Friday, 31 January 2014

Tips kecantikan Erra Fazira

Usia yang sudah menjangkau 38 tahun masih tidak menjadi penghalang kepada pelakon jelita Erra Fazira untuk terus kekal menawan.
Menurut bekas ratu cantik Malaysia 1992, wanita seharusnya mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk tampil menarik di hadapan orang ramai kerana keyakinan diri akan membezakan daya tarikan setiap wanita. Setiap wanita perlu menyayangi diri mereka tanpa mengenal paras rupa kerana kecantikan sememangnya datang dari dalam.
“Bagi saya, tips kecantikan saya adalah anda jangan punyai sebarang keraguan terhadap diri sendiri. Jika anda sayangi diri dan anda rasakan diri anda cantik, maka cantiklah anda, sama ada anda sebenarnya cantik atau tidak.”
Walaubagaimanapun, beliau berkata lagi bahawa terlalu berkeyakinan sehingga mencapai tahap ‘perasan’ juga tidak elok dan perlu dikawal.
“Kalau terlalu perasan pun tak elok juga. Had itu perlu ada kerana lama-kelamaan, orang mesti akan bosan dengan sikap macam tu.”
Ditanya mengenai perkembangan beliau dalam dunia filem, aktres berpengalaman ini kini terlibat dalam penggambaran drama bersiri yang bertajuk “Mana Hilangnya Juwita” yang turut dibintangi oleh teman karibnya sendiri, Umie Aida dan bakal ditayangkan di Astro Ria pada 9 Julai 2012. Mereka berdua juga akan meriliskan sebuah lagu duet yang belum diberi nama lagi pada akhir tahun ini.
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/07/tips-kecantikan-erra-fazira.html

Lapan tips menarik untuk ke spa

Memanjakan tubuh dengan rawatan spa pasti perkara wajib bagi wanita yang ingin memiliki penampilan yang menarik. 
Bukan sahaja anda harus tahu rawatan apa yang diperlukan tetapi tips ketika berada di Spa harus dititik beratkan. 
Ikuti beberapa tips ringkas untuk anda yang mahu pergi ke spa! 
Lakukan tempahan awal 
Sama ada menerusi kad kredit atau baucar hadiah, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu untuk menempah sesi rejuvenasi anda! 
Pembatalan 
Jika anda telah lakukan tempahan dan terpaksa penuhi tuntutan yang lebih penting, anda harus lakukan pembatalan 24 jam lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Ini untuk mengelakkan dari anda terpaksa membayar separuh dari harga rawatan akibat dari pembatalan di saat akhir. 
Tiba Awal 
Malaysia memang terkenal dengan masalah lalu lintas, jika bukan kesesakan lalu lintas, masalah mencari parking punca utama! Oleh yang demikian, keluar dari rumah 1 jam lebih awal dan pastikan anda tiba di spa 15 minit sebelum rawatan bermula. Sempat untuk menyarung kimono dan juga meminum tea herba yang disediakan. 
Sunyi sepi tanpa gangguan 
Membuat rawatan adalah sesi untuk merehatkan diri dari tekanan kerja dan lapangkan fikiran seketika. Oleh itu, matikan telefon bimbit untuk merasai kehidupan yang lebih tenang dan dimanja dengan rawatan rejuvenasi. 
Datang seorang 
Anda harus jelas dengan tujuan anda ke spa iaitu untuk memanjakan diri. Jadi jangan pula bawa anak kerana dikhuatiri menggangu niat utama anda ke sana! Jika datang bersama pasangan, amat digalakkan! 
Padamkan mekap tebal 
Jika anda ke spa untuk perawatan muka, eloklah jika anda datang tanpa menggunakan secalit mekap pun . 
Barang beharga 
Simpan barang kemas atau barang beharga di dalam almari yang telah disediakan. Gusar jika anda pergi untuk membuat rawatan selama 1 atau 2 jam tiada siapa akan memantau barangan tersebut. 
Pakaian dalam pakai buang 
Jangan lupa membawa pakaian dalam pakai buang untuk keselesaan diri anda. 
 
sumber di petik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/06/tips-di-spa.html

Punca kulit berkedut

Tahukah anda apakah yang menjadi punca dan faktor utama yang menyebabkan kulit anda berkedut? Golongan wanita terutamanya sentiasa sibuk membeli pelbagai kosmetik dan membuat rawatan wajah untuk mencegah kedutan tetapi tidak tahu apa punca sebenar kulit anda cepat berkedut.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda punca-punca yang menyebabkan kulit anda cepat berkedut;

Produk kosmetik
Pastinya anda fikir produk kosmetik akan membuat wajah anda kelihatan cantik dan baik, bukan? Tapi cuba fikir sejenak, kerana kosmetik juga boleh menjadi punca utama kedutan pada kulit. Ia adalah kerana kosmetik mempunyai bahan kimia berbahaya yang menyebabkan ia berkedut dalam tempoh tertentu.

Malah produk kosmetik organik juga boleh menyebabkan kemudaratan kepada kulit anda. Apa yang terbaik adalah untuk anda tidak bersolek jika ia tidak perlu. Gunakan produk semulajadi untuk menyerlahkan kecantikan anda.

Terdedah kepada cahaya matahari
Tahukah anda bahawa sinaran matahari boleh merosakkan kulit anda dan menyebabkan berlakunya kedutan. Pendedahan cahaya matahari yang terlalu banyak menyebabkan garis-garis halir di sekitar mata dan bibir. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memakai pelindung matahari setiap kali anda melangkah keluar di cahaya matahari untuk mencegah kedutan.

Merokok
Golongan wanita yang merokok adalah akan lebih cenderung untuk mendapat kedutan di muka. Merokok akan menyebabkan bekalan darah berkurangan di dalam badan justeru ia akan menyebabkan garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata dan bibir. Cara terbaik adalah berhenti dari merokok.

Penuaan
Punca kedut pada kulit adalah penuaan. Dengan usia semakin meningkat, anda akan kehilangan kelembapan dan keanjalan. Namun kini terdapat pelbagai krim anti penuaan yang boleh membantu anda dalam mengatasi masalah penuaan dan kedutan.

Kafein
Kedutan apda kulit juga boleh berlaku jika anda mengambil minuman berkafein atau teh berlebihan.

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/09/punca-kulit-berkedut.html

Thursday, 30 January 2014

Cara atasi kulit berminyak

Ramai di antara anda yang tidak suka dengan kulit wajah berminyak, malah ada yang tidak yakin atau selesa jika kulit wajah berminyak.

Kulit muka berminyak berpunca hasil pengeluaran daripada sebum iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semula jadi pada kulit. Cara pemakanan juga adalah penyumbang kepada kulit wajah berminyak.

Jarang membasuh juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kulit wajah anda berminyak. Oleh itu kami ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk mengatasi masalah kulit wajah berminyak dengan menggunakan putih telur dan tomota;

Putih telur
Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur dan kacau sehingga putih telur mengeluarkan buih. Kemudian sapukan putih telur tersebut pada seluruh wajah anda dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Akhir sekali, bilas dan keringkan.

Tomato
Kisarkan buat tomato, kemudian sapukan tomato yang dikisar tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali bilas dan keringkan.

Untuk pengetahuan anda, tomato juga boleh mengurangkan jerawat, masalah berminyak dan sel kulit mati pada wajah anda.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah kulit wajah berminyak. Selamat mencuba!

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/06/cara-atasi-kulit-berminyak.html

Aspirin mampu atasi jerawat



Aspirin biasanya digunakan sebagai analgesik iaitu anti-piretik dan anti keradangan. Namun tahukah anda bahawa aspirin boleh mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat? Malah asid salisilik yang terdapat dalam aspirin juga membantu mengeringkan jerawat keluar dan menganjalkan kulit anda.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda langka-langkah bagaimana merawat masalah jerawat dengan aspirin.

Pertama, letakkan tablet aspirin dalam air dan kacau atau goncang. Tidak perlu untuk hancurkan aspirin, secara semula jadi hancur apabila direndam di dalam air. Anda boleh menggunakan aspirin bersalut atau tidak bersalut tanpa kesan buruk. Pastikan aspirin tersebut pekat selepas direndam dalam air.

Kemudian, ambil 'cotton bath', celuk dalam aspirin. Jika anda ingin gunakan jari, pastikan basuh dahulu dengan bersih, Tepekkan di kawasan muka yang ada jerawat.

Biasanya, pes akan kering dalam masa kurang daripada setengah jam dan mula mengelupas. Gunakan, tisu basah yang bersih untuk membuang aspirin secepat mungkin. Jika dibiarkan lama akan berlaku pengelupasan ringan.

Selamat mencuba!

Wednesday, 29 January 2014

Makanan mampu mengawal risiko diabetes

Penyakit kencing manis ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak.

Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati. Perubahan Cara Hidup Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.

SUSU
 

Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. Kalsium memang bagus untuk mengelakkan diabetes.

IKAN SALMON
Ia kaya dengan asid lemak Omega-3 dan ia berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin.

GANDUM/SEREAL
Sarapan yang bergandum sebagai oatmeal atau sereal adalah digalakkan, kerana sarapan sihat dan enak seperti ini boleh menjadi sumber tenaga.

BLUEBERRY
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry membantu melawan kanser dan diabetes serta menurunkan kolesterol dan lemak.

BAWANG PUTIH
Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat diabetes.

BROKOLI
Zat sulforaphane yang terkandung di dalam sayur brokoli boleh membantu memulihkan pembuluh darah. Ia juga memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes.

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/04/makanan-mampu-mengawal-risiko-diabetes.html

Khasiat telur yang perlu anda tahu



Telur adalah salah satu makanan yang paling mudah untuk ditemui di mana-mana. Namun tahukah anda bahawa telur yang biasa anda makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.

Ini kerana menurut pakar gizi, Amanda Ursell, memberi sarapan telur rebus kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah dapat membantu mereka memberi tenaga dan meningkatkan daya pemikiran mereka.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat telur yang harus anda tahu.

Telur menghilangkan jerawat
Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.

Baik untuk mata
Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata. Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit 'age-related degeneration' dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.

Menjaga berat badan agar tetap sihat
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

Telur baik untuk rambut dan kuku
Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.

Kebaikan kunyit untuk kulit wajah



Kunyit selalunya digunakan bagi menlazatkan pelbagai jenis makanan, namun tahukah anda bahawa kunyit sebenarnya mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa kebaikan kunyit yang boleh merawat dan mencerahkan kulit wajah agar tampak berseri.

Membuat kulit bersinar
Kunyit dapat membuatkan kulit kita tampak lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.

Menghaluskan kulit
Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus dan mulus.

Menghilangkan kerutan/garis halus di wajah
Masalah ini juga sering kali yang menjadi perhatian dari banyak wanita iaitu masalah penuaan. Yang terutama adalah kerutan di wajah. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan manfaat kunyit yang akn dapat menyamarkan tanda-tanda penuaaan. Kulit anda akan kelihatan lebih tegang dan muda.

Mengatasi masalah jeragat/bintik hitam
Kunyit juga dapat membantu menghilangkan jeragat/bintik hitam di wajah dengan khasiat nye yang berkesan.

Menghilangkan jerawat
Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan melawan kuma jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Tuesday, 28 January 2014

Tips-tips mengawal masalah kolestrol tinggi

Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, sebanyak 2.3 billion penduduk dunia menghadapi masalah berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mempunyai masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia termasuklah Malaysia.
Kolestrol merupakan sebatian berlemak yang juga dikenali sebagai lipid,yang beredar melalui darah. Kolestrol yang beredar dalam darah melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.
Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit seperti kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan saluran menjadi kecil dan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.
Langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.
Makanan yang mempunyai kolestrol tinggi adalah seperti daging merah,kuning telur,makanan laut dan organ haiwan seperti hati.Sesetengah individu mengalami paras kolestrol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik .
Untuk mengurangkan kadar kolestrol, disarankan untuk mengambil makanan daripada sumber soya kerana jumlah pengambilan protein soya terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Protein soya adalah sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.
Mengubah cara hidup dan diet adalah faktor penting dalam mengawal paras kolestrol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedah merebus,mengukus dan membakar. Menjadikan bersenam sebagai amalan adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mampu mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit. 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/10/tips-tips-mengawal-masalah-kolestrol.html

Punca gagal diet

Terdapat banyak diet yang kita cuba dan uji, tetapi kebanyakannya memang tidak memberi sebarang kesan terhadap anda! Nak tahu kenapa diet yang anda amalkan tidak berkesan?

Di sini kami berikan sebab-sebab beberapa diet popular tidak berjaya langsingkan badan anda:

Diet 17 Hari
Diet ini melibatkan ketukaran stail makan setiap 17 hari, sebelum badan membiasakan diri dengan makanan. Mereka mulai dengan makanan yang berkalori rendah, berubah kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.

Punca : Ia tidak berhasil kerana ia tidak ada bukti pemakanan ini mempercepatkan metabolisme badan.

Diet Paleo
Makanan dalam diet ini termasuk sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging, sebagai diet pra-sejarah.

Punca : Ia tidak berhasil kerana badan akan hadkan makanan sehingga kekurangan susu, bijian dan kacang yang merupakan sumber nutrisi penting untuk kesihatan badan.

Diet Air
Minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan sepanjang hari. Orang yang melakukan diet air ini akan membakar banyak kalori.

Punca : Diet ini tidak masuk akal. Memanglah air yang diminum setiap hari akan berikan gaya hidup sihat tetapi anda mungkin akan mempunyai pengekalan cecair dan elektrolit yang tak seimbang.

Diet Sup Kobis
Cara makan yang ekstrim ini boleh menurunkan berat badan secara drastik tetapi ia akan gagal kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral.

Punca : Ia juga merosakkan keindahan rambut, kuku dan kulit. Anda juga tidak akan mendapat apa-apa kalori, dan perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat.

Diet Susu Coklat
Diet ini adalah bila anda minum tiga gelas coklat susu sepanjang hari bersama pemakanan yang sihat. Gabungan kalsium, vitamin D, protein, karbohidrat dan senaman.

Punca : Tidak ada bukti bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Yang paling lawaknya adalah anda harus juga bersenam jika ingin berhasil dari diet ini. Memanglah senaman boleh bantu badan tetapi anda tidak payah minum susu coklat.

sumber dipetik dari:- http://www.tupai.com.my/2013/04/punca-gagal-diet.html

Kegunaan lain peluntur pengilat kuku yang bermanfaat


Peluntur atau penanggal penggilat kuku mungkin tidak akan sentiasa ada di setiap rumah. Tetapi, jika anda mempunyai satu di rumah, anda boleh menggunakan produk kecantikan ini untuk pelbagai kegunaan seperti berikut:

Anti 'super glue'
Adakah jari anda pernah terlekat dengan 'super glue' tanpa disengajakan? Jangan risau kerana penanggal pengilat kuku boleh menanggalkan 'super glue' tersebut tanpa menyakitkan kulit jari anda. Anda hanya cuma perlu melembapkan bebola kapas, dan sapukan pada permukaan kulit jari yang terkena 'super glue' itu untuk menghilangkannya.

Menghilangkan kesan kertas pelekat
Adakah salah seorang kawan anda pernah bergurau dengan meletakkan pelekat pada tingkap kereta anda atau pada mana-mana barang kesayangan anda? Tidak perlu bimbang kerana kesan/sisa pelekat tersebut boleh dihilangkan dan tampak seperti baru. Selepas anda menanggalkan pelekat tersebut, sapukan cecair penanggal pengilat kuku ke atasnya. Ia akan melarutkan sisa kesan yang melekit dan menghilangkannya.

Membersihkan papan kekunci komputer
Tidak kira betapa bersih tangan anda, habuk dan serpihan kotoran tetap akan melekat dan mengotorkan papan kekunci anda. Tetapi apa akan anda lakukan sekiranya tiada bahan pembersih untuk komputer? Anda boleh gunakan cecair untuk menanggalkan pengilat kuku. Celupkan bebola kapas ke dalam cecair penanggal pengilat kuku dan gosok perlahan-lahan pada papan kekunci. Senang, bukan?

Memadamkan kotoran degil pada lantai
Di atas lantai 'vinyl', kotoran boleh menjadi gangguan setiap hari. Untuk memadam dan menghilangkan ketidaksempurnaan ini, anda boleh gunakan cecair penanggal pengilat kuku ini dengan mencelupkan tuala atau kain buruk dan gosok.

Langkah mudah untuk rambut kekal cantik

Rambut adalah aset penting bagi wanita. Kebanyakan wanita yang memiliki rambut panjang sememangnya tidak akan lari dengan masalah rambut kusut. Lazimnya, individu yang mengalami rambut kusut sangat terdedah dengan masalah rambut gugur.

Berikut merupakan tiga langkah mudah untuk mengatasi masalah rambut kusut.

Perapi Rambut
Secara umumnya, individu yang mengalami masalah rambut kusut adalah berpunca daripada tekstur rambut yang kering. Oleh itu, rambut kusut boleh diatasi dengan penggunaan perapi rambut secara konsisten dan elakkan daripada membilas rambut sehingga bersih apabila menggunakan perapi rambut tersebut. Kesan perapi rambut yang tertinggal pada rambut menjadikan ia mudah diurus dan bebas daripada kusut.

Krim Dandanan Rambut
Bagi individu yang memiliki rambut panjang, sebelum anda melakukan "blow-dry" pada rambut, aplikasikan krim dandanan rambut dari bahagian tengah hingga hujung rambut. Akan tetapi, elakkan aplikasi krim tersebut pada akar rambut dan kulit kepala kerana ia akan membuatkan rambut anda berminyak.

Keringkan Rambut Secara Semulajadi
Elakkan daripada mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut kerana ia bakal mengundang rambut anda menjadi kering. Oleh itu, seelok-eloknya biarkan rambut anda kering secara semulajadi agar kelembapan rambut kekal sepanjang hari.

Monday, 27 January 2014

Tip mudah untuk kelihatan berseri

Anda memiliki wajah yang kusam letih dan tidak bermaya? Wajah yang kelihatan tidak bermaya ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya stress di tempat kerja atau pun tidak menjaga diri dan wajah dengan sempurna.
Di sini ada 5 tip mudah untuk anda cuba dan amalkan agar wajah anda tidak lagi kusam dan tidak bermaya seterusnya sentiasa berseri-seri seperti wanita lain.
Mata Segar
Mata adalah tarikan utama pada wajah kita. Jika mata layu, maka ia turut memberikan kesan kepada wajah. Anda boleh menyegarkan matamu dengan menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi, lekapkan sudu yang telah disejukkan itu ke bahagian atas kelopak dan bawah mata. Ini dapat membuatkan matamu terasa dingin dan segar.
Skrub wajah
Seminggu sekali atau dua kali seminggu, skrub muka agar wajah yang kusam itu kelihatan segar kembali. Skrub wajah ini adalah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang membuatkan wajahmu kusam dah tidak bermaya.
Masker
Apa kata anda cuba membuat masker buatan sendiri yang dapat menyegarkan wajahmu di pagi hari. Caranya, kisarkan timun bersama dua sudu besar yogurt asli dan satu sudu susu segar. Setelah itu, sapukan ke wajah dan leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Wajah anda akan terasa lebih lembut dan segar selepas menggunakannya.
Haruman
Wangikan tubuhmu dengan wangian badan yang dapat merangsang mood anda. Secara tidak langsung, mood yang baik dapat membuatkan anda gembira, bertenaga dan membuatkan wajahmu berseri-seri.
Kuasa mekap
Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajahmu! Oleskan penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti dapat menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajahmu tampak berseri-seri! Jangan sekali-kali keluar rumah tanpa sebarang solekan. Sekurang-kurangnya secalit gincu.
Semoga dengan tip mudah ini wajah anda kembali tampil berseri. 
sumber dipetik dari:- http://www.tupai.com.my/

10 makanan mampu bersihkan kulit wajah

Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga.

Avokado

Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub.

Beri
Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa.

Keju kotej (Cottage cheese)
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat.

Almond (kacang)
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.

Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.

Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.

Biji flaks
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat.

Yogurt
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.

Lada
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan.

Mangga
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/

Tips diet tujuh hari untuk dapatkan tubuh badan ideal

Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.
Oleh itu, kami ingin kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.
Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.
Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/02/tips-diet-7-hari.html

Langkah mudah untuk dapatkan kulit yang bersih

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my

Ramai dikalangan anda yang bimbang tentang kebersihan kulit muka terutamanya golongan wanita. Walaupun penjagaan muka adalah penting, tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana melakukannya.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk anda cuba:

Basuh tangan sebelum cuci muka
Sebelum anda bermula untuk mencuci muka anda, bersihkan tangan dengan sabun anti-bakteria supaya bakteria supaya tangan anda bebas dari sebarang bakteria dan baru cuci muka anda.

Membersihkan solekkan sebelum tidur
Lap muka anda dengan 'wet tissue / make up remover' untuk membersihkan solekkan di muka anda. Elakkan memakai tisu biasa atau kain.

Cuci muka
Elakkan menguna air yang terlalu panas apabila mencuci muka kerana ia akan menyebabkan saluran darah kapilari (saluran darah yang paling halus) pecah dan kesan kemerahan kulit di sekeliling hidung dan pipi. Sebaiknya gunalah air suam.

Basuh muka bersama pencuci muka
Ratakan sabun pencuci muka anda dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih dan sapukan pada muka anda.

Buat urutan
Siapa kata hanya di spa sahaja anda boleh mendapatkan urutan? Ramai tidak tahu, sebenarnya jika kita urut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen pada kulit muka. Jadi pastikan anda urutkan kulit anda dengan teknik putaran.

Bilaskan muka
Selepas mengurut muka, bilaskan muka anda dengan air suam. Ia akan menjadikan kulit anda segar.

Lapkan muka dengan tuala
Gunakan tuala yang bersih. Tetapi jangan tonyohkan terlalu kasar. Ia akan mencederakan kulit anda. Anda hanya perlu lapkan perlahan-lahan. Gunakan kain yang lembut.

Pelembap muka
Aelepas keringkan muka anda, gunalah toner untuk boleh menyegarkan kulit dan krim pada waktu malam sebelum tidur. Kulit anda akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum ini.

Sunday, 26 January 2014

Kurma boleh langsingkan badan



Setiap kali hampir bulan Ramadan, pasti buah kurma menjadi pilihan sebagai juadah bersahur atau berbuka. Kenapa jadikan kurma sebagai 'buah bermusim' sahaja sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh anda perolehi termasuklah untuk menguruskan badan.

Apa kata anda jadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Gantikan makan malam anda seperti nasi dan lauk pauk dengan kurma. Cuba amalkan ini dalam masa sebulan pasti anda akan nampak hasilnya. Bukan sahaja akan menjadi kurus tetapi juga sihat.

Ini kerana buah kurma kaya dengan 'potassium' yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.

Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah.

Siapa sangka dengan buah kurma dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. Selamat mencuba!

Segarkan mata yang lesu

sumber dipetik dari :- http://www.tupai.com.my/2014/01/segarkan-mata-yang-lesu.html

Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan manusia. Sesungguhnya, mata berperanan penting dalam kehidupan seharian manusia.

Mata dapat menggambarkan keadaan sebenar anda samada anda sedang gembira atau pun sedang sedih, dan ia juga tidak terkecuali jika anda keletihan sepanjang hari dengan kerja seharian. Keletihan pasti akan terpancar pada wajah terutamanya di bahagian mata.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan solekan.

 Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.

 Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.

 Seterusnya, gabungkan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.

 Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.

 Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan menggunakan jari.  Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.

 Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.

Tips cerahkan rona kulit wajah



Setiap wanita mahukan kulit wajah yang lebih cerah dan bersih, namun khuatir untuk menggunakan produk pemutih yang banyak di pasaran kini. Tak mengapa kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip menggunakan bahan semula jadi ini berkesan untuk mencerahkan rona kulit dan menaikkan seri wajah.

Kacang badam
rendam empat kacang badam semalaman. Kemudian kisar dengan susu sehingga menjadi pes. Sapukan pes itu pada leher dan wajah sebelum tidur. Cuci dengan air sejuk selepas bangun tidur. Ulang untuk 15 hari diikuti dua kali seminggu.

Daun pudina
Kisar secawan daun pudina sehingga menjadi pes halus. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian cuci wajah anda sehingga bersih. Amalkan selama 15 hari.

Tomato
Parut tomato dan campurkan dengan dua hingga tiga titis jus limau nipis. Ratakan pada wajah dan bahagian leher dan cuci bersih selepas 20 minit. Lakukan pagi dan petang untuk 15 ke 20 hari.

Putih telur
Sapukan wajah dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, cuci dengan air. Lakukan tiga kali seminggu.

Bunga cempaka/melur
Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada wajah setiap malam.

Tips yang diberikan ini perlulah diamalkan mengikut jangka masa yang ditetapkan dan jadikannya rutin harian agar hasilnya memuaskan hati. Selamat mencuba!