Wanita mana yang tidak mahu memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan 
ramping. Sudah tentu wanita di luar sana sanggup berhabis sakan dengan 
duit yang ada semata-mata untuk kelihatan cantik dan menawan. 
Ini menyebabkan ramai wanita di luar sana gagal mengawal perbelanjaan 
mereka dan akhirnya kecewa apabila keputusan yang dapat tidak seperti 
yang di idamkan. 
Di sini ada beberapa tips yang mudah untuk diikuti oleh para wanita yang mahu tampil kurus sihat. 
Antara tips atau petua untuk kuruskan badan ialah:- 
1. Elakkan makanan ringan – Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan
 kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang khasiat sebaliknya kawal 
kalori di dalam badan anda dengan cara pemakanan yang sedikit tetapi 
kerap. 
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Ambil makanan yang berkabohidrat ini seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit. 
 3.  Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein 
seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber 
protein untuk badan kita. 
4.  Menu makanan yang betul –Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang. 
5.  Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan 
terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya. 
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi 
kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa 
yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah. 
7. Banyakkan minum – Sentiasa minum dan amalkan lapan gelas air kosong sehari. Elakkan minuman soda. 
8.  Bersenam – Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 
30minit sehari. Aktiviti di luar rumah seperti berjalan dan berjogging 
di tempat-tempat riadah amat sesuai dilakukan setiap petang atau setiap 
kali masa terluang. 
Mudah-mudahan dengan tips-tips yang diberikan di atas sedikit sebanyak 
dapat membantu anda wanita di luar sana untuk memiliki badan yang 
diidamkan. 
Teruskan usaha dengan konsisten agar misi anda berjaya untuk kelihatan kurus, lansing dan menawan. Semoga Berjaya! 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/12/elak-makanan-ringan-antara-petua.html 
