sumber dipetik dari :- http://www.tupai.com.my/2014/01/segarkan-mata-yang-lesu.html
Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan manusia. Sesungguhnya, mata berperanan penting dalam kehidupan seharian manusia.
Mata dapat menggambarkan keadaan sebenar anda samada anda sedang gembira atau pun sedang sedih, dan ia juga tidak terkecuali jika anda keletihan sepanjang hari dengan kerja seharian. Keletihan pasti akan terpancar pada wajah terutamanya di bahagian mata.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan solekan.
Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.
Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.
Seterusnya, gabungkan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.
Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.
Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan menggunakan jari. Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.
Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.