Lingkaran hitam bawah mata anda
masih belum hilang lagi? Jika begitu, cuba anda kaedah rawatan
menggunakan kentang. Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit
anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim
catecholase.
Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;
- Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
- Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
- Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
- Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
- Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
- Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
- Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
PRODUK PILIHAN