Artikel berkaitan jenis jerawat telah lama diminta oleh beberapa 
rakan yang pernah mengunjungi blog ini. Jadi, saya pun cuba sedaya upaya
 melakukan kajian serta rujukan bagi memudahkan anda memahami jenis 
jerawat yang boleh dirawat. Pun begitu, saya mohon maaf kerana mengambil
 masa yang agak lama untuk menyediakannya.
Cuma untuk artikel kali ini saya hanya fokuskan pada jerawat biasa. Suka saya ingatkan semula, jerawat biasa. Bukannya jerawat serius. Jerawat biasa terbahagi kepada empat jenis iaitu:
1. Komedon Tertutup ataupun Whitehead
Whitehead atau dalam Bahasa Melayu dipanggil bintik putih berlaku
 apabila pergerakan sebum ke permukaan kulit tersekat. Pada masa yang 
sama pula bakteria telah merebak. Apabila pergerakan kedua-duanya 
tersekat, maka terjadilah bintik putih.
Hasilnya jadilah seperti paparan di bawah;
2. Komedon Terbuka ataupun Blackhead
Blackhead ataupun bintik hitam pula bermula apabila liang halus pada permukaan kulit terbuka dan memberi ruang kepada udara melaluinya. Kemudian, melanin (penentu warna kulit anda) yang terkandung dalam sebum bertukar menjadi gelap (hitam) apabila terdedah kepada udara. Melanin yang bertukar menjadi gelap itulah yang anda nampak sebagai bintik hitam seperti di bawah.
Cuba "zoom" mata anda pada bahagian hidung.
3. Papule
Papule merupakan benjolan merah dan keras yang timbul pada 
permukaan kulit. Atau mungkin ada di antara anda lebih faham jika saya 
katakan ia seperti bintat. Saiznya agak kecil saja. Tidak melebihi 5mm 
pun.
4. Pustule
Keadaan jerawat pustule juga kelihatan bengkak seperti jerawat papule tetapi berbentuk kubah. Ia juga lebih sensitif.
Moga paparan jenis-jenis jerawat di atas membantu anda mengenalpasti 
jenis jerawat yang dihadapi. Kalau tiada, bermakna tahap jerawat anda 
dah serius. Mungkin nodul, takpun sista (cyst). Bila dah kronik lagi 
susah untuk dirawat serta rawatannya pun memakan masa lebih lama.






