Sunday 12 January 2014

Sushi boleh jejaskan kesihatan


Berita buruk untuk penggemar sushi. Tahukah anda bahawa pengambilan sushi boleh menyebabkan badan anda terdedah kepada penyakit pembunuh utama negara iaitu penyakit jantung.

Sushi yang sebelum dikatakan sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan Omega-3, namun menurut satu kajian, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan merkuri atau raksa.

Merkuri amat merbahaya kerana ia boleh merosakkan sistem saraf jika diambil dalam jumlah yang banyak.

Antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari merkuri boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.

Dalam kajian tersebut turut mendapati kandungan merkuri dalam sushi cukup tinggi dan membahayakan kesihatan kerana dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.

Oleh itu, bagi penggemar makanan sushi anda disarankan untuk mengambil hanya dua sajian ikan yang mengandungi Omega-3 pada setiap minggu.