Saturday, 19 October 2013

3 Khasiat Bunga Raya Putih

Bunga Raya memang tak asing lagi dengan anda, kan? Selain merupakan bunga kebangsaan, ia mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk penjagaan diri. Cuma kali ini, saya ingin fokuskan khasiat bunga raya putih.
 
Jika anda masih ingat, saya pernah kongsikan salah satu khasiatnya tak lama dulu. Iaitu ia boleh digunakan untuk melegakan sakit mata. Anda boleh klik artikel yang bertajuk "Cara Melegakan Sakit Mata" sebagai rujukan ya.
 
Selain sakit mata, anda boleh manfaatkan bunga raya putih untuk beberapa lagi perkara. Iaitu menghilangkan kelemumur, menghitamkan serta mengilatkan rambut dan mengurangkan rasa panas badan.
 
Kalau sebelum ini khasiatnya tertumpu pada akar, untuk petua kali ini anda perlu menggunakan daunnya pula.

Bunga Raya Putih - sobrihomedecor.blogspot.com

A. Menghilangkan Kelemumur, Menghitamkan serta Mengilatkan Rambut 

  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.
  2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.
  3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.
  4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala anda ya.
  5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut anda dengan menggunakan air bersih.

B. Mengurangkan Panas Badan


  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar saja.
  2. Ramaskan daun tadi dengan menambahkan sedikit air.
  3. Kemudian, anda lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan.
  4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, anda boleh demahkan saja air ramasan tersebut kat atas kepala.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/08/3-khasiat-bunga-raya-putih.html#ixzz2iAKlJQp5

Tips mencerahkan siku dan lutut

posted

Warna kulit badan yang tidak rata akan kelihatan jelas pada bahagian lutut dan siku. Kebiasaannya, warna pada bahagian kepala lutut dan siku akan kelihatan lebih gelap berbanding bahagian kulit lain. Hal ini akan menyebabkan sesetengah wanita kurang keyakinan diri untuk memakai pakaian yang menyerlahkan lutut atau siku. Memang agak sukar untuk menghilangkan kehitaman pada siku dan lutut, namun tidak bermakna ia tidak akan menjadi lebih cerah. Anda dapat meratakan warna kulit hanya dengan mengikuti tips seperti di bawah:

Menggunakan lemon

Bahan yang terbukti berkesan untuk meratakan warna kulit badan tidak lain tidak bukan, buah lemon. Potong lemon secara nipis, dan sapukannya pada bahagian siku dan lutut anda. Lakukan proses ini selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air suam. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, lakukan proses ini 2 atau 3 kali sehari.

Menggunakan minyak zaitun

Warna kulit bahagian siku dan lutut kelihatan lebih hitam berbanding kawasan lain kerana ia terdiri daripada sel-sel kulit mati lantas menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, sapukan minyak zaitun pada siku dan lutut. Biarkan selama 15 minit dan bilas.

Menggosok dengan span

Untuk pengelupasan sel-sel kulit mati secara halus, anda disyorkan menggunakan span khas atau 'loofah' yang mana banyak dijual di kedai yang menjual barang kosmetik. Kemudian, gosok dengan tekanan sederhana dan perlahan pada bahagian lutut dan siku tadi sehingga diyakini sel kulit mati hilang. Akhir sekali, bilas dengan air suam.

Menggunakan pelembab

Setiap kali selepas mandi, jangan lupa untuk memakai pelembab di bahagian lutut dan siku untuk kesan ekstra. Kebiasaannya, kedua-dua kawasan ini sangat kering dan memerlukan lebih banyak kelembapan untuk lebih lembut dan cerah. Lebih bagus lagi jika anda menyapukan 'body butter' setiap kali selesai mandi pada bahagian lutut dan siku.

PRODUK PILIHAN

 

Petua Hilangkan Kelemumur dan Kutu

Posted by Encik Oktant

Masalah kelemumur lagi. Ya, saya nak kongsikan satu lagi petua hilangkan kelemumur dengan anda. Namun, cara ini bukan sekadar untuk menghilangkan kelemumur saja. Malah, kutu pun boleh dihilangkan. Apa yang pasti ia adalah cara tradisional.

Anda perlu menggunakan buah belimbing besi dan juga bunga betik. Manakala cara mengamalkannya adalah seperti berikut;
  1. Pertama sekali, anda potongkan buah belimbing besi secara memanjang.
  2. Kemudian, basahkan kepala serta rambut anda.
  3. Gosokkan belimbing besi tadi ke seluruh kepala anda. Biarkannya sehingga meresap ke kulit kepala anda.
  4. Sementara menunggu ia benar-benar meresap, rendamkan bunga betik ke dalam bekas yang telah diisi dengan air suam.
  5. Rendamkanlah sehingga bunga betik itu kembang.
  6. Setelah benar-benar kembang, sapukan pula bunga betik tadi ke seluruh kepala anda.
  7. Seterusnya balut kepala anda dengan tuala bersih dan biarkan dalam 20 ke 30 minit.
  8. Akhir sekali, bilas dan basuhlah kepala anda dengan air bersih.
Amalkanlah petua ini sehingga anda bebas daripada kelemumur dan juga kutu.

Cara Mudah Buang Tahi Lalat Hidup

Posted by Encik Oktant

Mungkin ada di antara anda yang nak sangat buang tahi lalat hidup. Kebetulan, saya baru mendapat satu petua untuk buang tahi lalat anda tu. Lebih bagus lagi, ia bukan setakat boleh buang tahi lalat aje. Malah, boleh digunakan untuk buang kutil (atau mata ikan di kaki) serta merawat tumit kaki yang pecah-pecah.

Bahan yang anda perlukan hanyalah getah daun kemboja dan kapas. Di bawah ni ada satu imej pokok bunga kemboja yang saya jumpa di Flickr milik prankbot.

Langkah-langkah yang perlu anda buat ialah:
  1. Dapatkan getah daun kemboja.
  2. Kemudian, bubuhlah getah tu pada tahi lalat hidup, ke kawasan kutil ataupun kat tumit yang pecah-pecah.
  3. Lepas tu, tampalkan saje ia dengan kapas.

Ulang proses di atas sehinggalah tahi lalat anda tanggal ataupun kutil dan kesan pecah pada kaki anda tu hilang.

Itu saje. Mudah, kan?

Selamat Mencuba! 

sumber dipetik dari:-http://petuasejagat.blogspot.com/2009/11/cara-mudah-buang-tahi-lalat-hidup.html

Atasi Masalah Jari Kebas

Petua hari ni nak berkongsi satu cara mengatasi masalah jari kebas. Biasanya jari tangan atau kaki berasa kebas ni boleh terjadi akibat terlalu sejuk.

Untuk itu, cuba anda lumurkan bedak talkum pada jari anda yang kebas-kebas tu. Kalau jari anda berasa kebas jer, cepat-cepatlah lumurkannya dengan bedak yer.

Itu saja langkah yang perlu anda buat. Jika takder aral, rasa kebas tu akan hilang. :)

Selamat Mencuba!

Kaedah Agar Benjol Beransur Susut

Benjol atau bincut ni biasanya timbul akibat terhantuk ataupun dibaling dengan benda keras seperti batu. Selalunya kena kat dahi. Bila dah benjol, takkan nak biarkan macam tu aje, kan?
 
Mestilah anda nak ia surut dan hilang. Masalahnya kekadang anda panik. Saya pun sama gak. Huhu.... Tak tahu nak buat apa.
 
Tapi usah kalut. Sekejap lagi, anda akan tahu cara nak hilangkan benjol tue. =D

Anda boleh ikuti cara ini jika mahu benjol tu susut;

1. Ambil sekepal asam jawa dan secubit garam halus.

2. Campurkan ia dengan sedikit air.
3. Kemudian tampalkan pada benjolan tersebut.
4. Akhir sekali, biarkan ia selama setengah jam.

InsyaAllah benjol itu akan susut.

Selamat Mencuba!

Friday, 18 October 2013

Kemunting Cina Boleh Mengubati Penyakit Leukemia

Posted by Encik Oktant
 
Penyakit Leukemia atau barah barah merupakan sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh leukosit yang berkembang biak dan meresap ke dalam sumsum tulang, limpa dan lain-lain. Leukosit ni juga akan membinasakan alat-alat tubuh yang membentuk darah.

Manakala leukosit pula adalah sel darah putih yang berfungsi melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh. Begitulah serba sedikit maklumat yang saya dapat menerusi Kamus Dewan edisi keempat.

Pokok kemunting cina pula dikatakan mampu mengubati leukemia kerana ianya menghasilkan alkaloid vinblastina dan vinkristina. Dalam kes ini, anda perlukan bunganya saja. Anda boleh pilih sama ada nak pakai bunganya yang berwarna putih ataupun merah.

Sebagai rujukan, saya lampirkan sekali imej bunga kemunting cina di bawah ini:

bunga kemunting cina berwarna putih
Bunga kemunting cina berwarna putih - Wikipedia

bunga kemunting cina berwarna merah
Bunga kemunting cina berwarna merah - H G M @ flickr

Apa yang perlu anda lakukan adalah;
  1. Sediakan kira-kira 20 gram bunga kemunting cina.
  2. Jemur bunga tersebut hingga kering.
  3. Anda rebuslah bunga yang telah kering tadi hingga mendidih.
  4. Kemudian, tapis air rebusan tu dan tuangkan ke dalam gelas.
  5. Biarkanlah ia sejuk sikit atau suam-suam dan minum.
Amalkan meminumnya 2 kali sehari dan teruskan petua ini sehinggalah penyakit leukemia anda beransur pulih.

PRODUK PILIHAN

3 Khasiat Akar serta Daun Pokok Kelulut

Posted by Encik Oktant

Pokok Kelulut (Urena Lobata) selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah melekat pada fabrik. Sebab itulah suatu ketika dulu, buah pokok kelulut ni boleh dikatakan antara bahan permainan yang popular. Terutamanya bagi golongan kanak-kanak. :)

Namun di sebalik kepopularan buahnya itu, akar dan daun kelulut tak ketinggalan turut memiliki khasiatnya yang tersendiri. Iaitu mengurangkan sakit gigi, merawat demam yang berpanjangan dan juga merawat luka.

Cara untuk memanfaatkan kelebihan akar dan daun pokok kelulut ni adalah berbeza-beza. Saya akan kongsikannya dengan anda di bawah ini;

Mengurangkan Sakit Gigi
  1. Ambil bahagian akar pokok kelulut saja.
  2. Bersihkan akar tersebut sebaik mungkin.
  3. Kemudian, kunyah akar tadi secara perlahan-lahan.
Merawat Demam Berpanjangan
  1. Ambil akar kelulut dan bersihkan ia.
  2. Kemudian, tumbuk akar tadi hingga lumat sedikit.
  3. Seterusnya, anda perlu kisarkan akar tersebut dengan menambahkan sedikit air.
  4. Selepas itu, tapiskan akar kelulut tadi untuk mendapatkan jusnya.
  5. Akhir sekali, minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.
Merawat Luka
  1. Ambil beberapa helai daun kelulut dan bersihkan.
Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)
Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)
  1. Kemudian, tumbuk daun tersebut hingga lumat.
  2. Akhir sekali, pupukkan daun yang telah lumat pada bahagian yang luka.
 PRODUK PILIHAN

Petua Sakit Mata dengan Akar Delima

Posted by Encik Oktant

Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan. Terutamanya dari sudut kesihatan. Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk biasa, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.

Pada kali ini, saya nak fokuskan petua sakit mata dulu. Masalah lain akan saya kongsikan kemudian. :)

Sebenarnya, bahan utama yang anda perlukan ialah akar pokok delima ya. Selepas anda sudah dapatkan akarnya, ikutilah langkah di bawah;
  1. Bersihkan dulu bahagian akar delima tadi.
  2. Kemudian, rebuskan akarnya sehingga mendidih.
  3. Selepas itu, anda biarkan air rebusan itu sejuk atau suam.
  4. Akhir sekali, gunakan air rebusan itu untuk mencuci mata anda yang sakit.
Anda boleh amalkan petua ini sehinggalah masalah sakit mata yang dialami berkurangan dan sembuh seperti sediakala. Mudah, kan? Saya yakin anda pasti boleh melakukannya. :)

Petua Kecutkan Rahim dengan Temu Mangga

Posted by Encik Oktant

Temu mangga atau temu pauh memang banyak kebaikannya untuk penjagaan kesihatan diri anda. Khasiat temu mangga yang akan dikongsikan ini terletak pada ubinya. Rasanya yang agak pedas sikit tapi sedap juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam.

Malah menurut pengamal perubatan tradisional, apabila anda mengamalkannya sebagai ulam dalam menu seharian, ia baik untuk buang angin.

Tapi seperti tajuk di atas, fokus kali ini lebih kepada petua kecutkan rahim, kan? Jadi, anda ikuti langkah di bawah jika ingin mengecutkan rahim.
  1. Ambil beberapa ulas ubi temu mangga.
  2. Kemudian, ambil sedikit air bersih dan kisarkan bersama dengan ubi tadi sampai lumat.
  3. Setelah betul-betul lumat, tapiskan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam gelas.
  4. Di sini, anda hanya perlukan air atau jusnya saja.
  5. Minumlah jus tadi secara perlahan-lahan. Sekiranya anda tak tahan pedas, boleh tambahkan dengan sedikit madu lebah asli.
Sebelum terlupa, amalan meminum jus di atas setiap hari turut berfungsi menyembuhkan demam serta boleh mengurangkan panas badan.

PRODUK PILIHAN


Thursday, 17 October 2013

7 Khasiat Pokok Cili Padi

Posted by Encik Oktant

Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda, kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api dan cabai burung. Ramai di antara hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan. Barulah "kick"!

Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.

Daun Pokok Cili Padi

Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.
 
Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.
 
Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.

Akar Pokok Cili Padi

Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.
Petuanya - anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.
 
Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat saya kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.

Cara Merawat Payudara Bengkak

Posted by Encik Oktant

Bagi anda yang mengalami masalah payudara bengkak, saya ingin kongsikan satu petua tradisional untuk merawatnya. Iaitu dengan menggunakan akar pokok nangka. Petua ini amat ringkas dan saya percaya anda mampu melakukannya. :)

Cara-cara Merawat Payudara Bengkak

  1. Dapatkan sebahagian kecil akar pokok nangka.
  2. Kemudian, anda asahkan akar tersebut pada bahagian belakang pasu.
  3. Jangan lupa, pastikan anda campurkan sedikit air semasa mengasah akar tadi.
  4. Akhir sekali, sapukanlah air asahan tadi pada kawasan payudara anda yang bengkak.
Amalkan menyapu air asahan akar nangka ni sehinggalah ia membuahkan berhasil. Lepas dah sembuh, anda berhentilah daripada mengulangi petua ini.
 


Petua Hilangkan Jerawat dan Parut

Posted by Encik Oktant
 
Masalah jerawat umpama satu tembok halangan yang cukup sukar ditembusi. Ia tentunya merimaskan anda. Lebih-lebih lagi bila pelbagai usaha telah dibuat bagi mengatasi jerawat. Namun, semuanya tak membuahkan hasil. Kecewa pun ada. Sedih pun ada. Tapi, selalunya setiap penyakit ada ubatnya, kan?

Jadi, andainya anda masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk hilangkan jerawat, apakata gunakan daun mertajam. Ia merupakan salah satu ubat jerawat tradisional. Di bawah ini ada contohnya. Saya ambil dari web toptropicals.com.
 
Buah dan Daun Mertajam
Buah dan Daun Mertajam
Kemudian, di bawah ini pula Pokok Mertajam. Atau nama saintifiknya "Erioglossum Rubiginosum".
Pokok Mertajam
Pokok Mertajam
Daun mertajam ni dikatakan boleh hilangkan jerawat dan tidak meninggalkan sebarang kesan parut. Petua yang perlu anda ikuti adalah seperti berikut;

  1. Ambil beberapa helai daun mertajam dan bersihkannya.
  2. Kemudian, anda tumbukkan atau gilingkan daun mertajam tadi serta campurkannya dengan kemenyan (kira-kira sebesar ibu jari). Tujuan disarankan mencampurkan kemenyan adalah untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat serta menjaga kulit muka.
  3. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sampai halus.
  4. Setelah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk. Tujuan mencampurkan bedak sejuk ni pula supaya kulit muka anda tak terasa panas nanti. :)
  5. Seterusnya, sapukan saja campuran itu ke muka anda seperti memakai masker (topeng muka).
  6. Anda boleh sapu masker jerawat ni pada waktu malam dan cuci pada keesokan paginya ya.
Amalkanlah petua di atas setiap hari untuk hilangkan jerawat dan parut di muka anda. Mudah-mudahan selepas ini, ada bebas daripada jerawat dan tiada lagi kesan parut di muka.

PRODUK PILIHAN

 

Wednesday, 16 October 2013

Ubat Menghilangkan Jerawat

Masalah jerawat di bahagian muka agak sukar dibendung. Sekiranya kulit muka anda sensitif, maka penjagaan rutin yang lebih teliti perlu dilakukan. Beberapa cara untuk mengatasi jerawat ini pernah saya bincangkan di sini.
 
Namun, saya faham yang masalah ini tak pernah berakhir kerana setiap hari ada saja di antara kita yang mengalaminya. Walaupun dah pernah cuba pelbagai macam ubat jerawat, kan? Untuk itu, di akhir nanti saya akan berikan semula link berkaitan supaya mudah anda rujuk kembali. 
 
Sementara itu, saya akan terangkan satu lagi cara menghilangkan jerawat di muka anda. Kali ini, anda perlukan sebungkus daun teh dan juga satu bekas berisi air panas yang sedang mendidih. 
 
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah: 
  1. Masukkan sebungkus daun teh yang masih hijau ke dalam sebuah bekas berisi air panas yang sedang mendidih.
  2. Kemudian, wapkan air teh tadi ke muka anda. Atau lebih tepat, wapkan air teh tersebut selama beberapa ketika ke kawasan yang berjerawat di muka anda.
  3. Lakukan cara ini selalu sehinggalah jerawat di muka anda tu hilang.
PRODUK PILIHAN
 

Petua Tradisional Menghilangkan Jerawat

Posted by Encik Oktant
 
Apasal la jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi? Dah banyak petua dicuba, tapi keadaannya masih sama. Malah, kadang-kadang ia bertambah teruk. Betul ker petua yang ada dalam blog ni? 
 
Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.
 
Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.

Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa. 

Pagi tadi semasa membaca akhbar Sinar Harian, saya terjumpa petua menghilangkan jerawat. Mungkin ia dapat memberikan manfaat kepada anda masih dibelenggu masalah jerawat.

Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.

Cara mengamalkannya;
  1.   Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.
  2.   Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.
  3.   Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.
  4.   Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.
  5.   Jadikan ia sebagai amalan harian.
Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.
 
PRODUK PILIHAN
 
 
sumber dipetik dari:- http://petuasejagat.blogspot.com/2011/05/petua-tradisional-menghilangkan-jerawat.html

Merawati Kulit Lebam

Kesan kulit lebam akibat kemalangan boleh dirawat dan disembuhkan dengan menggunakan bahan-bahan biasa seperti bawang putih dan bawang merah. Satu lagi bahan yang perlu anda cari adalah daun jambu batu.

[1] Mula-mula, anda sediakan 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 3 helai daun jambu batu.


Bawang putih - awl.ch
dan juga yang ini...

Bawang merah - id.wikibooks.org

[2] Kemudian anda tumbuk halus ketiga-tiga bahan tadi.

[3] Pupuk pada tempat bekas lebam pada tubuh anda.

[4] Balut dengan kain yang bersih dan biarkannya hingga kering.

[5] Ulangi langkah ini sampai kesan lebam anda hilang.

PRODUK PILIHAN

sumber dipetik dari:-http://petuasejagat.blogspot.com/2009/02/merawati-kulit-lebam.html

3 Khasiat Pokok Mata Ayam

Pucuk pokok Mata Ayam atau Mata Pelanduk ni sering dijadikan ulam-ulaman. Rasanya agak lemak gitu. Ada yang kata kalau nak lagi sedap, anda boleh cecah dengan sambal belacan. Bagi orang pantai timur, tentu budu yang menjadi pilihan, kan?

Di sebalik keenakannya sebagai ulam, pokok Mata Ayam atau nama saintifiknya Ardisia Crispa turut mempunyai khasiat tertentu. Antaranya boleh hilangkan kelemumur, menyembuhkan demam dan melegakan sakit perut akibat cirit-birit.

Bagi menghilangkan kelemumur, anda ikuti langkah berikut:
  1. Ambil seluruh pokok Mata Ayam termasuk akarnya sekali.
  2. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.
  3. Seterusnya, campurkannya dengan air bersih.
  4. Bilaskan pada kulit kepala dan seluruh rambut anda yang berkelemumur.
Cuba amalkan petua ini beberapa kali sehingga anda bebas daripada kelemumur. :)

Sebaliknya, untuk menyembuhkan demam atau sakit perut;


  1. Ambil hanya bahagian akar pokok Mata Ayam ni dalam segenggam.
  2. Bersihkannya dan tumbuk akar tadi sampai hancur.
  3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit air dan kisarkannya hingga lumat.
  4. Akhir sekali, tapiskan airnya dalam gelas dan minumnya sekali sehari.
Sekiranya masih belum sembuh atau lega, anda minumlah lagi segelas pada keesokan harinya.
 
PRODUK PILIHAN
 
 

Tuesday, 15 October 2013

Cara Membersihkan Kotoran Dalam Mata

Bila menghadap komputer terlalu lama, mata kita tentu letih. Selain menggunakan ubat mata yang ada di pasaran mahupun di klinik, kita boleh titiskan air embun dari bunga bakawali.


Bagi anda yang tidak mengenalinya, imej di bawah sikit sebanyak mungkin dapat membantu.


Anda boleh menanam bunga bakawali di rumah bagi memudahkan anda mengamalkan petua ini. Ia boleh ditanam dalam pasu jika mahu.

Bunga bakawali ini biasanya akan mula mengembang sekitar jam 10 malam. Kemudian, lebih kurang pukul 12 tengah malam ia akan kembang sepenuhnya. Selepas tengah malam, ia akan menguncup dan menyimpan air embun melalui celah kelopaknya.

Sebelum ia layu dan gugur menjelang awal pagi, anda ambillah bunga tersebut. Kemudian, titiskan saja air embun tersebut pada kedua-dua belah mata anda.

Kaedah ini merupakan salah satu cara semulajadi membersihkan kotoran dalam mata anda. Di samping itu, ia turut menambahkan kesegaran serta memelihara kesihatan mata anda.


sumber dipetik dari:- http://petuasejagat.blogspot.com/2011/04/cara-membersihkan-kotoran-dalam-mata.html

7 Langkah Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata anda masih belum hilang lagi? Jika begitu, cuba anda kaedah rawatan menggunakan kentang. Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.

Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;
  1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
  2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
  3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
  4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
  5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
  6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
  7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

PRODUK PILIHAN


Posted by Encik Oktant 

Usah Perlekeh Tumbuhan Bernama "Lalang"

Anda pernah dengar tak perangai manusia yang disamakan dengan lalang? Ataupun "umpama lalang". Sebenarnya, sifat sebegitu amat bahaya. Ini kerana, mereka yang bersikap sedemikian biasanya adalah seseorang yang tidak tetap pendirian. Senang dipengaruhi. Tanpa usul periksa, terus percaya bulat-bulat. Jika terus dibiarkan, ia boleh memecah-belahkan masyarakat.
 
Tapi, kalau sebelum ini anda anggap lalang tiada manfaat. Anda mungkin silap. Ataupun mungkin anda memang belumpun tahu khasiatnya.
Jadi, di sini saya akan kongsikan khasiat akar lalang. Ia sesuai untuk mengubati mereka yang mengalami;
  • Demam Kuning @ Penyakit Kuning
  • Gonorrhea
  • Batuk Pendarahan Dalam
Cara rawatannya pula seperti berikut;
  1. Ambil akar lalang dan bersihkannya terlebih dahulu.
  2. Rebuskan akar lalang tadi sampai mendidih.
  3. Setelah air rebusan mendidih, tapiskannya ke dalam gelas ataupun cawan.
  4. Biarkan ia suam dahulu sebelum meminumnya secara perlahan-lahan.
Begitulah serba sedikit khasiat akar lalang untuk mereka yang ada 3 penyakit di atas. Mudah-mudahan penyakit yang dialami dapat diubati. InsyaAllah.

PRODUK PILIHAN

 

Monday, 14 October 2013

Petua Merawat Bisul, Kesan Bengkak dan Patah Tulang

Petua tradisional ini ditujukan khas kepada anda yang mengalami sama ada bisul, kesan bengkak tubuh badan ataupun patah tulang. Untuk makluman, kaedah rawatan bagi ketiga-tiga masalah di atas adalah sama. Iaitu menggunakan ranting Pokok Tetulang. Ada sesetengah memanggilnya Pokok Tulang-Tulang. Tak kisahlah tu. Janji ia adalah pokok yang sama.


Pokok Tetulang ni tidak berdaun. Malah langsung tidak berbuah. Walaupun begitu keadaannya, ia tetap mempunyai khasiat tersendiri. Lebih-lebih lagi kepada manusia. Seperti yang saya katakan tadi, ia boleh digunakan sebagai rawatan untuk bisul, bengkak dan patah tulang. 

Caranya: 

1. Dapatkan ranting dahan Pokok Tetulang. Saya harap anda gunakan ranting yang masih segar ya.
 2. Layurkan ranting tersebut di atas api yang sederhana besar selama beberapa minit.

 3. Kemudian, biarkan ranting tadi seketika agar tidaklah melecur kulit anda nanti bila nak menuam pada tempat yang sakit.

 4. Bila tahap kepanasan ranting tadi dah berkurangan sedikit, tuapkannya secara perlahan-lahan pada bahagian yang sakit (bisul, bengkak atau patah). 

 5. Akhir sekali, balutlah bahagian yang telah dituap dengan kain bersih. Langkah ini perlu diulang beberapa kali sehinggalah kesakitan yang dialami beransur pulih.
 
PRODUK PILIHAN


4 Jenis Jerawat Biasa Mungkin Tumbuh Pada Kulit Anda

Artikel berkaitan jenis jerawat telah lama diminta oleh beberapa rakan yang pernah mengunjungi blog ini. Jadi, saya pun cuba sedaya upaya melakukan kajian serta rujukan bagi memudahkan anda memahami jenis jerawat yang boleh dirawat. Pun begitu, saya mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyediakannya.
Cuma untuk artikel kali ini saya hanya fokuskan pada jerawat biasa. Suka saya ingatkan semula, jerawat biasa. Bukannya jerawat serius. Jerawat biasa terbahagi kepada empat jenis iaitu:

1. Komedon Tertutup ataupun Whitehead

Whitehead atau dalam Bahasa Melayu dipanggil bintik putih berlaku apabila pergerakan sebum ke permukaan kulit tersekat. Pada masa yang sama pula bakteria telah merebak. Apabila pergerakan kedua-duanya tersekat, maka terjadilah bintik putih.
Hasilnya jadilah seperti paparan di bawah;

2. Komedon Terbuka ataupun Blackhead

Blackhead ataupun bintik hitam pula bermula apabila liang halus pada permukaan kulit terbuka dan memberi ruang kepada udara melaluinya. Kemudian, melanin (penentu warna kulit anda) yang terkandung dalam sebum bertukar menjadi gelap (hitam) apabila terdedah kepada udara. Melanin yang bertukar menjadi gelap itulah yang anda nampak sebagai bintik hitam seperti di bawah.

Cuba "zoom" mata anda pada bahagian hidung. 

3. Papule

Papule merupakan benjolan merah dan keras yang timbul pada permukaan kulit. Atau mungkin ada di antara anda lebih faham jika saya katakan ia seperti bintat. Saiznya agak kecil saja. Tidak melebihi 5mm pun.

4. Pustule

Keadaan jerawat pustule juga kelihatan bengkak seperti jerawat papule tetapi berbentuk kubah. Ia juga lebih sensitif.
Ia juga merupakan jangkitan koloni P. Acnes (bukan Agnes Monica yer) dalam kelenjar minyak yang telah tersumbat dan menyebabkan ia bernanah.
Moga paparan jenis-jenis jerawat di atas membantu anda mengenalpasti jenis jerawat yang dihadapi. Kalau tiada, bermakna tahap jerawat anda dah serius. Mungkin nodul, takpun sista (cyst). Bila dah kronik lagi susah untuk dirawat serta rawatannya pun memakan masa lebih lama.
Saya cadangkan anda rawat sebelum terlewat. Jangan tunggu sampai dah parah baru nak rawat. Lagi susah dan silap haribulan anda terpaksa bayar lebih untuk kos rawatan.

PRODUK PILIHAN

Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata

sumber dipetik dari:- http://petuasejagat.blogspot.com/2011/05/petua-hilangkan-lebam-bawah-mata.html

Rutin yang memerlukan anda bekerja di depan komputer, kurang tidur dan kekurangan nutrisi akan menyebabkan mata letih. Bila hal ini berterusan, kesan lebam bawah mata pun mulai muncul.


Bilamana lebam bawah mata tu mula kelihatan, anda tentu panik, kan? Segan pun ada gak. Tapi nak buat camne, anda sendiri yang mengabaikan kesihatan mata.
Bila bekerja di depan komputer, susah nak berhenti. Walaupun sekejap aje. Secara tak langsung, anda sebenarnya memaksa mata untuk terus bekerja. Mata anda pun tahu letih gak.
Jika terus dipaksa, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain.

Justeru, untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, anda amalkanlah beberapa perkara;

1. Banyakkan meminum air kosong.

Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2. Makan sayur-sayuran hijau

Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.

3. Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?
Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.

PRODUK PILIHAN