuatkan keadaan lebih teruk dan jerawat akan merebak ke tempat lain.

Minum alkohol secara berlebihan
Tidak salah jika anda ingin bersantai bersama teman – teman selepas kerja. Pakar kulit mempercayai bahawa dua gelas alkohol sehari boleh merangsang penuaan kulit dengan cepat.

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/07/6-tabiat-buruk-yang-merosakkan-kulit.html

Monday, 3 February 2014

Kegemukan punca sukar hamil?

Sesetengah beranggapan fizikal yang berisi itu sudah memadai asalkan sihat. Tak kurang juga yang merasakan tembam itu sangat comel. Walaubagaimanapun sejauh mana istilah sihat yang dimaksudkan? Adakah tabiat makan anda mengikut garis panduan pemakanan yang tepat? Jika harapkan comel pada luaran semata sahaja tidak berguna, kerana jika dibiarkan ia akan membawa padah. Buat wanita obes yang berkeluarga dan bercadang untuk mendapatkan zuriat, awas! Sekiranya anda kekal dengan berat anda sekarang, berita buruk menanti anda!

Obesiti merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan sebanyak 30 peratus lebih daripada sepatutnya. Masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang kurang melakukan aktiviti, mengamalkan pemakanan tidak sihat dan menghadapi masalah kesihatan.

Kajian oleh penyelidik dari jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerkka Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita obes berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.

Manakala untuk kes berjaya pula, jumlah kelahiran pra matang turut sama meningkat.

Barbara melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita menggunakan teknologi reproduktif.

"Wanita gemuk sukar untuk hamil kerana tubuh mereka tidak bersedia untuk pembesaran janin melainkan mereka berjaya menurunkan berat badan seperti yang disarankan oleh doktor serta menjaga kesihatan sebaiknya," ujar Barbara.

Antara persediaan untuk hamil
  1. Kurangkan berat badan sebelum anda merancang untuk mengandung. Sekiranya anda merancang untuk hamil dalam masa terdekat, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai berat badan ideal yang boleh dicapai melalui diet seimbang dan senaman.
  2. Pantau pengambilan kalori dan berat badan anda. Sekiranya sudah disahkan hamil, jangan pula anda berdiet untuk menguruskan badan pula dan tidak bermakna juga anda boleh menjamah menu kegemaran tidak sihat anda sebelum ini.
  3. Konsistensasi dalam senaman adalah perlu meskipun dalam keadaan hamil. Rujuk pakar senaman dan doktor untuk mengetahui senaman yang sesuai untuk anda.
  4. Amalkan gaya hidup sihat dan berhentilah merokok dan meminum minuman keras (alkohol). Sentiasa beringat bahawa berat badan adalah satu perkara mustahak yang wajar diberi perhatian. 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/10/kegemukan-punca-sukar-hamil.html

Kulit mulus bak gadis Jepun

Sudah pasti ramai yang mengetahui kecantikan, kelembutan, kelincinan, kemulusan kulit muka gadis-gadis Jepun. Ramai wanita di luar sana yang cemburu dan ingin mengetahui rahsia kecantikan mereka. Apa yang pasti, antara amalan yang dilakukan oleh gadis- gadis Jepun ini adalah dengan cara kaedah semula jadi sejak turun-temurun lagi.

Pemakanan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C sentiasa diamalkan oleh mereka kerana mereka percaya vitamin C baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit.

Selain mengamalkan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, gadis Jepun juga memanfaatkan azuki iaitu sejenis kacang merah. Mereka menggunakan kacang merah sebagai skrub muka sejak dulu lagi dan hasilnya wajah menjadi lebih halus dan bebas dari jerawat.

Bagi mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak, beras merah di gunakan sama kaedah seperti kacang merah. Sumber-sumber ini juga dijadikan sebagai kaedah pengelupasan kulit dengan tujuan menghilangkan sel-sel kulit mati agar kulit muka mereka tampak berseri dan tidak kusam.

Gadis-gadis Jepun ini juga menggunakan Wakame iaitu sejenis alga yang ditemukan di perairan Jepun. Wakame merupakan bahan semulajadi yang terbaik untuk melindungi kulit daripada sinar ultra violet, mencegah kerosakan kulit, mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata. 
Jadi, jom cantik persis gadis Jepun! 

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/01/kulit-mulus-bak-gadis-jepun.html

Cara atasi kulit berminyak

Ramai di antara anda yang tidak suka dengan kulit wajah berminyak, malah ada yang tidak yakin atau selesa jika kulit wajah berminyak.

Kulit muka berminyak berpunca hasil pengeluaran daripada sebum iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semula jadi pada kulit. Cara pemakanan juga adalah penyumbang kepada kulit wajah berminyak.

Jarang membasuh juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kulit wajah anda berminyak. Oleh itu kami ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk mengatasi masalah kulit wajah berminyak dengan menggunakan putih telur dan tomota;

Putih telur
Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur dan kacau sehingga putih telur mengeluarkan buih. Kemudian sapukan putih telur tersebut pada seluruh wajah anda dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Akhir sekali, bilas dan keringkan.

Tomato
Kisarkan buat tomato, kemudian sapukan tomato yang dikisar tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali bilas dan keringkan.

Untuk pengetahuan anda, tomato juga boleh mengurangkan jerawat, masalah berminyak dan sel kulit mati pada wajah anda.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah kulit wajah berminyak. Selamat mencuba!

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/06/cara-atasi-kulit-berminyak.html

Sunday, 2 February 2014

Elak makanan ringan antara petua kuruskan badan

Wanita mana yang tidak mahu memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan ramping. Sudah tentu wanita di luar sana sanggup berhabis sakan dengan duit yang ada semata-mata untuk kelihatan cantik dan menawan. 
Ini menyebabkan ramai wanita di luar sana gagal mengawal perbelanjaan mereka dan akhirnya kecewa apabila keputusan yang dapat tidak seperti yang di idamkan. 
Di sini ada beberapa tips yang mudah untuk diikuti oleh para wanita yang mahu tampil kurus sihat. 
Antara tips atau petua untuk kuruskan badan ialah:- 
1. Elakkan makanan ringan – Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang khasiat sebaliknya kawal kalori di dalam badan anda dengan cara pemakanan yang sedikit tetapi kerap. 
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Ambil makanan yang berkabohidrat ini seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit. 
 3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita. 
4. Menu makanan yang betul –Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang. 
5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya. 
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah. 
7. Banyakkan minum – Sentiasa minum dan amalkan lapan gelas air kosong sehari. Elakkan minuman soda. 
8. Bersenam – Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30minit sehari. Aktiviti di luar rumah seperti berjalan dan berjogging di tempat-tempat riadah amat sesuai dilakukan setiap petang atau setiap kali masa terluang. 
Mudah-mudahan dengan tips-tips yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda wanita di luar sana untuk memiliki badan yang diidamkan. 
Teruskan usaha dengan konsisten agar misi anda berjaya untuk kelihatan kurus, lansing dan menawan. Semoga Berjaya! 
 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/12/elak-makanan-ringan-antara-petua.html

Makanan terbaik untuk pesakit diabetes

Bagi anda yang mempunyai penyakit diabetes, tentu anda penat untuk mengawal pemakanan anda. Tidak boleh makan makanan yang manis, berkarbohidrat tinggi dan banyak lagi.

Jadi pastinya anda akan keliru dan tidak tahu apa yang patut di makan untuk mengawal diabetes. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis makanan sihat dan bagaimana anda boleh menvariasikan resepi anda tanpa perlu risau tentang penyakit yang dihidapi.

Oat



Jadikan ia sebagai sarapan pagi kegemaran anda kerana ia kaya dengan serat beta-glucan yang membantu anda mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal glukosa dalam darah. Oat bukan sahaja boleh dimakan ketika sarapan malah pada waktu makan tengah hari atau malam juga. Caranya, jika anda ingin memasak bebola daging, campurkan ia bersama. Fungsi oat yang seperti span akan menyerap kandungan lemak.

Barli



Barli yang juga kaya dengan serat beta-glucan ia mampu memberikan kesan positif pada glukosa darah anda berbanding oat.

Ikan salmon



Salmon sangat kaya dengan lemak yang berfungsi untuk melindungi jantung iaitu Omega 3. Omega 3 membantu melindungi daripada penyakit diabetes, jantung dan pembentukan darah beku. Jika anda tidak menyukai ikan salmon, anda boleh menukarkan kepada ikan sardin.

Kacang tanah dan mentega kacang



Snek yang sesuai untuk anda yang menghidap penyakit diabetes. Jangan risau, mentega kacang tidak menggemukkan. Satu penyelidikan membuktikan kacang dan mentega kacang mempunyai kaitan sihat dengan pengurangan diabetes tahap 2 dan penyakit jantung koronari.

Ambil kira-kira satu auns kacang tanah (1/4 cawan) setiap hari. Jika anda inginkan karbohidrat tambahan, campurkan beberapa buahan kering dan emping jagung ke atas roti yang disapu dengan mentega kacang. Enaknya!

Selamat Mencuba.

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/08/makanan-terbaik-untuk-pesakit-diabetes.html

Tips merawat ulser


Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh.

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bercakap.

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Oleh itu di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberap tips berguna untuk merawat ulser.

Air dan garam
Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumur air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda.

Air kelapa
Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser.

Air dan soda penaik
Air dan soda penaik yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.

Vitamin B
Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser.

Vitamin C
Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser.

Gliserin
Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.