Friday, 11 October 2013

Tidak Bersarapan Pagi Meningkatkan Risiko Serangan Jantung: Kajian

sne raja segala penawar, tidak bersarapan pagi meningkatkan risiko serangan jantung, kajian, nutritional supplements for healths
Menurut kajian AS yang diterbitkan pada 22 Julai 2013, lelaki yang tidak bersarapan pagi akan menghadapi risiko serangan jantung yang lebih tinggi.

Kajian yang dijalankan ke atas 27,000 orang lelaki mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai risiko serangan jantung atau kematian akibat penyakit jantung 27% lebih tinggi berbanding mereka yang mengambilnya. Lelaki-lelaki tersebut, berumur antara 45 ke 82, mengambil bahagian dalam kajian tentang makanan yang memantau hasil kesihatan dari 1992 ke 2008. Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi biasanya berumur lebih muda dan “berkemungkinan besar adalah perokok, bekerja sepenuh masa, bujang, kurang aktif secara fizikal dan meminum arak.


“Tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan satu atau lebih faktor risiko seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes, yang seterusnya akan menyebabkan serangan jantung,” kata leah Cahill, ketua penulis kajian dan penyelidik di Pusat Pengajian Kesihatan Awam, Harvard.

Mereka yang mengambil sarapan pagi juga didapati makan sekali lebih banyak dari mereka yang tidak, ini menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi tidak menggantikan kekurangan makanan kemudiannya.
sne raja segala penawar, tidak bersarapan pagi meningkatkan risiko serangan jantung, kajian, nutritional supplements for healths


97% daripada subjek kajian terdiri mereka yang berkulit putih dan keturunan Eropah, tetapi penyelidik berkata keputusan kajian terpakai juga untuk mereka daripada lain keturunan.
“Jangan tinggal sarapan pagi,” kata Cahill. “Makan sarapan pagi mempunyai hubungan dengan penurunan risiko mendapat serangan jantung.”

PRODUK PILIHAN
SNE Raja Segala Penawar, SNE Kapsul, Risiko Serangan Jantung, Nutritional Supplements for healths