posted By Izzati Husna | Tupai
Warna kulit badan yang tidak rata akan kelihatan jelas pada bahagian
lutut dan siku. Kebiasaannya, warna pada bahagian kepala lutut dan siku
akan kelihatan lebih gelap berbanding bahagian kulit lain. Hal ini akan
menyebabkan sesetengah wanita kurang keyakinan diri untuk memakai
pakaian yang menyerlahkan lutut atau siku. Memang agak sukar untuk
menghilangkan kehitaman pada siku dan lutut, namun tidak bermakna ia
tidak akan menjadi lebih cerah. Anda dapat meratakan warna kulit hanya
dengan mengikuti tips seperti di bawah:
Menggunakan lemon
Bahan yang terbukti berkesan untuk meratakan warna kulit badan tidak
lain tidak bukan, buah lemon. Potong lemon secara nipis, dan sapukannya
pada bahagian siku dan lutut anda. Lakukan proses ini selama 30 minit
dan bilas dengan menggunakan air suam. Untuk mendapatkan kesan yang
lebih cepat, lakukan proses ini 2 atau 3 kali sehari.
Menggunakan minyak zaitun
Warna kulit bahagian siku dan lutut kelihatan lebih hitam berbanding
kawasan lain kerana ia terdiri daripada sel-sel kulit mati lantas
menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Jadi, untuk mengatasi
masalah ini, sapukan minyak zaitun pada siku dan lutut. Biarkan selama
15 minit dan bilas.
Menggosok dengan span
Untuk pengelupasan sel-sel kulit mati secara halus, anda disyorkan
menggunakan span khas atau 'loofah' yang mana banyak dijual di kedai
yang menjual barang kosmetik. Kemudian, gosok dengan tekanan sederhana
dan perlahan pada bahagian lutut dan siku tadi sehingga diyakini sel
kulit mati hilang. Akhir sekali, bilas dengan air suam.
Menggunakan pelembab
Setiap kali selepas mandi, jangan lupa untuk memakai pelembab di
bahagian lutut dan siku untuk kesan ekstra. Kebiasaannya, kedua-dua
kawasan ini sangat kering dan memerlukan lebih banyak kelembapan untuk
lebih lembut dan cerah. Lebih bagus lagi jika anda menyapukan 'body
butter' setiap kali selesai mandi pada bahagian lutut dan siku.
PRODUK PILIHAN