Friday, 6 September 2013

Pakar Bedah Jantung Terkenal Mendedahkan Punca Sebenar Penyakit Jantung

Oleh Dr. Dwight Lundell, M.D. Terjemahan Info Kesihatan.

Dwight_LundellKami doktor, dengan semua latihan, pengetahuan dan autoriti, sering mempunyai ego yang agak besar, yang membuat ia sukar untuk mengakui kami silap. Jadi, inilah dia. Saya secara sukarela mengakui yang saya salah. Sebagai seorang pakar bedah jantung dengan 25 tahun pengalaman dan telah melakukan lebih 5,000 pembedahan jantung terbuka, hari ini adalah hari untuk saya membetulkan kesilapan fakta perubatan dan saintifik.

Saya dilatih selama bertahun-tahun bersama-sama doktor-doktor terkenal yang lain, yang dilabel sebagai “pembuat pendapat.” Dihujani dengan berbagai karya saintifik, sentiasa menghadiri seminar, kami pembuat pendapat menegaskan bahawa penyakit jantung berpunca daripada fakta mudah, ia itu tahap kolesterol yang tinggi.

Satu-satunya terapi yang diterima adalah memberi ubat untuk menurunkan paras kolesterol dan diet yang menghadkan pengambilan lemak. Kami menegaskan bahawa diet tersebut akan mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Penyimpangan daripada cadangan ini dianggap ‘sesat’ dan mungkin boleh dianggap tidak beretika. Ia tidak menjadi!

Saranan-saranan ini tidak lagi dapat dipertahankan secara saintifik atau moral. Penemuan beberapa tahun yang lalu menunjukkan keradangan pada dinding saluran darah adalah punca sebenar penyakit jantung, yang perlahan-lahan membawa kepada anjakan paradigma dalam bagaimana penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain akan dirawat.

Cadangan pemakanan yang telah lama bertapak telah mencipta wabak obesiti dan kencing manis, yang memberi kesan yang jauh lebih besar daripada mana-mana wabak dalam sejarah dari segi kadar kematian, penderitaan manusia dan kesan ekonomi yang buruk.

Walaupun 25% daripada penduduk mengambil ubat statin yang mahal dan walaupun pada hakikatnya kita telah mengurangkan kandungan lemak dalam makanan kita, namun lebih ramai rakyat Amerika akan mati pada tahun ini akibat penyakit jantung berbanding sebelum ini.
Statistik daripada Persatuan Jantung Amerika menunjukkan bahawa 75 juta rakyat Amerika sedang mengalami penyakit jantung, 20 juta menghidap diabetes dan 57 juta mempunyai pra-diabetes. Gangguan ini melibatkan orang muda dan yang lagi muda dalam jumlah yang lebih besar setiap tahun.

Ringkasnya, tanpa kehadiran keradangan dalam badan, tidak mungkin kolesterol akan terkumpul di dinding saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok. Tanpa keradangan, kolesterol akan bergerak dengan bebas ke seluruh badan seperti yang sepatutnya. Keradanganlah yang menyebabkan kolesterol terperangkap.

Keradangan tidaklah rumit – ia adalah pertahanan semula jadi badan anda kepada penceroboh asing seperti bakteria, toksin atau virus. Kitaran keradangan adalah sempurna dalam bagaimana ia melindungi badan anda daripada bakteria dan virus tersebut. Walau bagaimanapun, jika kita dengan kronik mendedahkan badan kepada kecederaan oleh toksin atau makanan yang tubuh manusia tidak pernah direka untuk memprosesnya, keadaan yang berlaku dikenali sebagai keradangan kronik. Keradangan kronik adalah berbahaya sebagaimana berfaedahnya keradangan akut.

Siapakah orang yang berfikiran jauh yang akan mendedahkan dirinya berulang kali kepada makanan atau bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kecederaan kepada badan? Nah, perokok mungkin, tetapi sekurang-kurangnya mereka membuat pilihan secara sukarela.

Kita yang lain hanya mengikuti pemakanan arus perdana yang disyorkan, yang rendah lemak dan tinggi lemak politaktepu dan karbohidrat, tidak tahu yang kita menyebabkan kecederaan berulang kepada saluran darah kita. Kecederaan berulang ini mewujudkan keradangan kronik yang membawa kepada penyakit jantung, strok, kencing manis dan obesiti.

Biar saya ulanginya: Kecederaan dan keradangan pada saluran darah kita adalah disebabkan oleh diet (pemakanan) rendah lemak yang disyorkan bertahun-tahun oleh perubatan arus perdana.

Apakah penyebab terbesar keradangan kronik? Secara ringkas, ianya adalah pengambilan berlebihan karbohidrat ringkas yang diproses (gula, tepung dan semua produk yang dibuat daripadanya) dan penggunaan berlebihan minyak sayuran omega-6 seperti kacang soya, jagung dan bunga matahari yang terdapat dalam kebanyakan makanan diproses.

Luangkan sedikit masa untuk bayangkan kulit lembut yang digosok berulang kali dengan berus keras sehingga ia menjadi kemerahan dan hampir berdarah. Anda mengulangniya untuk beberapa kali sehari, setiap hari selama lima tahun. Jika anda boleh tahan dengan gosokan yang menyakitkan itu, anda akan mendapat pendarahan dan kawasan dijangkiti yang bengkak, yang menjadi lebih teruk dengan setiap kali kecederaan berulang. Ini adalah cara yang baik untuk membayangkan proses keradangan yang boleh berlaku di dalam badan anda sekarang.
Tidak kira di mana proses keradangan berlaku, luaran atau dalaman, ia adalah sama. Saya telah melihat bahagian dalam beribu-ribu saluran darah. Saluran yang berpenyakit kelihatan seolah-olah seseorang telah mengambil berus dan menggosok berulang kali dinding itu. Beberapa kali sehari, setiap hari, makanan yang kita makan menyebabkan kecederaan kecil yang menambahkan lagi kecederaan, menyebabkan badan bertindak balas secara berterusan dan bersesuaian dengan keradangan.

Semasa kita menikmati rol (roti) manis yang menyelerakan, badan kita bertindak balas dengan cemas seolah-olah penceroboh asing tiba dan mengisytiharkan perang. Makanan sarat dengan gula dan karbohidrat ringkas, atau diproses dengan minyak omega-6 untuk memanjangkan jangka hayat produk, telah menjadi tulang belakang pemakanan Amerika selama enam dekad. Makanan ini secara perlahan-lahan telah meracun semua orang.

Komen Info Kesihatan: Apakah terdapat apa-apa artikel atau kenyataan yang membangkang tulisan Dr. Lundell ini?

Sumber: RealFarmacy.Com (http://www.realfarmacy.com/world-renown-heart-surgeon-speaks-out-on-what-really-causes-heart-disease/)

PRODUK YANG DISYORKAN/SILA KLIK PADA PRODUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT


JANGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You
 

Thursday, 5 September 2013

Makanan Mengandungi Probiotik

Makanan Mengandungi Probiotik

Susunan Oleh: Info Kesihatan

Tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak probiotik dalam diet anda? Berikut adalah 13 makanan, yang mengandungi kultur hidup, untuk anda bermula:

Yogurt


Yogurt adalah sumber probiotik yang paling biasa. Bakteria “baik” seperti lactobacillus atau bifidobacteria mengekalkan keseimbangan yang sihat di dalam usus anda. Kajian menunjukkan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan intoleransi laktosa. Ia juga boleh membantu mengurangkan gas atau angin, cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain. Tak semua yogurt sama. Ada yang dipenuhi dengan sirap dan gula. Anda boleh membayar lebih untuk yogurt pencernaan khas, tetapi apa-apa yang mengandungi “kultur hidup dan aktif” sudah memadai untuk mendapat manfaat probiotik dan kesihatan maksimum. Semak label untuk pastikannya. 

Sup Miso

Sup tradisional Jepun yang mengandungi pes kacang soya difermentasi dan stok “dashi”. Beberapa bahan lain seperti taufu dan sayuran ditambah mengikut pilihan peribadi. Sangat popular di restoran Jepun, contoh Sushi King. Ia rendah kalori dan tinggi dalam probiotik, vitamin B, antioksidan dan protein.

Susu Soya
Soya semula jadi mengandungi beberapa manfaat probiotik, tetapi produk susu soya terbaru di pasaran mempunyai kultur hidup sebagai tambahan (saya tak pasti sama ada dah terdapat di pasaran Malaysia). Untuk pastikan, semak label yang menyatakan “kultur hidup dan aktif”. 

Kefir
Kefir, minuman berasal dari Eropah Timur, ianya tebal, berkrim, dan masam seperti yogurt. Boleh dikatakan kacukan antara yogurt dan susu, atau pun smoothie susu.  Satu cara yang lazat untuk memasukan probiotik dan vitamin ke dalam sistem anda. Saya tak pernah jumpa minuman kefir ni. Minuman susu yogurt, contohnya Nestle Bliss, nampaknya menepati gambaran yang diberikan.

Jeruk

Untuk mendapatkan probiotik dari jeruk, pilih jeruk yang difermentasi secara semula jadi di mana cuka tidak digunakan dalam proses penjerukan. Larutan garam laut dan air menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan turut memberikan beberapa manfaat penghadaman. Anda boleh memasukkan jeruk ke dalam sandwich untuk rasa kerangupan.

Tempe

Dibuat dari kacang soya difermentasi, ianya penuh dengan vitamin B12 dan sejenis antibiotik semula jadi untuk melawan bakteria tertentu. Di samping itu, tempe mengandungi protein yang sangat tinggi.Ia boleh dipanggang, bakar atau tumis untuk hidangan yang lazat. Ianya juga boleh diperap dan digunakan sebagai pengganti kepada daging.

Suplemen Probiotik


Di samping boleh didapati dalam makanan, probiotik juga boleh didapati sebagai makanan tambahan atau suplemen dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk, dan cecair. Walaupun tidak mengandungi nutrisi seperti yang terdapat dalam makanan, ianya lebih mudah untuk diambil dan dibawa kemana-mana. Jika anda sakit atau mempunyai masalah sistem imun, anda mungkin mahu berhati-hati dalam pengambilan probiotik.
Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kultur Hidup

info kesihatanKultur hidup (Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium lactis dan Streptococcus Thermophillus) adalah bakteria baik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik dan seterusnya memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien penting daripada makanan.

Sumber: Reader’s Digest

PERODUK SEMUA DALAM 1 YANG DISYORKAN SILA KLIK PADA PRODUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT


JANGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You

Kebaikan Vitamin D


Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.

Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi.

Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.


Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.

Satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya apabila tubuh memerlukannya.

Pada hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan untuk menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D dalam badan kita. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh diatasi dengan makanan tambahan dalam bentuk vitamin D3.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai manfaat vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit Parkinson.

Didapati bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah mempunyai risiko mendapat kanser yang lebih tinggi daripada mereka dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi.
Salah satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan vitamin D adalah kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa vitamin D mengurangkan risiko kanser payudara, memandangkan ianya telah dibuktikan dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser payudara.


Ramai pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U. vitamin D3 sehari untuk tujuan mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis, keradangan, strok, serangan jantung kronik dan selesema.

Sumber Artikel: The Star Online

PRODUK YANG DISYORKAN DAN KLIK PADA PRODUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

 
JANGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You
 

Wednesday, 4 September 2013

Apa Itu Transfer Factor?

Transfer factor dipercayai mengandungi protein dan RNA, tetapi tiada DNA. Saiznya yang kecil - molekul yang beratnya kurang dari 10,000 - membuatkan ia tidak menyebabkan alergi dan membolehkan ia mengekalkan potensi penuh apabila diambil secara oral. Kolosterum semua mamalia sebenarnya kaya dengan transfer factor, dan sangat penting untuk menganugerahkan imuniti pasif kepada bayi yang baru dilahirkan melalui penyusuan badan.

Transfer factor adalah molekul mikroskopik dan semula jadi yang berada di dalam tubuh setiap manusia dan binatang. Mereka adalah utusan, menghantar maklumat imuniti mengenai kehadiran ancaman kepada imun - sama ada dalaman atau luaran - dan bagaimana hendak bertindakbalas dengan betul, dari satu sel imun ke satu sel imun yang lain.

Transfer factor dikeluarkan oleh limfosit dengan fungsi imuniti perantara-sel. Mereka membawa imuniti sel-perantara khusus-antigen (hipersensitiviti jenis tertangguh) limfosit ibu  kepada limfosit yang belum sensitif atau mentah. Mereka juga boleh meningkatkan aktiviti ransangan imun antigen tidak khusus limfosit penerima.

Transfer factor memindahkan maklumat imuniti - mengenali patogen dan gerak balas imun yang sesuai - melalui unsur (molekul atau sel) pencetus, penindas dan khusus-antigen.

  • Unsur pencetus membolehkan transfer factor membantu gerak balas imun terhadap jangkitan viral, parasit, malignan, penyakit mikobakterial, penyakit bakterial, jangiktan fungus, penyakit autoimun dan penyakit neurologikal. Molekul ini dapat memindahkan gerak balas imun dalam tempoh bawah 24 jam dan dengan ketara dapat mengurangkan atau menghapuskan gejala penyakit.
  • Unsur penindas mengawal sistem imun dari gerak balas yang berlebihan, seperti gerak balas terhadap debunga dan jisim asing yang lain, begitu juga dengan sel tubuh sendiri seperti dalam kes penyakit autoimun.
  • Unsur khusus-antigen membawa tanda pengenalan yang sistem imun gunakan untuk mengenali mikrob dan sel asing.
Transfer factor boleh dijumpai walaupun di dalam sistem imun yang paling primitif. Oleh yang demikian, unsur pencetus dan penindas transfer factor adalah universal (umum) dan boleh memindahkan imuniti melangkaui batas spesies. Justeru, transfer factor dari lembu dapat memberikan imuniti dalam tubuh manusia. Unsur khusus-antigen boleh memindahkan imuniti di antara spesies  apabila berlaku pindah silang antara patogen khusus-antigen, seperti dalam kes cacar dan cacar lembu, E. coli, dll.

Proses Mengenali Penceroboh Asing


  1. Transfer factor bergerak ke arah reseptor (penyambut) sel T.

  2. Transfer factor masuk ke sel T.

  3. Transfer factor ditarik masuk ke dalam sel T.

  4. Transfer factor bercantum dengan struktur dalam sel T.

  5. Sitokines dikeluarkan.
Sumber Rujukan:

Natural Immune Booster: Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 1998.

The Super Supplement Combination for Optimal Immune Function: Enhanced Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 2000.

A New Basis for the Immunoregulatory Activities of Transfer Factor - an Arcane Dialet in the Language of Cells, Lawrence HS, Borkowsky W. Cell  Immunol, 1983.

Structural Nature and Functions of Transfer Factors, Kirkpatrick CH. Annals of The New York Academy of Sciences, 1993.


JAMGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You