Saturday, 31 May 2014

Ubati Penyakit dengan Air, Percuma and Selamat

Air sesuatu yang paling mudah dan murah boleh kita dapati, dan semua yang hidup dan bernyawa memerlukan air dalam kehidupan mereka. Dari tumbuhan di padang pasir, binatang, manusia hingga ke bakteria yang paling kecil sekalipun memerlukan air untuk hidup. Tetapi manusia adalah pengguna air yang paling banyak, baik untuk kegunaan aktiviti kehidupan harian mahupun untuk kegunaan aktiviti perdagangan.  Kebelakangan ini banyak e-mail yang saya terima mengenai air sebagai rawatan perubatan. Jika informasi ini sesuatu yang benar, ia merupakan satu berita yang baik untuk kita semua sebab kita boleh mengurangkan kos perubatan keluarga. Terutama dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang ini dan juga dengan berbagai epedimik penyakit yang melanda, rawatan ini mungkin dapat membantu kita.

Sesiapa saja boleh mencuba cara rawatan ini kerana rawatan ini bukan saja selamat untuk di cuba malah ia adalah percuma. Sangat mudah bagi kita untuk mendapatkan air kerana ia sentiasa ada di dalam rumah kita terutama di dapur.  Kita hanya memerlukan air biasa yang sudah dimasak, sesetangah orang panggil air putih, ada orang panggil air kosong. Tetapi tolong guna air yang tidak disejukkan, jangan juga air yang disimpan sejuk dalam peti ais. Air mineral juga boleh digunakan untuk mereka yang malas atau tidak sempat hendak memasak air. Dikatakan rawatan ini boleh menyembuhkan atau mengurangkan berbagai penyakit seperti sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, sakit sendi, denyut jantung yang laju, sawan, lemak berlebihan, paru-paru berair, lelah, TB, meningitis, penyakit buah pinggang and kencing kotor, muntah and ceret beret, gastrik, buasir, kencing manis, sembelit, sakit mata, kanser, haid tidak teratur serta penyakit mulut, hidung and telinga.

Rawatan ini telah pun popular di Jepun sekarang. Apa yang perlu kita lakukan ialah minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi. Ada yang mengatakan ujian saintifik telah membuktikan keberkesanan rawatan ini. Samada untuk penyakit yang telah sedia diketahui umum, penyakit yang serius dan juga penyakit zaman moden yang baru diketahui. Semua penyakit-penyakit ini dikatakan telah berjaya dipulihkan dengan mengunakan cara rawatan ini.

Kaedah rawatan ini dimulakan dengan meminum air di waktu pagi sebaik sahaja kita bangun dari tidur tetapi sebelum kita menggosok gigi. Kita perlu minum air sebanyak empat gelas air iaitu lebih kurang sebanyak 640ml. Selepas itu kita boleh menggosok gigi atau berkumur tetapi tidak mengambil sebarang makanan selama empat puluh lima minit. Kita juga dinasihatkan tidak meminum sebarang jenis minuman selama lebih kurang lima belas minit hingga ke dua jam selepas mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kepada gologan yang telah berusia dan yang sakit, dan tidak mampu untuk meminum air sebanyak empat gelas pada satu masa, bolehlah mencuba dengan meminum satu gelas pada peringkat permulaan dan ditambah dari semasa ke samasa sehingga menjadi empat gelas pada setiap pagi.

Kaedah rawatan ini telah menunjukan kesan positif keatas beberapa penyakit, seperti contohnya penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis dapat di kurangkan atau di kawal dalam masa tiga puluh hari. Untuk penyakit gastrik dan sembelit pula mengambil masa sepuluh hari manakala bagi penyakit TB pula ialah sembilan puluh hari dan seratus lapan puluh hari pula bagi penyakit kanser. Rawatan ini tidak memberi sebarang kesan sampingan, walau bagaimana pun dengan penggunaan kaedah rawatan ini membuatkan pengamalnya akan kerap merasa untuk pergi ketandas untuk membuang air kecil. Pada sesiapa yang berminat sila mula mencuba rawatan ini dan adalah lebih baik jika ia dijadikan amalan kehidupan hairan kita. Kerana telah diketahui bahawa tubuh kita adalah lebih kurang tujuh puluh peratus dalam bentuk cairan. Sihatkan bandan kita supaya kita dapat menikmati kehidupan yang aktif and bahagia.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: minyem