Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan. Terutamanya dari sudut kesihatan. Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk biasa, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.
Pada kali ini, saya nak fokuskan petua sakit mata dulu. Masalah lain akan saya kongsikan kemudian. :)
Sebenarnya, bahan utama yang anda perlukan ialah akar pokok delima ya. Selepas anda sudah dapatkan akarnya, ikutilah langkah di bawah;
- Bersihkan dulu bahagian akar delima tadi.
- Kemudian, rebuskan akarnya sehingga mendidih.
- Selepas itu, anda biarkan air rebusan itu sejuk atau suam.
- Akhir sekali, gunakan air rebusan itu untuk mencuci mata anda yang sakit.
Anda
boleh amalkan petua ini sehinggalah masalah sakit mata yang dialami
berkurangan dan sembuh seperti sediakala. Mudah, kan? Saya yakin anda
pasti boleh melakukannya. :)
sumber dipetik dari:-http://petuasejagat.blogspot.com/2010/05/petua-sakit-mata-dengan-akar-delima.html