Sunday, 12 January 2014

Tips menjaga mata yang sihat

Kini semakin ramai yang memakai kaca mata akibat masalah penglihatan tidak kira usia atau jantina. Namun walaupun anda berkaca mata, jangan biarkan rabun terus meningkat dan menganggu kebebasan anda.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips yang mampu membantu anda lari dari terus memakai kaca mata:

Amalkan makanan yang seimbang
Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk mata anda. Memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan bukan saja baik untuk tumbesaran tubuh badan dan kulit tetapi mampu membantu melindungi masalah mata seperti katarak dan AMD. Lobak merah antara sumber makanan terbaik untuk penjagaan mata.

Pakai kaca mata hitam
Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Oleh itu jika anda berada di luar atau sedang melakukan aktiviti di bawah cuaca panas, pastikan kaca mata anda mempunyai sinar UV ynag boleh menghalang cahaya matahari dari merosakkan pandangan mata anda.

Berhenti merokok
Kepada perokok di luar sana, jangan ingat bahaya merokok hanya menyerang kesihatan tubuh badan sahaja. Ini kerana kandungan rokok juga boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak dan AMD. Apa kata anda gantikan tabiat merokok dengan mengunyah gula-gula getah untuk membiasakan diri.

Lakukan aktiviti bersenam
Oksigen yang mencukupi dan peredaran darah yang baik adalah penting untuk mata. Elak tidur yang kurang sebaliknya dapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan mata yang penat bekerja. Ketika anda tidur, mata dapat berehat dari pencemaran habuk dan cahaya.

Diharap tip-tip yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat mencuba!