Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif
Nampaknya
apa saja yang
kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi
punca kanser.
Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan
meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan
kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik
kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate
hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh
menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.
Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang
meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian
mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga
yang tidak mempunyai sejarah kanser.
Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai
teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori
yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan
penyakit tersebut dalam tubuh manusia.
Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai
teka-teki perubatan ini di dalam Current
Medicinal Chemistry 2001.
Beliau mengatakan dari
banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif
yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan
mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis
(perkembangan kanser).
Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres
oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas
sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda
melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang
mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan
nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda
dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres
oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh
kita.
Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab
jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan
atau suplemen
yang kaya dengan antioksidan,
satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas
dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.
Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak
ia-itu apabila terdapat banyak radikal
bebas
berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk
kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan
memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres
aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang
akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel
berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut
dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini
terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan
terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai
kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu
bahagian
badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam
tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun
untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh
kanak-kanak ia
berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.
Dewasa ini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser.
Terdapatkah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu
diperangi dari peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat
melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca darinya? Anda tahu
kita mempunyai harapan, memahami peranan stres
oksidatif dalam
perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan
dan perawatan kanser.
PRODUK YANG DISYORKAN. KLIK PADA PRODUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT