PARA penyelidik kini sedang melakukan kajian sama ada amalan memakan
telur boleh mencegah kehilangan daya memori serta mengurangkan risiko
demensia.
Penyakit demensia disebabkan oleh gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya berfikir serta penjagaan kendiri.
Kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Tufts, Amerika Syarikat (AS) itu dilakukan selama enam bulan membabitkan dua kumpulan responden.
Kumpulan pertama dikehendaki memakan dua biji telur sehari dan hasil penelitian tersebut akan dibandingkan dengan kumpulan yang tidak memakan telur.
Kedua-dua kumpulan tersebut akan diuji dari beberapa aspek termasuk daya ingatan, penaakulan, kefasihan lisan dan tempoh memberi tumpuan.
Sedikit penurunan dalam salah satu aspek dipercayai akan menjadi faktor utama dalam pembentukan demensia pada masa akan datang.
Menerusi kajian tersebut, para penyelidik menjangkakan ada peningkatan yang ketara dalam fungsi otak kumpulan responden yang diberikan telur.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/