By Izzati Husna | Tupai 
Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi 
sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip 
kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya 
menggunakan uncang teh. 
Spa wap teh
 Bawa 
kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya 
didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang 
besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk
 menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan 
baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan 
dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. 
Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan 
menganjalkannya. 
Surutkan mata bengkak
 
Bancung dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya 
dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring 
di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata 
dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 
hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan 
tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut 
mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata. 
Betulkan kuku yang patah
 Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong 
sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. 
Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda 
yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa 
antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas 
kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk 
mencantikkan kuku anda seperti biasa.
PRODUK PILIHAN RAMAI

