Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat 
Malaysia. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan 
Dunia, sebanyak 2.3 billion penduduk dunia menghadapi masalah berat 
badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mempunyai masalah obesiti. 
Majoritinya adalah penduduk Asia termasuklah Malaysia.
Kolestrol merupakan sebatian berlemak yang juga dikenali sebagai 
lipid,yang beredar melalui darah. Kolestrol yang beredar dalam darah 
melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.
Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit 
seperti kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan 
menyebabkan dinding arteri tersumbat. Apabila ia semakin banyak, 
kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan saluran 
menjadi kecil dan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini 
amat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.
Langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat 
badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita
 melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang 
dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.
Makanan yang mempunyai kolestrol tinggi adalah seperti daging 
merah,kuning telur,makanan laut dan organ haiwan seperti hati.Sesetengah
 individu mengalami paras kolestrol yang tinggi disebabkan oleh faktor 
genetik .
Untuk mengurangkan kadar kolestrol, disarankan untuk mengambil makanan 
daripada sumber soya kerana jumlah pengambilan protein soya terbukti 
dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Protein soya adalah sumber 
makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.
Mengubah cara hidup dan diet adalah faktor penting dalam mengawal paras 
kolestrol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah 
menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan 
berbanding kaedah merebus,mengukus dan membakar. Menjadikan bersenam 
sebagai amalan adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mampu 
mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit. 
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/10/tips-tips-mengawal-masalah-kolestrol.html 
