By Izzati Husna | Tupai
Tahukah anda bahawa strategi diet anda berkemungkinan tidak akan
berhasil sama sekali? Di sini, kami menyenaraikan 5 mitos diet yang
sebenarnya menghalang anda daripada mencapai berat badan yang anda
inginkan.
Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat
Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa
kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya
pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan.
Mengapakah?
Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang
merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan
tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting
untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang
dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan
anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan anda
'ditipu' dengan pengganti gula, anda akan mengidam lebih banyak makanan
dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang.
Hasilnya? Anda akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus
menyebabkan pertambahan berat badan.
Sebenarnya, pemanis tiruan 100 kali lebih manis daripada gula semula
jadi dan ini sangat membimbangkan kerana makanan semula jadi manis
seperti buah-buahan, tidak kelihatan manis untuk lelangit yang peka.
Oleh itu, pilihlah alternatif yang lebih sihat, seperti segelas air
lemon atau limau.
Mitos diet #2: Lebih banyak kalori anda kurangkan, lebih banyak berat anda hilang
Kekurangan terlalu banyak kalori daripada diet anda boleh membawa kesan
buruk pada pinggang anda. Ini kerana 3500 kalori bersamaan dengan
kira-kira 1 paun lemak, jadi anda memerlukan untuk mengurangkan 3500
kalori melalui diet anda setiap minggu untuk kehilangan 1 paun seminggu.
Oleh sebab itu, anda perlu kurangkan 500 kalori sehari untuk kehilangan
1 paun seminggu.
Bagaimanapun, menyekat badan daripada makan untuk berdiet akan
mendedahkan badan anda ke dalam 'mod kebuluran', yang mana mencegah
badan anda daripada membakar lemak yang tidak diingini. Mekanisme ini
akan membuatkan badan mengambil beberapa kalori daripada lemak otot
untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Lantas ini akan menyebabkan
kehilangan otot yang mana akan memerlahankan kadar metabolik sekaligus
menghentikan penurunan berat badan.
Mitos diet #3: Pasta menjadikan anda gemuk
Ianya bukan salah pasta menjadikan anda gemuk tetapi jumlah pasta yang
anda ambil. Jika anda makan apa sahaja makanan terlalu banyak, dan tidak
melakukan senaman untuk membakarnya, badan anda akan menyimpannya
sebagai lemak. Jadi, sama ada roti atau pasta atau nasi, ianya
sebenarnya tentang jumlah dan kalori tambahan yang anda ambil, bukannya
karbohidrat. Kawal pengambilan makanan anda, itu kunci paling utama
untuk medapatkan berat badan ideal.
Mitos diet #4: Makan jam 8 malam akan menaikkan berat anda
Terdapat beberapa fakta yang betul tentang mitos ini. Pakar mencadangkan
supaya tidak makan selepas pukul 8 malam kerana kajian menunjukkan
bahawa anda akan lebih cenderung untuk makan terlalu banyak dan
mengambil banyak kalori apabila anda makan lewat malam. Mungkin
keletihan akan menyebabkan menyebabkan anda makan terlalu banyak makanan
yang salah lantas menambahkan berat badan.
Walau bagaimanapun, ia bukan masa pengambilan makanan yang membuatkan
berat anda naik, tetapi kalori tambahan! Jika anda melebihi pengambilan
kalori yang disyorkan untuk sehari, baki kalori yang tidak dibakar di
dalam badan akan disimpan sebagai lemak. Oleh sebab itu, sentiasa
berhati-hati dengan pengambilan kalori anda sepanjang hari. Pakar juga
mengesyorkan untuk seorang wanita yang sihat, dia perlu mengambil antara
1800-2000 kalori sehari.
Mitos diet #5: Mengurangkan makanan berlemak adalah satu alternatif yang sihat
Lemak ialah salah satu perkara yang membuatkan makanan rasa lebih enak.
Apabila lemak dikeluarkan daripada makanan, terdapat banyak perisa turut
dikeluarkan. Justeru itu, perasa tambahan seperti gula, bahan kimia dan
'thickeners' sering ditambah untuk meningkatkan rasa dan tekstur
makanan. Namun, perasa tambahan ini lebih buruk untuk anda dan
kadang-kadang hanya sebagai menggemukkan sebagai makanan penuh lemak.
Kesimpulannya, anda disarankan untuk memilih makanan yang segar atau
anda juga boleh membeli makanan yang mempunyai lemak tetapi ambilnya
secara sederhana.