MULTIVITAMIN DAN
KESEIMBANGAN HORMON.
Badan kita memerlukan
mikronutrin yang digunakan untuk membentuk hormon-hormon dari molekul yang
kecil. Kita hampir tidak mungkin untuk mendapat keseimbangan hormon jika tanpa
faktor mikronutrin ini. Kita umpamakan keseimbangan hormon ini seperti sebuah
simfoni di dalam badan yang dihasilkan melalui permainan alat-alat musik
okestra untuk menghasilkan kesihatan. Apabila seorang dari pemain alat
musik ini tidak ada, simfoni yang dihasilkan itu akan menjadi cacat dan anda
berasa tidak sihat.
Ingat, hormon badan
kita akan naik dan turun mengikut keadaan. Tahap hormon kortisol dan adrenalin
akan turun naik jika kita di dalam keadaan stres atau sebaliknya. Tahap hormon
insulin yang stabil adalah penting untuk hormon2 badan berkomunikasi. Apabila
bahan nutrin adalah rendah ataupun tiada, keseimbangan ini akan terganggu.
MENGAPA PEMAKANAN
BIASA TIDAK MENCUKUPI.
Di Amerika,
pengambilan makanan dianggap mencukupi tetapi penyakit kronik sangat tinggi,
ini adalah gambaran bahawa kuantiti sahaja tidak mencukupi jika kualiti makanan
itu tidak dijaga. Malah kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sememangnya
makanan yang diambil itu tidak mengandungi cukup nilai-nilai tinggi bahan
nutrisi seperti vitamin dan mineral. Inilah punca meningkatnya penyakit kronik.
Kita juga dapat melihat berlakunya peningkatan penyakit-penyakit kronik di
kalangan mereka yang lebih muda. Contohnya penyakit diabetes dan darah tinggi
yang mula dihidapi oleh anak2 muda….ini banyak dikaitkan dengan meningkatan
rintangan hormon insulin (“insulin resistance”) yang disebabkan oleh makanan
moden hari ini.
Ramai di
kalangan kita tidak mengambil makanan yang mempunyai nilai nutrisi mencukupi.
Kita mengambil makanan yang “bukan bahan makanan” ….makanan segera, makanan
yang diproses berlebihan, makanan yang tinggi gula , karbohidrat , bahan
pengawit dan kuantiti lemak tepu yang tinggi. Kita mengambil banyak bahan
peransang yang mengganggu keupayaan sistem penghadaman kita menyerap vitamin
dan mineral.
Sebab-sebab lain
adalah, kaedah penangkapan ikan dan perladangan/pertanian kita telah berubah
secara drastik (mendadak). Pada masa lalu, hasil tuaian adalah dari bahan
nutrin asli yang diperolehi dari tanah yang tidak tercemar dan jika ikan pula
diperolehi dari laut yang bersih, tanpa keracunan dan kontaminasi. Sekarang
kita menggunakan racun serangga, baja inorganik dan air yang tercemar untuk
menghasilkan tanaman yang tumbuh cepat dan dapat dituai dengan pantas. Kaedah
ini berjaya menghasilkan tanaman yang besar2, berwarna-warni tetapi kekurangan
nilai nutrisi/pemakanan, malah ia mungkin boleh memudharatkan…tidak kurang juga
yang sudah kehilangan rasa yang enak.
Kajian telah
menunjukkan bahawa, tanaman yang dihasilkan secara organik bukan sahaja bebas
dari bahan toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita, tetapi ianya juga
mengandungi bahan mikronutrin (vitamin, mineral etc) yang berkualiti tinggi.
Sebagai contoh, penggunaan baja organofosfat secara rutin selama lebih 50 tahun
telah menyebabkan kurang kandungan kalsium di dalam sayuran brakoli yang di
tanam secara konventional. Pengurangan kandungan kalsium ini dikatakan kurang
sehingga tinggal satu per-enam dari kandungan asal semasa tahun 1950 an. Walau
bagaimanapun selagi masyarakat kita meletakkan wang sebagai tumpuan utama, kita
perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan bahan2 makanan organik
ini yang tentu sekali mampu dimiliki oleh segelintir orang. Dengan keadaan ini,
pengambilan makanan tambahan nampaknya satu alternatif yang baik.
Kita juga mengimpot
makanan dari tempat yang jauh, jadi makanan ini perlu menjalani berbagai-bagai
proses seperti pembungkusan, pembalutan, semburan bahan kimia untuk mencegahnya
dari menjadi busuk dan layu.
Faktor yang
seterusnya adalah amalan mengurangkan berat badan melalui pemakanan. Hampir
separuh dari penduduk Amerika sedang mengamalkan salah satu kaedah mengurangkan
berat badan. Banyak kaedah-kaedah ini “merompak” bahan nutrin yang diperlukan
oleh badan. Dan pemakanan yang bersifat yo-yo yakni kurang berat badan dan naik
berat badan yang berlaku berulang-ulang kali secara bergilir2 akan meningkatkan
tekanan atau stres kepada badan kita.
KAITAN DI ANTARA STES
DAN NUTRISI.
Di atas kaedah
pemakanan yang mengelirukan, badan kita mungkin akan mengalami stres yang di
luar kawalan. Stres yang dialami ini bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi
juga emosi dan psikologikal.
Mari kita mulakan
dengan isu alam sekitar. Bahan kimia toksik, pencemaran udara, radiasi, polimer
tiruan, hormon di dalam daging serta susu, racun serangga dan klorin di dalam
air minuman adalah di antara banyak lagi akibat kerakusan manusia di dalam
mencemarkan alam sekitar. Hamburger di dalam makanan segera didapati mengandungi
racun serangga. Malah dengan memasukkan makanan yang disimpan di dalam
bekas plastik ke dalam ketuhar gelombang mikro boleh menukar makanan kita
kepada toksin. Daripada apa-apa sumber sekalipun, bahan-bahan kimia ini akan
memberi tekanan kepada organ hati untuk menyahtoksikkan bahan2 ini. Proses
menyahtoksikkan (detoxifying) ini akan menggunakan beberapa bahan nutrin
penting yang disimpan.
Kita juga sering
mengalami stres semasa menjalani kehidupan harian….stres dari anak2, pasangan
kita, tempat kerja, rakan, ibubapa dan lain2. Stres dikatakan boleh
mengurangkan simpanan bahan-bahan nutrin dan juga sistem pertahanan badan.
Stres meningkatkan kandungan hormon kortisol, dan tahap kortisol yang sentiasa
tinggi boleh memudharatkan badan dan otak.
Jadi stres boleh
menambahkan kesan buruk yang dibawa oleh pengambilan makanan yang tidak sihat
terutamanya makanan yang diamalkan oleh orang2 Barat. Jika kekurangan zat
makanan berlaku secara mendadak, kita akan mengalami sakit dengan cepat. Tapi
seringkali kekurangan zat makanan akan memudharatkan badan kita secara
perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Akhirnya kita akan mula menunjukkan
tanda2 proses ketuaan yang lebih cepat dan menghidapi penyakit kronik. Masalah
kita akan kekal malah boleh menjadi semakin parah sehingga kita mengamalkan
pengambilan bahan nutrin yang mencukupi. Inilah sebabnya mengapa pengambilan
makanan tambahan boleh memberi impak yang positif ke atas kehidupan kita.
FUNGSI AMALAN
PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN.
Kajian yang dilakukan
pada tahun 2002 yang diterbitkan oleh Journal of The American Medical
Association menyatakan bahawa kekurangan sesuatu vitamin adalah faktor risiko
kepada berlakunya penyakit kronik dan ini adalah sesuatu fenomena yang sering
berlaku ke atas masyarakat kita. Laporan itu selanjutnya mengatakan bahawa
kebanyakan orang ramai tidak mengambil kuantiti vitamin yang mencukupi di dalam
makanan mereka. Ini menunjukkan betapa amalan pengambilan makanan
tambahan adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan kepentingannya.