Wednesday 4 September 2013

Gerak Balas Sistem Imun

Banyak organ dalam badan kita yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan dan struktur sistem imun. Ia termasuk sumsum tulang, timus, nodus limfa, limpa, anak tekak, adenoid dan apendiks. Organ-organ tersebut bertanggung jawab ke atas pertumbuhan, perkembangan dan penghantaran limfosit, sel darah putih yang merupakan pekerja utama sistem imun. Limfosit utama adalah sel B, sel T, sel pembunuh semula jadi (sel NK), makrofaj dan sel dendritik. Masing-masing mempunyai peranan tertentu dalam menjaga kesihatan sistem imun dan tubuh anda.

Gerak Balas Utama

Pertama kali tubuh anda terdedah kepada virus atau bakteria tertentu, sistem imun mengambil masa untuk mengenali organisma yang menyerang dan berfikir bagaimana untuk membunuh mereka. Dalam tempoh tersebut, virus dan bakteria membiak dengan berlipat ganda, justeru meningkatkan masa yang diperlukan untuk me jangkitan sepenuhnya.


  1. Luka pada kulit akan merosakkan sel dan membolehkan baketria memasuki tubuh, menyebabkan berak balas imun dari makrofaj dan sel imun pencuci yang lain.

  2. Sel mast akan mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan inflamasi, membolehkan sel imun yang lain bergegas ke kawasan bermasalah tersebut.

  3. Sebelum bantuan tiba, makrofaj dan imun sel yang telah ditempatkan di kawasan tersebut terlebih dahulu mula menyerang bakteria, memotong mereka hingga sehingga kecil-kecil dan ianya dipanggil antigen.

  4. Kemudian mereka dibawa ke nodus limfa di mana makrofaj akan bertaut kepada sel B dan sel T. Sel B mula membina antibodi khas untuk antigen atau kuman tersebut.

  5. Antibodi menggerakkan gerak balas dari sel imun tertentu seperti sel NK, makrofaj dan sel T-pembunuh untuk mengerumuni dan membunuh sel yang dijangkiti bakteria.

  6. Sel T-pembantu memberi isyarat kepada antibodi dan sel T-pembunuh untuk terus ke tempat luka.

  7. Ketika sel imun sedang menguruskan kuman, sel lain yang dipanggil platelet mula menyembuhkan luka dengan membentuk kuping yang menutupi luka.
Gerak Balas Imun Sekunder

Bila kali kedua tubuh terdedah kepada virus atau bakteria tertentu, sitem imun mengenali organisma yang menyerang dengan lebih cepat dan tahu bagaimana untuk melawannya. Disebabkan masa yang diambil untuk langkah ini adalah lebih pendek, jangkitan boleh dihapuskan dengan lebih cepat. Kepintaran  dan intuisi yang diperolehi sistem imun menggerakkan gerak balas imun sekunder.



  1. Luka pada kulit akan merosakkan sel dan membolehkan baketria memasuki tubuh, menyebabkan berak balas imun dari makrofaj dan sel imun pencuci yang lain.

  2. Sel mast akan mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan inflamasi, membolehkan sel imun yang lain bergegas ke kawasan bermasalah tersebut.

  3. Sebelum bantuan tiba, makrofaj dan imun sel yang telah ditempatkan di kawasan tersebut terlebih dahulu mula menyerang bakteria, memotong mereka hingga sehingga kecil-kecil dan ianya dipanggil antigen.

  4. Sel B, digerakkan oleh gerak balas imun yang lalu, mula membina antibodi khas untuk antigen atau kuman yang tubuh terdedah kepadanya. Antibodi menggerakkan gerak balas dari sel imun tertentu seperti sel NK, makrofaj dan sel T-pembunuh untuk mengerumuni dan membunuh sel yang dijangkiti bakteria.

  5. Sel T-pembantu memberi isyarat kepada antibodi dan sel T-pembunuh untuk terus ke tempat luka.

  6. Ketika sel imun sedang menguruskan kuman, sel lain yang dipanggil platelet mula menyembuhkan luka dengan membentuk kuping yang menutupi luka.
 PRODUK YANG DICADANGKAN/SILA KLIK PADA PRODUK UNTUK KETERANGAN LANJUT