Sudah semestinya anda perlu pastikan anda makan secara sihat
semasa bulan Ramadhan ini. Disenaraikan beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian:
Ambil Diet Seimbang Semasa Sahur
Sarapan pagi masih lagi sajian terpenting untuk hari anda. Sajian yang mengandungi protein akan membuat badan bertahan lebih lama berbanding dengan karbohidrat. Protein akan membuat anda kenyang untuk tempoh yang lebih lama, ia juga menghalang keletihan akibat penurunan kadar gula dalam darah. Jika boleh, ambil multi vitamin semasa sahur untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan semasa berpuasa.Berbuka Puasa Dengan Cara Yang Sihat
Selepas 13 jam berpuasa, tentu ramai yang ingin duduk makan sepuas-puasnya. Namun begitu kawal diri agar anda tidak makan apa saja yang ada di depan anda. Berikut beberapa tip yang boleh diamalkan:- Minum air dengan banyak semasa berbuka untuk elak dihidrasi.
- Jangan makan terlalu banyak semasa berbuka. Makan hanya sekadar untuk menghilang lapar.
- Makan secara sederhana. Ikut peraturan satu pertiga. Satu pertiga makanan, satu pertiga minuman, satu pertiga ruang untuk angin.
- Jangan tergoda untuk makan waktu lewat malam. Biskut, kuih muih dan sebagainya boleh mencelarukan tahap gula dalam darah.
- Makan satu bahagian kecil daging jika anda perlu makan lewat malam. Protein akan membuatkan anda merasa kenyang untuk tempoh yang lebih panjang.
- Jangan banyak makan makanan manis seperti kuih muih dan makanan bergoreng. Kalori tetap kalori, terlalu banyak kalori akan bertukar menjadi lemak tersimpan.
PRODUK PILIHAN