Friday, 6 February 2015

Tip elak dehidrasi dan kekeringan kulit

1. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.

Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

2. Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

4. Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

5. Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

6. Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

7. Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

8. Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.

Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Sumber : http://anizyn.blogspot.com/
http://klatebis.com/?ref=admin

Thursday, 5 February 2015

Atasi masalah jerawat

Melihat wajah dipenuhi bintik-bintik merah setiap kali menatap cermin umpama `mimpi ngeri' bagi kebanyakan remaja terutama perempuan kerana pada usia itu, individu sering mendambakan perhatian dan pujian atas kecantikan diri.

Jerawat bukan sahaja dilihat satu masalah yang menyebabkan rupa sebenar individu seolah-olah `terlindung', tetapi memberi kesan besar kepada emosi sehingga mampu mengurangkan hubungan sosial dan keyakinan diri.

Kajian menunjukkan, masalah jerawat `menyerang' hampir 80 peratus masyarakat di negara ini terutama golongan remaja sekitar peringkat umur awal persekolahan menengah hingga awal 20-an.

Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormon remaja yang berlaku sejak usia kanak-kanak hingga dewasa.

Bagaimanapun, jerawat yang teruk mungkin disebabkan faktor penyumbang tambahan seperti jangkitan kuman melalui penyakit, alahan, ketidakseimbangan melampau hormon dan kesilapan aspek penjagaan kulit.

Rawatan perlu dilakukan sekiranya masalah jerawat berlaku pada tahap serius, Ini bagi mengelakkan parut berkekalan.

Dalam usaha mengelakkan masalah ini menjadi isu serius menyebabkan penghidap berfikiran dan bertindak negatif, mereka perlu memahami faktor kewujudan dan kaedah mengatasinya mengikut kulit wajah masing-masing.

Menurut sebuah blog, www.drhasseenah.com yang dikelolakan Pakar Kulit (Jerawat dan Jeragat), Dr Hasseenah Hassan, pendidikan berhubung jerawat penting dititikberatkan kerana nisbah penghidap masalah itu di Malaysia ialah 8 : 10, membabitkan jenis jerawat biasa sehingga jenis jerawat kronik.

Blog yang sama menyatakan, masalah jerawat boleh diatasi melalui dua kaedah rawatan iaitu kaedah rawatan dalaman dan kaedah rawatan luaran.

Tip atasi masalah jerawat

1 Cuci Kulit Wajah 

Lakukan pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali sehari melalui urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan pencuci khas bertekstur lembut (beli mengikut jenis kulit wajah sama ada normal, kering, berminyak atau sensitif).

2 Jangan Memicit Jerawat

Anda dilarang memicit jerawat. Sekiranya berlaku, perkara ini boleh memburukkan keadaan kulit dan berisiko meninggalkan parut kekal. Berjumpalah pakar kulit bertauliah atau pakar dermatologi sama ada di hospital atau klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat mengatasinya.

3 Gunakan Krim Pelembap


Pancaran sinaran Ultra Lembayung (UV) yang terkena pada kulit wajah walaupun sedikit akan merosakkan struktur protein dan DNA, justeru bagi mengatasi keadaan ini, sapukan pelembap kulit wajah yang mempunyai pelindung sinaran UV setiap kali keluar rumah pada waktu siang.

4 Elak Tukar Produk Penjagaan Wajah Secara Kerap

Janganlah selalu menukar produk pembersihan dan kecantikan wajah. Ini akan menyebabkan keradangan atau alahan pada kulit, sebaliknya gunakan sesuatu produk sehingga nampak kesan nyata dan jika kurang sesuai, baru ditukar.

5 Pakai Bedak Muka Berasaskan Mineral

Elak menggunakan bedak padat kerana span yang digunakan berkali-kali dan lembap di dalam bekas akan menggalakkan pembiakan bakteria, lebih baik gunakan bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing kerana anti-inflammatori, tidak menutupi pori dan teksturnya kering.

6 Amalkan Pemakanan Sesuai
Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu mengurangkan pemakanan berminyak dan pedas.

7 Minum Air Kosong

Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan
Produk Pilihan


Wednesday, 4 February 2015

Merawat wajah cara tradisional

Merawat wajah cara tradisional
Melihat kepada jenama produk penjagaan kecantikan memang kadangkala boleh membuatkan kita keliru. Tidak tahu yang mana satu perlu dipilih kerana banyak yang lebih kurang sama. Persaingannya memang sengit, malah ada pengusaha menggunakan cara yang sedikit keterlaluan untuk menarik perhatian pembeli.


Memang kemunculan produk ini memudahkan cara. Tetapi tidak kurang yang masih setia mengamalkan kaedah penjagaan secara tradisional walaupun ada sesetengah menganggap ia lambat menunjukkan kesan. Ya, kaedah tradisional yang menggunakan sumber semula jadi memang mengambil masa yang lebih lama untuk dilihat kesannya, tetapi ia ternyata lebih selamat dan terjamin kebersihannya.

Penggunaan sumber semula jadi sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk.

Cara tradisional ini akan menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan ialah.


* Wajah bersih dan cerah
Gunakan daun lidah buaya dan susu untuk mendapatkan wajah bersih dan cerah. Caranya amat mudah dengan mengambil lendir lidah buaya dan dicampurkan dengan susu. Ramuan ini kemudian disapu ke wajah, biarkan hingga kering dan dibilas dengan air suam supaya kotoran atau cela keluar.


* Melembapkan wajah
Untuk melembapkan kulit wajah, ambil buah pisang dan oleskan ke wajah seperti krim. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Untuk kesan yang lebih baik, lakukan sekerap mungkin kerana bahan ini amat elok untuk kecantikan kulit supaya kelihatan lebih gebu.


* Menyegar dan memutihkan wajah
Limau nipis dan telur dapat dimanfaatkan dan dijadikan ramuan tradisional untuk membuat kulit wajah putih dan segar.


Caranya dengan memerah air limau nipis dan dicampurkan dengan kuning atau putih telur (pilih salah satu), kemudian sapukan ke keseluruhan wajah selama beberapa minit hingga ia kering. Sebaik kering, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang ketara.


* Wajah berminyak
Untuk menangani masalah ini, ambil potongan limau nipis dan tomato. Racik tomato hingga halus dan perahkan sedikit limau nipis. Sapukan secara lembut pada muka. Lakukan berulang kali pada seluruh wajah dan bilas.

sumber : http://anizyn.blogspot.com/
Produk Pilihan
http://klatebis.com/?ref=admin

Tuesday, 3 February 2015

Ubah bentuk asal untuk cantik berdosa

Ubah bentuk asal untuk cantik berdosa

Fitrah setiap manusia khasnya wanita yang sentiasa inginkan bentuk badan cantik dan menarik menjadi bonus bagi penjual ubat-ubatan 'cantik ekspres' menerusi online di negara ini.

Namun, di sebalik perniagaan itu, umat Islam khasnya terjebak dengan dosa besar kerana mengubah bentuk badan asal mereka.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Noh Gadut berkata, tujuan yang dibenarkan untuk mengubah bentuk badan asal hanya bagi memperbaiki organ badan yang rosak akibat trauma kemalangan selain mengembalikan kecacatan kepada bentuk normal.

"Ulama tafsir berkongsi tiga pendapat berkaitan takrifan 'merubah fitrah kejadian dan apa juga yang ditetapkan Allah SWT' iaitu mengubah bentuk badan dan organ haiwan serta manusia, mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai Tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah SWT serta sebaliknya.

"Kini, perkara membimbangkan ialah ada pihak cuba memperdaya orang ramai dengan mengatakan bahan digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan kosmetik hanya mengandungi sesuatu protein dan ia juga tidak mengubah bentuk badan asal," katanya.

Noh mengulas lambakan laman sosial Facebook (FB) dan blog yang menjual hormon estrogen kepada wanita yang menginginkan bentuk badan menggiurkan tanpa perlu menjalani pembedahan.

Apa yang perlu dilakukan pembeli ialah menghubungi penjual sebelum hormon berkenaan disuntik sendiri ke bahagian badan yang dirasakan perlu diubah.

Bagaimanapun, ramai menyesal kerana kecantikan diperoleh hanya sementara sebelum bahagian badan yang disuntik kendur, malah bertukar buruk.

"Mungkin sekarang nampak cantik namun hakikatnya semuanya palsu, malah perlu menanggung dosa seumur hidup.

"Jika tidak sakit, mengapa perlu cari penyakit dengan melakukan pembedahan atau menyuntik untuk mengubah bentuk badan asal," katanya.

Menurut Noh, cantik dan berhias sememangnya dituntut Islam berikutan Islam tidak suka umatnya selekeh dan tidak terurus.

"Rasulullah SAW sendiri sangat kemas, kacak dan menarik sekali, malah sedap mata memandang.


sumber : http://anizyn.blogspot.com
Produk Pilihan Untuk Cantik
http://klatebis.com/?ref=admin

Monday, 2 February 2015

5 Makanan Agar Kulit Cantik Berseri

5 Makanan Agar Kulit Mulus
Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.


Sumber dari : http://anizyn.blogspot.com/ 

Produk Pilihan

http://klatebis.com/?ref=admin

Sunday, 1 February 2015

KHASIAT SERBUK MUTIARA

Kenapa & bagaimana serbuk mutiara bertindak? - Mudah diserap oleh kulit & badan - Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida & sedozen mineral-Kandungan yang paling bermanfaat: 20-22 jenis asid amino, termasuk 10 EAA (bahan pembinaan utama organisma hidup) - Asid amino: fungsi spesifik.

Kekurangan mengakibatkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien, tua & berkedut Kegunaan perubatan Cina tradisional: - Mencegah penuaan kulit - Membersihkan kulit - Menanggalkan kesan bintik akibat usia tua pada kulit - Memudakan kulit wajah - Menyahtoksikkan sistem badan - Menyingkirkan haba berlebihan daripada badan-Menenangkan minda & meringankan tekanan - Memberi tenaga / merangsang Qi badan - Mengatur semula metabolisme badan - Mengurangkan kegelisahan - Menenangkan hati - Merawat sakit kerongkong - Mengurangkan demam-Energize the body / stimulate the body's energy ( Qi ).

Membetulkan sistem saraf - Memperbaiki penglihatan - Merawat insomnia - Memperbaiki libido seksual di kalangan lelaki - Meringankan kekejangan hasil daripada angin dalaman - Berkesan bagi ketakutan, keresahan, palpitasi & insomnia - Mempercepatkan pembentukan tulang & kepintaran bayi Sejarah serbuk mutiara: - Rahsia formula serbuk mutiara tersebut seterusnya diwarisi daripada generasi ke generasi oleh doktor istana.

Digunakan secara luas dalam penyediaan perubatan Cina, kesihatan & pemakanan serta alatan kecantikan - Diaplikasikan secara luaran & diambil secara dalaman bagi mengekalkan kesihatan & kemudaan - Chinese Pharmacopoeia : disokong oleh para doktor & pakar herba sebagai rumusan kesihatan yang bernilai - Rahsia kecantikan kulit para Maharani China sejak 4,000 tahun yang lepas ialah menggunakan serbuk mutiara untuk kecantikan kulit dan wajahnya.


Produk Pilihan

http://klatebis.com/?ref=abgdin