Apasal la jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi? Dah banyak petua 
dicuba, tapi keadaannya masih sama. Malah, kadang-kadang ia bertambah 
teruk. Betul ker petua yang ada dalam blog ni? 
Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? 
Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang 
dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah 
yang timbul dapat diselesaikan.
Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak 
menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa
 yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.
Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa.
Pagi tadi semasa membaca akhbar Sinar Harian, saya terjumpa petua menghilangkan jerawat. Mungkin ia dapat memberikan manfaat kepada anda masih dibelenggu masalah jerawat.
Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.
Cara mengamalkannya;
- Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.
 - Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.
 - Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.
 - Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.
 - Jadikan ia sebagai amalan harian.
 
Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.
PRODUK PILIHAN
