Saturday, 30 April 2016

Kelebihan Buah Tunjuk Langit yang ramai tak tahu


Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar perladangan mahoni.

Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalik diatas pokok.

Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil.

Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla) yang juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.
Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. Pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.

Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

Buah tunjuk langit secara semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah, tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.

Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.
Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih.

Selain daripada itu, bijinya juga boleh digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.

Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.

Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut.

Dalam pembuatan ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk kronik, buah ini sangat penting kerana bijinya apabila ditumbuk sampai halus serta dikunyah dengan buah pinang dan seterusnya dimakan dikatakan dapat mengubat penyakit tersebut.

Akarnya pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit disentri iaitu dengan meminum air rebusan daripada akar tersebut yang telah ditumbuk halus.

BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT

1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti.

3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - Faathir:27

Friday, 29 April 2016

Petua bagi lelaki yang cepat pancut waktu bersama isteri.

Premature Ejaculation adalah pancutan yang dialami sebelum masa yang dikehendaki atau terlalu awal pancutan berlaku semasa persetubuhan. Ini sering menghampakan si isteri. Lazimnya, apabila seorang lelaki telah melepaskan air maninya, zakarnya akan hilang kekerasan dan tak dapat berfungsi dengan baik untuk persetubuhan . Mengikut penyelidikan, di anggarkan bahawa satu pertiga lelaki dibawah umur 25 mempunyai masalah ini.

Apakah yang menyebabkan air mani terkeluar terlalu awal atau ‘premature ejaculation’?

Mengikut beberapa pendapat, kaum lelaki memang lebih senang mencapai ke puncak shahwatnya berbanding perempuan. Mengikut pendapat tersebut, berkemungkinan lelaki terlalu sibuk merisaukan banyak perkara mustahak yang lain daripada masalah yang remeh ini. Jika pada zaman dahulu lelaki lebih risau dengan masalah ketiadaan makanan, serangan musuh dan haiwan liar. Jadi berkemungkinan masalah ini adalah masalah turun temurun atau ‘hereditary’.

Namun begitu, teori ini tidak dapat di buktikan sebarang ahli sains walaupun sekilas pandang kelihatan benar. Mungkin teori ini dirumus kerana dari segi genetik, manusia belum dapat pastikan sebarang hasil dari melambatkan ke puncak shahwatnya.

Tabiat melambatkan ke puncak shahwat ataupun “orgasm” adalah satu tabiat yang harus dipelajari. Tidak jauh perbezaannya seperti belajar menari atau belajar cara buat dodol. Tabiat melambatkan keluarnya air mani dapat memanjangkan lagi masa keseronokan untuk kaum suami. Didapati ramai isteri juga gemar mengalami ‘orgasm’ semasa zakar suami masih didalam kemaluan si isteri.

Untuk si isteri mencapai keseronokan ini, zakar lelaki haruslah sering menghairahkan si isteri dengan gerakan untuk tempo masa yang agak lama. Ejakulasi terlalu awal ini sering juga disebabkan fakta-fakta psikologi seperti ketakutan, rasa serba salah dan risau jika tidak dapat memuaskan.

Perkara pertama seorang suami harus ingat sebelum bersetubuh adalah persetubuhan yang baik adalah persetubuhan yang diberkati. Maka oleh kerana itu, berdo’a lah kepada Yang Maha Kuasa, agar diberi zuriat-zuriat yang diredhai. Kemudian, do’alah agar Tuhan Yang Maha Pengasih memberi izin agar dapat memuaskan nafkah batin si isteri.

Selalunya, persetubuhan yang digemari si isteri adalah persetubuhan yang tidak dalam keadaan kelam kabut. Ambilah masa untuk bergurau senda , bermesra intim bersama isteri. Lebih lama masa yang diambil untuk ‘foreplay’ ini, lebih kuatlah dan lebih seronoklah kelepasan nafsu yang akan dialami kedua-dua pihak kemudian.

Kemuncak shahwat, atau ‘orgasm’ ini, boleh dibaratkan seperti belon. Lebih lama ditiup udara kedalamnya, lebih besarlah ia membesar dan lebih kuat dan lebih berdentum apabila ia meletup kelak.

Selalunya, seorang lelaki dalam lingkungan umur dua puluhan, setelah zakarnya menembusi ke dalam isterinya, ia boleh mengambil kurang dari tiga minit untuk ia sampai ke kemuncak shahwatnya dan melepaskan air maninya. Yang sedemikian, bukan sahaja sering menghampakan si isteri, malah juga merugikannya si suami dengan meringkaskan lagi masa yang seronok.

Dibawah ini ada satu petua orang-orang tua dahulu yang boleh dgunakan bagi merawat masalah PE ini.. Cara-caranya adalah..,
  • ~ bunga cengkih sejemput
  • ~ halia besar penumbuk
  • ~ sebatang kulit kayu manis
  • ~ kunyit sebesar ibu jari tangan..
  • ~ dua sudu gula melaka
  • ~ lada hitam sejemput
*** Rebus semua bahan tadi ...dan bersedia untuk diminum waktu pagi dan petang...

Semoga bermanfaat!

sumber : utaranews.com/

Thursday, 28 April 2016

Petua migrain menurut cara Islam


Waktu solat Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. - wannurapetuaamalan.wordpress.com/

Wednesday, 27 April 2016

Petua Daun Peria Ubat Kurap


Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. 

Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya. - wannurapetuaamalan.wordpress.com/

Tuesday, 26 April 2016

Manfaat Teh yang patut diketahui oleh semua


Menikmati teh bukanlah suatu yang asing bagi sebahagian penduduk dunia. Teh menjadi pilihan untuk dinikmati tidak kira waktu pagi, petang ataupun malam dari tempat mewah hingga ke warung-warung di tepi-tepi jalan.

Bagi sesetengah bangsa, minum teh dijadikan sebagai budaya dalam majlis atau upacara kehormatan. Contohnya, pasangan pengantin Buddha mempersembahkan minuman teh kepada ibu bapa mereka sebagai sebahagian daripada upacara perkahwinan.

Bangsa Inggeris mempunyai kebiasaan minum teh pada waktu petang. Tradisi yang dipanggil ´evening tea´ ini kebiasaannya dilakukan sekitar jam 5.00 petang. Segala kegiatan apabila masuk waktu tersebut perlu dipenuhi dengan acara minum teh.

Dikatakan amalan ini diperkenalkan oleh Duchess of Bedford pada tahun 1788. Beliau mengundang teman-temannya untuk minum teh pada setiap pukul 5.00 petang di Belvoir Castle. Kebiasaan itu pula dilakukan oleh teman-temannya bersama keluarga mereka. Maka tersebarlah tradisi minum teh pada waktu petang.

Manakala istilah ´teh tarik´ pula begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Teh tarik ialah teh yang dicampur dengan susu, kemudian dituang dari satu gelas ke gelas yang lain setinggi mungkin seperti air yang sedang ditarik. Dikatakan Marie de Rabutin Chantal dan Marquise de Seven adalah antara orang yang pertama yang mencampurkan susu ke dalam teh.

Pada tahun 760 M, seorang Cina bernama Lu Yu telah menulis buku pertama yang memuatkan tentang tatacara minum teh berdasarkan agama Buddha Zen. Tatacara ini kemudiannya dibawa dan diperkenalkan oleh pendeta Buddha Zen ke Jepun bersama-sama dengan daun teh.

Justeru, sejak lebih 500 tahun, masyarakat Jepun terkenal mempunyai upacara minum teh yang khas dan unik. Malah, tradisi itu diajar di sekolah dan menjadi sebahagian dari kurikulum pendidikan mereka. Di Jepun, teh juga digunakan sebagai minuman penenang ketika bermeditasi.

Teh diolah dengan pelbagai aroma dan campuran seperti teh halia, teli herba, teh hijau, teh chamomile dan lain-lain menjadikan ia bertambah enak untuk dinikmati.

Teh hitam berwarna hitam kerana melalui proses pengoksidan. Bahan kimia yang terdapat di dalam daun teh ini, iaitu tannin bertindak balas dengan udara. Apabila dibancuh, warna air ini akan menjadi kemerah-merahan. Setakat ini, teh ini menjadi pilihan paling popular di Barat.

Manakala teh hijau sangat popular di benua Asia. Dalam menghasilkan teh, daunnya yang kering akan dikukus untuk memusnahkan enzim yang terlibat dalam proses pengoksidaan. Teh ini mempunyai rasa yang agak pahit.

Mengikut sejarah, daun teh ditemui oleh seorang pedagang China bernama Shen Nong pada tahun 2737 SM ketika beliau dalam satu perjalanan. Sampai di sebuah hutan, ketika sedang berehat, salah seorang pembantunya memasak air.

Tiba-tiba jatuh sehelai daun ke dalam air yang sedang dimasak lalu mengeluarkan warna kecoklatan. Apabila diminum, badan pedagang itu menjadi segar selepas perjalanan yang jauh. Lalu, pokok yang mempunyai daun itu dibawa pulang dan tanamannya diperkembangkan.

Teh yang diperoleh dari China dibawa ke Eropah terutama Belanda dan Perancis oleh pedagang-pedagang Portugis. Bagi sebahagian masyarakat Belanda pada ketika itu, teh dijadikan minuman kalangan bangsawan sahaja.

Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol.

Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.

• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.

• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.

• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya. - sumber utaranews.com/

Monday, 25 April 2016

Tips menjaga kecantikan kulit wajah untuk wanita

 

Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .

Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.

Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.

Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal"..,
iaitu Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya.

Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi.

Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan.

Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Tanya pada diri anda:

sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?

Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?

Oleh itu artikel ini akan menyenaraikan beberapa  amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.
1.   Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting.
2.   Paling penting jangan tinggal solat.
Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

3.   Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.

Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

4. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat

Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.  Amalkan setiap hari.

Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.

5. Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir  di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran  dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)

6. Baca surah Al-Waqiah.

Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.

Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

7. Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh.

Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

8. Berdoa setiap kali melihat cermin.

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

"Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka".

Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:

"Ya Allah ya Tuhanku kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat terpuji, muliakanlah aku dengan ketaqwaan, dan cantikkanlah aku dengan keafiatan".

9. Menggunakan produk yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah.

Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik.

Semoga tips -tips yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. - utaranews.com/

Sunday, 24 April 2016

Ramuan bagi penyingkiran toksin dari tubuh badan secara semulajadi

Admin mendapat petua ini dari seorang kawan berbangsa tionghua di pasar Tambun bernama Ah Ling. Beliau adalah seorang penjual sayur di pasar tersebut namun suka memberi petua secara semulajadi dengan herba.

Petua ini dikatakan sangat mujarab bagi penyingkiran toksin secara semulajadi yang diberikan kepada beliau oleh seorang doktor pengamal perubatan tradisional.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

6 labu bawang putih bersaiz sederhana
4 biji buah lemon

Cara membuatnya;

Kupas kulit bawang putih dan buah lemon.
Basuh kedua-dua bahan tadi.
Rendam kesemua bahan-bahan tadi dengan air suam sebanyak 1 liter selama 45 minit.
Setelah itu, kisarkan bahan-bahan tadi.
Amalkan ramuan ini satu sudu setiap hari dicampur air suam dan diminum.
Untuk lebih mujarab lagi, bagi yang beragama Islam, selawatlah sebanyak 3 kali sebelum minum. Insyaallah berkesan untuk mengurangkan toksin dalam badan anda. - wannurapetuaamalan.wordpress.com/