Menurut
laporan NST
29/9/06, Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang paling ramai di
Asia. Adakah berita ini menakutkan? Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk
melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis.
Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat
sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit
hipertensi dan kencing manis.
Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam.
Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat dan kurang senaman boleh menyebabkan kegemukan. Persoalannya kenapa kita membiarkan ianya berlaku? Adakah kita suka dengan keadaan ini. Sudah tentu tidak, kita suka badan yang slim.
Renungkan pendapat di bawah:
Seseorang itu menjadi gemuk (atau apa saja keadaan yang tidak disukai) kerana dia tidak menunaikan janji kepada dirinya sendiri. Dia telah berjanji kepada diri sendiri untuk mengamal cara hidup sihat, tidak kira samada diucapkan atau tidak.
Memang tabiat manusia suka memungkiri janji dengan diri sendiri. Tindakan ini membawa kepada tidak mahu berusaha dan berputus asa di dalam setiap perkara berkaitan dengan janji tersebut. Kemudian dia merungut dan mencari alasan untuk mewajarkan tindakan yang diambil. Apabila sudah mempunyai alasan yang baik, dia akan selesa dalam keadaan tersebut. Sebagai contoh, emak aku selalu masak sedap sedap. Apa aku boleh buat. Kalau aku tak makan, nanti kecil hati dia. Pada mulanya ia mungkin sekadar gurauan, tetapi lama kelamaan ia menjadi alasan yang wajar untuk dia makan dengan banyak, tak kira di rumah atau di luar.
Apa yang perlu dilakukan?
Pertama – Akui yang anda telah memungkiri janji dengan sendiri. Tetapi jangan salahkan diri anda. Ini bukan soal moral, hanya ianya tidak menjadi kalau anda tidak mengenalpasti atau mencari janji yang dimungkiri dan mengakuinya.
Kedua – Kenalpasti impak kemungkiran tersebut ke atas kehidupan anda dan mengambil tanggungjawab ke atasnya (bukan menyalahkan masakan ibu).
Ketiga – Perbaharui janji dan komited untuk mengotakannya.
Keempat - Laksanakan. Just Do It (macam kata Nike)
Jika anda ada kenalan, atau diri sendiri, yang mengalami masalah kegemukan. Fikirkanlah bersama pendapat di atas.
Jika ia melibatkan kenalan anda. Jemputlah mereka menyertai grup ini agar mereka boleh membaca artikel-artikel yang dipaparkan. Jika melibatkan diri anda sendiri, tunaikanlah janji tersebut. Lakukanlah perkara yang boleh menurunkan berat badan anda.