Mungkin ada di antara anda yang nak sangat buang tahi lalat hidup. Kebetulan, saya baru mendapat satu petua untuk buang tahi lalat anda tu. Lebih bagus lagi, ia bukan setakat boleh buang tahi lalat aje. Malah, boleh digunakan untuk buang kutil (atau mata ikan di kaki) serta merawat tumit kaki yang pecah-pecah.
Bahan yang anda perlukan hanyalah getah daun kemboja dan kapas. Di bawah ni ada satu imej pokok bunga kemboja yang saya jumpa di Flickr milik prankbot.
Langkah-langkah yang perlu anda buat ialah:
- Dapatkan getah daun kemboja.
- Kemudian, bubuhlah getah tu pada tahi lalat hidup, ke kawasan kutil ataupun kat tumit yang pecah-pecah.
- Lepas tu, tampalkan saje ia dengan kapas.
Ulang proses di atas sehinggalah tahi lalat anda tanggal ataupun kutil dan kesan pecah pada kaki anda tu hilang.
Itu saje. Mudah, kan?
Selamat Mencuba!
sumber dipetik dari:-http://petuasejagat.blogspot.com/2009/11/cara-mudah-buang-tahi-lalat-hidup.html