Pokok Kelulut (Urena Lobata)
selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah
melekat pada fabrik. Sebab itulah suatu ketika dulu, buah pokok kelulut
ni boleh dikatakan antara bahan permainan yang popular. Terutamanya bagi
golongan kanak-kanak. :)
Namun di sebalik kepopularan buahnya
itu, akar dan daun kelulut tak ketinggalan turut memiliki khasiatnya
yang tersendiri. Iaitu mengurangkan sakit gigi, merawat demam yang berpanjangan dan juga merawat luka.
Cara
untuk memanfaatkan kelebihan akar dan daun pokok kelulut ni adalah
berbeza-beza. Saya akan kongsikannya dengan anda di bawah ini;
Mengurangkan Sakit Gigi
- Ambil bahagian akar pokok kelulut saja.
- Bersihkan akar tersebut sebaik mungkin.
- Kemudian, kunyah akar tadi secara perlahan-lahan.
Merawat Demam Berpanjangan
- Ambil akar kelulut dan bersihkan ia.
- Kemudian, tumbuk akar tadi hingga lumat sedikit.
- Seterusnya, anda perlu kisarkan akar tersebut dengan menambahkan sedikit air.
- Selepas itu, tapiskan akar kelulut tadi untuk mendapatkan jusnya.
- Akhir sekali, minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.
Merawat Luka
- Ambil beberapa helai daun kelulut dan bersihkan.
Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)
- Kemudian, tumbuk daun tersebut hingga lumat.
- Akhir sekali, pupukkan daun yang telah lumat pada bahagian yang luka.
PRODUK PILIHAN