Sunday, 12 January 2014

Tips menjaga mata yang sihat

Kini semakin ramai yang memakai kaca mata akibat masalah penglihatan tidak kira usia atau jantina. Namun walaupun anda berkaca mata, jangan biarkan rabun terus meningkat dan menganggu kebebasan anda.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips yang mampu membantu anda lari dari terus memakai kaca mata:

Amalkan makanan yang seimbang
Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk mata anda. Memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan bukan saja baik untuk tumbesaran tubuh badan dan kulit tetapi mampu membantu melindungi masalah mata seperti katarak dan AMD. Lobak merah antara sumber makanan terbaik untuk penjagaan mata.

Pakai kaca mata hitam
Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Oleh itu jika anda berada di luar atau sedang melakukan aktiviti di bawah cuaca panas, pastikan kaca mata anda mempunyai sinar UV ynag boleh menghalang cahaya matahari dari merosakkan pandangan mata anda.

Berhenti merokok
Kepada perokok di luar sana, jangan ingat bahaya merokok hanya menyerang kesihatan tubuh badan sahaja. Ini kerana kandungan rokok juga boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak dan AMD. Apa kata anda gantikan tabiat merokok dengan mengunyah gula-gula getah untuk membiasakan diri.

Lakukan aktiviti bersenam
Oksigen yang mencukupi dan peredaran darah yang baik adalah penting untuk mata. Elak tidur yang kurang sebaliknya dapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan mata yang penat bekerja. Ketika anda tidur, mata dapat berehat dari pencemaran habuk dan cahaya.

Diharap tip-tip yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat mencuba!

Sushi boleh jejaskan kesihatan


Berita buruk untuk penggemar sushi. Tahukah anda bahawa pengambilan sushi boleh menyebabkan badan anda terdedah kepada penyakit pembunuh utama negara iaitu penyakit jantung.

Sushi yang sebelum dikatakan sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan Omega-3, namun menurut satu kajian, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan merkuri atau raksa.

Merkuri amat merbahaya kerana ia boleh merosakkan sistem saraf jika diambil dalam jumlah yang banyak.

Antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari merkuri boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.

Dalam kajian tersebut turut mendapati kandungan merkuri dalam sushi cukup tinggi dan membahayakan kesihatan kerana dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.

Oleh itu, bagi penggemar makanan sushi anda disarankan untuk mengambil hanya dua sajian ikan yang mengandungi Omega-3 pada setiap minggu.

Tomato bagus untuk payudara

Bagi golongan kaum hawa, tahukah anda bahawa pengambilan makanan berasaskan tomato mampu mengurangkan risiko penyakit merbahaya yang menyerang wanita di Malaysia iaitu kanser payudara.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Clinical Endocrinology & Metabolism terhadap 70 orang wanita yang mengalami pascamenopaus menunjukkan mereka berisiko tinggi terkena kanser berkenaan.

Dalam ujian yang dilakukan oleh Penolong Profesor Epidemiologi, Adana Llanos dari Universiti Rutgers, Amerika Syarikat, 70 wanita tersebut telah diberi makan tomato yang mengandungi 25 miligram likopen setiap hari selama 10 minggu.

Kajian itu membuktikan bahawa terdapat peningkatan pada paras hormon yang mengawal metabolisme, iaitu adiponektin sebanyak 9 peratus dimana ia boleh mencegah kanser payudara.

Oleh itu, amalkanlah memakan makanan berasaskan buah tomota terutamanya golongan wanita supaya anda dapat mengelak dari mengidap penyakit yang boleh membawa maut ini.

sumber dipetik dari:http://my.entertainment.yahoo.com/news/