Thursday 6 February 2014

Tips kurus dengan mudah!

Percaya atau tidak, sumber kami memberitahu bahawa sebahagian wanita menghabiskan masa selama 31 tahun berdiet. Malah, ada sebahagian daripada wanita merasakan amat sukar untuk kurus. Akhirnya mereka putus asa di pertengahan jalan. Memiliki badan yang lansing merupaka impian setiap wanita. Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Lihat senarai di bawah dan praktikan. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk menurunkan berat badan.

Makan bila perlu
Jangan amalkan 'self reward' anda dengan makan. Ya, anda perlu memberikan diri anda sesuatu sebagai penghargaan jika anda berjaya mencapai sesuatu dalam hidup, tetapi makan besar itulah yang boleh membuatkan diet anda kurang berkesan. Ingat, ambil makanan yang sesuai dengan keperluan badan anda sahaja, dan yang paling penting jangan makan ikut nafsu.

Minum air secukupnya
Berhenti mengambil minuman berkarbonat, bersusu, dan manis ketika menjamu selera. Cuba amalkan pengambilan air kosong sahaja. Air kosong merupakan salah satu ejen kurus yang berkesan. Pastikan anda minum 8 gelas air kosong sehari.

Kencangkan otot
Sesetengah wanita berpendapat bahawa, otot yang kencang tidak memberikan apa-apa kesan untuk badan langsing. Salah! Otot-otot ini membantu dalam membentuk badan anda. Terutamanya pada bahagian kaki, diet sahaja tidak mencukupi untuk peha kecil, anda perlu kencangkan otot di bahagian peha supaya tidak ada ruang untuk lemak di peha.

Berjoging semasa perut kosong
Berlari atau bersenam ketika perut kosong dapat meningkatkan 'hormone adrenalin' dan mengurangkan insulin dimana keadaan ini menukarkan lemak berubah menjadi tenaga.

Ubah gaya hidup
Ini lebih kepada displin diri. Untuk mengelakkan berat badan bertambah anda perlu mengubah gaya hidup anda terlebih dahulu. Contohnya, jika anda lebih suka makan di luar berbanding masak, cuba lakukan sebaliknya. Memasak di rumah adalah lebih baik kerana anda boleh mengawal kandungan makanan yang anda makan.

Tetapkan sasaran
Anda perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan berat badan. Contohnya, pada bulan ini anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Pastikan anda capai sasaran anda sebelum bulan hadapan.

Luangkan masa untuk bersenam
Berhenti memberi alasan dan menangguhkan senaman anda. Tahukan anda bersenam selama 30 minit sehari sudah memadai untuk mencapai berat badan ideal?

Sekali sekala ke gimnasium
Anda bosan melakukan senaman berseorangan? Anda boleh pergi ke gimnasium berdekatan untuk lebih ramai orang dan suasana yang tidak membosankan. Cari gimnasium yang menawarkan pelbagai servis senaman. Antaranya, Yoga, kelas menari, kelas Muay Thai atau banyak lagi.

Jauhi dadah
Ini merupakan satu perkara yang penting. Jangan sesekali melibatkan diri anda dengan dadah hanya kerana anda ingin kurus. Dadah di sini termasuk pil-pil kurus yang sebenarnya boleh membahayakan kesihatan. Jika anda inginkan perangsang, cuba makan vitamin yang bersesuaian. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Jangan fokus pada satu bahagian sahaja
Daripada anda fokus pada beberapa bahagian badan sahaja, apa kata anda melakukan senaman untuk kesuluruhan badan? Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan anda, malah meningkatkan kesihatan juga!

Selamat Mencuba!

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/12/tips-kurus-dengan-mudah.html