Diet Mediterranean sekali lagi disahkan mempunyai manfaat untuk
kesihatan jantung. Satu kajian baru yang dijalankan di Sepanyol
mendapati diet yang kaya dengan minyak zaitun, kekacang, buah-buahan,
ikan dan sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit
jantung atau kardiovaskular. Para penyelidik dari Universidad de Navarra
membuat kajian ke atas 7,447 orang yang mempunyai risiko penyakit
jantung untuk tempoh selama lebih kurang lima tahun.
Hasil kajian menunjukkan mereka yang mengambil diet Mediterranean
menpunyai 30% pengurangan risiko mendapat serangan jantung, strok, atau
kematian akibat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mengambil
diet rendah lemak. Mereka yang mengikuti diet Mediterraneam diarahkan
mengambil sekurang-kurangnya 4 sudu makan minyak zaitun sehari, serta
memakan segenggam (satu auns) walnut, badam dan kemiri (hazelnut).
Mereka juga memakan sekurang-kurangnya tiga hidangan buah-buahan, dua
hidangan sayur-sayuran sehari serta ikan sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu.
Mereka dinasihatkan jangan sekali-kali memakan roti dari kedai
bakeri, pastri dan makanan manis. Mereka juga dinasihatkan agar
menghadkan pengambilan produk tenusu dan daging diproses.
Sumber: AFP-Relaxnews.
PRODUK PILIHAN