Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang
berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa
serangan.
Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah.
Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
Migrain tanpa aura.
Migrain dengan tanda aura.
Opthalmoplegic migrain.
Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
Genetik.
Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan
‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan
lain-lain’neurotransmitter’ sperti ‘stamine’ dan kinine’ menyebabkan
urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘
neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’ yang
menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala
berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia).
Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah.
Tekanan perasaan atau ‘stress’.
Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol.
Cahaya yang sangat terang.
Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur.
Letih yang keterlaluan.
Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat.
Pengambilan pil ‘ contraceptive’.
Haid.
Pengambilan pemanis tiruan.
Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate.
makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis.
Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat.
berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi.
denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
jarang berlaku.
pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang.
Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
terlalu jarang berlaku.
sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara.
mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine).
pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan.
boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok.
migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang.
5) Bentuk serangan migrain
’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya.
‘local’ – kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat.
’pallor’ berpeluh-peluh.
’sono’ sensitif terhadap bunyi bising.
’photophobea’ – sensitif pada cahaya.
’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala.
sumber dipetik dari:-http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/migrain