Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. 
Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard
 van Swieten (1700-1772).
Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai 
gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya 
pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar 
perladangan mahoni.
Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalik diatas pokok.
Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang 
dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan 
mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil.
Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla) yang juga dikenali sebagai 
Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang 
terdapat di Asia Tenggara.
Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. Pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.

Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian 
saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). 
Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor 
dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan 
terbaik.
Buah tunjuk langit secara semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi 
kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah, tidak mengandungi kesan 
sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.
Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan 
memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan 
agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan 
kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.
Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih.
Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih.
Selain daripada itu, bijinya juga boleh digunakan untuk merawat batuk, 
penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik.
 Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.
Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika 
Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang 
SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang 
tinggi.
Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut.
Dalam pembuatan ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk kronik, 
buah ini sangat penting kerana bijinya apabila ditumbuk sampai halus 
serta dikunyah dengan buah pinang dan seterusnya dimakan dikatakan dapat
 mengubat penyakit tersebut.
Akarnya pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit disentri iaitu 
dengan meminum air rebusan daripada akar tersebut yang telah ditumbuk 
halus.
BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali.
 Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi
 keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.
2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak 
seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada 
dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti.
3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, 
dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina 
sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - Faathir:27
“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - Faathir:27