By Azwa Iela | Tupai
Ramai yang mahu tubuh yang langsing dan menarik, jadi banyak antara mereka yang mengamalkan pemakanan sihat atau berdiet. Namun tahukah anda bahawa aktiviti seharian anda sebenarnya mampu mendorong nafsu makan anda meningkat?
Bagi anda yang menghabiskan masa di pejabat dengan suasana sejuk penghawa dingin pastinya akan sentiasa berasa lapar.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip untuk anda mengawal pemakanan anda.
Jangan abaikan waktu makan
Jika anda berasa dengan mengabaikan waktu makan supaya anda boleh menurunkan berat badan, anda ternyata salah. Sesibuk mana pun anda, anda harus merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat.
Ia bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal. Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuantiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.
Minum banyak air kosong
Bila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon sebagai perasa. Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.
Dapatkan tidur yang cukup
Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.
Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.
Periksa sebab rasa lapar
Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut. Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata.
Ia lebih kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada kegemukkan. Selamat mencuba!