Saturday, 31 May 2014

Ubati Penyakit dengan Air, Percuma and Selamat

Air sesuatu yang paling mudah dan murah boleh kita dapati, dan semua yang hidup dan bernyawa memerlukan air dalam kehidupan mereka. Dari tumbuhan di padang pasir, binatang, manusia hingga ke bakteria yang paling kecil sekalipun memerlukan air untuk hidup. Tetapi manusia adalah pengguna air yang paling banyak, baik untuk kegunaan aktiviti kehidupan harian mahupun untuk kegunaan aktiviti perdagangan.  Kebelakangan ini banyak e-mail yang saya terima mengenai air sebagai rawatan perubatan. Jika informasi ini sesuatu yang benar, ia merupakan satu berita yang baik untuk kita semua sebab kita boleh mengurangkan kos perubatan keluarga. Terutama dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang ini dan juga dengan berbagai epedimik penyakit yang melanda, rawatan ini mungkin dapat membantu kita.

Sesiapa saja boleh mencuba cara rawatan ini kerana rawatan ini bukan saja selamat untuk di cuba malah ia adalah percuma. Sangat mudah bagi kita untuk mendapatkan air kerana ia sentiasa ada di dalam rumah kita terutama di dapur.  Kita hanya memerlukan air biasa yang sudah dimasak, sesetangah orang panggil air putih, ada orang panggil air kosong. Tetapi tolong guna air yang tidak disejukkan, jangan juga air yang disimpan sejuk dalam peti ais. Air mineral juga boleh digunakan untuk mereka yang malas atau tidak sempat hendak memasak air. Dikatakan rawatan ini boleh menyembuhkan atau mengurangkan berbagai penyakit seperti sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, sakit sendi, denyut jantung yang laju, sawan, lemak berlebihan, paru-paru berair, lelah, TB, meningitis, penyakit buah pinggang and kencing kotor, muntah and ceret beret, gastrik, buasir, kencing manis, sembelit, sakit mata, kanser, haid tidak teratur serta penyakit mulut, hidung and telinga.

Rawatan ini telah pun popular di Jepun sekarang. Apa yang perlu kita lakukan ialah minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi. Ada yang mengatakan ujian saintifik telah membuktikan keberkesanan rawatan ini. Samada untuk penyakit yang telah sedia diketahui umum, penyakit yang serius dan juga penyakit zaman moden yang baru diketahui. Semua penyakit-penyakit ini dikatakan telah berjaya dipulihkan dengan mengunakan cara rawatan ini.

Kaedah rawatan ini dimulakan dengan meminum air di waktu pagi sebaik sahaja kita bangun dari tidur tetapi sebelum kita menggosok gigi. Kita perlu minum air sebanyak empat gelas air iaitu lebih kurang sebanyak 640ml. Selepas itu kita boleh menggosok gigi atau berkumur tetapi tidak mengambil sebarang makanan selama empat puluh lima minit. Kita juga dinasihatkan tidak meminum sebarang jenis minuman selama lebih kurang lima belas minit hingga ke dua jam selepas mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kepada gologan yang telah berusia dan yang sakit, dan tidak mampu untuk meminum air sebanyak empat gelas pada satu masa, bolehlah mencuba dengan meminum satu gelas pada peringkat permulaan dan ditambah dari semasa ke samasa sehingga menjadi empat gelas pada setiap pagi.

Kaedah rawatan ini telah menunjukan kesan positif keatas beberapa penyakit, seperti contohnya penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis dapat di kurangkan atau di kawal dalam masa tiga puluh hari. Untuk penyakit gastrik dan sembelit pula mengambil masa sepuluh hari manakala bagi penyakit TB pula ialah sembilan puluh hari dan seratus lapan puluh hari pula bagi penyakit kanser. Rawatan ini tidak memberi sebarang kesan sampingan, walau bagaimana pun dengan penggunaan kaedah rawatan ini membuatkan pengamalnya akan kerap merasa untuk pergi ketandas untuk membuang air kecil. Pada sesiapa yang berminat sila mula mencuba rawatan ini dan adalah lebih baik jika ia dijadikan amalan kehidupan hairan kita. Kerana telah diketahui bahawa tubuh kita adalah lebih kurang tujuh puluh peratus dalam bentuk cairan. Sihatkan bandan kita supaya kita dapat menikmati kehidupan yang aktif and bahagia.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: minyem

Cara hilangkan panau

Bagi anda di luar sana yang menghadapi masalah panau ini sesuatu yang memeningkan kepala anda bukan? Ini kerana panau bukanlah mudah hilang lebih-lebih lagi apabila anda mendapat penyakit kulit ini orang akan fikir anda seorang pengotor dan tidak pandai jaga kebersihan.

Usah risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang petua untuk hilangkan panau yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup.

Caranya adalah dengan menumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau.

Sementara itu, anda dinasihatkan jangan memakan lengkuas sepanjang mengamalkan petua ini.

Petua yang lain juga ada menyebut boleh menggunakan daun pinang. Daun tersebut ditumbuk lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Kebaikan mandi malam

Bagi anda yang suka mandi pada waktu lewat malam pastinya sering dileleteri ibu yang bimbang anda menghadapi masalah paru-paru berair.

Tetapi tahukah anda bahawa tiada lagi bidang perubatan yang membuktikan bahawa dengan mandi malam boleh menyebabkan masalah paru-paru berair. Sebaliknya terdapat kebaikan yang anda peroleh sekiranya mandi malam.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kelebihan yang anda akan dapat jika mandi malam.

Fikiran lebih tenang
Biasanya, mandi pada waktu pagi akan membuatkan anda tertekan kerana mengejar masa untuk ke pejabat. Tetapi, anda tidak perlu memikirkannya apabila mandi pada waktu malam. Malahan,, anda boleh mandi dengan lebih tenang.

Turunkan tekanan darah
Mandi pada waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah anda. Apatah lagi dengan mandi menggunakan air suam. Selain itu, mandi malam juga dapat mengelakkan anda daripada tekanan kerja-kerja rutin seharian.

Meregangkan otot
Sesetengah otot agak tegang kerana seharian melakukan aktiviti. Maka, mandi selepas pulang dari pejabat dapat membantu anda mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan.

Segar dan santai
Setelah penat seharian dengan urusan di pejabat, tentu sekali badan anda ingin disirami air yang sejuk. Jadi, mandi selepas pulang dari pejabat akan membuatkan anda lebih santai dan badan bertambah segar. Malah badan yang bersih serta segar akan membuatkan tidur anda lebih nyenyak.

Masa lebih lama
Ketika mandi malam, anda mempunyai masa yang lebih lama berbanding mandi pada waktu pagi. Pada waktu ini anda mungkin boleh melakukan lulurm masker rambut atau membersihkan bulu-bulu roma di badan. Secara ringkasnya anda dapat membersihkan diri secara lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan itu badan anda lebih bersih dan sihat.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Friday, 30 May 2014

Penyebab dan Penanganan Anemia

Anemia adalah kondisi di mana darah Anda memiliki jumlah sel darah merah di bawah normal. Kurangnya sel darah merah ini biasanya diindikasikan oleh hitungan hemoglobin yang lebih rendah dari normal (lihat tabel).

Hemoglobin adalah unsur utama penyusun sel darah merah yang merupakan protein kaya zat besi dan berfungsi membantu sel darah merah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
Bila jumlah hemoglobin Anda sedikit, sel-sel tubuh Anda akan kekurangan oksigen. Anda akan merasa lelah, lemas dan gejala anemia lainnya. Anemia parah dan menahun (kurang dari 5 g/dl) dapat mengakibatkan kerusakan jantung, otak dan organ tubuh lain. Anemia yang sangat parah  bahkan dapat menyebabkan kematian.

Gejala

Kadar Hb Normal

Pria dewasa 13.5 – 17 g/dl
Wanita dewasa 12 – 15 g/dl
Ibu hamil 11 – 12 g/dl
Bayi baru lahir 14 – 24 g/dl
Anak-anak 11 – 16 g/dl
Tubuh yang mengalami anemia akan menunjukkan gejala seperti muka pucat, lelah, kurang energi/lemas, mengantuk, dan sakit kepala. Pada kasus yang lebih parah, anemia menyebabkan denyut jantung bertambah cepat, nafas tersengal dan pingsan.

Penyebab

Anemia terutama disebabkan oleh kehilangan darah, kekurangan produksi sel darah merah atau perusakan sel darah merah yang lebih cepat dari normal. Kondisi tersebut dapat disebabkan oleh:
  • Kurang mengkonsumsi makanan yang mengandung zat besi, vitamin B12, asam folat dan vitamin C,  unsur-unsur yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
    • Kekurangan zat besi adalah penyebab utama anemia. Sekitar 20% wanita, 50% wanita hamil dan 3% pria mengalami kekurangan zat besi.
    • Tidak mengkonsumsi daging (vegetarian) dapat menyebabkan Anda kekurangan vitamin B12, jenis vitamin yang hanya ditemui pada makanan hewani (daging, ikan, telur, susu). Di kalangan non vegetarian, hampir tidak ada yang kekurangan vitamin ini karena cadangannya cukup untuk produksi sel darah sampai lima tahun.
    • Asam folat tersedia pada banyak makanan, namun terutama terdapat di hati dan sayuran hijau mentah.
  • Darah menstruasi berlebihan. Wanita yang sedang menstruasi rawan terkena anemia karena kekurangan zat besi bila darah menstruasinya banyak dan dia tidak memiliki cukup persediaan zat besi.
  • Kehamilan. Wanita yang hamil rawan terkena anemia karena janin menyerap zat besi dan vitamin untuk pertumbuhannya.
  • Penyakit tertentu. Penyakit yang menyebabkan perdarahan terus-menerus di saluran pencernaan seperti gastritis, radang usus buntu,dll dapat menyebabkan anemia.
  • Obat-obatan tertentu. Beberapa jenis obat dapat menyebabkan perdarahan lambung (aspirin, obat anti inflamasi,dll). Obat lainnya dapat menyebabkan masalah dalam penyerapan zat besi dan vitamin (antacid, pil KB, obat anti artritis, dll).
  • Operasi pengambilan sebagian atau seluruh lambung (gastrektomi). Ini bisa menyebabkan anemia karena tubuh kurang menyerap zat besi dan vitamin B12.
  • Penyakit radang kronis seperti lupus, artritis rematik, penyakit ginjal, masalah pada kelenjar tiroid, beberapa jenis kanker, dan penyakit lainnya dapat menyebabkan anemia karena memengaruhi proses pembentukan sel darah merah.

Penanganan

  • Bila Anda merasakan gejala anemia di atas dan orang-orang di sekeliling Anda melihat Anda tampak pucat dan lelah, segeralah berkonsultasi dengan dokter. Dokter akan menanyakan kebiasaan makan Anda dan obat yang sedang Anda minum. Anda lalu akan mendapatkan pemeriksaan fisik, pemeriksaan darah dan pemeriksaan penunjang lainnya untuk menentukan apakah terdapat anemia dan apa penyebabnya.
  • Penanganan anemia tergantung pada penyebabnya. Bila penyebabnya adalah kekurangan zat besi, dokter akan mencari tahu dan mengatasi penyebab kekurangan tersebut. Suplemen zat besi dalam bentuk tablet atau sirup mungkin diberikan. (Bila anemia disebabkan oleh masalah penyerapan pasca- operasi gastrektomi, pemberian suplemen akan diberikan secara intramuskular atau intravenal).
  • Pemulihan biasanya berlangsung enam hingga delapan minggu setelah penanganan. Setelah anemia tertangani, Anda masih akan terus menerima asupan suplemen zat besi hingga beberapa bulan untuk menjaga kondisi. Tinja Anda akan berwarna hitam selama perawatan.
  • Bila anemia disebabkan penyakit tertentu, satu-satunya solusi adalah menyembuhkan penyakitnya.
  • Anemia kronis yang ditandai dengan gejala parah seperti denyut jantung cepat, nafas tersengal dan pingsan mungkin harus segera ditangani dengan transfusi darah.

Tips

  • Mengkonsumsi makanan yang mengandung zat besi disarankan bagi setiap orang, terlebih bagi wanita yang menstruasi atau sedang hamil. Zat besi yang paling mudah diserap bersumber dari daging, ayam dan ikan. Beberapa makanan seperti sayuran, buah-buahan, sereal (yang diperkuat zat besi), telur dan kacang-kacangan juga mengandung zat besi, namun lebih sulit dicerna. Untuk mempermudah penyerapan zat besi, Anda dapat memakannya bersamaan dengan daging, ayam atau ikan atau dengan buah-buahan yang kaya vitamin C.
  • Anda tidak memerlukan suplemen zat besi kecuali direkomendasikan dokter. Suplemen zat besi berdosis tinggi dapat menyebabkan konstipasi dan tinja berwarna hitam. Selain itu, penggunaan suplemen zat besi yang tidak perlu dapat menyembunyikan masalah lain, misalnya perdarahan pada saluran pencernaan.
  • Wanita hamil disarankan mengkonsumsi suplemen makanan sesuai saran dokter, termasuk yang mengandung zat besi dan asam folat untuk mencegah anemia.
  • Mengkonsumsi buah-buahan kaya vitamin C seperti jambu, jeruk, sirsak, pepaya, dan anggur dapat membantu tubuh menyerap zat besi.
  • Menjalani diet vegetarian harus dilakukan dengan bijak karena dapat menyebabkan kekurangan vitamin B12. Vitamin ini sangat penting bagi pembentukan sel-sel tubuh, termasuk sel darah merah. Bila Anda tidak mengkonsumsi makanan hewani, Anda perlu mengambil suplemen vitamin B12.
  • Berhati-hatilah dalam penggunaan aspirin, ibuprofen dan obat anti inflamasi karena dapat menyebabkan iritasi lambung. Bila Anda harus mengkonsumsinya, konsultasikan dengan dokter jika Anda punya riwayat perdarahan lambung. Dokter mungkin akan mengganti dengan obat lain yang sesuai.
sumber dari : http://majalahkesehatan.com/
Ditulis oleh dr Salma

Kepentingan air terhadap kesihatan manusia

Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong  baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.

Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.    Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.

Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.

Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: puteriandalusia

Perkara yang perlu dielak selepas makan

Selepas makan selalunya anda dinasihatkan tidak terus berbaring kerana ia akan menyebabkan makanan tidak hadam.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa perkara yang mungkin anda selalu lakukan sebaik sahaja selepas makan.

Oleh itu baca di bawah tentang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh anda.

Jangan merokok
Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanseer paru-paru.

Jangan makan buah
Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan.

Jangan minum teh
Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.

Jangan longgarkan tali pinggang anda
Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.

Jangan mandi
Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah.

Jangan banyak berjalan
Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.

Jangan tidur
Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Thursday, 29 May 2014

Penyakit Batu Karang Dalam Ginjal/Buah Pinggang

Batu yang terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk daripada beberapa jenis bahan kimia melalui pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat, Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine dan Magnesium Pospat Ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Ia terbentuk dalam ginjal, kemudian bergerak ke dalam saluran kencing dan membesar di situ. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu ini menjadi terlalu besar dan mengakibatkan gangguan kepada perjalanan air kencing. Kuman-kuman akan merebak di sini dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal
  1. Rasa pedih ketika kencing
  2. Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
  3. Rasa seperti pasir berada dalam badan
  4. Air kencing kotor & berbau busuk
  5. Rasa sakit di kawasan pinggang
  6. Rasa sakit pada alat sulit
Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal
  1. Peringkat Awal – Perubatan Biasa
  2. Peringkat Kedua – Pembedahan / Lithotritpsy
  3. Peringkat Serius – Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang
Kesan Pemecahan Batu Karang

Bidang perubatan moden boleh menghancurkan batu karang, tetapi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika ia hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan.


Kesan Pemindahan Buah Pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru.

sumber dari : http://www.rawatan.org/

7 Penyebab Pingsan

Pingsan (sinkop) adalah kehilangan kesadaran secara tiba-tiba, biasanya hanya beberapa detik atau menit, karena otak Anda tidak mendapatkan cukup oksigen. Otak memiliki beberapa bagian, termasuk dua belahan otak, otak kecil, dan batang otak. Otak membutuhkan aliran darah untuk menyediakan oksigen dan glukosa ke sel-selnya. Agar tubuh tetap sadar, sebuah area yang dikenal sebagai sistem pengaktif retikuler yang terletak di batang otak harus hidup, dan setidaknya satu belahan otak harus berfungsi. Pingsan terjadi bila sistem pengaktif retikuler atau kedua belahan otak kekurangan darah, oksigen, atau glukosa.

1. Reaksi saraf vagus

Pingsan kebanyakan dipicu oleh saraf vagus yang menghubungkan sistem pencernaan ke otak dan berperan mengelola aliran darah ke otak dan usus. Overstimulasi saraf vagus memperlambat denyut jantung dan menurunkan tekanan darah sehingga mengurangi asupan darah ke otak yang menyebabkan pingsan. Stres berat, ketakutan, kecemasan, panik,  dan rasa sakit yang kuat dapat merangsang saraf vagus.

2. Perubahan tekanan darah

Perubahan tekanan darah dapat menyebabkan Anda pingsan. Kadang-kadang, jantung dan pembuluh darah tidak bereaksi cukup cepat ketika kebutuhan oksigen tubuh Anda berubah. Hal ini sangat umum pada orang tua dan pada orang yang memiliki kondisi kesehatan tertentu, seperti diabetes. Pingsan dapat terjadi bila Anda berdiri terlalu lama atau bekerja lebih keras dari kemampuan.

3. Anemia

Anemia (kekurangan jumlah sel darah merah) dapat menyebabkan pingsan karena tidak cukup sel darah merah untuk memasok oksigen ke otak. Anemia dapat disebabkan oleh kurangnya asupan zat besi, penyakit atau perdarahan (misalnya, menstruasi berlebihan).

4. Dehidrasi

Kekurangan cairan dalam tubuh (dehidrasi) juga dapat menyebabkan pingsan. Dehidrasi dapat disebabkan oleh muntah, diare, demam, berkeringat, luka bakar atau kurang minum. Beberapa penyakit seperti diabetes juga dapat menyebabkan dehidrasi karena terlalu sering buang air kecil. Muntah dan diare, khususnya, juga merangsang saraf vagus sehingga berefek ganda.

5. Syok

Syok adalah kondisi yang ditandai oleh tekanan darah rendah yang kemudian dapat menyebabkan kehilangan kesadaran. Syok adalah keadaan darurat berbahaya yang biasanya berasal dari perdarahan, tetapi juga bisa berasal dari alergi parah (anafilaksis) atau infeksi parah. Korban syok biasanya terlihat bingung, sebelum kehilangan kesadaran saat kondisinya semakin buruk.

6. Obat

Obat-obatan yang dimaksudkan untuk mengendalikan tindakan tekanan darah tinggi dapat terlalu banyak menurunkan tekanan darah sehingga menyebabkan pingsan. Alkohol, kokain dan ganja juga dapat menyebabkan pingsan. Berbicaralah dengan dokter jika Anda berpikir pingsan Anda mungkin berhubungan dengan obat yang Anda pakai.

7. Hipoglikemi

Kekurangan gula darah (hipoglikemi) dapat membuat Anda pingsan. Hipoglikemi tidak hanya disebabkan oleh diabetes, tetapi juga karena Anda tidak makan untuk waktu yang lama.

Apa yang harus dilakukan bila Anda merasa akan pingsan?

Sebelum pingsan, Anda biasanya merasa pening, pusing, ruangan seperti berputar, mual dan berkeringat dingin. Anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur atau pendengaran berdesing. Jika Anda merasa seperti akan pingsan, berbaringlah. Jika Anda tidak dapat berbaring, duduk dan berjongkoklah dengan meletakkan kepala Anda di antara lutut Anda. Hal ini membantu mengalirkan darah ke otak Anda. Tunggulah sampai Anda merasa lebih baik sebelum mencoba berdiri. Ketika Anda berdiri, lakukanlah perlahan-lahan.

Ditulis oleh dr Salma

Tips sihat menjalani ibadah puasa

TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

5)banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: onlylurve

Panduan kurangkan alahan kehamilan

Wanita hamil digalakkan menjaga pemakanan. - Gambar hiasan.

Soalan
Saya mengalami alahan yang sangat teruk sepanjang 10 minggu kehamilan. Benarkah terdapat ubat yang mampu mengatasi masalah ini? Jika ada, adakah ubat ini akan memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan?
CT, Perlis

Jawapan
Kebiasaannya, wanita yang mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan). Punca sebenar alahan masih kurang jelas sehingga kini. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan aras hormon kehamilan yang dikenali sebagai - human chorionic gonadotrophin' (- hcG) yang meningkat. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang kerana aras hormon tersebut akan berkurangan selepas trimester pertama.

Sekiranya mengalami alahan berterusan selepas trimester pertama, anda dinasihatkan berjumpa doktor pakar untuk mencari punca lain yang menyebabkan alahan tersebut. Ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehinggalah bersalin walaupun tiada penyebab yang diketahui. Tahap alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik tidak pernah mengalami alahan langsung setiap kali hamil.

Tiada ubat spesifik yang perlu diambil bagi mengatasi masalah alahan ini. Secara amnya doktor akan memberikan tip-tip atau nasihat bagi mengurangkan simptom alahan dengan mengamalkan  pemakanan yang kerap atau mengambil hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap dua jam) walaupun anda tidak lapar, makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas dan elakkan daripada mengambil kafein. Semasa peringkat ini juga seseorang wanita perlu minum air dengan kerap dan banyak sehingga 10 hingga 12 cawan sehari.

Bagi rutin harian pula, anda hendaklah berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila anda kepenatan atau mengalami stres. Pada kebiasaannya, pengambilan vitamin mengandung tidak diberikan secara rutin pada peringkat ini kerana mungkin menyebabkan simptom alahan bertambah teruk. Selain itu, doktor juga memberikan ubat tahan muntah (anti-emetik) jika perlu. Anda perlu dimasukkan ke wad jika alahan tersebut teruk dan mengalami simptom dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom ini biasanya dimanifestasi melalui pening-pening, dahaga dan pengeluaran air kencing yang sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip iaitu secara intravena. Ubat yang diberikan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/
 
Bersama PROFESOR DR. NIK HAZLINA NIK HUSSAIN

Wednesday, 28 May 2014

Sopak Atau Vitiligo

Sopak atau Vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen yang dipanggil melanosit di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal dan retina ataua lapisan dalam mata dimusnahkan.

Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa bahagian badan. Rerambut atau bulu-bulu yang tumbuh di kawasan terbabit juga akan turut bertukar menjadi putih.

Punca sebenar Sopak atau Vitiligo sampai sekarang tidak diketahui secara sahih. Para doktor dan penyelidik masih terus mengesan punca atau asal-usul penyakit ini. Mereka ini telah menyimpulkan hasil kajian dan penyelidikan mereka kepada beberapa teori tersendiri. Antaranya:

  • Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit itu sendiri.
  • Kemusnahan melanosit dengan sendiri atau mati beragam.
  • Ada juga kajian menunjukkan sesetengah kejadian seperti terkena pancaran cahaya matahari berlebihan(sunburn).
  • Ada juga mengatakan kerana tekanan emosi boleh menyebabkan Sopak atau Vitiligo ini
Yang pasti kebanyakan pengidap Sopak atau Vitiligo ada kaitan dengan kelenjar tiroid. Sejauh mana kepastian hanya yang arif dan pakar sahaja dapat menjawabnya.

Epidemiologinya, dianggarkan satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 atau 50 juta orang) menghidapi Sopak atau Vitiligo. Dan 95 peratus penghidap vitiligo bermula di umur mencecah 40-an. Apapun Sopak atau Vitiligo menyerang tanpa mengira kaum atau jantina. Kajian menunjukkan penyakit ini lebih kepada mereka yang menghidapi penyakit autoimun atau penyakit di mana daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri. Antara contoh penyakit Autoimun adalah seperti hipertiroidism di mana kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan anemia pernicious iaitu penyakit kekurangan sel darah disebabkan kegagalan sel menyerap vitamin B12.

Sesetengah suatu kaum pula, Sopak atau Vitiligo ini adalah bawaan dari faktor keturunan. Tetapi sampai sekarang teori ini tidak dapat dibuktikan secara sahih.

Ketandaan Sopak atau Vitiligo pada peringkat awalnya kehadiran tompok-tompok putih pada kulit di bahagia tertentu. Tompok ini selalunya berlaku di kawasan terdedah pada cahaya matahari. Kebiasaannya bermula di bahagian tangan, kaki, lengan, muka, bibir, ketiak, di sekeliling mata, dan ada yang merebak ke bahagian organ seks. Namun begitu belum ada sesiapa yang dapat meramalkan Sopak atau Vitiligo ini boleh merebak secara mendadak atau perlahan.

Rawatan Sopak atau Vitiligo sampai sekarang belum ada termaktub satu teknik atau formula yang betul-betul berkesan. Rawatan yang sedia ada mengambil masa yang lama. Enam hingga lapan belas bulanpun belum menunjukkan kesan penyembuhan. Bagi pesakit yang ingin membuat rawatan, ada yang sampai kepada kaedah moden seperti pembedahan dan terapi yang sofistikated. Apapun masih ramai pesakit yang masih tercari-cari penawar Sopak atau Vitiligo ini.

Rawatan moden, hanya pakar perubatan moden yang tahu, tetapi semuanya belum menjanjikan penyembuhan yang sempurna. Yang Allah yang lebih mengetahui ubat dan penawarnya. Namun setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/ 
oleh: ZiiYee

21 Tips Dan Petua Mencantikan Wajah Dan Mengekalkan Kecantikan

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
 
BIBIR MERAH SEMULAJADI
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. 
KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu
MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIR
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih
MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
NAIK SERI WAJAH
Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
OTAK JADI BIJAK
masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.
MENCANTIKKAN KULIT MUKA
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
PETUA AWET MUDA
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
MUKA BERSERI
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
SENTIASA MUDA
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

sumber dari : http://blog3dalam1.blogspot.com/

Nutrisi untuk pesakit buah pinggang

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah salah satu masalah kesihatan global khususnya di Asia Tenggara kerana ia berhubung kait dengan diabetes dan tekanan darah tinggi, penyakit-penyakit yang kerap digelar penyakit 'gaya hidup'.

Hasil kajian terhadap CKD juga menunjukkan bahawa pengurangan fungsi buah pinggang akan menyebabkan peningkatan penyakit berkaitan kardiovaskular dan membawa kepada kematian awal. Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan, di samping pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang yang kronik.

Dialisis akan membantu 'mengambil alih' tugas-tugas buah pinggang yang rosak dengan membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan.

Timbul persoalan adakah rawatan dialisis yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang akan menyebabkan kesan-kesan lain yang mungkin akan menjejaskan hidup.

Ini lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza kerana pesakit terpaksa bergantung hidup pada mesin.

Ketika ini sokongan ahli keluarga amat diperlukan kerana emosi dan fizikal pesakit akan terjejas.
Pesakit buah pinggang biasanya akan berasa letih kerana kekurangan tenaga, justeru mereka perlu mengambil makanan yang dirancang dengan teliti agar dapat memberikan tubuh nutrien yang secukupnya.

Menurut pakar kesihatan buah pinggang, Dr. Fernando Cortizo, pesakit dialisis boleh menjalani kehidupan yang normal dan aktif sekiranya mengamalkan pengurusan dan kawalan penyakit yang sewajarnya.

“Pesakit perlu mengambil protein yang secukupnya iaitu lebih tinggi daripada orang biasa. Jumlah protein yang mencukupi penting untuk tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada jangkitan penyakit.

“Di samping itu, pesakit juga perlu mengawal kadar pengambilan fosfat, selain perlu mengawasi pengambilan makanan yang mengandungi sodium, kalium dan pengambilan cecair," katanya dalam sesi sembang kesihatan dalam majlis pelancaran makanan kesihatan TFF Unece U-99 dan TFF Unece U-LP 200 untuk pesakit pra-dialisis dan dialisis di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, tanpa protein yang secukupnya, pesakit dialisis akan mula mengalami masalah otot, di mana badan akan memakan fungsi otot sendiri untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk memberi fungsi kepada organ badan yang lain.

Ujarnya, pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah.
Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah diet tanpa garam tambahan iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak.

“Nutrisi penting untuk pesakit dialisis kerana tanpa nutrisi yang baik, penyembuhan luka terjejas, kecenderungan berlakunya jangkitan penyakit, lemah badan, keletihan dan kadar pemulihan merosot," jelasnya.

Dr. Cortizoa berkata, di Malaysia, bilangan pesakit buah pinggang peringkat akhir meningkat setiap tahun.

“Walaupun dianggap masalah biasa, tetapi ia boleh dirawat dengan adanya terapi selamat dan berkesan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan gaya hidup," katanya. Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan termasuk pengurusan makanan yang bijak. Makanan kesihatan
Dalam pada itu, True Functional Food memperkenalkan TFF Unece U-99 dan TFF Unece LP 200 makanan kesihatan kepada pesakit pra-dialisis dan dialisis untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif.

Ia diformulakan untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis dengan memberikan diet protein yang tinggi iaitu yang mempunyai 17.2 (22g) protein BV dan nisbah yang selamat untuk kandungan fosforus, kalium dan natrium.

Ia juga mempunyai nutrisi yang tinggi bagi bahan berfungsi seperti L-Carnitine, Laktoferin, L-arginina dan Taurina, untuk memperkuatkan sistem imun pesakit, selain mencegah perkembangan penyakit kardiovaskular yang merupakan komplikasi kepada pesakit yang menjalani rawatan dialisis.
Kajian di Hospital Universiti Perubatan Chung Shan Taiwan telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan tersebut telah meningkatkan tahap tenaga, metabolisme yang lebih baik dan membantu mengawal fungsi tubuh selain meningkatkan kualiti hidup serta jangka hayat pesakit dialisis.

Manakala TFF Unece LP 200 pula makanan kesihatan untuk pesakit buah pinggang peringkat satu hingga empat, yang mempunyai risiko mengalami peringkat tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis untuk hidup.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/
 

 
 

Penyakit dan makanan tradisional

MALAYSIA boleh dikatakan syurga makanan. Pelbagai jenis makanan lazat sama ada tradisional, Timur atau Barat semuanya boleh dinikmati dengan mudah di negara ini sama ada di gerai, restoran sehingga restoran lima bintang. Makanan boleh dikatakan punca pelbagai penyakit. Tetapi adakah makanan tradisional memberikan mudarat kepada kesihatan? Makanan tradisional seperti rendang, masak lemak, kari, asam pedas, keropok, kerepek, pulut panggang, seri muka, kuih lopes - sekadar menyebut beberapa menu - biasanya diadun dengan bahan seperti santan, kelapa, gula, pulut, sagu, garam dan serbuk perasa secara berlebihan bagi mendapatkan rasa yang enak serta membuka selera.

Bahan-bahan berkenaan biasanya menyebabkan pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau jantung jika diambil secara berlebihan tanpa kawalan. Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Sains Makanan dan Keselamatan Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Umi Kalsum Hussain Zaki berkata, masyarakat Melayu sejak lama dulu mengambil nasi sebagai makanan asasi atau ruji tetapi tidak mendatangkan banyak masalah.

"Kajian menunjukkan masalahnya bukan terletak kepada karbohidrat tetapi cara dan kuantiti makanan diambil," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai carta pemakanan atau piramid makanan sebagai panduan bagi masyarakat untuk menjadi lebih sihat.Umi Kalsum berkata, biasanya kita melihat makanan tradisional Melayu tidak seimbang dan tidak mengikut keperluan badan.

"Apa yang penting kita perlu mengambil nasi atau apa juga makanan dengan kuantiti yang sesuai dengan usia, jantina dan aktiviti seseorang. Misalnya seorang kanak-kanak memerlukan karbohidrat dan protein yang tinggi berbanding dengan mereka yang kurang menggunakan tenaga," katanya. Misalnya mengenai makanan segera, Umi Kalsum menjelaskan, tiada larangan asalkan tidak keterlaluan dan hadkan hanya dua kali sebulan."Tapi jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi kerana makanan diperlukan untuk membakar lemak, dan semasa berpuasa jangan sesekali meninggalkan sahur," katanya.

Akan tetapi jelas Umi Kalsum, amat sukar sebagai pengguna menentukan berapa kalori yang kita ambil dalam makanan yang kita makan. Berapa kalori dalam semangkuk nasi? Atau berapa kalori terdapat dalam sepinggan mi goreng atau nasi lemak? Adakah kalori yang diambil sesuai dengan keperluan seharian?
"Sebagai pengguna, kita hanya boleh membuat anggaran kalori yang diambil. Dan apa yang penting, kita seimbangkan apa yang kita makan setiap hari," katanya.Umi Kalsum mengambil contoh, sate yang dihidangkan dengan bawang dan timun amat baik kerana sate yang dibakar menghasilkan agen pengoksidaan manakala bawang dan timun adalah anti oksida. Ini adalah keseimbangan.

"Masyarakat dahulu walaupun mereka mengambil santan, gula dan garam berlebihan dalam makanan, mereka menyeimbangkannya melalui mengambil ulam-ulaman dengan banyak serta membuat kerja berat seperti bersawah dan berkebun. "Gaya hidup masyarakat sekarang tidak memerlukan banyak tenaga seperti mereka yang bekerja di pejabat menyebabkan mereka menyimpan banyak tenaga dalam badan dan menjadi lemak dan gula.

"Ini menyumbang kepada obesiti dan pelbagai penyakit kronik lain seperti diabetes, darah tinggi dan jantung," katanya. Seelok-eloknya kawal pemakanan tetapi jangan sampai menahan lapar dan membiarkan badan dalam keadaan kelaparan. Gula dalam makanan akan dibebaskan menjadi tenaga dan kandungan gula dalam badan dikira dengan indeks glisemik. Apabila gula dalam darah adalah tinggi, ini akan menyebabkan diabetes dan pesakit memerlukan diet yang berbeza.

Menyentuh tentang makanan tambahan atau suplemen, Umi Kalsum berkata, jika badan mendapat makanan berkhasiat, suplemen tidak diperlukan. "Seelok-eloknya ambil bahan semula jadi. Jika selesema selain mengambil vitamin C, apa kata gantikan dengan memakan limau. "Lagipun vitamin yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing," katanya. Selain itu lakukan senaman dua hingga tiga kali seminggu. "Anda tidak perlu ke gimnasium kerana kerja rumah juga adalah senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak," katanya.

Umi Kalsum menyarankan masyarakat mengubah gaya cara pemakanan secara beransur-ansur. Misalnya menggantikan roti biasa dengan roti gandum. "Bagi mereka yang beragama Islam pula, amalkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis bagi menyeimbangkan makanan yang diambil. Jika makan lebih, banyakkan senaman. "Seelok-eloknya masak di rumah dan bawa bekal ke pejabat sebab makanan yang dimasak sendiri lebih bersih dan berkhasiat," katanya. Ujarnya lagi, makanan tradisional tidak mengundang penyakit jika ia diambil secara seimbang.

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/

Tuesday, 27 May 2014

20 Gejala Penyakit Berbahaya

Setiap gejala dalam tubuh menandakan sesuatu yang berbeda tingkat keseriusannya. Banyak keluhan yang sifatnya ringan tetapi menandakan penyakit berbahaya. Banyak juga keluhan yang tampaknya serius padahal tidak perlu dicemaskan.

Kapankah Anda harus memeriksakan diri ke dokter dan kapan tidak? Sebagai patokan, bila Anda merasakan salah satu gejala berikut, segeralah berkonsultasi dengan dokter:
  1. Kehilangan penglihatan atau kesulitan berbicara dalam jangka pendek, mati rasa di wajah atau tubuh, lemah atau lumpuh di lengan atau kaki.
  2. Sakit kepala yang terjadi tiba-tiba dan sangat kuat, terutama setelah mengalami cedera kepala atau bila disertai demam dan leher kaku/nyeri.
  3. Berat badan banyak turun dalam waktu pendek: lima persen dari berat badan dalam waktu satu bulan atau sepuluh persen dalam waktu enam sampai dua belas bulan.
  4. Setiap perubahan di payudara: benjolan, gatal, nyeri, perubahan kulit, keluar cairan dari puting.
  5. Perdarahan vagina di luar menstruasi atau setelah menopause.
  6. Gangguan perut: diare lebih dari seminggu atau sembelit lebih dari dua minggu, buang air besar yang tidak biasa, tinja berdarah atau hitam.
  7. Merasa kenyang yang tidak biasa setelah makan kecil.
  8. Batuk yang berlangsung lebih dari empat minggu atau batuk berdarah.
  9. Merasa sedih terus-menerus selama beberapa minggu atau bulan.
  10. Demam lebih dari 38°C, yang berlangsung lebih dari seminggu atau demam tiba-tiba tinggi di atas 39°C.
  11. Nafas sesak atau tersengal-sengal, terutama jika terjadi pada saat istirahat.
  12. Kebingungan, disorientasi, perilaku agresif tiba-tiba, lekas marah yang ekstrim atau halusinasi.
  13. Sendi panas, merah, nyeri atau bengkak
  14. Mengantuk terus-menerus, kesulitan bangun, atau kurang berjaga.
  15. Rasa sakit atau terbakar saat buang air kecil atau buang air kecil terlalu sering dan dalam jumlah kecil.
  16. Mual atau muntah yang persisten.
  17. Sensitivitas yang parah terhadap cahaya
  18. Limbung yang membuat sulit berdiri atau berjalan (ataksia atau vertigo).
  19. Penglihatan ganda, kabur, atau bintik buta.
  20. Ruam kulit yang tidak biasa atau memar spontan.
sumber dari : http://majalahkesehatan.com/
Ditulis oleh dr Salma

Obat Tradisional Untuk Gatal-Gatal

Gatal adalah reaksi yang terjadi pada kulit akibat terserang jamur atau gigitan serangga. Jamur dapat menyerang kulit, terutama pada bagian yang tersembunyi, seperti mulut, lengan, ketiak, sela-sela jari tangan dan kaki, lipatan paha, kemaluan, dan tempat-tempat yang lembap lainnya.   Pengobatan (Pilih salah satu ramuan obat tradisional di bawah ini ):

Ramuan Obat Tradisional 1 :

15 gram temu hitam,
15 gram temu kunci, dan
15 gram kunyit dihaluskan,

kemudian dioleskan pada kulit yang gatal. Pemakaian : Secara teratur 1-2 kali sehari.

Ramuan Obat Tradisional 2 :

Seluruh tanaman leunca digiling hingga halus kemudian dioleskan pada kulit yang gatal. Pemakaian : Secara teratur 1-2 kali sehari.

Ramuan Obat Tradisional 3 :

Kulit labu bligo (labu tangkua) direbus dengan air secukupnya, kemudian airnya digunakan untuk mandi. Pemakaian : Secara teratur 1-2 kali sehari.

Ramuan Obat Tradisional 4 :

1-2 lembar daun biduri dicuci bersih, permukaannya dioleskan dengan minyak kelapa, lalu layukan diatas api. Pemakaian : Tempelkan di bagian yang gatal.

Ramuan Obat Tradisional 5 :

Cuci bersih 20 gram batang dan daun kentut segar, lalu digiling halus. Pemakaian : Tempelkan di bagian yang gatal.

Ramuan Obat Tradisional 6 :

Cuci bersih 1 lembar daun keji beling segar. Gosokkan di bagian yang gatal sampai daun hancur dan mengeluarkan air. Pemakaian : 2 kali setelah berselang 2 jam. Cuci bersih daun mimba, lalu remas-remas hingga hancur. Pemakaian : balurkan pada bagian yang gatal.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: nugiestuart

3 Tips Mudah Mengatasi Kelelahan

Kelelahan adalah keluhan yang sangat umum, dan biasanya disebabkan oleh gaya hidup. Seseorang merasa lelah karena banyak hal: tidur malam terlalu pendek, stres, bekerja keras, dll. Kelelahan juga disebabkan penyakit yang memerlukan diagnosis dan perawatan lebih lanjut, misalnya, penyakit jantung, sleep apnea (gangguan bernafas saat tidur), hipotiroidisme, anemia, diabetes atau bahkan kanser.

Dalam kebanyakan kasus, perawatan yang paling efektif untuk kelelahan adalah istirahat dan tidur yang cukup. Bila Anda masih merasa lelah meskipun sudah cukup istirahat dan tidur, beberapa perubahan gaya hidup berikut dalam rutinitas harian Anda mungkin juga membantu:

1. Berolah raga ringan di pagi hari.

Berolahraga adalah suatu keharusan. Anda mungkin selalu sibuk atau jadwal Anda terlalu padat sehingga tidak menyisakan waktu untuk berolah raga. Namun sebaiknya Anda setidaknya menyempatkan setengah jam untuk berolah raga di pagi hari. Solusi apa pun tidak dapat mengkompensasi hal ini. Tubuh kita perlu berolah raga agar tetap bugar.

Anda bisa melakukan jogging atau latihan kardiovaskular ringan, berlari, bermain bulu tangkis atau latihan beban. Pada awalnya Anda mungkin merasa sedikit lelah tetapi setelah tubuh Anda terbiasa Anda akan merasa segar dan penuh energi. Sepanjang hari Anda akan berjalan lancar. Anda akan menjadi orang yang enerjik.

2. Sinar matahari.

Daripada meringkuk di tempat tidur sampai menit terakhir dan buru-buru menyiapkan diri untuk bekerja, sebaiknya Anda berjalan-jalan selama beberapa menit di luar rumah. Sinar matahari pagi akan membantu membuka pori-pori tubuh Anda dan membuat diri Anda lebih waspada dan aktif. Anda akan penuh energi dan vitalitas.

3. Sarapan.

Dalam hidup serba cepat saat ini, kita memiliki sedikit waktu luang. Kita begitu ditekan oleh waktu sehingga sering melewatkan sarapan. Untuk tetap aktif dan enerjik sepanjang hari, Anda harus menyantap sarapan sehat di pagi hari.

Jika Anda melewatkan sarapan dan hanya memakan kudapan kecil di antara pekerjaan Anda, Anda sedang mengembangkan kebiasaan buruk yang tidak hanya menyebabkan kelelahan tetapi juga menimbulkan banyak masalah kesehatan. Sarapan merupakan makanan terpenting bagi kita semua.

Sesuaikan rutinitas harian Anda sehingga Anda memiliki cukup waktu untuk sarapan. Pastikan Anda tidak memakan makanan yang digoreng dan berat saat sarapan Anda. Pilihlah makanan kaya karbohidrat, protein dan serat seperti roti, bubur, buah-buahan, susu, telur dll.

sumber dari : http://majalahkesehatan.com/3-tips-mudah-mengatasi-kelelahan/
Ditulis oleh dr Salma

Pesakit Memiliki Tulang Besar Dan Tinggi Tak Normal

Akromegali, suatu masalah hormon yang kurang diketahui ramai, jarang berlaku dan hanya empat kes bagi setiap sejuta orang. Ia berlaku apabila kelenjar pituitari mengeluarkan hormon pertumbuhan dalam jumlah berlebihan.

Pituitari adalah kelenjar bersaiz kecil yang terletak di bahagian bawah otak dan di belakang batang hidung, bertanggungjawab menghasilkan beberapa hormon yang penting dalam pertumbuhan fizikal. Apabila hormon pituitari dikeluarkan secara berlebihan, keadaan itu menyebabkan rangka tulang menjadi besar dan boleh dilihat dengan jelas di bahagian tangan, kaki serta muka. Selalunya ia akan ‘menyerang’ golongan pertengahan usia dewasa.

Bagi kanak-kanak yang masih dalam fasa membesar, terlalu banyak hormon tumbesaran akan membuatkan mereka mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘kegergasian’. Mereka memiliki tulang yang besar dan pertambahan ketinggian yang tidak normal. Oleh kerana Akromegali adalah keadaan yang jarang berlaku dan terjadi secara perlahan-lahan, ia hanya disedari selepas memakan masa bertahun-tahun. Sekiranya tidak mendapat rawatan pantas, ia boleh membawa kepada penyakit serius dan mengancam nyawa.

Akromegali menyebabkan perubahan fizikal yang semakin membesar, cincin yang sering disarung mungkin tidak muat selain saiz kasut bertambah, bentuk muka berubah sehingga bahagian rahang dan kening menonjol, hidung membesar, bibir menebal dan jarak antara gigi semakin bertambah.

Simptom Akromegali mungkin berbeza antara individu misalnya muka, lidah, kaki dan tangan membesar, kulit yang semakin menebal, kasar dan berminyak, berpeluh dengan banyak dan badan berbau, ketumbuhan tisu kecil pada kulit, keletihan, otot lemah, suara menjadi garau, berdengkur dengan kuat, penglihatan kabur, sakit kepala, kitaran haid tidak seragam, mati pucuk, organ dalaman membesar dan ukuran dada bertambah.
Apabila kelenjar pituitari dirembeskan ke dalam darah, ia mencetuskan penghasilan hormon pembesaran seakan-akan insulin daripada hati yang kemudiannya merangsang tumbesaran badan.Dalam kalangan orang dewasa, terlalu banyak rembesan hormon tumbesaran juga boleh menyebabkan berlakunya ketumbuhan. Keadaan itu boleh mengakibatkan sakit kepala atau penglihatan kabur akibat pertindihan ketumbuhan pada bahagian tisu otak.

Akromegali turut menyumbang kepada masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kardiovaskular, osteoartritis, diabetes, apnea, buta dan tekanan pada bahagian saraf tunjang.Ketua Pakar Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin berkata, Akromegali adalah salah satu penyakit pituitari ganjil dan jarang disyaki oleh pengamal perubatan. Malah katanya, sehingga hari ini, hanya 20 peratus pesakit dikesan dan dirawat di Malaysia manakala penghidap Akromegali yang belum diperiksa atau mendapat rawatan dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 orang.

“Penyakit ini disebabkan ketumbuhan tumor di kelenjar pituitari di bahagian otak manusia. Ketumbuhan ini menyebabkan hormon tumbesaran manusia dikeluarkan dengan kadar yang terlalu tinggi. Oleh itu, penyakit unjuran lain seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan barah juga akan timbul.
“Di peringkat awal, pesakit selalunya sering sakit kepala dan mengalami migrain. Kesan yang paling ketara adalah kadar tumbesaran yang pantas bagi pesakit yang belum akil baligh.

“Selain itu, pesakit juga sering melihat perubahan pada saiz muka iaitu dahi dan dagu akan membesar. Kesan lain termasuk perubahan pada susunan gigi, jarak gigi menjadi lebih jarang serta perubahan pada saiz jari, lengan, tangan dan kaki,” katanya. Dr Nor Azmi berkata, pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan awal sekiranya sering mengalami sakit kepala dan melihat peningkatan pada saiz cincin dan kasut.
Menurutnya, sesetengah kesan sampingan Akromegali seperti pembesaran pada saiz dagu, dahi, jari dan kaki tidak dapat dipulihkan.

Bagaimanapun, rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan mengawal penyakit unjuran daripada penyakit Akromegali. Pengamal perubatan pula dinasihatkan mengenali simptom Akromegali supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan. Penyakit ini hanya boleh disahkan selepas keputusan didapati melalui dua ujian darah yang dijalankan oleh doktor iaitu hormon pertumbuhan serum dan faktor pertumbuhan insulin.

“Sekiranya pesakit disahkan mendapat Akromegali, kentalkan semangat dan dapatkan rawatan sewajarnya. Kebanyakan penyakit Akromegali dapat dirawat melalui ubat-ubatan dan pembedahan. “Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan yang memahami jika perlu. Anda juga boleh menyertai Persatuan Akromegali Malaysia (MyACRO) yang ditubuhkan oleh pesakit Akromegali di bawah naungan Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia dan disokong oleh Novartis,” katanya. 

sumber dari : http://www.rawatan.org/pesakit-memiliki-tulang-besar-dan-tinggi-tak-normal/

Monday, 26 May 2014

Dua Makan Besar Lebih Baik daripada Enam Makan Kecil Bagi Penderita Diabetes

Penelitian yang diterbitkan di Diabetologia (jurnal dari Asosiasi Eropa untuk Studi Diabetes) menunjukkan bahwa dua kali makan besar lebih baik untuk mengendalikan berat badan dan gula darah pada penderita diabetes tipe 2 dibandingkan enam makan kecil sehari dengan total kalori yang sama.

Penelitian dilakukan oleh Dr Hana Kahleová dkk dari Diabetes Centre, Institute for Clinical and Experimental Medicine, Praha, Republik Ceko. Penelitian ini menilai 54 pasien (29 pria, 25 wanita) berusia 30-70 tahun dengan BMI 27-50 kg/m2 dan HbA1c 6-11,8 % (42-105 mmol / mol) yang menjalani pengobatan diabetes oral. Mereka diminta untuk mengikuti salah satu dari dua program diet kalori terbatas, masing-masing berisi 500 kalori kurang dari jumlah harian yang disarankan, yaitu sekitar 1.300 kalori untuk perempuan dan 1.900 untuk pria. Satu program diet berisi enam makan kecil (A6) dan satu program diet lainnya berisi dua makan besar yaitu sarapan dan makan siang (B2). Dalam penelitian ini para peserta dibagi menjadi dua kelompok masing-masing terdiri dari 27 pasien. Masing-masing kelompok menjalani salah satu dari kedua program diet selama 12 minggu, dan kemudian setelahnya berpindah ke program lain selama 12 minggu. Berat badan, kadar gula darah, kadar lemak hati, sensitivitas insulin dan fungsi sel beta pankreas yang memproduksi insulin dari para peserta diukur dengan menggunakan berbagai teknik dan pemodelan matematika.

Para peneliti menemukan penurunan berat badan di kedua program, lebih banyak pada B2 (3,7 kg) daripada A6 (2,3 kg). Kandungan lemak hati menurun lebih besar pada B2 (-0.04 %) dibandingkan A6 (-0.03 %). Kadar glukosa darah puasa dan C-peptida menurun pada kedua program, juga lebih besar pada B2. Glukagon darah puasa (hormon yang mengubah glikogen kembali menjadi glukosa) menurun pada program B2, tetapi meningkat pada A6. Sensitivitas insulin glukosa oral (OGIS) meningkat di kedua program, lebih besar pada B2. Tidak ada efek samping yang teramati pada kedua program.

Para penulis mengatakan, “Dengan hanya sarapan dan makan siang menurunkan berat badan, lemak hati, glukosa darah puasa, C-peptida dan glukagon, dan meningkatkan OGIS, lebih besar dibandingkan dengan pembatasan kalori yang sama tetapi dengan membagi makan menjadi enam kali. Hasil ini menunjukkan bahwa, untuk pasien diabetes tipe 2, diet kalori terbatas dengan sarapan dan makan siang porsi besar mungkin lebih menguntungkan daripada enam porsi makan kecil di siang hari.”

Mereka menambahkan, “strategi terapi baru harus mempertimbangkan tidak hanya kandungan energi dan makronutrien tetapi juga frekuensi dan waktu makan. Studi jangka panjang sangat diperlukan sebelum menawarkan rekomendasi mengenai frekuensi makan”.
———————–
Referensi: Hana Kahleová et al. “Eating two larger meals a day (breakfast and lunch) is more effective than six smaller meals in a reduced-energy regimen for patients with type 2 diabetes: a randomised crossover study”. Diabetologia, May 2014.

sumber dari : http://majalahkesehatan.com/
Ditulis oleh dr Salma

Kesihatan yang baik menjana kehidupan yang sempurna

KESIHATAN BAIK  MENJANA KEHIDUPAN YANG SEMPURNA

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak.

Desebabkan corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang  selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.

Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis atau diabetes.

Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh.
Dengan kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan.

Justeru dengan itu pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam system piramid makanan. Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan.

Dengan gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka.

Pengambilan susu dan produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut.

Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi manfaat kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat.

Setiap makanan yang kita pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar tidak mengabaikan kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam tubuh.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: westica8

Sunday, 25 May 2014

Air Panas Kedutkan Kulit

Mandi susu elok diamalkan untuk jaga kesihatan. Ada lima cara mudah untuk memastikan kulit nampak cantik berseri.


Tip Pertama

Pertama, elak daripada mandi air panas kerana air panas akan menyebabkan kulit kering dan cepat berkedut. Sebagai pilihan, gunakan ai suam. Usah gunakan sabun yang kasar, sebaliknya gunakan sabun yang dapat melembutkan kulit. Kulit pula harus dilap dengan lembut untuk mengelakan daripada sebarang alahan.

Tip Kedua

Penggunaan krim pelembap atau losen mampu melindungi kulit supaya ia lembap sepanjang hari manakala berpeluh dpat mengeluarkan toksin darpada badan, justeru itu lakukan senaman setiap hari.

Selain itu, jika memberus rambut boleh merangsang kulit kepada, perkara sama boleh dilakukan untuk tubuh. Memberus kulit membantu untuk meransang pengaliran darah serta menyingkirkan kotoran daripada lapisan dalaman kulit. Berus kulit yang kering dengan lembut bermula dari tapak kaki menghala ke bahagian atas badan sebelum memberus bahagian tangan dan belakang. Elakkan tempat sensitif dan usah sesekali memberus bahagian muka.

Mandi susu juga elok diamalkan kerana ia membantu melembut dan menghidratkan kulit. Caranya mudah saja iaitu campur beberapa sudu besar serbuk susu ke dalam semangkuk besar air suam dan tambahkannya dalam air mandian.

Selain itu tambahkan segelas susu terus ke dalam air mandian. Untuk lebih lembut, tambah sesudu madu yang membantu untuk melembab serta bertindak sebagai antiseptik sederhana.

Untuk membuang sel kulit mati, rajinkan diri menyental tubuh dengan memilih bahan yang mengandungi bahan pelembap supaya kulit tidak kering.

Tip Ketiga

Untuk mereka yang mahu mengempiskan perut, antara caranya adalah elak daripada makan nasi bersulamkam air. Sebaliknya, minum air selepas makan. Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula elok diminum setiap hari. Sebaiknya, biarkan teh yang diminum itu panas suam untuk mendapatkan kesan yang baik dalam usaha mengempiskan perut. 

Tip Keempat

Untuk menghindari rambut gugur,masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih,kemudian tapis. Bancuh air teh bersama sedikut serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seeloknya amalkan dua minggu sekali. Selain itu, tumbik sedikit arang hingga lumat, kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan di seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali. Air asam jawa dan santan juga boleh digunakan yang dicampur dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bungaan wangi. Basuh rambut menggunakan campudan itu dan rambut berbau harum tanpa di syampu.

Tip Kelima

Bagi menghilangkan lebam mata, ambil uncang teh uang sudah digunakan. Lekapkan pada mata dan biar semalaman. Lakukan tiga kali seminggu ketika hendak tidur. Bahagian lebam mata juga boleh disapu perahan limau nipis yang boleh dilakukan beberapa kali.

Untuk menyegarkan mata, ambil hirisan timun dan lekap pada kelopak mata. Mata kembali segar selepas itu.
Segala tip mudah kali ini diamalkan oleh orang terdahulu dan amat berkesan telah dibuktikan. Cubalah....

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/alternative-medicine/
oleh: medtradisi

Tips berhenti merokok!

Umum sudah tahu bahawa rokok telah difatwakan haram, jadi kepada perokok-perokok di luar sana haruslah berusaha untuk berhenti.

Jika anda rasa tidak tahu bagaimana hendak cuba berhenti dari merokok di sini kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda amalkan untuk berhenti dari merokok.

Lengahkan

Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.

Elakkan punca merokok

Kenali apa punca merokok. Contohnya semasa bersama dengan kawan-kawan, menghadapi tekanan atau selepas makan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok, cuba elakkan untuk melepak terlalu lama. Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa hendak merokok, ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.

Bersenam

Ya, cara berhenti merokok ini sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lari-lari anak.

Belajar untuk bertenang

Tekanan adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih 'cool' dan lebih bijak dalam berdepan dengan tekanan. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik 'deep breathing' (dua saat tarik nafas- empat saat tahan- lapan saat hembus nafas keluar).

Libatkan keluarga & rakan-rakan

Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa anda mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok, beritahu mereka. Sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni anda yang sudah tak mahu merokok. Paling efektif ialah beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.

Menguyah

Jika rasa hendak merokok, kunyah adalah cara untuk anda berhenti merokok yang paling senang. Cari bahan kunyahan yang sihat seperti kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

Sibukkan diri anda setelah makan

Banyak perokok yang setelah makan mereka akan memilih untuk menghisap rokok. Namun jika anda sudah memutuskan anda harus benar-benar berhenti, caranya mudah iaitu selepas selesai menjamu selera cepat-cepat menggosok gigi atau melakukan sesuatu perkara seperti berjalan bagi melupakan keinginan anda untuk merokok setelah makan. Meskipun agak berat jika anda lakukan secara rutin tetapi anda akan biasa apabila setiap hari anda mengulangi perbuatan yang sama.

Selamat mencuba!

sumber dari: https://my.entertainment.yahoo.com/