Saturday, 15 March 2014

Migraine

Pengenalan Penyakit

  • Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
  • Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah.
  • Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain

  • Migrain tanpa aura.
  • Migrain dengan tanda aura.
  • Opthalmoplegic migrain.
  • Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko

  • Genetik.
  • Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ‘stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
  • Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
  • Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia).
  • Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah.
  • Tekanan perasaan atau ‘stress’.
  • Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol.
  • Cahaya yang sangat terang.
  • Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur.
  • Letih yang keterlaluan.
  • Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat.
  • Pengambilan pil ‘ contraceptive’.
  • Haid.
  • Pengambilan pemanis tiruan.
  • Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate.
  • makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’

Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura

  • Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis.
  • Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat.
  • berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi.
  • denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura

  • jarang berlaku.
  • pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang.
  • Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain

  • terlalu jarang berlaku.
  • sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara.
  • mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine).
  • pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain

  • berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan.
  • boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok.
  • migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang.

5) Bentuk serangan migrain

  • ’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya.
  • ‘local’ – kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat.
  • ’pallor’ berpeluh-peluh.
  • ’sono’ sensitif terhadap bunyi bising.
  • ’photophobea’ – sensitif pada cahaya.
  • ’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala.
sumber dipetik dari:-http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/migrain

Kanser Otak

KANSER OTAK

a) Pengenalan Penyakit

  • Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.

b) Jenis-jenis kanser Otak

  • Supra tentoria (bahagian atas otak)
  • Infra tentoria (bahagian bawah otak) Kanser pada bahagian atas otak ialah
  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
  • Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
  • Kanser kelenjar pinea
  • Kanser pada bahagian bawah otak ialah;
    • Infra tentorial
    • Medulloblastoma (belakang otak)
    • Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
    • Brain stem glioma (pangkal otak)
    • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair  serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.

c)Punca penyakit/faktor risiko

  • Genetik atau keturunan
  • Radiasi pada otak
  • Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? virus ‘papova’semasa hamil.Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan.

d) Tanda-tanda/Simptom

Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:
  • Proses pertumbuhan yang tidak normal-tidak boleh merangkak walaupun berusia enam bulan
  • Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala
  • Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu
Pada peringkat awal kanak-kanak
  • Mengadu sakit kepala berulang-ulang
  • Kelihatan letih dan tidak bertenaga
  • Prestasi pembelajaran menurun
  • Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi
Simptom yang lebih ketara
  • Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala
  • Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi
  • Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan
  • Kabur penglihatan
  • Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil
  • Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami
  • Gangguan pada pertuturan
  • Sistem pernafasan terganggu
  • Lemah anggota badan
  • Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak
Peringkat lewat
  • Koma
  • Boleh pengsan

c)Langkah Pencegahan

  • Pengawasan dari ibu bapa dapat membantu pengesanan kanser otak di peringkat awal sekiranya terdapat kanak-kanak sering mengadu sakit kepala

sumber dipetik dari:-http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/kanser-otak

Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair

Pengenalan Penyakit
  • Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’
  • Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.
  • Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.
  • Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.
Jenis-Jenis Penyakit
  • Exudate
  • Transudate
Punca Penyakit / Faktor Risiko
  • Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
  • Batuk kering (TB)
  • Pneumonia
  • Kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
  • Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
  • Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
  • Kegagalan jantung
  • Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
  • Sirosis hati
Tanda-Tanda / Simptom

(1) Exudate

  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
  • Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
  • Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada    penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
  • Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
  • Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

(2) Transudate

  • berwarna lebih jernih dan cair
  • kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
  • terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
  • dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.
sumber dipetik dari:-http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/paru-paru-berair

Friday, 14 March 2014

Resepi semulajadi rawatan kulit berminyak

Posted by TUPAI

Pakar kulit bersetuju bahawa ramuan semulajadi adalah sangat mujarab untuk kesihatan tubuh badan dan kulit. Oleh sebab itu, membuat sendiri ramuan semulajadi untuk rawatan wajah pastinya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah buat yang memiliki masalah kulit berminyak. Buah-buahan, madu, lemon dan empingan oat (oatmeal) adalah antara makanan yang sering digunakan untuk membuat masker wajah.

Ia tidak akan merengsakan kulit, dapat membantu masalah jerawat dan cela di wajah, dapat mengurangkan saiz liang roma malah dapat menggelupas kulit. Pastinya secara semulajadi. Malah, rawatan wajah semulajadi 'air tangan' anda ini dapat membantu anda berjimat daripada berbelanja sejumlah wang ke atas produk kecantikan.

Kaum wanita kebiasaannya membelanjakan wang dalam RM50 atau lebih banyak daripada itu untuk masker wajah berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun, topeng buatan sendiri membolehkan anda berbelanja kurang daripada RM10 dan tersangatlah efektif. Untuk mengetahui bagaimana membuat sendiri ramuan semulajadi ataupun bahan organik khusus untuk kulit wajah, apakata cuba cara yang disediakan di bawah ini, selamat mencuba!

MASKER STRAWBERI YOGURT

Bahan-bahan:
Enam biji strawberi segar (dilecekkan)
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa)

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk.

MASKER TELUR DAN AVOKADO

Bahan-bahan:
Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!)
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk.

MASKER EMPINGAN OAT

Bahan-bahan:
Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini.

MASKER EPAL MADU

Bahan-bahan:
Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus!

MASKER SODA PENAIK

Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air sejuk.

Lima fakta mengenai rambut beruban

Posted by TUPAI

Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang.

Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.
1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan 
Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut. 
2)Faktor keturunan 
Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia . 
3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban 
Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat. 
4)Kekurangan nutrisi 
Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal. 
5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak 
Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.

Petua pemakanan

Mungkin ada di kalangan kita sering mengalami masalah sakit perut atau sukar membuang air besar kerana makanan yang dimakan tidak hadam dengan sempurna. Cubalah amalkan petua di bawah ini untuk meningkatkan penghadaman.
  1. Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan. Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.
  2. Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.
  3. Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.
  4. Jangan disulami minum air ketika makan.
  5. Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlu dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain.
sumber dipetik dari:-https://wannurapetuaamalan.wordpress.com/2012/12/31/petua-pemakanan/

Thursday, 13 March 2014

Kekacang boleh kurangkan risiko kanser

KEKACANG mampu mengawal paras gula dalam tubuh manusia.

AMALAN memakan segenggam kekacang dua kali seminggu dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit barah pankreas.

Kajian terbaharu mendapati amalan memakan 28 gram kekacang sebagai snek dalam tempoh tujuh hari boleh merendahkan risiko mendapat tumor sehingga 35 peratus.

Penyelidikan yang dijalankan ke atas 75,000 responden wanita itu dibuat di Fakulti Kesihatan Awam Harvard di Boston, Amerika Syarikat (AS) dan disiarkan secara online menerusi jurnal British Journal of Cancer.

Hasil kajian mendapati penemuan tersebut boleh memberi idea baharu dalam mencari kaedah mengurangkan penghidap penyakit kanser.

"Kekacang berupaya menghasilkan enzim yang membantu untuk memecahkan makanan dan membebaskan insulin bagi mengawal paras gula dalam darah," katanya

Kajian yang dilakukan di Hospital Barnes-Jewish dan Sekolah Perubatan Universiti Washington sebelum ini mendapati bahawa individu yang mengambil makanan berasaskan kekacang kurang berisiko menghidap barah payu dara.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Susu badam banyak manfaat


Susu badam mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ia boleh dijadikan sebagai amalan minuman diet yang terbaik hanya dengan mengisarkan kacang badam dan dicampurkan dengan sedikit air panas. Kemudian toskan susu tersebut daripada hampasnya dan ia sedia diminum.

Selain itu, mengamalkan susu badam ini juga mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan tubuh badan, antaranya.

Kalsium
Susu badam memiliki kandungan kalsium dua kali ganda lebih tinggi dan kalori 20% lebih daripada susu segar biasa. Kandungan vitamin D juga di dalam susu ini dikatakan elok untuk kesihatan tulang anda.

Penambah rasa masakan
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa susu badam juga boleh digunakan sebagai penambah perasa pada masakan. Malah ada yang mengatakan rasanya lebih sedap berbanding susu yang lain.

Asid lemak omega 3
Peranan Asid lemak omega-3 dalam penyakit kardiovaskular telah terbukti. Kandungan asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam susu ini sangat baik untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Selain mengandungi mangan, ia juga kaya dengan vitamin E, selenium, magnesium, potassium, zat besi, dan serat. Bukan sahaja boleh kurus, malah mampu menjadikan anda lebih sihat.

Awet muda
Kandungan flavonoid dan antioksidan yang berasal dari vitamin E mampu menurunkan risiko terkena penyakit kanser serta melambatkan proses penuaan.

Tenaga
Bagi anda yang mudah merasa letih, kami sarankan anda meminum segelas susu badam. Anda pasti akan merasa lebih segar dan kekal aktif dalam melakukan tugas harian. Khasiat kacang almond sememangnya tiada tandingannya.

Selain itu, ia juga boleh menjaga tekanan darah anda supaya sentiasa berada pada tahap normal. Diharap dengan panduan ini dapat diamalkan oleh anda. Selamat mencuba!

Wednesday, 12 March 2014

Sindrom manusia batu


SETIAP langkah dan pergerakan dalam kehidupan harian Lucy Pratt perlu sentiasa dilakukan secara berhati-hati.

Luka kecil akibat terhantuk atau terjatuh boleh bertukar menjadi igauan ngeri kepada gadis berambut perang ini. Manakan tidak, wanita yang berasal dari Stourbridge, West Midlands, England ini menghidap sindrom pelik yang menyebabkan dagingnya mengeras menjadi tulang.

Pratt langsung tidak boleh terluka kerana setiap kecederaan yang dialami walaupun sedikit sudah cukup untuk mempercepatkan pembekuan daging menjadi keras. Cerita Pratt, dia mula mengalami gejala tersebut ketika berusia 15 tahun.

Katanya, seperti kanak-kanak lain, dia menjalani kehidupan normal sehinggalah pada suatu hari, dia terjatuh semasa sedang bermain. Tanpa disangka, satu benjolan besar timbul pada belakang badannya dan semakin membengkak setiap hari sehingga dia berasa sangat sakit.

"Benjolan itu sebesar tapak tangan dan berwarna kemerah-merahan. Saya tidak boleh baring atau meletakkan sebarang beban di kawasan yang tercedera kerana terlalu sakit," tuturnya seperti dipetik portal Daily Mail.

Bimbang dengan keadaan kesihatan Pratt, ibu bapanya, Nick dan Sheryll Hadley membawa anak gadis mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Keputusan ujian biopsi pada mulanya mendapati dia menghidap penyakit nekrosis miositis proliferatif yang mana gentian otot dan kulit menjadi bengkak serta kemerah-merahan.
PRATT tetap positif menjalani kehidupan walaupun tahu masih belum ada penawar terhadap

Aktiviti lasak

Bagaimanapun, dia disahkan menghidap fibrodisplasia osfikans progresiva (FOP) apabila salah seorang doktor mendapati ibu jari kaki kanannya lebih kecil berbanding kaki kiri yang mana keadaan itu merupakan gejala umum pesakit FOP.

Ujian X-ray serta beberapa pemeriksaan lain turut mengesahkan bahawa Pratt menghidap penyakit tersebut.
Dalam usia yang baru menjangkau 27 tahun, wanita ini sudah tidak mampu menggerakkan sebahagian tubuh termasuk leher kerana kesan kecederaan yang berlaku sebelum ini.

Dia tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak dan sukan kerana dikhuatiri akan ditimpa kecederaan serius. "Saya tidak mampu memandu kereta, memakai baju serta menyikat rambut," katanya sambil memberitahu, semua itu terpaksa dilakukan dengan bantuan ibunya.

Walaupun masih dapat berjalan, pergerakannya sangat terbatas. Dia juga tidak boleh mengangkat tangan melepasi paras kepala. Keadaan itu dikatakan akan terus merebak ke bahagian lain tubuh dan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Dalam kata lain, wanita ini sedang bertarung dengan masa sebelum seluruh badannya menjadi kaku seperti batu dan terperangkap dalam tubuh sendiri. Meskipun kesihatan fizikalnya tidak seperti manusia normal, gadis ini berjaya menghabiskan sesi persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.


KECEDERAAN menyebabkan tisu serta sendi menjadi keras.

Mutasi tisu

Malah, lulusan Universiti Oxford dalam bidang Sains Fisiologikal itu kini bekerja sepenuh masa dengan sebuah syarikat penerbitan sains bioperubatan di London.

Menurut pakar perubatan dari Universiti Oxford, Prof. Dr. Paul Wordsworth, kecederaan juga boleh membuatkan sendi-sendi pesakit menjadi keras kerana pertumbuhan tulang berlaku tanpa henti. Jelasnya, pertumbuhan tulang berkembang dari atas ke bawah sama seperti pertumbuhan tulang ketika di peringkat janin.

Kebiasaannya, keadaan ini akan bermula pada leher dan seterusnya merebak ke bahu, lengan, dada dan kaki. Namun, dalam sesetengah kes, penyakit ini juga bermula pada bahagian punggung, perut dan akhir sekali kepala. Wordsworth memberitahu, setakat ini, masih belum ada penawar untuk merawat penyakit berkenaan.

"Apa yang boleh dilakukan hanya proses melewatkannya supaya tidak merebak dengan cepat selain menjalankan pembedahan pengasingan gen yang menyebabkan daging menjadi keras. "Tulang yang terus tumbuh tanpa henti juga perlu dipotong bagi melambatkan proses ini," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Tips kawal pemakanan


Ramai yang mahu tubuh yang langsing dan menarik, jadi banyak antara mereka yang mengamalkan pemakanan sihat atau berdiet. Namun tahukah anda bahawa aktiviti seharian anda sebenarnya mampu mendorong nafsu makan anda meningkat?

Bagi anda yang menghabiskan masa di pejabat dengan suasana sejuk penghawa dingin pastinya akan sentiasa berasa lapar.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip untuk anda mengawal pemakanan anda.

Jangan abaikan waktu makan
Jika anda berasa dengan mengabaikan waktu makan supaya anda boleh menurunkan berat badan, anda ternyata salah. Sesibuk mana pun anda, anda harus merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat.

Ia bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal. Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuantiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.

Minum banyak air kosong
Bila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon sebagai perasa. Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.

Dapatkan tidur yang cukup
Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.

Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.

Periksa sebab rasa lapar
Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut. Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata.

Ia lebih kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada kegemukkan. Selamat mencuba!

Tuesday, 11 March 2014

Kematian pasangan tingkatkan risiko serangan jantung

SERING dikatakan kehilangan pasangan akan membuatkan seseorang itu patah hati. Satu kajian mendapati, mereka yang kehilangan pasangan disebabkan meninggal dunia lebih berisiko untuk terkena serangan jantung dan strok.

"Risiko serangan jantung dan strok meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh 30 hari pertama setelah seseorang kematian pasangan.

"Rasa sedih yang mendalam boleh meningkatkan risiko penggumpalan darah, tekanan darah, hormon stres dan kadar denyutan jantung," ujar penyelidik dari Universiti St George's London, England, Sunil Shah.

Kajian itu dijalankan ke atas 30,500 orang lelaki dan wanita di England berusia antara 60 hingga 89 tahun yang kehilangan pasangan antara tahun 2005 hingga 2012.

Para penyelidik membandingkannya dengan data sekitar 83,600 orang lelaki dan wanita yang tidak kehilangan pasangan pada waktu sama.

Penyelidik mendapati, dalam tempoh sebulan pertama setelah kematian pasangan, responden lebih berisiko terkena serangan jantung serta strok.

"Risiko ini meningkat hingga dua kali ganda berbanding mereka yang tidak kehilangan pasangan. Tetapi setelah melepasi 30 hari pertama tempoh berkabung, risiko ini mulai turun dan hampir sama dengan kelompok yang tidak berkabung," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo

Tips memilih minyak wangi yang sesuai


Minyak wangi sememangnya boleh dikatakan dipakai oleh semua orang tidak kira lelaki atau wanita. Namun masalah yang sering dihadapi oleh anda yang ingin membeli minyak wangi adalah memilih wangian yang sesuai dengan anda berikutan pelbagai jenis wangian yang ditawarkan di pasaran.

Tambahan pula bentuk botol yang menawan juga menyebabkan anda terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan anda. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi beberapa tips dengan anda untuk memilih wangian yang sesuai dengan anda.

Bau minyak wangi dahulu
Pastikan anda memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan anda meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri anda.

Sembur minyak wangi pada kulit
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan anda mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri anda.

Bahan dan aroma
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup anda.

Iklim dan musim
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Untuk mengekalkan ketahan aroma wangian yang dipakai, letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga. Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.

Diharap dengan tips yang dikongsi ini dapat memberi panduan kepada anda yang ingin membeli minyak wangi yang sesuai dengan anda. Selamat mencuba!

Asparagus baik untuk kesihatan


Tahukah anda bahawa sayur aspafagus sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan anda?

Asparagus yang berasal daripada keluarga 'liliaceae' sangat kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan niasin.

Malah menurut laporan yang dipetik dari sebuah portal tempatan, asparagus juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pancreas dan kulit.

Selain itu, jus asparagus juga boleh dibuat sebagai ubat untuk merawat gangguan renal. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut 'asparajin' yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Ini kerana jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti 'eczema' dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

Monday, 10 March 2014

Bahaya pakaian berwarna kuning

PEMILIHAN warna turut memberi kesan kepada kesihatan. 

SETIAP orang mempunyai warna kesukaan masing-masing, termasuk kuning. Satu kajian mendapati, penggunaan warna kuning dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius.

Berdasarkan penemuan awal daripada kajian sebelumnya mendapati, bahan kimia beracun yang dikenali sebagai bifenil berpoliklorin (PCB), ditemui dalam pewarna kuning pada pakaian dan peralatan cetakan.

Bahan kimia itu dianggap mungkin menjadi karsinogen kerana diketahui dapat menyebabkan kanser pada haiwan, namun kesannya terhadap manusia belum diketahui.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati, bahan kimia tersebut dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding kecacatan ketika lahir, kanser dan masalah perkembangan anak.
Penyelidik dari Universiti Rutgers di New Jersey, AS, Lisa Rodenburg berkata, produk kegunaan harian paling banyak mengandungi bahan kimia terbabit.

Kajian yang dimuatkan dalam jurnal Environmental Science & Technology itu menguji 16 helai pakaian kuning dan 28 sampel kertas. "Sebanyak 16 sampel pakaian dan 26 sampel kertas disahkan positif bahan kimia terbabit.

"Penggunaan bahan ini berada pada fasa yang membimbangkan dan dikhuatiri jika pengguna telah berusaha menghindari produk berwarna kuning, mereka masih berisiko terkena racun tersebut melalui udara dan air, yang akhirnya dapat masuk ke dalam tubuh mereka," jelasnya.

Ujarnya, PCB juga boleh memasuki tubuh manusia melalui makanan atau minuman yang terdedah kepada bahan tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Telur kurangkan risiko demensia

PARA penyelidik kini sedang melakukan kajian sama ada amalan memakan telur boleh mencegah kehilangan daya memori serta mengurangkan risiko demensia.
Penyakit demensia disebabkan oleh gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya berfikir serta penjagaan kendiri.

Kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Tufts, Amerika Syarikat (AS) itu dilakukan selama enam bulan membabitkan dua kumpulan responden.

Kumpulan pertama dikehendaki memakan dua biji telur sehari dan hasil penelitian tersebut akan dibandingkan dengan kumpulan yang tidak memakan telur.

Kedua-dua kumpulan tersebut akan diuji dari beberapa aspek termasuk daya ingatan, penaakulan, kefasihan lisan dan tempoh memberi tumpuan.

Sedikit penurunan dalam salah satu aspek dipercayai akan menjadi faktor utama dalam pembentukan demensia pada masa akan datang.

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik menjangkakan ada peningkatan yang ketara dalam fungsi otak kumpulan responden yang diberikan telur.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Sunday, 9 March 2014

Makan sushi untuk panjang umur

IKAN salmon dan kod dalam hidangan sushi mengandungi kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi. - Gambar hiasan

SUSHI bukan sahaja dikatakan baik untuk kesihatan malah makanan Jepun itu dipercayai dapat membantu memanjangkan usia.

Para penyelidik dari Univerisiti Pittsburgh, AS percaya ini berlaku kerana rakyat Jepun mengambil lebih banyak ikan dalam diet harian mereka. Ketua saintis, Dr. Akira Sekikawa berkata, asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan kod, tuna dan salmon membantu mengurangkan keradangan dan melambatkan pembentukan lemak dalam saluran arteri.
Kajian tersebut dijalankan ke atas 300 lelaki di Jepun, serta Hawaii dan Philadelphia di AS selama lima tahun.

Kajian mendapati, responden lelaki Amerika terdedah kepada penyakit jantung tiga kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki Jepun. Bacaan tahap asid lemak omega-3 dalam darah responden lelaki Jepun pula adalah 100 peratus lebih tinggi berbanding lelaki Amerika.

"Ini kerana kebanyakan responden Jepun makan kira-kira 100 gram (g) ikan sehari termasuk sushi. Responden dari Amerika pula hanya mengambil 13g hidangan ikan sehari. "Perkara ini meningkatkan kecenderungan masyarakat Barat untuk menghidap penyakit kardiovaskular yang menjadi penyumbang tertinggi kematian di Amerika," katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Rokok penyebab kanser peti suara

GOLONGAN lelaki lebih mudah mengalami kanser peti suara disebabkan tabiat merokok.

SUARA merupakan satu bentuk komunikasi yang amat penting bagi manusia namun, nikmat ini kurang diberi perhatian melainkan setelah seseorang kehilangannya. Hilang suara boleh disebabkan oleh faktor sementara seperti jangkitan saluran pernafasan atas, bengkak peti suara akibat penggunaannya yang keterlaluan mahupun radang saraf larinks.

Kebiasaannya hilang suara dalam kes-kes sebegini akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari atau minggu tetapi kanser peti suara boleh menjadi punca seseorang hilang suara untuk sementara atau selama-lamanya. Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad, peti suara adalah bahagian terpenting yang mengatur penghasilan bunyi atau suara.

“Kontribusi udara dari dalam paru-paru sewaktu menghembus nafas akan menggetarkan peti suara lalu menghasilkan bunyi. “Ia seterusnya akan melalui rongga mulut dan hidung yang dikenali sebagai artikulator untuk memodulasi bunyi yang dihasilkan kepada bahasa yang difahami.

“Struktur peti suara terletak pada organ salur pernafasan yang dinamakan sebagai larinks. Larinks ialah bahagian tekak yang menyambungkan rongga mulut dan orofarinks di bahagian atas dengan trakea dan paru-paru di bahagian bawah,” ujarnya.

Terganggu

Tambahnya, larinks merupakan bahagian tersempit yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan manusia. Dalam keadaan normal, ia boleh terbuka serta tertutup selain bergetar untuk mengawal udara yang keluar masuk ke paru-paru serta menghasilkan suara.

“Dalam keadaan abnormal atau berpenyakit, suara mudah terganggu. “Sama seperti organ badan yang lain, kanser boleh terjadi pada struktur peti suara. “Kanser ialah suatu keadaan di mana sel-sel tumbuh tanpa kawalan dan dalam struktur larinks, peti suara (glotis) ialah struktur yang paling kerap menjadi kanser berbanding dengan struktur supraglotis (atas peti suara) dan subglotis (bawah peti suara),” jelasnya sambil memberitahu, jenis kanser yang paling kerap terjadi ialah karsinoma sel skuamus.

PETI suara merupakan bahagian terpenting yang mengatur penghasilan bunyi atau suara seseorang.

Beliau berkata, golongan lelaki lebih mudah mendapat penyakit ini disebabkan tabiat merokok yang tinggi berbanding wanita. “Karsinogen iaitu bahan dalam asap rokok menjadi penyebab utama terjadinya kanser peti suara. Ini kerana asap rokok yang disedut akan melalui struktur peti suara sebelum sampai ke dalam paru-paru.

“Dengan meningkatnya jumlah wanita yang merokok, peratusan kanser peti suara yang dialami oleh golongan wanita juga dilihat makin bertambah. “Selain itu, jangkitan saluran pernafasan oleh virus papiloma manusia, tabiat meminum alkohol, dan radiasi lampau untuk penyakit kanser lain turut menyumbang kepada risiko kanser peti suara ini,” katanya.

Irfan menjelaskan, tanda awal bagi kanser peti suara ditunjukkan melalui perubahan suara. Pada kebiasaannya pesakit akan mendapati suara mereka menjadi serak yang tidak kembali ke nada asal selepas beberapa minggu. Perubahan suara selepas jangkitan kuman saluran pernafasan atas adalah perkara biasa namun jika ia tidak pulih selepas dua atau tiga minggu, perhatian perlu diberikan. Ini kerana peti suara juga mengawal gerakan udara keluar masuk ke dalam paru-paru.

“Kewujudan sebarang bentuk ketumbuhan akan menyempitkan peti suara manakala ruang udara keluar masuk semakin kecil. Malah, geseran permukaan peti suara yang mempunyai ketumbuhan akan mengakibatkan luka dan batuk berdarah.

Endoskopi

“Pesakit juga akan berasa sukar untuk menelan makanan,” jelasnya sambil memberitahu, kanser tersebut boleh merebak ke kelenjar limfa di leher yang menyebabkan struktur tersebut menjadi bengkak. Kanser peti suara juga boleh merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati sekali gus menunjukkan kanser tersebut telah berada pada tahap yang teruk.

“Dari segi rawatan, peti suara akan diperiksa menggunakan endoskopi untuk melihat ke dalam larinks. Proses ini dikenali laringoskopi. Keadaan sebenar dapat dilihat dan direkodkan apabila pesakit melalui proses ini tetapi jika terdapat keraguan, sampel tisu diperlukan.

“Prosedur ini biasanya dilakukan dalam keadaan pesakit dibius. Selain pemeriksaan larinks dan biopsi sampel tisu, bahagian leher dan kepala serta bahagian badan yang lain turut diperiksa,” tambahnya.
Menurutnya, kanser peti suara dirawat dengan menggunakan kaedah radioterapi sekiranya ia berada pada peringkat awal kerana larinks dan peti suara masih dapat diselamatkan. Suara juga dapat dikekalkan selepas menjalani sesi terapi.

“Bagi kanser tahap tinggi, pembedahan tidak dapat dielakkan dan peti suara terpaksa dikeluarkan sama ada separuh atau semuanya bergantung kepada sejauh mana kanser itu menyerang. “Jika ini berlaku, pesakit akan diberi pilihan untuk membantu mereka bercakap setelah peti suara dibuang,” ujarnya.

artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/