Saturday, 12 October 2013

5 Mitos diet yang menggemukkan


Tahukah anda bahawa strategi diet anda berkemungkinan tidak akan berhasil sama sekali? Di sini, kami menyenaraikan 5 mitos diet yang sebenarnya menghalang anda daripada mencapai berat badan yang anda inginkan.

Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat

Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Mengapakah?
 
Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan anda 'ditipu' dengan pengganti gula, anda akan mengidam lebih banyak makanan dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang. Hasilnya? Anda akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus menyebabkan pertambahan berat badan.
 
Sebenarnya, pemanis tiruan 100 kali lebih manis daripada gula semula jadi dan ini sangat membimbangkan kerana makanan semula jadi manis seperti buah-buahan, tidak kelihatan manis untuk lelangit yang peka. Oleh itu, pilihlah alternatif yang lebih sihat, seperti segelas air lemon atau limau.

Mitos diet #2: Lebih banyak kalori anda kurangkan, lebih banyak berat anda hilang

Kekurangan terlalu banyak kalori daripada diet anda boleh membawa kesan buruk pada pinggang anda. Ini kerana 3500 kalori bersamaan dengan kira-kira 1 paun lemak, jadi anda memerlukan untuk mengurangkan 3500 kalori melalui diet anda setiap minggu untuk kehilangan 1 paun seminggu. Oleh sebab itu, anda perlu kurangkan 500 kalori sehari untuk kehilangan 1 paun seminggu.

Bagaimanapun, menyekat badan daripada makan untuk berdiet akan mendedahkan badan anda ke dalam 'mod kebuluran', yang mana mencegah badan anda daripada membakar lemak yang tidak diingini. Mekanisme ini akan membuatkan badan mengambil beberapa kalori daripada lemak otot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Lantas ini akan menyebabkan kehilangan otot yang mana akan memerlahankan kadar metabolik sekaligus menghentikan penurunan berat badan.

Mitos diet #3: Pasta menjadikan anda gemuk

Ianya bukan salah pasta menjadikan anda gemuk tetapi jumlah pasta yang anda ambil. Jika anda makan apa sahaja makanan terlalu banyak, dan tidak melakukan senaman untuk membakarnya, badan anda akan menyimpannya sebagai lemak. Jadi, sama ada roti atau pasta atau nasi, ianya sebenarnya tentang jumlah dan kalori tambahan yang anda ambil, bukannya karbohidrat. Kawal pengambilan makanan anda, itu kunci paling utama untuk medapatkan berat badan ideal.

Mitos diet #4: Makan jam 8 malam akan menaikkan berat anda

Terdapat beberapa fakta yang betul tentang mitos ini. Pakar mencadangkan supaya tidak makan selepas pukul 8 malam kerana kajian menunjukkan bahawa anda akan lebih cenderung untuk makan terlalu banyak dan mengambil banyak kalori apabila anda makan lewat malam. Mungkin keletihan akan menyebabkan menyebabkan anda makan terlalu banyak makanan yang salah lantas menambahkan berat badan.

Walau bagaimanapun, ia bukan masa pengambilan makanan yang membuatkan berat anda naik, tetapi kalori tambahan! Jika anda melebihi pengambilan kalori yang disyorkan untuk sehari, baki kalori yang tidak dibakar di dalam badan akan disimpan sebagai lemak. Oleh sebab itu, sentiasa berhati-hati dengan pengambilan kalori anda sepanjang hari. Pakar juga mengesyorkan untuk seorang wanita yang sihat, dia perlu mengambil antara 1800-2000 kalori sehari.

Mitos diet #5: Mengurangkan makanan berlemak adalah satu alternatif yang sihat

Lemak ialah salah satu perkara yang membuatkan makanan rasa lebih enak. Apabila lemak dikeluarkan daripada makanan, terdapat banyak perisa turut dikeluarkan. Justeru itu, perasa tambahan seperti gula, bahan kimia dan 'thickeners' sering ditambah untuk meningkatkan rasa dan tekstur makanan. Namun, perasa tambahan ini lebih buruk untuk anda dan kadang-kadang hanya sebagai menggemukkan sebagai makanan penuh lemak. Kesimpulannya, anda disarankan untuk memilih makanan yang segar atau anda juga boleh membeli makanan yang mempunyai lemak tetapi ambilnya secara sederhana.