Wednesday 9 October 2013

Suplemen Vitamin B Boleh Kurangkan Risiko Strok


SNE Raja Segala Penawar, vitamin B, B1, B6, B12 (B Kompleks). Gizi ini akan mampu memberikan
Kajian terbaru yang diterbitkan pada Rabu lepas mendakwa pengambilan suplemen vitamin B boleh membantu menangkis risiko strok.

Kajian terdahulu tentang vitamin B memberikan hasil yang bercanggah, ada kajian yang menyatakan vitamin B melindungi daripada strok dan serangan jantung, namun ada juga kajian yang menyatakan ianya boleh meningkatkan risiko.

Kajian terdahulu juga menunjukkan vitamin B3 mungkin dapat membantu meningkatkan pemulihan pesakit yang mengalami strok.

Dalam kajian terbaru, penyelidik daripada Universiti Zhengzou, China menganalisis 14 ujian klinikal melibatkan hampir 55,000 subjek. Penemuan, yang diterbitkan dalam jurnal online Neurology (Sep, 18), mendapati bahawa terdapat pengurangan 7% risiko strok dalam kalangan pesakit yang mengambil suplemen vitamain B. Walau bagaimanapun kajian tersebut mendapati suplemen vitamin B tidak mempunyai impak yang banyak dalam mengurangkan risiko serangan jantung.

Akhbar The Telegraph, UK, juga melaporkan bahawa mereka mendapati asid folik, yang juga dikenali sebagai vitamin B9, boleh mengurangkan faedah pengambilan suplemen vitamin B.
Namun, penyelidik menasihatkan anda supaya berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa suplemen. 

- AFP Relaxnews

PRODUK PILIHAN

SNE Raja Segala Penawar, vitamin B, B1, B6, B12 (B Kompleks). Gizi ini akan mampu memberikan